Belajar seo – Apa itu seo? Kenali apa itu seo, kata kunci dan enjin carian!

By | March 9, 2012

Apa itu seo? Fuh! Kalau pasal seo ni la dulu aku paling binggung tahap Tongkang pecah cipan! Aku google sana-sini, baca ebook tu ebook ni. Rasa macam nak meletup je kepala otak ni! Hahaha. Macam2 definisi pasal apa itu seo dah aku baca. Kadang2 aku rasa definisi yang diorang bagi memeningkan kepala.

Mana tidaknya. Sorang kata A, sorang kata B, sorang lagi kata Z. Aku lak… Tak terkata pape..T_T Sekarang aku nak bagi definisi aku sendiri pasal seo ni. Hehehe. Dah sedia untuk sumbat ilmu seo kat dalam kepala lutut? Teruskan membaca.

SEO – SEARCH ENGINE OPTIMIZATION / OPTIMASI ENJIN CARIAN

– Definisi mudahnya, kaedah/cara pemilik blog/laman web menggunakan teknik seo untuk memastikan link/url blog mereka berada di tangga teratas di dalam enjin carian mengikut kata kunci/keyword tertentu.

Ok, setakat baca definisi mana nak fahamkan? Mula2 korang kena tahu dahulu apa itu enjin carian dan cara ianya berfungsi, serta kata kunci.

Enjin Carian / Search engine

– Laman web yang khas dibina untuk tujuan memudahkan pencarian sesuatu maklumat.

Contohnya, Google.com , Yahoo.com , Bing , Msn.

Bagaimana Enjin carian berfungsi?

– Setiap enjin carian mempunyai lelabah / robot tersendiri yang mana fungsinya untuk melayari dan memasukkan setiap blog/laman web ke dalam enjin carian (juga dikenali sebagai proses melakukan indeks).

Apa itu Algoritma?

– Bermaksud kriteria2 tertentu yang digunakan oleh enjin carian untuk menilai laman web/blog dan diletakkan/disusun mengikut kata kunci tertentu. Antaranya :

  • Kekerapan penggunaan dan di mana lokasi kata kunci diletakkan di dalam laman web korang.
  • Berapa banyak pautan dari blog/laman web lain ke blog korang.
  • Ke- verginan aslian kandungan/ artikel blog korang.
  • Struktur / rupa bentuk blog korang.

Apa itu keyword/kata kunci?

– Apa2 saja perkataan yang digunakan sewaktu membuat carian menggunakan enjin carian.

Contohnya, tengok gambar di bawah. Kata kunci yang digunakan ialah Belajar seo.

 

belajar-seo-katakunci-panduanseo-kaedahseo-seoblog

Haa! Sekarang sepatutnya korang dah faham asas nak mempelajari seo ni. Aku tak nak sambung cerita panjang2. Bukan korang yang mengantuk, aku yang mengantuk waktu menaip. Hahaha. Asas tentang apa itu seo dll yang aku cerita dari tadi ni kalau korang dah faham baru boleh sambung belajar seo.

Kalau masih tak faham, google je. Sebabnya, kalau belajar seo secara melulu macam aku dulu, pening woo! Nanti lagi aku sambung bahagian kedua, cara menganalis & mencari kata kunci. Diharap korang semua terhibur atas perkongsian ni.

Sekian, lagi jumpa!

Yang benar,

Admin

4 thoughts on “Belajar seo – Apa itu seo? Kenali apa itu seo, kata kunci dan enjin carian!

  1. Nazri

    algoritma google berubah-ubah. kadang-kadang kata kunci yang mengambil nama domain pun tak kuar. meme hebat siapa yang dapat kuasai SEO

    Reply
    1. saharol Post author

      @Nazri, memang betul tu. Tak dapat nak dinafikan. ;p

      Reply
  2. Zakaria Othman

    Salam,
    saya sudah membuat laman blog saya hampir 2 yahun tapi kat google sahaja blog saya di ranking pertama tapi di laman yahoo, bing ,mywebseach jauh kebelakang .
    Saya sedah kebigonganbagai mane menaikan pagerank saya di laman tersebut . Kalaulah ada caranya atau bagai mane yang boleh membantu atau di kenakan bayaran boleh jugak .
    Maaf secara jujurnya saya baru belajar.
    Mohon bantuan
    Hubunggi saya di talian 012-2734087 atau di email saya.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *