Jawatan kosong 2012 (Posmen NP1) Pejabat pos!

By | November 20, 2012

Sebelum ni aku dah citer pasal jawatan kosong bagi jawatan kerani pos, sekarang ni lak untuk jawatan posmen. Bagi sape2 yang berminat, cuba la apply. Kot2 dapat. ;D

posmen-jawatankosong-2012

Jawatan kosong Posmen 2012 (Gred NP1)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Pos Malayia Berhad Sarawak.

1. Jawatan    : Posmen (NP 1) – Secara tetap
2. Kekosongan : Ikut keperluan semasa
3. Tanggagaji : NP 1 (Rm800-Rm1700)
4. Syarat-syarat kelayakan memohon:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

– Lelaki
– Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun.
– Lulus Penilaian Menengah Rendah (PMR) / SRP atau yang diiktiraf setaraf dengannya dan mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf setaraf dengannya.
– Keutamaan diberi kepada calon yang memiliki lesen memandu kelas B2/D/E/E1/E2/F/G yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta aktif dalam sukan mewakili Daerah/Negeri.
– Calon-calon juga mestilah bebas dari sebarang kes jenayah atau dadah.

5. Cara-cara Memohon :
– Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi resume atau borang permohonan pekerjaan dengan menyertakan salinan sijil-sijil persekolahan dan kelayakan yang telah disahkan serta sekeping gambar ukuran pasport (tidak dikembalikan) kepada:

Pengurus Wilayah Sarawak (Sumber Manusia)
Pos Malaysia Berhad
Tingkat 2, Bangunan Pusat Mel Kuching, Jln. Tun Razak / Pending, 93670 Kuching.

*Digalakkan guna Poslaju atau sampul pos ekspress berukuran (353mm x 250mm). Sila nyatakan jawatan dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat.

6. Tarikh tutup : 14 Disember 2012 (Jumaat, 5.00 petang)

P/s: Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Mereka yang tidak menerima sebarang jawapan dalam masa 3 bulan dari tarikh iklan ini akan dianggap tidak berjaya. Pihak Pos Malaysia Berhad tidak akan menanggung perbelanjaan untuk menghadiri temuduga ini.

Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *