Belajar Blogging & Niaga Online

Belajar blogging / Buat duit online tanpa modal / Panduan Affiliate / Tcs College


|  Belajar Blogging  |  Biodata / Hubungi Penulis  |  Ebook Percuma  |  Download Ebook Percuma!  |

Apa yang menarik untuk minggu nih:

  1. Hp Keluaran Terbaru Nokia Lumia 610
  2. Dengan SonyInternetTV, Pasti puas hati tengok Movie Di Youtube!
  3. Jom buat duit dengan ChurpChurp.Aku dah 2 kali Cashout!Tengok lah sendiri!

Masalah nuffnang ads bila pelawat guna google translate

with one comment

Dulu aku pernah tulis pasal benda ni, tapi memandangkan artikel lama semuanya dah ghaib, jadi aku bercadang nak cerita balik. Nuffnang ads ni memang ada masalah, kalau dulu salah satu masalah nuffnang ads ni dia lambat “load” tapi sekarang dah diperbaiki. Tekan sini untuk baca pasal kod nuffnang ads terbaru!

Tapi, masalah nuffnang ads bila pelawat guna google translate ni belum selesai. Pernah dulu, letak nuffnang ads kat satu blog bahasa inggeris. Bila tengok dari mana pelawat datang, ada pulak link ke blog tu tapi menggunakan google translate. Aku pun klik la pada link tu, maklumlah nak tengok camana rupanya blog tu bila kena translate ke bahasa lain.

Sekali tengok, ades! Ruginya aku! Ni yang terjadi kat blog ni apabila guna google translate:

nuffnangads-problems-when-using-googletranslate-buatduitdengannuffnang

Nuffnang ads error! Nampak tak kerugian aku kat sana? Macamana pelawat nak klik iklan tu? Dah la tak dapat diklik, hensem buruk rupa blog aku dibuatnya. Kalau korang nak cuba tengok sendiri, korang gi bukak google translate: http://translate.google.com.my/

Lepas tu, taipkan url blog korang. Contohnya, aku nyer http://saharol.com. Kemudian, korang klik pada url korang hasil translation di sebelah kanan. Tengoklah, bertapa cantiknya blog korang. Aku pun tersangatlah kagum! (sambil tangan di bahu, mata pandang atas) Harap2 la pihak nuffnang akan perbaiki masalah ni gak. Rugi..Rugi.. Rugi…

Macam mana nak buat duit dengan nuffnang begini kalau ramai pelawat yang guna google translate.. Gigit jari je la kan?-.-”

Yang rugi,

~sah~

Saya Mahu Buku Pelaburan WTF? 23 Properties by 30 dari Eyriqazz.Com

without comments

buku-percuma-online-giveaway

Kali ni aku nak kongsi salah satu “Give Away” dari saudara Eyriqazz lak. Esok 13 Mei 2012 merupakan tarikh tamat untuk give away ni. Mai2, ikut serta sekali! Sapa tahu, korang yang dapat. Bukan Ahmad Albab yang dapat. Lalala~

Yang nak sangat buku tu,

~sah~

Written by saharol

May 11th, 2012 at 7:03 pm

Matluthfi90, Matluthfi90. Saudara aku ke?

without comments

Matluthfi90

Matluthfi90-vlogger-malaysia

Dia sebenarnya seorang Vlogger no.1 di Malaysia menurut apa yang aku baca di kebanyakkan blog yang aku singgah. Kebanyakkan video yang dihasilkan berbentuk teguran, nasihat & realiti yang terjadi di dalam dunia ni seperti pilitik, cara kita menerima maklumat & yang pastinya diselitkan dengan lawak yang boleh buat korang pecah punggung perut.

Gara2 aku tengok video yang si Matluthfi90 ni la aku dok tergelak sorang2, nasib dalam rumah aku gelak sakan, kalau kat luar, entah2 ada yang call pihak hospital minta hantarkan aku gi rumah sakit jiwa. Hehehe. Bagi yang belum pernah tonton video dia, korang boleh tonton kat sini:

http://www.youtube.com/user/matluthfi90?ob=0

P/s: Apapun, korang layan dulu salah satu video Matluthfi90 bertajuk “Typical local film/drama scenes”.

Yang tersengih2 tengok video Matluthfi90,

Admin

6 benda merepek blogger selalu buat.. Korang pernah buat? (Belajar blog)

with one comment

bendabodoh-perkara-merepek

Kali ni, aku nak kongsikan 6 perkara merepek blogger selalu buat. Semua ni menurut pembacaan, pemerhatian & pengalaman sendiri yang dah mula berblogging sejak 2008 lagi. Benda ni pun bukannya baru sangat, & terus-menerus jadi adat turun temurun blogger. Entah2, korang pun selalu buat nih! -.-”

Antaranya;

  1. Selalu tengok balik2 earning nuffnang & adsense, dll – Setiap 10 minit, 1 jam, 2jam. Mau 20-30 kali tengok dalam sehari.  Serius aku katakan, aku pun sama je selalu buat benda ni. Bila aku fikir balik, apa faedahnya aku tengok balik2. Bukannya “earning” tu akan bertambah dengan sendirinya setiap kali aku cek. Kan “earning” dikira berdasarkan jumlah pelawat & klik pada iklan di blog, bukannya berdasarkan berapa kali kita gi tengok balik2 earning.-.-” Dari buat benda macam ni, baik gi “blogwalking” atau buat artikel baru. Baru masyhuk!
  2. Bila buat artikel, 99% semuanya cerita pasal korang – Ni biasalah orang buat lagi2 blog peribadi. Takde salahnya kalau nak cerita pasal peribadi korang, dah memang blog peribadi, blog korang lak tu. Bukan blog aku. Hehe. Rata2, blogger popular banyak yang update blog pasal kehidupan diorang. Tapi, biasalah pelawat ramai, ribu2 sehari. Korang nyer pelawat? Dah la ciput, asyik cerita pasal diri aje. Nak tertido bila orang baca. -.-” Bagilah informasi yang berfaedah sikit, takpun kaitkan berita terkini dalam surat khabar dengan kehidupan korang, ada gak faedahnya. Bolehlah berkongsi pendapat & seumpamanya. Baru orang nak baca & komen.
  3. Hias blog dengan widget, dll sampaikan blog lambat giler “load” – Ni biasa aku tengok, blogger baru biasanya buat. Tak kisahlah, blog korang. Tapi, nak tahu tak fakta pasal penggunaan internet lagi2 di Malaysia? Line internet kat Negara ni memang lambat, pakai streamyx pun belum tentu lagi laju. Sudah la ramai yang guna broadband, lagi la sengsara menunggu blog korang “loading”. Belum sempat baca blog korang, 9/10 pelawat korang gerenti tutup terus blog korang. Tak caya? Cubalah sendiri!
  4. Letak lagu streaming kat blog, auto play pulak tu – Yang ni aku memang geram giler la. Dah la “line slow”, ganggu konsentrasi membaca artikel lak tu. Yang paling seronok bila artikel yang ditulis dalam blog tu dengan penuh perasaan/emosi, contohnya kisah sedih, tapi lagu kat dalam blog berunsur kegembiraan. Aku pun tak tau nak gembira ke sedih bila membaca artikel tu. Konfius aku dibuatnya… -.-”
  5. Iklan banyak sangat, sampai artikel pun penuh dengan ayat2 iklan – Hahaha. Yang ni aku pun pernah buat. ;p Orang tak suka sangat iklan2 ni. Contohnya macam iklan tv, tengah best tengok cerita bollywood tahap jiwang berkarat-karat dengan lakonan mantap oleh aku SHAH RUKH KHAN, tiba2 keluar iklan ubat batuk “cap ibu dan anak”. Segala jampi serapah, makian, cacian kita luahkan depan tv tu, baru nak layan jiwang & ada je yang “spoil”. Jadi, kurang2kanlah iklan tu atau buatkan iklan tu nampak tak nampak macam iklan, lebih kepada macam cerita yang penuh pengajaran. Macam iklan petronas dengan pantene.
  6. Buat artikel dengan singkatan, gubah2an ala2 bunga, kononnya  fesyen/ada style  – Korang cuba baca ni, kalau aku baca nih, aku memang pening kepala. Berbelit saraf otak ni cuba “translate” tulisan macam ni..  Termasuk juga perkataan yang tak disusun dengan baik, disambung2, dll.
  • “I <3 v . b3L4 k1t@ n*k kw3n n!h”.
  • OMG, idk v & kren xske i. Why? aP3 d0$3 I? Kangkulempanghangkangbaruhangtausapaaku.Hangingathangsorangjekeyangtererdalamkampung pokokpisangni.   (semua ni contoh je, ada yang lagi dahsyat tulisannya)..

P/s: Apapun ini cuma pendapat berdasarkan pengalaman & pembacaan aku pasal benda nih. Jadi, aku tak sarankan korang rasa bangga kecewa dengan pujian pendapat aku ni. Sebabnya, ini bergantung kepada tujuan blog korang dibina, dll. Kalau yang serius nak buat duit dengan blog, mungkin 6 perkara yang aku nyatakan di atas korang perlu fikirkan semula. Sekian…

Yang sengaja bikin korang “Naik Hangin”,

Admin

2 cara mudah sediakan hadiah untuk pertandingan di blog korang

without comments

hadiah-pertandingan-blog

Sejak aku mula aktif balik blogging nih, baru aku perasan. Makin ramai blogger yang membuat pertandingan di blog diorang. Tujuannya tak lain tak bukan nak tarik pelawat la datang berkunjung. Bagi aku, ni salah satu cara terbaik dapatkan barang atau duit percuma di internet.

Jadi, aku buat la kajian serba sedikit macamana cara diorang nak sediakan hadiah2 untuk pertandingan yang diorang buat. Setakat ni, ada 2 je aku dapat kenalpasti, antaranya;

Minta sponsor dari orang lain tetapi dengan syarat pihak sponsor juga mendapat keuntungan pada masa yang sama – Cara ni aku tengok makin ramai blogger yang guna, diorang cari penjual2 barang online kat facebook atau blogger lain yang ada tawarkan perkhidmatan, dll kemudian sebagai balasan kalau diorang sudi sponsor bagi pertandingan yang dibuat, penganjur pertandingan akan mewajibkan peserta samada like page facebook pihak sponsor, meletakkan link blog/fanpage sponsor dan seumpamanya.

Tapi, baru2 ni kecoh pasal sponsor tak hantar/bagi hadiah yang dijanjikan kepada pemenang pertandingan.  Contohnya, korang boleh baca kat:

  1. Blogshop Penipu! Jangan minta sponsor dari blogshop ini!!

Jadi, korang hati2 lah ye bila cari sponsor. Nanti dengan korang2 sekali kena tuduh “SCAMMER” / Penipu kalau pihak sponsor buat hal. Sebaiknya, kalau korang pilih cara ni, pastikan korang meletakkan kenyataan seperti “Hadiah disediakan oleh www.namadomainataufbsponsor.com, dan segala maklumat berkaitan dengan hadiah, perlu dirujuk pada pihak sponsor secara terus. Pihak kami tidak terlibat dalam sebarang aktiviti menghantar, mengurus hadiah yang dijanjikan”. Bila buat macam ni, selamat la korang dari sebarang pertanyaan, tuduhan dll jika terjadi penipuan dari pihak sponsor.

Diorang sponsor sendiri – Bab sponsor sendiri ni ada 2 cara, cara pertama perlu keluarkan duit, cara kedua tak perlu.

  1. Cara 1 – Bagi hadiah wang tunai, atau apa2 yang melibatkan penggunaan duit pihak sponsor. Cara ni termasuklah duit yang digunakan untuk membeli hadiah seperti handphone, laptop, kamera,dll.
  2. Cara 2 – Memberikan perkhidmatan / barang percuma yang pihak sponsor tak perlu keluarkan duit. Biasa cara ni sesuai bagi orang yang ada menyediakan perkhidmatan seperti membuat banner, jadi boleh la hadiahkan banner percuma khas untuk pemenang. Boleh juga bagi iklan percuma di blog korang selama sebulan, manakala barang percuma seperti ebook korang boleh cari kat google. Ada berlambak, ada yang diberi hak jualan semula dan macam2 lagi.

P/s: Ada lagi ke cara lain? Entah, aku tak terfikir lagi.. Korang ada idea ke? Ce citer. Ce citer…

Yang kehabisan idea,

Admin


Borak di sini!