PROGRAM PEMUTIHAN JPJ – ROADTAX YANG TELAH TAMAT TEMPOH BELUM GENAP 3 TAHUN BOLEH RENEW SEPERTI BIASA!

By | March 27, 2018

Program pemutihan JPJ ni merupakan berita baik bagi semua pihak lebih-lebih lagi bagi korang yang ada motosikal / motokar yang dah lama tak renew roadtax tu. Hehe. Bolehlah renew sekarang atau selewatnya pada 30 JUN 2018. Dah tak perlu nak pergi puspakom bagai. Makan masa, wang dan tenaga.

Tetapi syaratnya mestilah:

  1. Roadtax belum genap 3 tahun expired.
  2. Hanya untuk kenderaan persendirian samada motokar / motosikal.
  3. Tempoh program bermula dari 27 MAC 2018 sehingga 30 JUNE 2018, pembaharuan selepas tarikh tersebut tidak lagi diterima (maksudnya terpaksa melalui puspakom / pemeriksaan khas (b2) di JPJ bagi motosikal.

P/s: Pembaharuan boleh dibuat di mana-mana kaunter JPJ atau pejabat pos / pos bergerak (kecuali pos mini).

Itu je kot. 🙂

Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *