Panduan affiliate – Apa itu affiliate?

By | March 8, 2012

APA ITU AFFILIATE? (Panduan affiliate)

Dulu aku superman binggung pasal affiliate. Ye la, mana tidaknya. Terlampau nak tahu sangat macam2 benda, google adsense, nuffnang, clickbank, dll. Macam2 ebook yang aku beli, aku baca, dah akhirnya otak berserabut. Hahaha. Banyak sangat informasi.

Tapi korang tak perlulah pening2, binggung.

Biar aku terangkan secara mudah pasal apa itu affiliate. Ianya merupakan suatu program yang menggunakan orang tengah sebagai penjual atau pembantu mencari pelanggan atau mencapai suatu matlamat. Ini bergantung kepada jenis affiliate program yang dijalankan.

 

panduan-affiliate,belajar affiliate,kaedah affiliate

 

Bagaimana program affiliate dijalankan?

– Mula2, korang kenalah mendaftar terlebih dahulu dengan mana2 program affiliate yang ada. Contohnya,

klikjer.com (Klik untuk mendaftar. Jangan risau, pemilik program affiliate tersebut telahpun menyediakan panduan menggunakan ruangan affiliate sebaik sahaja anda mendaftarkan diri.)

Selepas mendaftar, korang akan diberi link/url affiliate khas yang mana akan digunakan untuk tujuan promosi.

Jenis-Jenis Program Affiliate

Setakat ni, ada 3 jenis je. Kalau nak lebih lagi, korang ciptalah sendiri. ;p

1. Pay per sales (Bayaran berdasarkan jualan)

– Konsep ini paling mudah untuk difahami. Jika ada pelawat membeli melalui link/url affiliate korang, maka korang akan menerima komisen (bergantung kepada jumlah komisen yang telah ditetapkan).

2.  Pay per click (Bayaran berdasarkan klik)

– Yang ni pula melibatkan aktiviti meletakkan iklan di dalam blog, jika ada pelawat blog yang mengklik iklan tersebut, dapatlah korang hasilnya.

Contoh program PPC ni:

– Sebaiknya, cuba nuffnang dulu sebab banyak kelebihannya berbanding yang lain lagi2 bagi korang yang baru nak mula berblogging. Banyak aktiviti seperti mini-gathering, pertandingan, tiket wayang percuma, dll.

3. Pay per lead (Bayaran berdasarkan email yang diperolehi)

– Affiliate jenis ni pula lain lain sikit. Korang akan dapat komisen bila pelawat memasukkan nama/email ke ruangan yang disediakan di dalam laman web yang dipromosikan. Tujuan pemilik program affiliate jenis ni tak lain tak bukan adalah untuk mengumpul “Senarai email/Mailing lists” untuk tujuan promosi pada masa akan datang.

Contohnya,

Nanti kalau aku rajin, baru sambung cerita pasal apa itu affiliate. Tak leh nak cerita banyak sangat, nanti korang ditelan buayatertekan sebab banyak sangat informasi. Hehehe

Yang Benar,

Admin

3 thoughts on “Panduan affiliate – Apa itu affiliate?

  1. Mrs Nury

    Hhmmm ada lagi affiliates yang saya belum join rupanya..

    ~huhuhu saya dah daftar macam-macam affiliate, tapi belum merasa RM dari affiliate yang saya join tu..

    Kalau ada tips cara untuk dapatkan RM dengan lebih cepat, kongsi la juga di sini ye, TQ

    Reply
  2. emma

    adakah wujud sebarang program affiliate yang menjual produknya tetapi produk tersebut tidak dapat dilihat(barangan fizikal) dan jika ia berbentuk perkhidmatan kita tidak merasakan kewujudan brngan tersebut. produknya hanya dikenali sebagai software and tools to harness the power of communications.

    Reply
  3. Pingback: Panduan affiliate – 3 langkah awal untuk mula menjana pendapatan melalui program affiliate!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *