Batuk hijau…

By | April 5, 2015

Baca tajuk pun dah gelikan? Bwahaha. Tapi memang la dua tiga hari ni batuk je memanjang, badan panas macam nak demam.. Nak berdiri pun takde semangat. Kalau kitorang nyer bahasa untuk orang yang malas macam dalam keadaan aku sekarang ni, konfem kena gelar “lemah buntut“. Kelakarkan bunyinya? Tapi tulah keindahan bahasa yang pelbagai kat M’sia. Hahaha.

Tapi syukur gak waktu aku tengah menaip ni badan dah ok sikit walau masih batuk sedikit dan selesema. Dan baru-baru ni aku dapat tahu satu berita baik, iaitu untuk program google adsense, sudah ditetapkan bahasa Malaysia termasuk dalam bahasa yang diterima. Rasa nak aktif balik. Tak pernah cash-out pun tapi ye lah. Letih nak buat blog dalam bahasa omputeh ni, lemah buntut aku ni hah dibuatnya. Bwahaha ;D

Syukur gak hari cuti, tak perlu ambik sick-leave ke mende. Apapun, doakan aku sembuh segera. Dan meneruskan penulisan yang mengarut dalam blog ini. Sekian. Sama-sama.

Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *