Tutorial renew lesen memandu penuh & belajar memandu “L” di pejabat pos

By | September 5, 2013

Kemaskini terbaru: Sabtu (02/10/2015)

Ramai pelanggan yang pernah berurusan dengan aku mengeluh gara-gara nak renew lesen memandu tak dapat. Aku pun tak nak korang buang masa, ye la. Tunggu no.giliran ada yang sampai sejam dua jam, datang ke kaunter terus kerani kaunter kata urusan tak dapat dibuat gara-gara.. bla.bla.bla. Jangankan korang, kalau terkena kat batang hidung aku sendiri pun rasa geram dan berkemungkinan mengomel sorang-sorang depan kaunter. Haha ;D

Tapi, apakan daya. Kadang-kadang benda macam ni tak dapat nak dielakkan. Sekurang-kurangnya adanya perkongsian macam ni, korang tahu apa masalahnya dan melakukan persediaan awal untuk tindakan selanjutnya. Baiklah, untuk pengetahuan korang kat pejabat pos, hanya dua jenis lesen memandu sahaja dapat diperbaharui iaitu lesen memandu penuh & lesen belajar memandu “L”.

Kes yang korang kena gak rujuk /pergi JPJ:

  1. Bagi lesen “P” yang dah habis tempoh, nak tukar ke lesen memandu penuh jangan lupa bawa sekeping atau dua keping gambar berukuran passport. Pemilik lesen itu sendiri wajib pergi ke JPJ.
  2. Kalau kerani kaunter mengatakan dalam sistem suruh rujuk JPJ, biasanya disebabkan tarikh lahir tak sah, rekod pemilik tak wujud dll.
  3. Lesen GDL / Vokasional.
  4. Hilang “master license” *lesen asal korang yang ada gambar tu*, bawa gak sekeping/dua gambar ukuran passport atau slip terkini lesen memandu. Dengar cerita, korang perlu buat laporan polis dan dapatkan surat pengesahan ke JPJ untuk gantian baru.
  5. Bagi lesen memandu yang mana tarikh luputnya setelah diperbaharui tak sama dengan tarikh lahir pemilik, kena rujuk JPJ untuk dikemaskini.

Macam biasa, ambil no.giliran dan tunggu giliran *kecuali pejabat pos yang tidak menggunakan sistem QMS / tiada no. giliran*. Pastikan, korang bawa master license *wajib bawa* dan slip terkini lesen memandu bagi yang ada. Lesen korang boleh diperbaharui oleh pihak ketiga. Maksudnya, kalau korang nak mintak tolong kakak, abang atau kawan renew-kan pun tak jadi masalah. Tetapi, sekarang orang yang diwakilkan perlulah menunjukkan IC (prosedur baru). IC pemilik lesen juga perlu dibawa memandangkan penggunaan sistem baru yang menggunakan IC Reader. (Gambar akan diambil dari IC).

Setiap transaksi akan disertakan dengan resit (RM0.10 GST turut dikenakan ke atas caj perkhidmatan RM2.00).

borang-resit-urusanjpj-posjpj01-prosedurbaruurusanjpj

Resit Pos JPJ 01

Contoh gambar bagi setiap lesen:

lesenmemandupenuh-versilama

Lesen memandu penuh

contoh-slipterkini-lesenmemandu

Contoh slip terkini lesen memandu penuh

 

lesen-p-duatahun

Lesen “P”

Gambar kredit to armandanaqi

contoh-lesen-belajarmemandu-L

Lesen belajar memandu “L”

Gambar kredit to ariezblogs

contoh-lesengdl

Lesen GDL

Gambar kredit to anepradzi

Tempoh yang boleh diperbaharui:

Lesen memandu penuh : 1 tahun, 2, 3, 4 atau 5 tahun.

Lesen belajar memandu “L” : 3 bulan atau 6 bulan sahaja.

Harga pelarasan hanya dikenakan bagi lesen memandu penuh, dan pelarasan ni samada Rm15, Rm20 atau RM30, dll bergantung kepada kelas memandu dan kategori. Pelarasan ni merujuk kepada perubahan tarikh luput lesen yang mana telah diubah secara automatik di dalam sistem mengikut tarikh lahir pemilik lesen tersebut. Dan bagi mengelakkan pelarasan dikenakan, pastikan korang memperbaharui lesen memandu penuh paling lewat pun sehari selepas expiry. Masuk hari kedua expiry, pelarasan dah dibuat secara automatik di dalam sistem JPJ. Ni kalau tarikh luput lama memang dah selari dengan tarikh lahir.

Harga mengikut kelas memandu

D = Rm30.00 setahun
B atau B2 = Rm20 setahun

B2,D = Rm30.00

(Harga di atas berlainan bagi kategori pemandu LLN, dll serta tidak termasuk caj Rm2 bagi setiap urusan JPJ di pejabat pos). Setiap urusniaga pembaharuan lesen memandu penuh, pelanggan perlu mengisi borang (nama, no.ic dan tandatangan) sebagai bukti lesen Memandu telah diserahkan (Prosedur baru). Lesen baru (Ala-ala IC) akan dikeluarkan.

Lesen Memandu Penuh masih boleh diperbaharui asalkan tarikh luput tidak mencecah 3 tahun *kalau tidak silap* tetapi bagi Lesen Belajar Memandu “L” hanya terhad 2 tahun dari tarikh lesen dikeluarkan *rujuk pada lesen korang*

Jangan lupa resit korang, itulah satu-satunya bukti pembayaran dibuat lagi-lagi bagi korang yang disuruh oleh tauke / bos untuk renew lesen. Bukti mau ada maaa..

P/s: Tiada jaminan apa yang dikongsikan 100% betul, dan korang digalakkan merujuk pejabat pos terdekat dengan korang dan sila maklumkan jika ada kesilapan untuk pembetulan atau perkongsian masalah ke, mende ke. Sekian.

Yang benar,

Admin

104 thoughts on “Tutorial renew lesen memandu penuh & belajar memandu “L” di pejabat pos

  1. ulfa

    Tpy klau mcm kta daaa ad lesen l n daa llus ujian jpj just tnggl ujian bukit jerw blom test…tpy lesen kta daaa tamat tempoh 3bulan….mcm mna?

    Reply
    1. saharol Post author

      @ulfa, Lesen L tempoh sah permulaan diberi hanya tiga bulan. Tetapi boleh direnew selama 2 tahun. Maksudnya boleh pakai je lesen L ni dalam tempoh 2 tahun selagi belum dapat lesen P. Lesen L kat pejabat pos boleh je renew tapi masih pakai slip lama.

      Reply
  2. yassin bin hatis

    Saya ada lesen l tapi tahun 90an yang pakai kerta s putih. Nak renew kat jat jpj muar tak boleh..katanya tak da tempat nak cop dan fail ada kat pej.jpj seremban.tspi saya tak pergi jadi sampai sekarang.nak tanya boleh tak sya renew.

    Reply
  3. abdul aziz

    Saya ada masaalah sikit lesen blaja mmdu saya dh tamat 3 bulan lebih 2 hari boleh ke lg saya renew kat pjbt pos?sebab ini pertama kali saya nk renew.

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @abdul aziz, lesen belajar memandu “L” boleh direnew untuk tempoh 3 atau 6 bulan, tetapi terhad untuk 2 tahun sahaja. Boleh je renew di pejabat pos.

      Reply
  4. abdul aziz

    Lg 1 saya nk tanye ape tu slip lesen sebab sayaxde slip lesen tu

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @abdul aziz, slip lesen tu slip yang akan diberi bila lesen diperbaharui (tertera tarikh tamat tempoh baru untuk lesen tersebut).

      Reply
  5. abdul aziz

    Terimakasih en saharol kerana membantu saya,kerana info yg sngt berguna.

    Reply
  6. marina

    baru tau renew lesen bleh wat kat pos…thanks encik saharol untuk info berguna tu. memang nak kena renew lsen ni…nak kergi jpj jauh n tak sempat. pos jelah pling dekat ngn rumah.

    Reply
  7. syahmi

    kalau nk renew lesen L sebelum dia tamat boleh ? sbb tngal lg 2 hari. brape ehh kene bayar ??

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @syahmi, boleh je. Lesen L untuk Motosikal RM4.10 (3 bulan), RM6.10 (6 bulan). Manakala untuk lesen Motokar (D), ialah RM32.10 (3 bulan), RM62.10 (6 bulan).

      P/s: Harga yang dinyatakan termasuk caj perkhidmatan RM2.00 + GST RM0.10 .

      Reply
  8. amdiyy

    1) kalu lesen P nak tukar ke lesen full di pejabat pos blh ke ?? ada kawan kata blh,ada kata tak..confius….
    2) berapa lama tempoh yg diberikan jika belum renew lesen bermula tamat tarikh lesen P ?? ( berapa lama tempoh sblm lesen terbatal )…
    terima kasih (^_^)

    Reply
  9. jackie

    Can we still renew license at post office after working hours? Say 6pm-9pm?

    Reply
  10. twrf

    Lesen l sye abis 30/11 bole x sye renew 4/12 nnti?? O sye renew a month after 30/11? Mmg wajib renew bfore expired date ke??

    Reply
  11. Sakura

    Kalau lesen L saya baru tamat utk 3 bulan yg pertama, kena pergi renew terus ke ? Kalu tunggu 2-3 bulan baru renew balik, buleh tak ?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Sakura, boleh je. Cumanya, dari segi undang-undang tak boleh bawa moto je la. Kalau bawa gak, kena tahan. Saman la jawabnya. ;D

      Reply
  12. xoxo

    saya nk tanya.lesen p sy dah tamat tempoh sebulan. kalau nk renew ada sebarang denda x? boleh renew dkt pejabat pos atau kena ke jpj jgk? dan ada tempoh masa berapa lma utk renew lesen p?
    tqqqq 😀

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @xoxo, wkslm. Rasanya takde denda apa. Untuk lesen P yang cukup tempoh 2 tahun, wajib ke JPJ untuk tukar ke lesen memandu penuh. Kat pejabat pos tak dapat nak buat. Mesti renew (tukar ke lesen memandu penuh) dalam tempoh sebelum cun setahun. Kalau tak, innalillah jawabnya. ;D

      Reply
  13. CC

    Klau lesen l dan p kedua-duanya tamat tempoh lbih 2tahun nk buat mcm mna ya?perlu ambil lesen sekali lg ke?

    Reply
  14. Syasya

    Salam…. kalaau sy renew lesen l seminggu sblm tamat tempoh? Boleh x?

    Reply
  15. Syasya

    Salam…. kalaau sy renew lesen l seminggu sblm tamat tempoh? Tapi sy x amik test jpj lagi… mksdnyer sy hold test jpj dlu…. Boleh x?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Syasya, wkslm. Boleh je takde masalah. Lesen “L” boleh digunakan selama 2 tahun bermula dari tarikh dikeluarkan. Dan boleh diperbaharui samada 3 atau 6 bulan. ;D

      Reply
  16. nazrin saje

    salam,saya bru buat lesen p,lesen b2 sya da full dah..so lesen d tu kira ikut lesen b2 ke..kira da full la..

    Reply
  17. nazrin saje

    salam,saya bru buat lesen p kete..lesen motor da full,so lesen kete tu p ke atau da penuh..

    Reply
  18. cpyo

    salam bro

    L saya yang dah setahun tak renew hilang. nak buat macam mana ekh?? mohon pencerahan

    Reply
  19. aiman

    salam , saya nak tanya last saya renew lesen l saya expired 10/2/2015 and saya terlupa nak renew . boleh ke saya renew dkd pejabat pos ? belum habis 2 tahun lagi lesen l saya cuma terlmt sngt renew . boleh ke ?

    Reply
  20. ady iswadi

    Assalam…saya ade L b2,d … L b2 sy dh tamat tempoh pd 2012 … tp D sy dah penuh… maksudnye dah ade CDL utk D…nak tanya kalau still renew lesen L b2 tu boleh ke tanpa hadiri apa2 kursus…Dan kt mana perlu renew? Tq

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @ady iswadi, wkslm. Pasal tu kena rujuk dengan tenaga pengajar masa nak ambil lesen tu balik. Tapi, biasanya memang kena hadiri kursus tu semula. Lesen L B2 tu dah memang tak dapat nak renew, tapi lesen D tu boleh je direnew di pejabat pos.

      Reply
  21. Megat

    Hello abg Saharol nak tanya kalau lesen L dh nak tamat tempoh lagi 3 hari akan datang and saya nak buat renew hari ni juga kat pos boleh ke? ataupun kena tunggu tamat tempoh dulu?

