Tutorial beli top up di pejabat pos

By | September 21, 2013

Bermula 1 september 2016, jualan reload di pejabat pos telah dilancarkan semula. Harga adalah seperti biasa.

Tutorial beli top up kat pejabat pos

Aku rasa mesti ramai yang tak tahu ataupun tak perasan mahupun ambil peduli pasal nih. Sebenarnya kat pejabat pos, korang pun boleh beli top up. Ye la, cun pulak masa kat pejabat pos korang nak bayar bil dll, tetiba nak mesej atau telefon orang sebab ada hal penting, tengok-tengok takde kredit. Spoiler-kan?

Apapun, back to our topic *tetiba speaking* Korang tak perlu nak ambil no.giliran untuk membuat pembelian top up nih, cuma kena beratur la kalau ada pelanggan lain. Ni lak senarai telco yang korang boleh beli kat pejabat pos dan nilai top up yang ada.

1. Celcom Air-time
RM5, RM10, RM30, Rm50, dan RM100.

2. Digi
Rm5, RM10, RM30, RM50 dan RM100.

3. Digi Happy
RM10, RM20, RM30, RM50 dan RM100.

4. Maxis (Hotlink)
RM5, RM10, RM20, RM30, RM60 dan RM100.

5. Tunetalk
RM5, RM10, RM30 dan RM50.

6. U-mobile
RM5, RM10, RM30, RM50 dan RM100.

7. XOX
RM5, RM10, RM30 dan RM50.

8. YES
RM5, RM10, RM30, RM50 dan RM100.

contoh-resitpembeliantopupdipejabatpos-rm5-digi-telco

P/s: Tiada caj pembelian dikenakan. Maksudnya kalau korang beli top up DIGI RM5, RM5 je la korang kena bayar. Kecuali untuk Touch & Go, caj Rm0.50 dikenakan untuk setiap transaksi (hanya available di pejabat pos KL dan Shah Alam). Nanti akan ada resit (rujuk gambar di atas, contoh resitnya), kat resit tu dah di-print sekali kod top up dan cara untuk top up. Dan itu saje. Untuk maklumat lebih lanjut dan jika ada sebarang keraguan, rujuk pejabat pos terdekat.

Yang benar,
Admin

3 thoughts on “Tutorial beli top up di pejabat pos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *