Tutorial renew lesen memandu penuh & belajar memandu “L” di pejabat pos

By | September 5, 2013

Kemaskini terbaru: Sabtu (02/10/2015)

Ramai pelanggan yang pernah berurusan dengan aku mengeluh gara-gara nak renew lesen memandu tak dapat. Aku pun tak nak korang buang masa, ye la. Tunggu no.giliran ada yang sampai sejam dua jam, datang ke kaunter terus kerani kaunter kata urusan tak dapat dibuat gara-gara.. bla.bla.bla. Jangankan korang, kalau terkena kat batang hidung aku sendiri pun rasa geram dan berkemungkinan mengomel sorang-sorang depan kaunter. Haha ;D

Tapi, apakan daya. Kadang-kadang benda macam ni tak dapat nak dielakkan. Sekurang-kurangnya adanya perkongsian macam ni, korang tahu apa masalahnya dan melakukan persediaan awal untuk tindakan selanjutnya. Baiklah, untuk pengetahuan korang kat pejabat pos, hanya dua jenis lesen memandu sahaja dapat diperbaharui iaitu lesen memandu penuh & lesen belajar memandu “L”.

Kes yang korang kena gak rujuk /pergi JPJ:

  1. Bagi lesen “P” yang dah habis tempoh, nak tukar ke lesen memandu penuh jangan lupa bawa sekeping atau dua keping gambar berukuran passport. Pemilik lesen itu sendiri wajib pergi ke JPJ.
  2. Kalau kerani kaunter mengatakan dalam sistem suruh rujuk JPJ, biasanya disebabkan tarikh lahir tak sah, rekod pemilik tak wujud dll.
  3. Lesen GDL / Vokasional.
  4. Hilang “master license” *lesen asal korang yang ada gambar tu*, bawa gak sekeping/dua gambar ukuran passport atau slip terkini lesen memandu. Dengar cerita, korang perlu buat laporan polis dan dapatkan surat pengesahan ke JPJ untuk gantian baru.
  5. Bagi lesen memandu yang mana tarikh luputnya setelah diperbaharui tak sama dengan tarikh lahir pemilik, kena rujuk JPJ untuk dikemaskini.

Macam biasa, ambil no.giliran dan tunggu giliran *kecuali pejabat pos yang tidak menggunakan sistem QMS / tiada no. giliran*. Pastikan, korang bawa master license *wajib bawa* dan slip terkini lesen memandu bagi yang ada. Lesen korang boleh diperbaharui oleh pihak ketiga. Maksudnya, kalau korang nak mintak tolong kakak, abang atau kawan renew-kan pun tak jadi masalah. Tetapi, sekarang orang yang diwakilkan perlulah menunjukkan IC (prosedur baru). IC pemilik lesen juga perlu dibawa memandangkan penggunaan sistem baru yang menggunakan IC Reader. (Gambar akan diambil dari IC).

Setiap transaksi akan disertakan dengan resit (RM0.10 GST turut dikenakan ke atas caj perkhidmatan RM2.00).

borang-resit-urusanjpj-posjpj01-prosedurbaruurusanjpj

Resit Pos JPJ 01

Contoh gambar bagi setiap lesen:

lesenmemandupenuh-versilama

Lesen memandu penuh

contoh-slipterkini-lesenmemandu

Contoh slip terkini lesen memandu penuh

 

lesen-p-duatahun

Lesen “P”

Gambar kredit to armandanaqi

contoh-lesen-belajarmemandu-L

Lesen belajar memandu “L”

Gambar kredit to ariezblogs

contoh-lesengdl

Lesen GDL

Gambar kredit to anepradzi

Tempoh yang boleh diperbaharui:

Lesen memandu penuh : 1 tahun, 2, 3, 4 atau 5 tahun.

Lesen belajar memandu “L” : 3 bulan atau 6 bulan sahaja.

Harga pelarasan hanya dikenakan bagi lesen memandu penuh, dan pelarasan ni samada Rm15, Rm20 atau RM30, dll bergantung kepada kelas memandu dan kategori. Pelarasan ni merujuk kepada perubahan tarikh luput lesen yang mana telah diubah secara automatik di dalam sistem mengikut tarikh lahir pemilik lesen tersebut. Dan bagi mengelakkan pelarasan dikenakan, pastikan korang memperbaharui lesen memandu penuh paling lewat pun sehari selepas expiry. Masuk hari kedua expiry, pelarasan dah dibuat secara automatik di dalam sistem JPJ. Ni kalau tarikh luput lama memang dah selari dengan tarikh lahir.

Harga mengikut kelas memandu

D = Rm30.00 setahun
B atau B2 = Rm20 setahun

B2,D = Rm30.00

(Harga di atas berlainan bagi kategori pemandu LLN, dll serta tidak termasuk caj Rm2 bagi setiap urusan JPJ di pejabat pos). Setiap urusniaga pembaharuan lesen memandu penuh, pelanggan perlu mengisi borang (nama, no.ic dan tandatangan) sebagai bukti lesen Memandu telah diserahkan (Prosedur baru). Lesen baru (Ala-ala IC) akan dikeluarkan.

Lesen Memandu Penuh masih boleh diperbaharui asalkan tarikh luput tidak mencecah 3 tahun *kalau tidak silap* tetapi bagi Lesen Belajar Memandu “L” hanya terhad 2 tahun dari tarikh lesen dikeluarkan *rujuk pada lesen korang*

Jangan lupa resit korang, itulah satu-satunya bukti pembayaran dibuat lagi-lagi bagi korang yang disuruh oleh tauke / bos untuk renew lesen. Bukti mau ada maaa..

P/s: Tiada jaminan apa yang dikongsikan 100% betul, dan korang digalakkan merujuk pejabat pos terdekat dengan korang dan sila maklumkan jika ada kesilapan untuk pembetulan atau perkongsian masalah ke, mende ke. Sekian.

Yang benar,

Admin

205 thoughts on “Tutorial renew lesen memandu penuh & belajar memandu “L” di pejabat pos

  1. ulfa

    Tpy klau mcm kta daaa ad lesen l n daa llus ujian jpj just tnggl ujian bukit jerw blom test…tpy lesen kta daaa tamat tempoh 3bulan….mcm mna?

    Reply
    1. saharol Post author

      @ulfa, Lesen L tempoh sah permulaan diberi hanya tiga bulan. Tetapi boleh direnew selama 2 tahun. Maksudnya boleh pakai je lesen L ni dalam tempoh 2 tahun selagi belum dapat lesen P. Lesen L kat pejabat pos boleh je renew tapi masih pakai slip lama.

      Reply
      1. Aidahadi

        Untuk renew lesen l, kena bawa apa ya selain lesen l yg dah tamat tempoh? Dan berapa lama boleh siap? Harap dpt bls. Tq.

        Reply
        1. admin (saharol) Post author

          @Aidahadi, Master license “L” (yang ada gambar) dengan slip lesen “L” lama (renewal) jika ada renew sebelum ni. Dalam 1-2 minit. Sama2. 😀

          Reply
          1. Aqilah901

            Saya nak tanya . saya dah 2 kali renew lesen belajar L , sekarang dah tamat tempoh . Masih boleh di renew lagi ke untuk kali yang ke-3 ?

          2. admin (saharol) Post author

            @Aqilah901, sepatutnya takde masalah. Sebab maksimum lesen “L” sah digunakan adalah 2 tahun. Setiap kali renewal hanya boleh pilih samada 3 bulan atau 6 bulan.

      2. norish

        Maksudnye.. tempoh permulaan yg diberi 3 bulan tu.. kalau dah tamat tempoh .. masih boleh pakai lagi lah ye utk test dengan jpj.. ? Terima kasih..

        Reply
      3. nadia sya

        oh maksudnya,kalau dah lepas tarikh luput kita boleh renew dalam masa 2tahun lah ye?

        Reply
  2. yassin bin hatis

    Saya ada lesen l tapi tahun 90an yang pakai kerta s putih. Nak renew kat jat jpj muar tak boleh..katanya tak da tempat nak cop dan fail ada kat pej.jpj seremban.tspi saya tak pergi jadi sampai sekarang.nak tanya boleh tak sya renew.

    Reply
  3. abdul aziz

    Saya ada masaalah sikit lesen blaja mmdu saya dh tamat 3 bulan lebih 2 hari boleh ke lg saya renew kat pjbt pos?sebab ini pertama kali saya nk renew.

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @abdul aziz, lesen belajar memandu “L” boleh direnew untuk tempoh 3 atau 6 bulan, tetapi terhad untuk 2 tahun sahaja. Boleh je renew di pejabat pos.

      Reply
      1. Rahma Najwa

        Perlu bawa gambar passport ke untuk renew lesen L ?

        Reply
  4. abdul aziz

    Lg 1 saya nk tanye ape tu slip lesen sebab sayaxde slip lesen tu

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @abdul aziz, slip lesen tu slip yang akan diberi bila lesen diperbaharui (tertera tarikh tamat tempoh baru untuk lesen tersebut).

      Reply
  5. abdul aziz

    Terimakasih en saharol kerana membantu saya,kerana info yg sngt berguna.

    Reply
  6. marina

    baru tau renew lesen bleh wat kat pos…thanks encik saharol untuk info berguna tu. memang nak kena renew lsen ni…nak kergi jpj jauh n tak sempat. pos jelah pling dekat ngn rumah.

    Reply
  7. syahmi

    kalau nk renew lesen L sebelum dia tamat boleh ? sbb tngal lg 2 hari. brape ehh kene bayar ??

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @syahmi, boleh je. Lesen L untuk Motosikal RM4.10 (3 bulan), RM6.10 (6 bulan). Manakala untuk lesen Motokar (D), ialah RM32.10 (3 bulan), RM62.10 (6 bulan).

      P/s: Harga yang dinyatakan termasuk caj perkhidmatan RM2.00 + GST RM0.10 .

      Reply
  8. amdiyy

    1) kalu lesen P nak tukar ke lesen full di pejabat pos blh ke ?? ada kawan kata blh,ada kata tak..confius….
    2) berapa lama tempoh yg diberikan jika belum renew lesen bermula tamat tarikh lesen P ?? ( berapa lama tempoh sblm lesen terbatal )…
    terima kasih (^_^)

    Reply
  9. jackie

    Can we still renew license at post office after working hours? Say 6pm-9pm?

    Reply
  10. twrf

    Lesen l sye abis 30/11 bole x sye renew 4/12 nnti?? O sye renew a month after 30/11? Mmg wajib renew bfore expired date ke??

    Reply
  11. Sakura

    Kalau lesen L saya baru tamat utk 3 bulan yg pertama, kena pergi renew terus ke ? Kalu tunggu 2-3 bulan baru renew balik, buleh tak ?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Sakura, boleh je. Cumanya, dari segi undang-undang tak boleh bawa moto je la. Kalau bawa gak, kena tahan. Saman la jawabnya. ;D

      Reply
      1. Shieyma Suaid

        Nak tanya, boleh ke reniew lesen di pejabat pos selepas tamat tempoh lesen.? Mohon penjelasan.

        Reply
        1. admin (saharol) Post author

          @Shieyman Suaid, dalam tempoh 2 tahun Lesen L boleh di renew untuk setiap 3 bulan atau 6 bulan bermula dari tarikh lesen dikeluarkan.

          Reply
  12. xoxo

    saya nk tanya.lesen p sy dah tamat tempoh sebulan. kalau nk renew ada sebarang denda x? boleh renew dkt pejabat pos atau kena ke jpj jgk? dan ada tempoh masa berapa lma utk renew lesen p?
    tqqqq 😀

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @xoxo, wkslm. Rasanya takde denda apa. Untuk lesen P yang cukup tempoh 2 tahun, wajib ke JPJ untuk tukar ke lesen memandu penuh. Kat pejabat pos tak dapat nak buat. Mesti renew (tukar ke lesen memandu penuh) dalam tempoh sebelum cun setahun. Kalau tak, innalillah jawabnya. ;D

      Reply
  13. CC

    Klau lesen l dan p kedua-duanya tamat tempoh lbih 2tahun nk buat mcm mna ya?perlu ambil lesen sekali lg ke?

    Reply
  14. Syasya

    Salam…. kalaau sy renew lesen l seminggu sblm tamat tempoh? Boleh x?

    Reply
  15. Syasya

    Salam…. kalaau sy renew lesen l seminggu sblm tamat tempoh? Tapi sy x amik test jpj lagi… mksdnyer sy hold test jpj dlu…. Boleh x?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Syasya, wkslm. Boleh je takde masalah. Lesen “L” boleh digunakan selama 2 tahun bermula dari tarikh dikeluarkan. Dan boleh diperbaharui samada 3 atau 6 bulan. ;D

      Reply
  16. nazrin saje

    salam,saya bru buat lesen p,lesen b2 sya da full dah..so lesen d tu kira ikut lesen b2 ke..kira da full la..

    Reply
  17. nazrin saje

    salam,saya bru buat lesen p kete..lesen motor da full,so lesen kete tu p ke atau da penuh..

    Reply
  18. cpyo

    salam bro

    L saya yang dah setahun tak renew hilang. nak buat macam mana ekh?? mohon pencerahan

    Reply
  19. aiman

    salam , saya nak tanya last saya renew lesen l saya expired 10/2/2015 and saya terlupa nak renew . boleh ke saya renew dkd pejabat pos ? belum habis 2 tahun lagi lesen l saya cuma terlmt sngt renew . boleh ke ?

    Reply
  20. ady iswadi

    Assalam…saya ade L b2,d … L b2 sy dh tamat tempoh pd 2012 … tp D sy dah penuh… maksudnye dah ade CDL utk D…nak tanya kalau still renew lesen L b2 tu boleh ke tanpa hadiri apa2 kursus…Dan kt mana perlu renew? Tq

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @ady iswadi, wkslm. Pasal tu kena rujuk dengan tenaga pengajar masa nak ambil lesen tu balik. Tapi, biasanya memang kena hadiri kursus tu semula. Lesen L B2 tu dah memang tak dapat nak renew, tapi lesen D tu boleh je direnew di pejabat pos.

      Reply
  21. Megat

    Hello abg Saharol nak tanya kalau lesen L dh nak tamat tempoh lagi 3 hari akan datang and saya nak buat renew hari ni juga kat pos boleh ke? ataupun kena tunggu tamat tempoh dulu?

    Reply
  22. Miss Fieza

    Assalamualaikum abg saharol… nak tanya, ade sedikit kekeliruan.. Lol..
    sy ada lesen P (B2 dan D) sy dah terlewat or tamat tempoh lesen P 2-3 hari jugak lah…
    kalau harga nak renew lesen rm30 ann, kalau harga denda tu brapa ya and harga ikut tarikh lahir brapa ? sory soalan noob.. xD

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Miss Fieza, wkslm. Setahu saya, takde denda dikenakan. Cuma untuk lesen P besar kemungkinan bila tukar ke lesen memandu penuh ada pelarasan gak kalau lambat renew. Tak pasti pulak. Kena rujuk dengan pihak JPJ sendiri, diluar pengetahuan saya. ;D

      Boleh baca serba sedikit mengenainya kat sini:

      http://www.jpj.gov.my/frequent-asked-questions-faq#first

      P/s: Sekarang, saya sendiri rasa noob. 🙂

      Reply
  23. Amirul amru

    Lesen L kereta nk renew kt pjebat pos berape ekk die caj??

    Reply
  24. AminSani

    salam admin nak tanye kalau nak renew lesen L motor bape ek setahun?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @AminSani, wkslm. Lesen L untuk motosikal biasanya rm4.10 (3 bulan), rm6.10 (6 bulan). Lesen L cuma boleh renew 3 atau 6 bulan sahaja.

      Reply
  25. Haziq

    Salam admin, Lesen L sy tamat tempoh utk 3 bln semalam, so bolh ke sy nk renew? sbb sy x prasan lesen sy tmat tmpoh…ke lesen L sy kne amek smula…sbb ni first time amek…

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Haziq, wkslm. Lesen L boleh diperbaharui sehingga 2 tahun. Setiap kali nak perbaharui, ada dua pilihan sahaja iaitu 3 atau 6 bulan. Boleh je renew, tak perlu ambil semula melainkan dah 2 tahun pakai.

      Reply
  26. Jane

    Hai. Assalam. Sy nk tanya. Lesen L sy tamat 3 bln pd 28 Mei ni. Sy kena renew sblm tarikh tu ke? Sbb skrg ni sy tgh blaja memandu lg, mgkin dlm seminggu atau dua minggu lg nk test jpj. Tak pasti lah smpt ke tak nak dpt P sblm tarikh tu. Tp kalau tak renew, alang2 tggu P takpe ke?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Jane, wkslm. Boleh je renew awal. Kalau sempat test JPJ dan lulus untuk dapatkan lesen p, tunggu je la. Tapi kalau rasa tak sempat atau memang sentiasa menggunakan kereta, kalau tak bawa lesen dan kena tahan, saman atau mahkamah, jadi lebih baik renew. Tengok keadaan. 😀

      Reply
  27. anis

    salam..sy pernah ada lesen b2 penuh tp da expired 14thn lalu..sy buat rayuan jpj dpt la lesen L baru tanpa perlu masuk kelas..cuma kena test jpj terus..soalan sy..sebelum test jpj tu lesen L sy da expired 2 hr lepas boleh x renew? Lesen L dpt melalui rayuanjpj pun dikira valid dlm masa 2 thn jgk ke?

    Reply
  28. ika

    Salam..sy da hbs jpj..nak memohon lesen ..tp lesen L sy da hilang

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @ika, wkslm. Mohon rujuk dengan tenaga pengajar (memandu), atau pihak JPJ sendiri. Diluar pengetahuan saya. ;D

      Reply
        1. admin (saharol) Post author

          @ika, Rasanya tiada dokumen diperlukan, sekadar fotokopi ic & lesen L. Biasanya, tenaga pengajar memandu yang akan uruskan perkara ni.

          Reply
  29. jamal

    sy de saman kereta.. nk renew lesen L Moto bole lepas ke?

    Reply
  30. Farah98

    Salam nak tanya ada kawan tu renew lesen pejabat pos sampai rm90 kenapa boleh mcm tu?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Farah98, wkslm. Pembaharuan lesen untuk setahun biasanya RM32.10 (include caj & gst), jika pembaharuan dibuat lewat lebih dari sehari mengikut tarikh lahir, pelarasan akan dibuat secara automatik di dalam sistem untuk 2 tahun (RM62.10), 3 tahun RM92.10. Harga yang dinyatakan ialah untuk lesen penuh.

      Reply
  31. syera

    Kalau nk renew lesen L, kena bawak master license dan slip license. Benda apa ni?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @syera, master license bagi L ialah lesen yang mula2 sekali diberi selepas lulus ujian bertulis/komputer. Yang ada gambar syera sekali. Slip tu pula bila renew akan diberi, tertera tarikh luput baru.

      Reply
  32. Siti

    Salam, lesen L kereta saya baru saja tamat tempoh. Tapi minggu depan saya nak buat test jpj. Saya perlu renew dulu ke untuk buat test jpj? Saya takut diorang tak benarkan kalau tak renew….

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Siti, wkslm. Test JPJ memerlukan cik siti bawa lesen L yang masih aktif / belum expiry. Kena renew dulu, kalau tak diorang takkan benarkan.

      Reply
  33. Idazizan98

    Salam . Abg , ida nak kena test jpj 21/6 nii , tapi 21/6 tu tarikh tamat tempoh lesen l ida . So , lesen ida ni nak kena renew ke boleyh je guna ntuk test jpj tu ?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Idazizan98, wkslm. Maksudnya tarikh 21/6 ialah tarikh akhir ia boleh digunakan. Boleh je guna terus, takde masalah.

      Reply
  34. Ammar Naim

    Tumpang tanya. Misalnnya kalau saya dah 3 tahun mati lesen L ? Saya dah buat semua dah cuma nam ambil ujian sahaja tapi tak sempat kerana sambung belajar. Boleh ke ?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Ammar Naim, rasanya kena ambil lesen L yang baru semula. Sebab kali terakhir saya sendiri (kes yang sama), disuruh ambil baru. Boleh cuba buat rayuan. Mana tahu dapat. ;D

      Reply
  35. alym

    Assalamu’alaikum slmt pg…sya nak tnya 2 hr lps adik sya ada bwt pembaharuan lesen P awal sehari dr tamat tempoh…dia ambik 3 tahun tempoh pembaharuan…bayaran yg dikenakan t’msuk cas Rm105…persoalan yg ingin sya tnyakn pd admin knp plk adik sya dikenakan cas Rm15…sekadar kepastian
    TQ

    Reply
  36. Lukman farah

    Mohon pencerahan tuan,,sya ada lesen L kereta tp tlah tamat tempoh sebulan yg lepas…yg parahnya lesen sya
    Hilang….bole renew lagi??

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Lukman farah, Kalau master license yang hilang, kena rujuk dengan tenaga pengajar atau pihak JPJ sendiri. Tak pasti pula sekarang ni boleh keluarkan yang baru tanpa perlu buat laporan polis atau tak.

      Reply
  37. Lc

    Helo saya nk tanya kalau lesen L saya sudah tamat tempoh 6bulan lepas tu saya nak renew lgi untuk tambah brapa bulan mybe 3bulan mcm tu bole tak??

    Reply
  38. hanani

    Salam, nk tnya. Contoh L saya expiry date dia 15/6/16. Then, adakah saya perlu segera renew dia atau boleh ja bila2 masa renew asalkan tak melebihi 2tahun? Sebab saya tngh smbung belajar. Jadi saya tak pasti bila lagi nak test jpj memandangkan jadual bljr saya pack. And ada kwn kata kena renew lesen L setiap 3 bulan, betul ka? Harap dpt bantu saya

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @hanani, wkslm. Lesen L boleh diperbaharui selama dua tahun maksimum. Setiap kali nak renew, cuma ada dua pilihan samada 3 bulan sahaja atau 6 bulan. Boleh je renew awal kalau nak sebelum expiry, takde masalah. Kalau rasa diri memang selalu menggunakan kereta/motosikal (sendiri yang bawa), sebaiknya renew untuk elak kena saman. ;D

      Reply
  39. anahana

    Salam admin….sy baru prasan yg 4.8 nie cukup 2 tahun lesen l sy..boleh ke renew lesen kurg dr 3 bulan?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @anahana, wkslm. Boleh je, dalam sistem petugas akan key-in untuk renewal 3 bulan, tetapi lesen hanya sah mengikut berapa hari yang tinggal (cukup syarat 2 tahun). ;D

      Reply
  40. Ilaa

    Assalamualaikum . sy Ada lesen l Kereta. Dah tiga Kali renew . betul ke kalau tiga Kali renew full payment buat lesen kereta tu akan di burn ?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Ilaa, Wkslm. Maksimum lesen L sah digunapakai 2 tahun. Kalau setiap kali renewal ambil 3 bulan x 3 kali renewal = 9 bulan. Masih boleh renew dan digunakan.

      Reply
  41. Miya

    Assalamualaikum, lesen L (kereta) sy akn tamat 3 hri lg tp sya rsa x smpt nk renew b4 tarikh tu.. bole x renew lesen slps tarikh luput?kna byr denda ap2 x?

    Reply
  42. Hakim

    Assalam. Kalau nak renew lesen L di pejabat pos, bila tempoh paling awal boleh renew kat sana? Maksud saya kalau lesen L yang sudah seminggu nak mati (untuk 3 bulan pertama) boleh renew terus atau saya perlu lesen L tu mati dulu baru dibenarkan untuk renew? TQ.

    Reply
  43. Eyna

    Selamat pgi saye nak bertanya lesen L saye dah lame mati lesen P mati 4/8 boleh tak saya nak hidupkan sekali lesen L saye baru habis nak habis P..??

    Reply
  44. han

    salam , terus siap dalam masa sehari ke kalau renew lesen L (3 bulan) motokar di pejabat pos?

    Reply
  45. Shahrul

    Salam..contohnya saya hadiri kursus kpp02 dan kpp03 dlm tmpoh 2 tahun.. tetapi boleh ke buat ujian jpj lps lesen L b2 sy tmt tempoh 2 tahun?
    Terima kasih

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Shahrul, boleh cuba untuk membuat rayuan. Kalau gagal, terpaksa ambil test komputer / bertulis semula dan kursus yang sama.

      Reply
  46. ben

    assalam..minta penjelasan kalau lesen L untuk B2 dan D saya expired 25/6. lepas dapat L saya xsempat continue kelas memandu. boleh ke renew kt pejabat pos ? berapa kos untuk renew ye ? berapa lama boleh pakai lagi lesen tu ?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @ben, wkslm. Boleh je renew takde masalah. Kos untuk renew RM32.10 (3 bulan), rm62.10 (6 bulan). Maksimum tempoh boleh pakai lesen L ialah 2 tahun. Kalau baru 3 bulan pakai, setahun ada 12 bulan x 2 = 24 bulan – 3 bulan = 21 bulan boleh gunapakai. Pastikan ambil & lulus test JPJ untuk dapatkan lesen P dalam tempoh tersebut.

      Reply
  47. muhd nuh

    salam , kalau belajar memandu kereta saya bulan 4 haritu dan tak sambung sampai skrg, lesen l perlu diperbaharui ataupun tidak? tq

    Reply
  48. SyahruNizam

    Salam.. Sy nak renew lesen L tapi sy ada satu saman lesen tamat tempoh, lagipun baru lagi sy kena 1hb 10. Boleh ke sy renew ke pejabat POS.. Mintak tolong ye.. Tq..

    Reply
  49. Lily

    Saya dah pass komputer test bulan 1 tadi, tapi saya belum collect lagi lesen L saya dan belum pernah renew. Sekarang dah masuk bulan 11 lesen L tu still valid lagi ke? Kalau nak renew dia akan charge macam mana ye? Thanks in advance!

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Lily, lesen L valid untuk 2 tahun. Renewal untuk lesen L apa ye? Kalau motokar, rm32.10 (3 bulan), rm62.10 (6 bulan), motosikal B2 rm4.10 (3 bulan) dan rm6.10 (6 bulan).

      Reply
  50. khamashiqin

    Salam, saya masih student, and belajar memandu lagi. Lesen L bagi kategori D. Saya baru daftar belajar memandu bulan 5 yg lalu, dan lesen L saya dah tamat tempoh pada bulan jun yg lalu. Sekrg dh nov, saya masih boleh renew lesen L tu ke? Dh hampir 4bulan berlalu ni ? risau juga saya. Ada tak kena apa apa denda?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @khamashiqin, wkslm. Masih boleh renew. Sebab lesen L sah digunapakai selama 2 tahun. Takde denda. Cuma kalau tak renew, jangan gatal tangan bawak kereta. Kalau kena saman, silap2 lesen digantung sekali.

      Reply
  51. Ammar

    Saye sudah tamat tempoh lesen L…dah 4 bulan tamat tempoh…adakah saya nk renew lesen L saya mengikut proses mcm biase di pejabat pos…atau lain drpd lain sbb dah 4 bulan tamat….dan berapa lame tempoh lesen L yg di renew boleh dipakai???

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Ammar, Lesen “L” diberi tempoh 2 tahun boleh direnew. Setiap kali renewal, cuma boleh buat sebanyak 3 bulan atau 6 bulan. Contoh, bulan januari baru dapat lesen L, masuk bulan april dah kira 4 bulan. Masih boleh renew macam biasa, tapi masih ada baki 20 bulan (tempoh Lesen L masih boleh direnew).

      Reply
  52. Hamdan Sukri bin Hamidun

    Lesen p saya mati bulan 8 hari tu. Boleh lagi ke nak tukar ke cdl? Lesen l moto saya mati bulan 2 boleh lagi ke nak renew?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Hamdan Sukri bin Hamidun, Lesen “P” kalau tak silap diberi tempoh setahun untuk tukar ke CDL (bagi yang dah cukup 2 tahun digunakan). Jadi, rasanya takde masalah kalau nak tukar ke CDL walaupun dah expiry bulan 8 hari tu. Cuma proses penukaran hanya boleh dilakukan di JPJ sahaja. Lesen L (2 tahun maksimum boleh digunakan), cuma setiap kali renewal hanya boleh buat pilihan samada 3 bulan atau 6 bulan.

      Reply
      1. Ain

        Salam nak tny.. Lesen sy dah tamat tempoh dah 6bulan(lesen penuh).. Nanti bila sambung ad dikenakan cas x? Brpe?.. Sy perlu pergi kt jpj ke atau pergi sambung di pejabat pos

        Reply
        1. admin (saharol) Post author

          @Ain, wkslm. Boleh renew kat pejabat pos atau JPJ. Biasanya sistem akan terus selaraskan untuk dua tahun, cajnya dalam RM62.10 (termasuk caj + gst kalau renew di pejabat pos).

          Reply
  53. johanna

    hi babe, i nak tanya ni. i baru je lepas ujian theory untuk motosikal “L” lah kiranya. kiranya, lesen “L” saya ni masih baru lagi keluar, tapi saya nak tukar alamat dekat lesen tu sebab alamat yang tertera dekat kad lesen “L” saya tu alamat rumah kakak saya. saya nak tahu, 3 benda ni je (dekat mana saya boleh tukar kepada alamat baru? barang apa yang saya perlu tampilkan? dan berapa jumlah yang perlu saya bayar?)

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @johanna, Rasanya kalau nak tukar alamat baru boleh rujuk tenaga pengajar atau JPJ sendiri, setakat tukar alamat setahu saya takde caj apa2, dokumen apa tak pasti pulak, kena rujuk yang pakar.

      Reply
      1. admin (saharol) Post author

        @Fakrurazi, wkslm. xda masalah. Yang penting, bawa lesen kawan Fakrurazi dengan slip memandu (jika ada / pernah renew sebelum ni).

        Reply
  54. zarul

    Encik saya nk tanya bln 12 2016 saya di saman jpj.. lesen L tamat tempoh.. boleh ka saya ingin memperbaharui lesen L di pejabat pos jika ada satu saman jpj ?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @zarul, boleh je takde masalah selagi mana dalam sistem tidak di-block. Kalau nak tahu dapat renew atau tidak, boleh pergi ke mana-mana pejabat pos terdekat untuk urusan renewal lesen “L” encik. ;D

      Reply
  55. Shah

    assalamu’alaikum admin..
    nak tnya..
    kalau lesen L motosikal saya expired, masih boleh renew ke??
    Terima kasih..?

    Reply
  56. Fi®daus

    Assalammualaikum..tmpng pgthuan skt dr yg bpgthuan,lanie b2 (C) dh,t keta lulus (P) or (C)..lesen keta (L) nie blh bwk keta round malaysia dak?bg cerah skt

    Reply
  57. fina

    Salam. Nak tanya. Saya ade ulangan ujian litar pade minggu depan 23/1 tapi lesen L saya tamat tempoh pd 22/1 .Saya kena renew balik ke lesen L saya??? Terima kasih.

    Reply
  58. Dyg

    Salam. Sy masi dlm proses ambik lesen memandu (skrg lesen L), tp dua minggu lalu sy kena saman sbb memandu di jlnrya. Sy da byr saman. So, Lesen sy akan dibatalkn ka? Adakh sy masi layak utk jpj test? Tq. .

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Dyg, wkslm. Hmmmm… Cuba rujuk buku panduan yang diberikan, sebab kalau tak silap sistem merit ada digunakan. Ataupun rujuk tenaga pengajar. Lupa dah.. ;D

      Reply
  59. Akma

    Salam , nak tanya kalau dekat lesen L saya tulis 26/10/2016- 25/01/2017 . Saya kena renew ke ? Sbb saya dijangka akan test jpj 6/2/17 ?

    Reply
  60. loongkee

    salam. admin…. nk tnyer lesen l bgi d sye dah tmat tmpoh 2 tahun….. jdi nk buat lesen l yg bru…. kene bayar yuran ikut harga asal atau die ambik duit lebih dri yuran yg dibayar sblum ni…ty

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @loongkee, wkslm. Biasanya bagi lesen L yang dah tamat tempoh 2 tahun, terpaksa ambil table test semula. Boleh cuba buat rayuan, mana tahu dapat. Bayar ikut harga yang dicaj sekali oleh tenaga pengajar.

      Reply
  61. tu

    slam admin…..lesen l bgi d sye dah tamat tmph 2 tahun…..jdi nk buat bru…. kene bayar yuran ikut hrga asal atau die gune duit lebih dri pembayarn yuran yg sblum ini…ty

    Reply
  62. fydafaridah

    salam.admin..nk tnya..mcm sy..baru hbis test jpj..motor…nak buat kad lesen p..kena buat d utc..so brapa bayaran ya…minimum ambik 3tahun ke .mcm mna ya..

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @fydafaridah, wkslm. Tak pasti berapa sebab macam kes saya dulu, tenaga pengajar yang tolong uruskan sekaligus, tapi memang tempoh untuk lesen “p” ialah 2 tahun.

      Reply
  63. Mija

    Assalamualaikum, sy nak tanya pada encik saharol. Lesen L sy mati 19/1 haritu . Sy terlepas pandang tarikh lesen L sy mati pada tarikh tu. So baru2 nih sy pegii pejabat pos, then org pejabat pos tu cakap kena renew dekat jpj . So sy nak tawu kalau sy terlewat 2bulan renew lesen L bayaran dikenakan berape ye dekat jpj ??? Kena denda or tak ???

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Mija, wkslm. Setahu saya takde denda, Kalau lesen motokar biasanya 3 bulan (RM30), 6 bulan (RM60). Motosikal B2 untuk 3 bulan (RM2) / 6 bulan (RM4), bagi kategori “B”, 3 bulan RM20 / 6 bulan RM40.

      P/s: Bagi kes pelanggan yang misalnya ada lesen motokar (bukan lagi L), dan kemudiannya mengambil lesen motosikal, kadar cajnya berbeza iaitu sama seperti kategori “B”

      Reply
  64. Mugiwara

    salam tuan . saya nk tanya kalau lesen L dh tammat 2tahun tapi dah bayar hbis dan saya dh pon ambik kpp02 bahagian 2 . Lepastu lama jugak saya tak p sbb kerja , boleh tak saya teruskan kpp02 bahagian 3 sedangkan L dah tamat ? mohon pencerahan tuan

    Reply
  65. ariffmkj

    Assalam nak Tanya sikit lesen L motor kereta saya dah mati hampir setahun dari tarikh dikeluar kan .. Boleh saya renew balik ke? Sebab Ada lagi setahun??

    Reply
  66. Reza Halim

    Saya pelajar sekolah berumur 16 tahun.
    Bagaimana kaedahnya nak mengambil lesen L?,
    Anggaran kosnya berapa?
    Terima kasih.

    Reply
        1. admin (saharol) Post author

          @Mohd arief, wkslm. Boleh je awal seminggu tapi mesti di JPJ la. Cajnya tak pasti berapa bergantung kepada bila expiry dan jenis lesen.

          Reply
  67. wan

    saya nak tanya kalau contohnya tarikh mati lesen saya 3/6/2017 . dan saya datang utk renew pada 3/6/2017 jugak adakah boleh utk saya renew ?

    Reply
  68. Paan

    Salam.. sye nk tnye ,sye dh lulus sume ujian jpj 6 bulan yg lps tp smpi sekarang sye masih x tukar ke lesen p.. slalunye sek mmandu yg uruskn,tp tah knape die lupe nk tukarkn lesen sye tu.. untuk mkluman, lesen l sye dh mati tp masih lg dlm tmpoh 2 thun.. apa yg sye perlu buat untuk dptkn lesen p??

    Reply
      1. aino

        admin, nk renew l motor, selain pej pos, boleh terus ke jpj utc?

        Reply
      2. Apit

        Salam kalau saya nak renew lesen org lain mcm mna erh.. Sbb slip sya dah buat. Klau g pjbt pos dye mnx ic atau lesen Lama owner ke?? Sbb owner dkt luar negara

        Reply
        1. admin (saharol) Post author

          @Apit, wkslm. Kalau setakat lesen L, perlu bawa lesen L owner sahaja beserta slip lama jika ada. Lesen penuh perlu bawa ic owner sekali sebab sistem guna mykad reader.

          Reply
  69. azwan

    nak tanya, saya dah ada lesen utk D & B2.

    tahun 2010, saya telah amik lesen L untuk B Full dan telah renew sehingga 2013, tapi masih belum pergi untuk test B full lagi. Hanya guna lesen L B full sahaja.

    Sejak 2013, saya dah tak sambung lagi lesen L B full saya tersebut.

    Bagaimana saya nak sambung semula lesen L untuk B full saya? adakah perlu duduki ujian lesen L semula ataupun boleh terus renew seperti biasa dengan bawa lesen L lama tersebut?

    Tk

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @azwan, boleh cuba mohon untuk dapatkan semula lesen tu tanpa exam. Tapi biasanya memang kena ambil semula exam.

      Reply
  70. sakti

    SAYA DAH DAPAT LESEN L TEMPOH 3 BULAN kereta sama motor
    lepas 3 bulan i boleh renew lesen l ka atau i lagi mahu periksa undang undang

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @sakti, selagi belum ambil test JPJ untuk lesen P, boleh je renew samada 3 bulan atau 6 bulan (maksimum 2 tahun).

      Reply
      1. fiqie

        Saya nak tanya . saya dah 2 kali renew lesen belajar L , sekarang dah tamat tempoh . Masih boleh di renew lagi ke untuk kali yang ke-3 ?

        Reply
  71. Ilahashim

    Saya dah hmpir 2thn xrenew lesen L”
    Kalau nk renew boleh x lgi

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Syuk, wkslm.

      Kalau motosikal,
      3 bulan – RM4.10, RM22.10
      6 bulan – RM6.10, RM42.10

      Harga berbeza mengikut kelas, tempoh renewal dll.

      Reply
  72. Hazwan Nazeri

    Salam.saya nak tanya, saya dah ada lesen motor penuh, utk lesen kereta sya baru ade L tapi saya belum test jpj lagi, cuma renew saja , cukup 3 bulan sya renew je dan hmpir 2 tahun , boleh ke? t.q

    Reply
  73. Hidayah Abdullah

    Assalamualaikum en saharol. Saya nak tanya, saya dapat lesen L (kereta) saya pada bln april 2017 dan hingga sekarang saya baru belajar memandu 2 jam sebab cikgu saya banyak alasan…full la..suruh tunggu dan tunggu…setakat ini saya masih boleh bersabar lagi. Utk pengetahuan en saya dah bayar penuh sbyk rm1400. Apakah saya perlu buat bayaran lagi kalau saya minta tukar cikgu @pun saya belajar di sekolah yg lain? Boleh ke saya minta balik baki bayaran yg saya dah buat tu? T.kasih atas pandangan en…

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Hidayah Abdullah, wkslm. Saya pernah dengar kes macam ni. Nasihat saya bersemuka dengan cikgu cik dan berbincang dengannya tentang tarikh mula belajar sehingga berjaya dapat lesen P. Kalau cikgu tu suka menangguh2 juga dengan memberikan alasan, boleh laporkan dengan sekolah memandu tersebut yang mana tenaga pengajar tu gagal menjalankan tugasnya. Pastikan resit pembayaran, dokumen lain2 semua ada dalam simpanan sendiri (untuk kes rujukan atau tuntutan), kalau masih tiada tindakan, refund apa pun tak nak, buat je laporan polis. Apapun, cuba selesaikan dengan cara yang baik. Kalau tak jalan juga, baru go to the next step.

      P/s: Mohon rujuk orang yang lebih pakar dalam hal ni, ini cuma pendapat peribadi saya sahaja.

      Reply
  74. irdina

    as salam..saye nk tnye..sye nk repeat utk D dan B2..tpi lesen L sye dh tmat tempoh..18/3/2016- 17/6/2016..skrng sudah 2017,adakah sye hanye renew lesen shj..atau kena ambil dri awal smula bg dpatkan L?

    Reply
  75. Pavitra

    Hello. Nak tanya ni. I pernah satu kali renew lesen sy yg ada tempoh 3 bulan. Dan ia tamat tempoh besok, 26.12.17. Boleh x kalau sy nak renew balik lesen L untuk kali kedua pada 27.12.17 / 28.12.17 ? please reply sir. Very urgent… tq.

    Reply
  76. Nor sardrina bt suhaimi Ina

    Selamat petang. Saya telah lulus test jpj pada 26/12/2017 tetapi lesen L saya tamat pada 27/12/2017 iaitu 2 tahun dari tahun semasa. Adakah saya layak untuk memohon untuk memperolehi lesen P

    Reply
  77. anon

    URGENT nak tanyaaaa saya ada lesen L untuk B2 dan D. lesen L akan tamat pada 13/3. tapi saya dah lulus jpj test untuk B2 cuma belum buat lesen P nya. saya takut tak sempat nak jpj test untuk D. so saya perlu buat lesen P untuk B2 dulu lebih baik ke atau renew lesen L untuk dua2?? then baru saya pergi buat P untuk B2 dan D kalau dah lulus jpj test D selepas renew L tu? maaf panjang sbb taktau nak ckp mcm mana😂

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @anon, boleh sahaja renew lesen L tersebut terlebih dahulu. Ini disebabkan apabila ujian JPJ bagi D (kereta) telah lulus, lesen P akan dikeluarkan bagi kedua2 lesen b2 & D sekaligus. Dulu saya sendiri terlebih dahulu ambil lesen bagi D, selesai L & test on road, lesen P dikeluarkan terlebih dahulu bagi lesen D. Selepas itu barulah saya ambil test motosikal pula, dapat L kemudian renew semula lesen P (sekaligus untuk B2 & D). Kesimpulannya, mana2 pun boleh tetapi untuk memudahkan diri sendiri renew sahaja lesen L tersebut.
      Dari segi caj renewal pula hanya RM32.10 (jika direnew di pejabat pos untuk tempoh 3 bulan). Rm2.10 (RM2 caj perkhidmatan pos + RM0.10 gst).

      Harap membantu & semoga berjaya! 🙂

      Reply
  78. Saffaz

    Assalamualaikum encik shahrol. Saya sudah lama mempunyai lesen B2 dan D CDL sejak tahun 2012. Bagaimana caranya saya nak buat lesen L B full tanpa pergi sekolah memandu? Boleh ke sy buat Lesen L B dekat pejabat pos atau JPJ? Dan ape dokumen yang perlu saya bawa? Tq.

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Saffaz, wkslm. Rasanya takde cara lain melainkan terpaksa ambil lesen & ujian seperti biasa sebab lesen B full ni untuk bawa big bike. Di pejabat pos hanya boleh renew apabila encik dah memiliki lesen tersebut.

      Reply
      1. Saffaz

        Tq encik. Sy dah buat lesen L B full dekat JPJ. RM20 untuk 3 bulan dan RM40 untuk 6 bulan, tempoh lesen sah untuk 2 tahun dari tarikh dibuat dan perlu ambil test JPJ selepas 2 tahun. Cuma perlu bawa salinan IC & Lesen serta sekeping gambar berukuran passport. Untuk dapatkan Lesen P B full perlu mendaftar di sekolah memandu. Harap dapat membantu sesiapa yang ingin membuat lesen L B selepas ini. Tq

        Reply
  79. Vivian

    Hello.. lesen L saya telah tamat 2 tahun. Adaka perlu mgulang di institut asal atau saya boleh mendaftar baru d institut lain?

    Reply
  80. Mohamad syazwan

    Nak tanya saya ada lesen L (B2,D ) maknanya sy buat lesen B2 D tu sekali dalam 1 lesen L… So kalau saya nak renew lesen L total semua berapa harganya.. Anggaran? Renew untuk 3 bulan sahaja

    Reply
  81. Mohamad syazwan

    Jadi kita bayar harga renew lesen D sahaja? Dan lesen B2 termasuk dalam lesen D xdi juga?

    Reply
  82. Aqilah

    Assalam encik..sy punya expired Lesen L moto Dan kete arini..kalo sy tak renew Lesen L tu sy masih bole bljr moto n kete ke?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Aqilah, wkslm. Sebaiknya renew terlebih dahulu. Khuatiri tak dibenarkan belajar memandu nanti dan untuk mengelakkan di saman JPJ. 🙂

      Reply
  83. Ella

    Salam admin.. Lesen L dah tamat tempoh 8 bulan.. Just nak confirmation boleh ke lesen tu direnew fi pejabat pos? Atau kena g jpj?

    Reply
  84. Laili

    Salam admin. Sy nk tanya, boleh tak kalau akak saya yg renew kan lesen L saya kt pejabat pos. Saya bg skali ic and lesen saya kat akak saya tu. Kalau boleh macam tu, saya akan dikenakan denda tak?

    Reply
  85. MOHD YUNUS

    HI SY NAK TANYA, SY DAH ADA LESEN L MOTOR DAN AKAN TAMAT PADA BULAN 11 NIE..DAH CUKUP 2 TAHUN LA..LESEN YG ADA PD SY PULAK VALID SAMPAI PERTENGAHAN BULAN 9 NIE..SO XLEH ENEW KE EVEN KAT JPJ SEBAB TINGGAL 2 BULAN JE…LEPAS TU TEST JPJ PULAK HANYA ADA PADA HUJUNG BULAN 10, THATS MEAN LESEN DAH MATI..SO BOLE TEST KE..

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @MOHD YUNUS, hi. maaf lambat sangat reply. Lesen masih boleh renew untuk 3 bulan. Tapi hanya sah digunakan 2 bulan sahaja mengikut tarikh cukup 2 tahun. Kena pastikan test diambil dan lulus sebelum lesen expiry. 🙂

      Reply

Leave a Reply to azwan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *