Belajar Blogging & Niaga Online

Belajar blogging / Buat duit online tanpa modal / Panduan Affiliate / Tcs College


|  Belajar Blogging  |  Biodata / Hubungi Penulis  |  Ebook Percuma  |  Download Ebook Percuma!  |

Apa yang menarik untuk minggu nih:

  1. Hp Keluaran Terbaru Nokia Lumia 610
  2. Dengan SonyInternetTV, Pasti puas hati tengok Movie Di Youtube!
  3. Jom buat duit dengan ChurpChurp.Aku dah 2 kali Cashout!Tengok lah sendiri!

Aku mabuk..

without comments

mabuk-pemabuk-gayamabuk

Aku tak minum arak pun rupa dah macam orang mabuk bila naik kenderaan seperti kereta, van, bas dan sewaktu dengannya. Spesies penyakit mabuk kenderaan, kes yang sama terjadi waktu aku masih kecil, naik feri pergi mana tah, aku pun lupa.

Hari jumaat yang lepas, terpaksa balik awal dari Expo Mara Uptown sebab sesuatu yang sengal terjadi (aku tak nak cerita, sebab memalukan aku je. Hahaha). Sabtu lak, aku terpaksa balik sebab pening kepala sangat, Ahadnya lak, tak jadi diorang nak berniaga. Aku lak kena suruh gi ikut ke brunei, saudara-mara kahwin?

Aku pulak bila lagi? -.-” *Soalan bonus*

Dengan penuh seksa, mabuk tak tentu pasal dalam kereta sepanjang perjalanan, nasib tak muntah. Wakakaka. Sempat menyinggah rumah nenek. Aku pun tak pasti nenek belah mana tah, bukan sengaja lupa. Tapi, keluarga kiorang memang cukup besar sebab moyang dulu kahwin 4? Tu belum anak, cucu & cicit yang berkahwin. -.-”

Boleh aku katakan aku langsung tak tahu / tak ingat 80% saudara & sepupu aku. Wew.. Ada yang langsung tak pernah jumpa kot. Entahlah, aku tak tahu mende. Apapun, salahkan korang yang membaca ni walaupun korang tak bersalah. Hahaha

Yang sengal,

Admin

Written by saharol

May 8th, 2012 at 6:38 pm

Pengalaman benggong aku sebagai penulis blog

with 4 comments

Sebelum aku melompat keluar melalui tingkap tidur, biar aku ceritakan serba sedikit pengalaman aku sebagai penulis blog.  Aku mula berblogging sekitar tahun 2008 apabila aku terpengaruh dengan iklan2, blog2, forum, ebook dan macam2 lagi yang aku jumpa di google yang berkaitan buat duit online.

Aku apa lagi, bila baca artikel orang lain, tengok diorang punya screenshot cek dari nuffnang & sebagainya membuatkan aku rasa bersemangat nak blogging juga. Maklumlah, nak duit punya pasal. Ya, dulu aku mula berblogging gara2 terpengaruh dengan kata2 orang pasal boleh buat duit dengan blog. Dengan teknik “TRY & ERROR” aku buat la blog percuma di blogger.com

Mula2 tu memang rasa rajin nak kemaskini blog, artikel banyak aku taip, tapi kebanyakkannya merapu je bila aku baca balik. -.-” Waktu tu aku dah join nuffnang, dan aku pun mencuba la nasib. Perrghh! Senang la sangat buat duit dengan blog! Dapat la 25 sen macam tu dalam seminggu tapi yang paling seronok bila dalam 1 minggu tu langsung tiada 1 sen pun. Seronokkan? Bila difikir2kan balik, rasa macam tak berbaloi & buang masa aku je.

Akhirnya, aku pun mula malas dah nak kemaskini blog. Cek pertama dari nuffnang kalau tak silap aku, dapat selepas 1 tahun! Sengal.. -.-”  Waktu tu aku turut terpengaruh dengan google adsense, affiliate program, ptc, dll. Semuanya bila aku buat separuh jalan. Ada la juga dapat hasil tapi dari segi masa & tenaga yang dihabiskan memang tak berbaloi. Akhirnya, aku tinggalkan juga.

Banyak produk digital yang aku beli ebook, video tutorial dll untuk belajar lagi banyak pasal blogging. Aku ingat lagi banyak aku tahu, lagi banyak pendapatan aku boleh dapat. Tapi aku silap. Lagi banyak aku tahu, lagi binggung aku dibuatnya. Tak tahu nak mula yang mana dahulu. Bila cuba google adsense, tiada klik terus “give up”, cuba promosikan produk affiliate tak ada yang nak beli aku pun “give up”, dengan nuffnang pun aku hampir “give up”.

Itu lah kalau korang nak tahu, penyakit “Limpahan Maklumat”. Silap aku dulu, aku tak fokus. Fokus ni bukanlah perkara senang, tapi tak mustahil. Caranya kena bagi komitmen dalam satu pekerjaan je dalam suatu masa (tempoh) & kesabaran yang tinggi diperlukan. Kedua, silap aku bila buat separuh jalan, tak pandai nak bersabar. Aku lupa, budak kecik yang baru hendak belajar berjalan pun mula2 merangkak2 berbulan2 lamanya kemudian barulah dia boleh berjalan. Aku pula, nak duit cepat je. Apa, ingat duit tu jatuh dari langit ke?-.-” Dan yang ketiga silapnya aku dulu mula blogging sebab nak duit sangat yang mana akhirnya “Frustrated”.

Aku harap korang tak jadi macam aku, tak salah niat nak dapatkan duit dari blog. Tapi, lebih baik jangan jadikan ianya sebagai keutamaan sebab manusia ni sifatnya bila dia mahukan sesuatu, dia akan berkeras nakkan benda tu, tapi bila tak dapat “Syok sendiri stress”. Betul kata pakar2, otai2 blogger.

“Bila blogging, berfikir la seperti pelawat. Kenapa diorang melawat sesuatu blog? Apa yang diorang harapkan? Ingat! Diorang harapkan maklumat / Informasi yang dicari2. Berikan kepada diorang, dan pastinya diorang akan datang lagi & besar kemungkinan diorang akan menyampaikan kepada orang lain bertapa bagusnya blog korang”.

Dari situlah bermulanya pelawat yang semakin ramai berkunjung. Bagi blogger: Pelawat = $$$ . Kalau inginkan $$$, hargailah pelawat blog korang. Berikan yang terbaik, nescaya hasilnya pun baik. Blog saharol.com ni dibina sebab aku nak belajar pasal domain+hosting, cpanel, squeeze pages, dll. Blog ni pun baru mula nak dikemaskini selalu sebab sebelum ni terbiar je atas sebab2 peribadi & …. MALAS. Ssshhhh! Jangan malas2!

P/s: Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat buat sesiapa sahaja yang membacanya. Artikel ini ditulis sebagai tanda penyertaan bagi “Give away Papan Kekunci Dot Com 2012″

Yang nak tidur,

Admin

Aku sibuk..sebab ada Expo MARA UPTOWN Bagi Bulan Mei 2012

without comments

Buat masa ni, aku masih sibuk tolong kakak aku berperang berdagang sampai hari ahad ni sempena hari Expo MARA UPTOWN Bagi Bulan Mei 2012. Semalam hari pertama Expo, tak banyak sangat orang. Tapi, serius aku letih giler. Dari pagi sampai malam jaga gerai. Dan yang paling aku rasa janggal bila berdepan dengan pelanggan. Dah la aku nyer percakapan macam rojak, sekejap2 keluar bahasa kedayan, sekejap2 keluar bahasa kuching, semenanjung.

Kesian pelanggan, ada yang binggung bila bercakap dengan aku lagi2 budak kecik. Hahaha. Betul kata orang, perniagaan internet jauh lebih senang walaupun ada la juga hal2 yang membengangkan seperti bahagian teknikal urus blog,html,php.. bla.bla.bla ikan masin.. Maaf, aku saje je tambah ikan masin walaupun langsung tiada kaitan.

Ada masa, aku buat artikel pasal hosting pulak. Takpun, pasal benda lain. Oh, aku bercadang nak mula Vlogging gak. Saja, suka2. Kalau korang ada idea atau info pasal VLogging, kongsikan la dengan cara tinggalkan komen kat bawah. Lagi2 nak tau software apa bagus untuk edit video, tambah kesan2 bunyi,animasi,dll, selagi mana berkaitan. Kalau boleh, cadangkan yang percuma. Bukan apa, bajet 2012 takde.

P/s: Pesanan ni untuk CIK MENAWAN (kalau2 ada baca artikel nih). Semoga sembuh segera. Walaupun sah tak tau cik menawan sakit apa, cepat2 la sembuh k. Thanks to @fiq sebab kasitau aku pasal ni. ARIGATO Gozaimasu. Korang yang tak faham cerita, pura2 faham dah la. Kira faham juga la tu. ^^

Yang sibuk,

Admin

Written by saharol

May 3rd, 2012 at 11:47 pm

Jenis-Jenis domain name yang mungkin korang tak pernah tahu..

with one comment

Mesti korang tertanya2 kenapa aku cerita pasal domain nih sedikit demi sedikit. Tujuannya untuk membuatkan korang tak mengantuk / tiada “mood” nak membaca kalau buat artikel yang terlalu ranjang panjang. Biar pendek, asalkan maklumat yang disampaikan berkualiti. Eh, ada kualiti ke artikel yang aku tulis ni? Hehe. Tu terpulang kepada pandangan masing2.

Berbalik kepada tajuk di atas, domain ni terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

Jenis-jenis domain

Parked domain -  Domain yang korang beli lepas tu tumpangkan pada domain utama korang. Contoh, nama domain utama aku saharol.com kemudian aku beli lagi 1 lagi domain “belajarblogginglagi.com”. Lepas tu, aku tumpangkan domain yang baru dibeli ni ke saharol.com. Bila orang taip atau jumpa di google blog “belajarblogginglagi.com”, secara automatik diorang akan dibawa ke domain utama “saharol.com”.

parked-domains-example-penerangan

* Tengok contoh dalam gambar rajah kat atas kalau masih tak faham.

Add on domains – Domain tambahan di dalam hosting yang sama. Benda yang membezakannya dengan parked domain ialah addon domain ada laman web / blog tersendiri. Andaikata domain tambahan bagi blog ni adalah www.gilakentangkoni.com . Bila korang taip di google www.gilakentangkoni.com dengan www.saharol.com, ianya akan membawa korang ke blog berasingan.

Sub domains – Tambahan link/url di hadapan atau di belakang nama domain. Contohnya, www.download.saharol.com atau www.saharol.com/download/. Korang boleh letak la apa2 nama selain perkataan “download”. Untuk membuat sub domains, pastikan terlebih dahulu hosting korang ada sediakan benda nih, dan korang boleh mula membuatnya di dalam cpanel hosting korang.

Sotong kurita domains – Yang ni tak pernah wujud, aku saja je tambah. Hahaha

Yang kadang2 keliru pasal domain,

Admin

Pertandingan Pengomen Tegar Blog Ronaldmohoni.com Mei 2012

with one comment

Dengar sini semua, dan semua dengar sini. Err, maksud aku korang baca nih. Sekarang aku nak kasi kecoh satu kampung pasal pertandingan komen beromen mengomen. Bagi yang berminat nak ikut serta, ni antara syarat2 yang perlu korang patuhi kalau nak menang hadiah.

Pertandingan ni bermula 1 Mei 2012  – 31 Mei 2012 (Jam 11.59 malam).

Antaranya:

  1. Korang kena buat satu artikel macam ni di blog korang (ikut kreativiti masing2), bertajuk “Pertandingan pengomen tegar blog ronaldmohoni.com mei 2012″. Artikel korang mestilah mengandungi penerangan pasal pertandingan ni, syarat2 pertandingan, hadiah pertandingan & senarai penaja.
  2. Pastikan bila tinggalkan komen, tidak kurang dari 5 patah perkataan. Kurang walaupun satu je, komen yang korang tinggalkan takkan dikira.
  3. Dan yang paling penting, keputusan pengadil adalah muktamad. Jangan la korang ada yang tak puas hati lak. Hahaha

Hadiahnya lak;

  • Tempat Pertama Komen Terbanyak: RM50 + Iklan Banner sebulan di Ronaldmohoni.Com + Iklan Banner Sebulan di ArtisMalaysiaTerkini.Com + Iklan Banner Sebulan di Shaharil.Com + Iklan Banner Sebulan di OhSukan.Com.
  • Tempat Kedua Komen Terbanyak: RM30 + Iklan Banner sebulan di Ronaldmohoni.Com + Iklan Banner sebulan di ArtisMalaysiaTerkini.com + Iklan Banner sebulan di OhSukan.Com.
  • Tempat Ketiga Komen Terbanyak: RM20 Sumbangan Monica Lok dari blog gadis999 + Iklan Banner di ArtisMalaysiaTerkini.Com
  • Tempat Keempat Komen Terbanyak: RM10 + Iklan Banner di ArtisMalaysiaTerkini.Com
  • Tempat Kelima Komen Terbanyak: RM10 + Iklan Banner di Ronaldmohoni.Com

P/s: Pertandingan ini dianjurkan oleh ronaldmohoni.com & segala spesies hadiah ditaja oleh artismalaysiaterkini.com, ohsukan.com, shaharil.com & blogger Monica Lok dari gadis999. Kerja korang lepas buat artikel macam nih, terus spam komen kat blog ronaldmohoni tuh. Ekekeke. Oh ya, jangan lupa hantarkan link/url post korang di blog tu untuk tujuan pendaftaran.

 

Komen mengomen untuk menang,

Admin


Borak di sini!