    Reply
  22. Miss Fieza

    Assalamualaikum abg saharol… nak tanya, ade sedikit kekeliruan.. Lol..
    sy ada lesen P (B2 dan D) sy dah terlewat or tamat tempoh lesen P 2-3 hari jugak lah…
    kalau harga nak renew lesen rm30 ann, kalau harga denda tu brapa ya and harga ikut tarikh lahir brapa ? sory soalan noob.. xD

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Miss Fieza, wkslm. Setahu saya, takde denda dikenakan. Cuma untuk lesen P besar kemungkinan bila tukar ke lesen memandu penuh ada pelarasan gak kalau lambat renew. Tak pasti pulak. Kena rujuk dengan pihak JPJ sendiri, diluar pengetahuan saya. ;D

      Boleh baca serba sedikit mengenainya kat sini:

      http://www.jpj.gov.my/frequent-asked-questions-faq#first

      P/s: Sekarang, saya sendiri rasa noob. 🙂

      Reply
  23. Amirul amru

    Lesen L kereta nk renew kt pjebat pos berape ekk die caj??

    Reply
  24. AminSani

    salam admin nak tanye kalau nak renew lesen L motor bape ek setahun?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @AminSani, wkslm. Lesen L untuk motosikal biasanya rm4.10 (3 bulan), rm6.10 (6 bulan). Lesen L cuma boleh renew 3 atau 6 bulan sahaja.

      Reply
  25. Haziq

    Salam admin, Lesen L sy tamat tempoh utk 3 bln semalam, so bolh ke sy nk renew? sbb sy x prasan lesen sy tmat tmpoh…ke lesen L sy kne amek smula…sbb ni first time amek…

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Haziq, wkslm. Lesen L boleh diperbaharui sehingga 2 tahun. Setiap kali nak perbaharui, ada dua pilihan sahaja iaitu 3 atau 6 bulan. Boleh je renew, tak perlu ambil semula melainkan dah 2 tahun pakai.

      Reply
  26. Jane

    Hai. Assalam. Sy nk tanya. Lesen L sy tamat 3 bln pd 28 Mei ni. Sy kena renew sblm tarikh tu ke? Sbb skrg ni sy tgh blaja memandu lg, mgkin dlm seminggu atau dua minggu lg nk test jpj. Tak pasti lah smpt ke tak nak dpt P sblm tarikh tu. Tp kalau tak renew, alang2 tggu P takpe ke?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Jane, wkslm. Boleh je renew awal. Kalau sempat test JPJ dan lulus untuk dapatkan lesen p, tunggu je la. Tapi kalau rasa tak sempat atau memang sentiasa menggunakan kereta, kalau tak bawa lesen dan kena tahan, saman atau mahkamah, jadi lebih baik renew. Tengok keadaan. 😀

      Reply
  27. anis

    salam..sy pernah ada lesen b2 penuh tp da expired 14thn lalu..sy buat rayuan jpj dpt la lesen L baru tanpa perlu masuk kelas..cuma kena test jpj terus..soalan sy..sebelum test jpj tu lesen L sy da expired 2 hr lepas boleh x renew? Lesen L dpt melalui rayuanjpj pun dikira valid dlm masa 2 thn jgk ke?

    Reply
  28. ika

    Salam..sy da hbs jpj..nak memohon lesen ..tp lesen L sy da hilang

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @ika, wkslm. Mohon rujuk dengan tenaga pengajar (memandu), atau pihak JPJ sendiri. Diluar pengetahuan saya. ;D

      Reply
        1. admin (saharol) Post author

          @ika, Rasanya tiada dokumen diperlukan, sekadar fotokopi ic & lesen L. Biasanya, tenaga pengajar memandu yang akan uruskan perkara ni.

          Reply
  29. jamal

    sy de saman kereta.. nk renew lesen L Moto bole lepas ke?

    Reply
  30. Farah98

    Salam nak tanya ada kawan tu renew lesen pejabat pos sampai rm90 kenapa boleh mcm tu?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Farah98, wkslm. Pembaharuan lesen untuk setahun biasanya RM32.10 (include caj & gst), jika pembaharuan dibuat lewat lebih dari sehari mengikut tarikh lahir, pelarasan akan dibuat secara automatik di dalam sistem untuk 2 tahun (RM62.10), 3 tahun RM92.10. Harga yang dinyatakan ialah untuk lesen penuh.

      Reply
  31. syera

    Kalau nk renew lesen L, kena bawak master license dan slip license. Benda apa ni?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @syera, master license bagi L ialah lesen yang mula2 sekali diberi selepas lulus ujian bertulis/komputer. Yang ada gambar syera sekali. Slip tu pula bila renew akan diberi, tertera tarikh luput baru.

      Reply
  32. Siti

    Salam, lesen L kereta saya baru saja tamat tempoh. Tapi minggu depan saya nak buat test jpj. Saya perlu renew dulu ke untuk buat test jpj? Saya takut diorang tak benarkan kalau tak renew….

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Siti, wkslm. Test JPJ memerlukan cik siti bawa lesen L yang masih aktif / belum expiry. Kena renew dulu, kalau tak diorang takkan benarkan.

      Reply
  33. Idazizan98

    Salam . Abg , ida nak kena test jpj 21/6 nii , tapi 21/6 tu tarikh tamat tempoh lesen l ida . So , lesen ida ni nak kena renew ke boleyh je guna ntuk test jpj tu ?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Idazizan98, wkslm. Maksudnya tarikh 21/6 ialah tarikh akhir ia boleh digunakan. Boleh je guna terus, takde masalah.

      Reply
  34. Ammar Naim

    Tumpang tanya. Misalnnya kalau saya dah 3 tahun mati lesen L ? Saya dah buat semua dah cuma nam ambil ujian sahaja tapi tak sempat kerana sambung belajar. Boleh ke ?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Ammar Naim, rasanya kena ambil lesen L yang baru semula. Sebab kali terakhir saya sendiri (kes yang sama), disuruh ambil baru. Boleh cuba buat rayuan. Mana tahu dapat. ;D

      Reply
  35. alym

    Assalamu’alaikum slmt pg…sya nak tnya 2 hr lps adik sya ada bwt pembaharuan lesen P awal sehari dr tamat tempoh…dia ambik 3 tahun tempoh pembaharuan…bayaran yg dikenakan t’msuk cas Rm105…persoalan yg ingin sya tnyakn pd admin knp plk adik sya dikenakan cas Rm15…sekadar kepastian
    TQ

    Reply
  36. Lukman farah

    Mohon pencerahan tuan,,sya ada lesen L kereta tp tlah tamat tempoh sebulan yg lepas…yg parahnya lesen sya
    Hilang….bole renew lagi??

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Lukman farah, Kalau master license yang hilang, kena rujuk dengan tenaga pengajar atau pihak JPJ sendiri. Tak pasti pula sekarang ni boleh keluarkan yang baru tanpa perlu buat laporan polis atau tak.

      Reply
  37. Lc

    Helo saya nk tanya kalau lesen L saya sudah tamat tempoh 6bulan lepas tu saya nak renew lgi untuk tambah brapa bulan mybe 3bulan mcm tu bole tak??

    Reply
  38. hanani

    Salam, nk tnya. Contoh L saya expiry date dia 15/6/16. Then, adakah saya perlu segera renew dia atau boleh ja bila2 masa renew asalkan tak melebihi 2tahun? Sebab saya tngh smbung belajar. Jadi saya tak pasti bila lagi nak test jpj memandangkan jadual bljr saya pack. And ada kwn kata kena renew lesen L setiap 3 bulan, betul ka? Harap dpt bantu saya

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @hanani, wkslm. Lesen L boleh diperbaharui selama dua tahun maksimum. Setiap kali nak renew, cuma ada dua pilihan samada 3 bulan sahaja atau 6 bulan. Boleh je renew awal kalau nak sebelum expiry, takde masalah. Kalau rasa diri memang selalu menggunakan kereta/motosikal (sendiri yang bawa), sebaiknya renew untuk elak kena saman. ;D

      Reply
  39. anahana

    Salam admin….sy baru prasan yg 4.8 nie cukup 2 tahun lesen l sy..boleh ke renew lesen kurg dr 3 bulan?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @anahana, wkslm. Boleh je, dalam sistem petugas akan key-in untuk renewal 3 bulan, tetapi lesen hanya sah mengikut berapa hari yang tinggal (cukup syarat 2 tahun). ;D

      Reply
  40. Ilaa

    Assalamualaikum . sy Ada lesen l Kereta. Dah tiga Kali renew . betul ke kalau tiga Kali renew full payment buat lesen kereta tu akan di burn ?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Ilaa, Wkslm. Maksimum lesen L sah digunapakai 2 tahun. Kalau setiap kali renewal ambil 3 bulan x 3 kali renewal = 9 bulan. Masih boleh renew dan digunakan.

      Reply
  41. Miya

    Assalamualaikum, lesen L (kereta) sy akn tamat 3 hri lg tp sya rsa x smpt nk renew b4 tarikh tu.. bole x renew lesen slps tarikh luput?kna byr denda ap2 x?

    Reply
  42. Hakim

    Assalam. Kalau nak renew lesen L di pejabat pos, bila tempoh paling awal boleh renew kat sana? Maksud saya kalau lesen L yang sudah seminggu nak mati (untuk 3 bulan pertama) boleh renew terus atau saya perlu lesen L tu mati dulu baru dibenarkan untuk renew? TQ.

    Reply
  43. Eyna

    Selamat pgi saye nak bertanya lesen L saye dah lame mati lesen P mati 4/8 boleh tak saya nak hidupkan sekali lesen L saye baru habis nak habis P..??

    Reply
  44. han

    salam , terus siap dalam masa sehari ke kalau renew lesen L (3 bulan) motokar di pejabat pos?

    Reply
  45. Shahrul

    Salam..contohnya saya hadiri kursus kpp02 dan kpp03 dlm tmpoh 2 tahun.. tetapi boleh ke buat ujian jpj lps lesen L b2 sy tmt tempoh 2 tahun?
    Terima kasih

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Shahrul, boleh cuba untuk membuat rayuan. Kalau gagal, terpaksa ambil test komputer / bertulis semula dan kursus yang sama.

      Reply
  46. ben

    assalam..minta penjelasan kalau lesen L untuk B2 dan D saya expired 25/6. lepas dapat L saya xsempat continue kelas memandu. boleh ke renew kt pejabat pos ? berapa kos untuk renew ye ? berapa lama boleh pakai lagi lesen tu ?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @ben, wkslm. Boleh je renew takde masalah. Kos untuk renew RM32.10 (3 bulan), rm62.10 (6 bulan). Maksimum tempoh boleh pakai lesen L ialah 2 tahun. Kalau baru 3 bulan pakai, setahun ada 12 bulan x 2 = 24 bulan – 3 bulan = 21 bulan boleh gunapakai. Pastikan ambil & lulus test JPJ untuk dapatkan lesen P dalam tempoh tersebut.

      Reply
  47. muhd nuh

    salam , kalau belajar memandu kereta saya bulan 4 haritu dan tak sambung sampai skrg, lesen l perlu diperbaharui ataupun tidak? tq

    Reply
  48. SyahruNizam

    Salam.. Sy nak renew lesen L tapi sy ada satu saman lesen tamat tempoh, lagipun baru lagi sy kena 1hb 10. Boleh ke sy renew ke pejabat POS.. Mintak tolong ye.. Tq..

    Reply
  49. Lily

    Saya dah pass komputer test bulan 1 tadi, tapi saya belum collect lagi lesen L saya dan belum pernah renew. Sekarang dah masuk bulan 11 lesen L tu still valid lagi ke? Kalau nak renew dia akan charge macam mana ye? Thanks in advance!

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Lily, lesen L valid untuk 2 tahun. Renewal untuk lesen L apa ye? Kalau motokar, rm32.10 (3 bulan), rm62.10 (6 bulan), motosikal B2 rm4.10 (3 bulan) dan rm6.10 (6 bulan).

      Reply
  50. khamashiqin

    Salam, saya masih student, and belajar memandu lagi. Lesen L bagi kategori D. Saya baru daftar belajar memandu bulan 5 yg lalu, dan lesen L saya dah tamat tempoh pada bulan jun yg lalu. Sekrg dh nov, saya masih boleh renew lesen L tu ke? Dh hampir 4bulan berlalu ni 😅 risau juga saya. Ada tak kena apa apa denda?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @khamashiqin, wkslm. Masih boleh renew. Sebab lesen L sah digunapakai selama 2 tahun. Takde denda. Cuma kalau tak renew, jangan gatal tangan bawak kereta. Kalau kena saman, silap2 lesen digantung sekali.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *