Jawatan kosong 2012 (Kerani Gred NC1) di pejabat pos!

By | November 19, 2012

Aku baru je balik dari bekerja.. Wooo… Best! Sebab hari ni aku tak duduk kat kaunter pejabat pos, tetapi kat dalam van pos bergerak je. Hohoho. Sambil bekerja, dapat jalan2. Tak ke best tu? ;D

Ni aku ada berita gumbira untuk korang yang tengah dok cari kerja & nak jadi kerani pos cam aku gak. Tadi waktu aku tengah borak2 dengan kawan aku, dia sempat bagitahu aku yang POS MALAYSIA BERHAD sedang mencari2 bakat baru.. Ceh, ingat ni pertandingan juara lagu ke? Hahaha.. Tengah dok cari pekerja baru.

kerja-kosong-pangkat-keraniposmalaysia

Apa yang korang perlu tahu pasal jawatan kosong nih?

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Pos Malaysia Berhad Sarawak.

1. Jawatan – Kerani NC1/C2 (Bukan part-time, tetapi pekerja tetap)
2. Kekosongan – (ikut keperluan semasa)
3. Tanggagaji –  Rm1000-Rm2100 (Tidak termasuk elaun)
4. Syarat-syarat kelayakan memohon:

– Terdiri daripada warganegara Malaysia. Kalau korang warganegara Indonesia, Thailand, dll memang takkan dapatlah.

– Berumur tidak kurang daripada 18 tahun & tidak melebihi 30 tahun.

– Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf setaraf dengannya.

– Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) & lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

– Kepujian salah satu daripada matapelajaran Matematik, Prinsip Akaun, Perdagangan & ekonomi pada peringkat SPM.

– Keutamaan dipertimbangkan kepada calon-calon yang mempunyai asa dalam mengendalikan komputer serta aktif dalam sukan mewakili Daerah/Negeri.

– Calon-calon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah atau dadah.

5. Cara-cara memohon:

– Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menggunakan resume atau borang permohonan pekerjaan yang boleh didapati di pejabat-pejabat pos di Sarawak dengan melampirkan butir-butir lengkap peribadi termasuk salinan sijil-sijil persekolahan dan kelayakan yang telah disahkan serta sekeping gambar ukuran pasport (tidak dikembalikan) kepada :

Pengurus Wilayah Sarawak (Sumber Manusia)

Pos Malaysia Berhad

Tingkat 2, Bangunan Pusat Mel Kuching, Jalan Tun Razak/Pending, 93670 Kuching.

P/s: Digalakkan guna sampul pos ekspress berukuran (353mm x 250mm) atau pos laju. sila nyatakan jawatan dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat.

6. Tarikh tutup – 14 Disember 2012 (Jumaat,  5.00 petang)

Peringatan! Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Mereka yang tidak menerima sebarang jawapan dalam masa 3 bulan dari tarikh iklan ini akan dianggap tidak berjaya. Pihak Pos Malaysia tidak akan menanggung perbelanjaan untuk menghadiri temuduga ini.

Jadi, bagi korang2 yang tengah cari kerja tuh, cuba dulu hantar resume. Kot2 dipanggil temuduga, ada gak kawan baru aku nanti. Wahahaha. Walaupun tak tahu lagi korang yang berjaya diambil bekerja akan diletakkan di mana. Woohoo! Orait, jap gi nak wat post pasal jawatan kosong posmen lak. Tak pun, esok kot. ;D

Yang benar,

Admin

14 thoughts on “Jawatan kosong 2012 (Kerani Gred NC1) di pejabat pos!

  1. norhashida hida

    saya teringin sgt nk keja pejabat pos bahagian kaunter..tp nk buat mcm mne..

    Reply
  2. Pingback: Jawatan kosong 2012 (Posmen NP1) Pejabat pos! | Belajar Blogging & Niaga Online

  3. RAJA NURULATIKAH BINTI RAJA AZLAN

    TAMBAHKAN PEKERJAAN KOSONG KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG MENGANGUR

    Reply
  4. MAZNIZAM MAZLAN

    Knpa ssh sgt nk dapt kerja goverment???nak kata tak layak rasa nya kena cuba dulu baru betul…..

    Reply
  5. JC CHONG

    I dare not go to POS PEDING. Every time I need to queue at least 30 min. I can’t understand why
    there are 2 counter but always 1 counter being open for all-in services. The close counter always has another staff
    (mostly a lady macham taokeyneo) chattering with the one at open counter. They won’t feel sorry to the long queue.
    One guy saw her so free talking & proceed to ask her help but she just point to the “COUNTER TUTUP”.
    I wonder why the POS is wasting $$ to employ such poor atitutestaff & wasting our time to queue there.We are also orang-gaji
    don’t have the leisure to queue there. One day I will lost my temper & bang the counter there. If I post
    my complaint to the facebook, surely it will bring up thousads of feed-back, you belief or not ??

    Reply
  6. ekin

    Hai saharol… just nak tanya,,,skop kerja kerani gred nc1 ni macam mana? gaji berapa ya? saya dapat tawaran..suruh datang office utk ambil offer letter….masih terpinga2 nk g ke x 🙁

    Reply
    1. sha

      Hai saharol and ekin..baru review pasal entry ni..selalunya apa diorunk tanya masa iv..ada juga ke ujian bertulis or ape2 yg lain..baru dpt offer g iv..

      Reply
      1. admin (saharol) Post author

        @sha, hi. Rasanya semua dah saya ceritakan dalam post ni. Tak menentu macamana atau soalan apa yang diorang akan tanya. Tapi usahakan je menjawab. ;D

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *