Panduan affiliate – 3 langkah awal untuk mula menjana pendapatan melalui program affiliate!

By | June 5, 2012

Artikel ni merupakan sambungan daripada artikel yang pernah aku tulis suatu ketika dahulu mengenai apa itu affiliate. Sebenarnya, ramai usahawan internet / blogger telah menghasilkan artikel serta ebook panduan affiliate. Tapi berapa ramai yang berjaya? Sangat sedikit!

Aku tak nak cerita panjang selebar 7 kaki 2 inci. Dalam artikel kali ni, aku cuma nak terangkan 3 langkah awal untuk korang mula menjana pendapatan melalui program affiliate. Ada tujuannya kenapa langkah2 ni korang kena laksanakan. Bukan untuk, saja suka2 atau bergurau-senda.

duit-banyak-giler-panduan-affiliate

Langkah 1 – Siasat & kenalpasti pemilik /orang yang mengadakan program affiliate

Mula2, korang kenalah buat siasatan. Jangan main belasah je nak promosi produk / perkhidmatan yang ada. Sebabnya, banyak dah kes pemilik program affiliate tak membayar ahlinya. Yang itu paling teruk, ada juga kes yang cerita pasal lambat bayar komisen, kena banned tanpa notis dan sebagainya. Kalau kena banned sebab korang spamming & cuba menipu tu lain cerita la. Memang patut pun kena banned! ;p

Setakat ni, ada 2 cara paling mudah untuk menyiasat:

  1. Korang teropong google  je. Contohnya, “lambat bayar komisen affiliate”.
  2. Cara kedua ni lebih baik sebab akan dapat kemaskini program affiliate yang diadakan, bahkan selalu je ada pertandingan affiliate (pay per lead). Kan affiliate jenis  PPL ni biasanya ada tempoh singkat je, jadi mudahlah korang nak dapat komisen lebih banyak sebab awal tahu. Korang boleh join kat sini, forum wangcyber!

 

Langkah 2 – Cari program affiliate yang sesuai untuk korang promosikan!

Maksud sesuai di sini ialah berkaitan dengan kebanyakan artikel blog, kerja, fanpage korang. Tujuannya? Untuk memudahkan orang membeli. Cuba korang bayangkan. Blog korang cerita dia pasal kereta, agak2 korang kalau korang promosikan produk kecantikan kat sana, ada orang nak beli ke? Agak2 la bro..n sis..

Tak salah kalau korang nak promosikan semua jenis produk, tetapi seperti yang aku terangkan kat atas, adalah lebih mudah untuk menjual kalau ianya berkaitan dengan topik perbincangan dalam blog korang, dll. Ini termasuk kaedah, bila tarikh pembayaran komisen akan dibuat, dll.

Rasanya, korang fahamkan maksud aku? Kalau tak faham jugak, gi cuci pinggan ke kemas dapur ke. Dah tu, baca balik artikel ni. Mungkin lepas buat semua tu, lebih mudah korang nak faham ;p

Langkah 3 – Mulakan promosi!

Untuk mempromosikan produk affiliate ni, ada banyak cara. Korang boleh buat review dalam blog, atau sekadar meletak banner produk affiliate yang korang promosikan, kongsikan link affiliate korang kat facebook dan sebagainya. Bab promosi, aku akan terangkan di artikel yang akan datang. Sebab bab ni agak panjang berjela-jela dan teknik promosi sekarang pun ada banyak.

Yang benar,

Admin

10 thoughts on “Panduan affiliate – 3 langkah awal untuk mula menjana pendapatan melalui program affiliate!

  1. tehr

    aku antara yang tak pernah reti dengan sistem ni
    tapi aku masih juga belajar
    hehe

    TQ

    Reply
  2. cik tom

    sm dgn tehr still belajar lg affiliate ni..
    nak belajar teknik promosi affiliate…
    tips no 2 tue sinisnya..heheh ;p

    Reply
    1. saharol Post author

      @cik tom, Hahaha. Janji sapa2 yang baca artikel ni, faham apa yang disampaikan. ;p

      Reply
    1. saharol Post author

      @akubiomed, mungkin kena tukar strategi lepas ni. Bagi bonus ke pe ke. Kot2 ada perubahan, ada hasil. ;p

      Reply
  3. Pingback: Panduan affiliate – 3 langkah awal untuk mula menjana pendapatan melalui program affiliate!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *