APA ITU CRYPTOCURRENCY? (MATAWANG CRYPTO / DIGITAL)

By | March 18, 2018

Asalamualaikum semua. 🙂

Lama juga aku menghilangkan diri. Saja suka-suka. Hahaha. Takdelah. Agak sibuk dengan kerja, kursus dan banyak perkara lain yang aku habiskan masa untuk mengkaji dan belajar dalam beberapa bulan ni seperti unit trust, insuran, dan yang paling penting belajar cara mewujudkan dan menjaga hubungan dengan orang (yang mana memberi kesan dalam bisnes dan kehidupan seharian) dan haihhh… Panjang ceritanya esok pun belum tentu habis… Lain kali je la aku sambung cerita 🙂

Apapun, kita balik ke tajuk asal..

APA-ITU-CRYPTOCURRENCY-MATAWANG-CRYPTO-DIGITAL

Sebahagian besar dari korang mungkin dah terbiasa mendengar tentang bitcoin, etherium, monero, zcash dll. Hari ni aku nak kongsi sedikit pengetahuan mengenai matawang digital ni. Matawang crypto / digital aka crypto currency tidak jauh berbeza dengan matawang yang biasa kita lihat misalnya di Malaysia, dengan matawangnya RINGGIT, United States Of America dengan matawangnya Dollar dan Indonesia dengan Rupiahnya.

Fungsinya sama sahaja iaitu sebagai alat pertukaran samada dengan matawang lain atau barangan mahupun perkhidmatan. Cuma menariknya matawang digital bukannya dalam bentul fizikal tetapi sekadar dalam bentuk angka dan boleh dilihat menggunakan alatan eletronik seperti handphone dengan menggunakan aplikasi / laman web tertentu yang mana mempunyai fungsi “wallet”.

Fungsi wallet sama sahaja seperti fungsi perbankan online yang membolehkan pertukaran, hantaran dan terimaan wang secara atas talian. Sehingga ke hari ini, lebih 2000 jenis crypto telah diwujudkan dan dijual beli setiap hari.

Macamana nak dapatkan crypto seperti bitcoin dll?

Terdapat dua cara untuk dapatkan wang digital ini iaitu:

1.Exchange (Jual beli)
2.Mining (Satu proses yang mana mesin digunakan untuk bekerja dan kita dibayar dalam bentuk wang digital).

Nanti lagi aku sambung cerita pasal cryptocurrency ni. Dari cara daftar wallet, proses exchange, mining dll. Insyaallah. 🙂

 

Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *