Pengalaman balik cuti dan beraya di kampung (part 1)

By | August 15, 2013

Pengalaman balik cuti dan beraya di kampung (part 1)

Terlupa pulak *sebenarnya malas* nak buat artikel ucapan hari raya aidilfitri kat korang semua yang sudi mengunjungi blog nih. Rasanya, belum terlambatkan? Jadi, selamat Hari Raya. Angpau untuk korang, nehi heaa…  Haha ;D

Balik raya tahun ni agak berbeza sedikit situasinya memandangkan dah bekerja, daddy pulak dah pencen. Tinggal balik kat kampung, di mana rumah lama diroboh dan dibina semula.  Ni sedikit sebanyak catatan aktiviti cuti aku.

Aku mula bercuti pada 03/08/2013 – 12/08/2013.

03/08/2013 (Sabtu)

Shopping. Duit bonus pun dah lama masuk, jadi beli apa yang nak dibeli.
04/08/2013 (Ahad)

Dengan bantuan kawan, aku bertolak ke lapangan terbang dan sempat singgah kejap ke rumah “cousin” yang banyak memberikan sokongan padu. Ceh.. Haha. Yang banyak menolong aku selama berada kat Kuching nih. Aku menaiki kapal terbang Air Asia, mengambil masa 1 jam untuk sampai ke destinasi iaitu MIRI. Sampai je kat sana, tengok-tengok, mummy & daddy, my big bro dan kakak aku sememangnya sedang menanti ketibaan yang terhormat iaitu aku. Kah3.

Maka selepas itu, kitorang pun memulakan perjalanan dengan menaiki kereta yang dipandu oleh otai iaitu daddy, sempat singgah membeli barang raya, kat Emart dan end up berbuka puasa beramai-ramai dalam kereta. Sangat romantik, sebab dihiasi dengan sinar lampu jalan yang sangat menyilaukan mata. ;D

Sesampai je kat rumah di Limbang, terkejut tengok keadaan rumah baru. Pintu pun belum ada. Wahahaa.. Disebabkan letih yang teramat sangat, aku tidur dengan lena… lah sangat pasal panas giler.. Kipas angin dikuasai oleh abang dan adik aku. -.-”

rumahbaru-kayujer-kosrm85000

05/08/2013 (Isnin)

Bangun je dari tidur, tengok jam, rupanya dah terlepas waktu sahur, kecewa saye.. Dengan berbekalkan sisa baki tenaga yang ada, aku bingkas bangun pasal kat luar bilik dah kecoh dengan ahli keluarga aku yang sibuk mengemas rumah. Nak tak nak, join je la. Tolong jap, angkat barang dll lepas tu bersiap dan menumpang bakal abang ipar aku untuk menyelesaikan urusan dalam negara.
Aku ditinggalkan di JPJ untuk menyelesaikan masalah tukar nama hak milik motosikal yang dibeli kepada nama aku. Sesampai di sana, aku pun beritahu nak tukar nama kat petugas kaunter, pastu dia pun selamba rock bagitahu kalau nak tukar nama kat JPN (Jabatan Pendaftaran Negara). Mak ai, betul jugak. Percuma aku kena gelak gara-gara ayat tak betul. Keh3. Tukar nama hak milik kenderaan, haaa. Baru betul. ;D

Ini kali pertama aku memiliki motosikal sendiri dan berurusan di JPJ. Sekarang baru aku tahu, bagi kenderaan yang nak ditukar nama pemilik baru perlu membeli insuran terlebih dahulu atas nama pemilik baru. Kemudian barulah pertukaran tersebut dapat dilakukan. Nasiblah semua borang dah lengkap, cuma nak kena beli insuran je lagi.

Syukur gak, polisi insuran lama Allianz, dan syarikat insuran Allianz di seberang jalan pejabat JPJ. Ambil masa 1/2 jam untuk siap, dan kos dalam Rm60+ / third party. Mahal since NCD sifar. Dan apa yang tak bestnya, ialah aku baru tahu punca sebenar kenapa tarikh insuran tak selari dengan tarikh luput roadtax, rupanya apabila pertukaran nama hak milik kenderaan yang masih belum luput roadtaxnya, macam aku nyer expiry 02/12/2013, proses pertukaran tu tak menganggu tarikh luput tu. Maksudnya, sama je. Takde perubahan.

Tapi, masalahnya pihak insuran mewajibkan pemilik baru yang nak melakukan pertukaran nama dan membeli insuran, tarikh insuran tu mesti bermula pada tarikh ianya dibuat. Contohnya, waktu aku renew insuran ialah 05/08/2013. Expiry 04/08/2013. Sedangkan roadtax pulak expiry 02/12/2013. Kan jauh larinya tu. Aku cuba minta diorang melakukan adjustment /perubahan pada tarikh luput insuran supaya selari dengan roadtax waktu tu gak, tapi tak dapat.

Diorang sarankan aku agar bila roadtax tu expiry, renew 6 bulan terlebih dahulu baru tambah insuran untuk renew setahun. Agak leceh pasal dua kali kerja. Tapi, nak buat macamana dah prosedur macam tu. Terima je la. Yang penting, urusan aku di JPJ dah selesai. Dan lebih menyayat hati bila streamyx yang aku langgan tak dapat pulak nak dipindahkan ke rumah baru kitorang pasal apa aku tak pandai nak terangkan.

Yang penting memang tak dapat, terpaksa la aku tamatkan perkhidmatan. Innalillah. Tapi, sekurang-kurangnya tak perlu lagi nak bayar bil streamyx. Tak cukup pulak tu, waktu malam ketika semua orang sedang tidur tinggal aku dan daddy je yang masih wake up, sempat aku bertanya soalan bonus. Aku tanya kos keseluruhan bina balik rumah. Dan aku tergamam seketika. Pasal bila daddy aku bagitahu kos setakat ni ialah sebanyak Rm85k. Rumah kayu jer.. -.-“

Tu pun bahagian dapur dan tandas belum lagi siap. Sebelum tidur, aku teringat semula kata-kata seseorang yang agak penting bagi aku. Dia pernah kata yang dia risau dengan kehidupannya. Selepas melalui banyak perkara yang melibatkan tanggungan dan kos sara hidup, sekarang aku faham maksudnya. Bezanya, baru sekarang aku faham kerana aku tak sepertinya yang sejak kecil lagi diasuh dan diajar berdikari sedangkan aku pula dimanja pastu jadi apa tah..

IDKWTS (I dont know what to say).

P/s: But the point is, Im not going to give up yet. Gonna trying my best to make sure I keep my promised!

P.s.s: Artikel ini ditulis dalam keadaan mata kuyu. Nanti la kemaskini balik.

Yang benar,
Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *