01 April 2015 – Hari ini bermulanya GST, juga hari yang agak kelam-kabut di tempat kerja, penggunaan sistem baharu yang mana masih agak janggal untuk digunakan. Macam-macam karenah pelanggan dapat aku lihat apabila mereka mendapat tahu tentang sesetengah produk & perkhidmatan contohnya pos ekspres dan prabayar dikenakan GST. Ada yang terkejut, ada yang blur. ;D
Ada yang tak puas hati mengomel sorang-sorang, ada yang tak cukup duit atas sebab terbiasa dengan harga lama sebelum adanya GST. Macam-macam… Aku sendiri pun tak tahu nak cakap apa, yang aku tahu lepas ni kalau nak beli barang, kena beli yang betul-betul perlu sahaja. Pasal GST ni dikira mengikut setiap item/perkhidmatan, bukan jumlah keseluruhan yang dibeli/digunakan. Tak kisahlah kira macamana pun, dua-dua sakit gak rasanya sebab perlu bayar lebih.
Hari pertama GST korang lak macamana? Meh kongsi kat sini. ;D
Yang benar,
Admin