Senarai blogger yang meninggal dunia..

By | May 2, 2012

kubur-kuburan

Ya, aku tahu. Tajuk artikel kali ni sensitif, tapi sangat penting sebagai peringatan bagi aku dan kawan-kawan blogger yang lain. Kita selalu leka, sibuk nak buat artikel tu, ini, balas komen orang. Kadang-kadang bila nak beri komen di blog orang atau balas balik komen yang ditinggalkan sampai tahap mencarut entah apa-apa bila artikel atau komen yang ditinggalkan berunsur fitnah, memaki dan sebagainya.

Tu belum lagi ada yang sanggup menipu, menyampaikan fitnah berbentuk artikel yang belum diketahui lagi entah betul atau tidak. Sehinggakan kita terlupa, maut sedang menanti kita. Ia menunggu kita di suatu masa, tempat di mana kita pula semakin menghampirinya tanpa merasai kedatangannya. Bahkan kita masih juga leka, masih boleh gelak ketawa.

Sedang aku sibuk mencabul menelaah blog orang lain, tiba-tiba aku terjumpa suatu post pasal rakan blogger yang meninggal. Bila baca, sedih juga rasa di hati walaupun tak pernah tahu siapa dia, nak kata jiran, mustahil sebab jauh sangat. Aku di sarawak, dia di semenanjung nun jauh di sana. Dan, aku memang tak kenal pun. Hmmm..

Sekarang aku sedar, terlalu banyak masa aku bazirkan sehingga terlupa akan kematian sedangkan ia tidak pernah melupakankan aku. Bahkan, terus menunggu. menunggu. menunggu. sehingga tiba giliranku.

Dan untuk makluman korang, antara blogger yang telah meninggal dunia:

  1. Telordibasuh – Penulis/Pemilik blog meninggal dunia disebabkan masalah paru-paru/asma (mengikut apa yang aku baca).
  2. Huda – Penulis/Pemilik blog juga meninggal dunia akibat masalah paru-paru (mengikut apa yang aku baca).
  3. Toh Tuan Tanah – Penulis/Pemilik blog meninggal dunia disebabkan kanser serviks (Mengikut apa yang aku baca)

Aku tertanya-tanya, andai masa aku juga dah tiba, entah macamana kehidupan di akhirat sana. Blog ni pula, berapa ramai yang mendapat faedah daripadanya atau mungkin juga keburukan? Dan aku pasti blog ni pasti akan mati~ Bila aku tiada, sebab domain + hosting bukannya “free”.

P/s: Lepas ni, aku akan cuba untuk lebih berhati-hati dalam memberi/membalas komen & pastikan informasi kat dalam blog ni berguna/berfaedah kepada pelawat. Insya’allah.

Yang benar,

Admin

4 thoughts on “Senarai blogger yang meninggal dunia..

  1. bluedianthus

    Mati itu pasti saharol..dan ia penting untuk mengingatkan kita supaya tidak terlalu membangga diri dengan apa yang kita ada pada hari ini. Apa yang mampu kita tinggalkan di blog kita hanyalah sekadar coretan, entah itu baik atau tidak. Jadi usahakanlah memberikan apa yang terbaik di dalam blog kita selagi kita masih mampu menulis. ๐Ÿ™‚

    Reply
  2. yeokho

    good post. ๐Ÿ™‚ tak banyak orang akan sentuh tentang hal kematian. Saya pun ada baca beberapa blog yang bloggernya sudah meninggal. Walaupun mereka dah meninggal, blog post mereka forever ada di sana, tak akan tinggalkan dunia ni.

    http://www.bananamylove.blogspot.com

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *