Nak tak nak, kenalah terima hakikat yang aku nih dah tua. Hahaha.. Sedar tak sedar, masa berlalu dengan cukup pantas, macam orang tengah berlumba F1. Pejam celik, pejam celik, pejam tak celik2.. opps! Dah 22 tahun aku hidup di muka bumi nih sebagai manusia. Ceh, ayat apakah ini. ;D
Hari ni pun kerja seperti biasa, kalau dapat cuti waktu macam nih kan best! Cun lak kawan baik aku sorang nih tengah cuti, boleh la lepak2, jalan sana sini walaupun poket kempis sebab al-maklumlah, tengah bulan. Asal tengah bulan je kempis, asal kempis je poket tengah bulan.. ;D
Untuk pengetahuan semua peminat2 aku, ceh.. Maksud aku, korang2 yang sudi2 melawat ke blog nih, aku dah tak kerja kat pejabat pos satok, Kuching dah. Masuk hari ni, dah seminggu 2 hari aku dipindahkan ke Pejabat Pos Besar (GPO), Kuching. Dan, kat sana.. Perggghh! Rilek sungguh!
Tak macam kat pejabat pos satok, nak giler je rasa. Pelanggan non-stop datang. Kat GPO nih, walaupun ramai orang, kaunter pun ada banyak. Jadi, memang jauh lebih rilek aku kat sini berbanding tempat kerja lama aku. Bukan tu saja, tak macam kat sana, kaunter sini dibahagi2-kan mengikut jenis.
Aku jaga kaunter bil & cuma ambil bil2 je, ada la gak tolong ambil urusan asb, jpj sikit2. Berbanding kat pejabat pos satok, pos laju, register, jual setem, asb, jpj, renew insurans, jual pos ekspress, dll. Mahu giler rasanya, nak kena ingat semua tuh. Fuhhhh, nasib tak gila. ;D
Kat GPO, tak macam kat satok, hari2 kena sabda…. Maksud aku kena ceramah, kena marah. Hahaha.. Depan pelanggan lagi tuh, sabor je la. Mungkin bagi yang dah biasa pergi ke sana, tahu kot situasi aku nih. Tapi, semua tu dah berakhir. Keh3.. Banzai!
Western-Union je lagi sampai sekarang aku masih belum dok belajar cara urus. Ciss, dah nak genap 4 bulan kerja belum lagi tahu cara urus. Hahaha.. Tapi, serius la.. Kira syukur gak aku ditempatkan di pejabat pos satok, sebelum ke GPO, dapat gak belajar banyak benda dalam masa 3 bulan lebih. Berbanding di GPO, belajar sikit2. Sebab, kaunter diasing2-kan.
Banyak pula kenangan waktu kerja kat PP satok, orang nak renew roadtax motosikal, aku print guna roadtax kereta, orang tanya rate air parcel, boleh lak aku tanya balik, nak tahu rate laut ke udara. Hahaha. Nak je aku ketawa guling2 bila ingat balik, nasib gak senior aku semuanya leh sabar dengan karenah aku yang binggung2 nih.
Dah2, aku tak tahu dah nak cerita apa lagi. Baik aku tidur, dah la dari jam 12 pagi aku menaip nih, sekarang dah jam 1.02 pagi. Fuhhh, hampir sejam menaip. Sekian saja, yang melaporkan dari bilik sewa..
Yang benar,
Admin