Hari berlalu dengan cepat, tak terasa sangat bila dah bekerja ni. Hehe. Waktu cuti macam ni la aku gunakan untuk pergi shopping di Boulevard dengan kawan aku yang sorang ni, sekali dengan 2 rakan sekerja dia. Al-maklumlah, gaji pun dah keluar. Mula2 aku cadang nak pergi ke Wisma Saberkas.
Lepas tu singgah The Spring, nak tolong belikan barang untuk kawan aku, cun juga hari ni ni hari terakhir PC Fair kat mana aku pun dah lupa, tapi semua tu terpaksa dibatalkan je. Sebab, diorang yang lain termasuk kawan aku ni nak singgah Boulevard je. Ikut je la diorang, lagipun mana best jalan sorang2. Rasa terpinggir pulak. Wahahahahaha
Lama dah aku tak singgah ke Boulevard nih. Cuma pernah pergi beberapa kali je. Itu pun entah berapa lama dah. Rasa macam dah berkurun tak pergi ke sana. Hohoho. Jalan punya jalan, memandangkan waktu tu tengahari, apa lagi kitorang semua pergi membedal makanan kat Sugarbun, tempat makan lain semua penuh sesak dengan orang. @_@
Sambil2 aku perhatikan sekeliling, kebanyakkannya kedai dihiasi dengan hiasan bertemakan Hari Krismas. Maklumlah, tak lama lagi. Bagi aku, satu je tandanya iaitu cuti. Hohohoho.. Habis 1 bangunan tu kitorang pusing2, aku dengan kawan aku nih memang keja kitorang survey kedai pc. Dia dengan khusyuknya mencari earphone baru, aku lak sibuk nak cari External disk.
Tak pasti nama sebenar natang nih, ada yang panggil hard disk, ada yang gelar external disk, yang penting nama belakang dia ada “disk”. Hehe. Terjumpa lak kat satu kedai yang jual barang2 pc nih, dengan promosi sempena Hari Krismas, Rm279 je. Aku pun tibai la. Itu je yang paling murah aku tengok. Dengan jaminan / Warranty 3 tahun & percuma beg hard disk. Ok la kan? 1TB, bukan 500 GB. Nak kata tak berbaloi, bagi aku berbaloi2.
Sempat gak aku bertanyakan pasal RAM, diorang offer lak 2GB RAM untuk laptop aku nih RM90 je. Aku tak tahu la sangat pasal RAM nih, tapi kalau korang tanya pasal blogging, in’syaallah. Aku pun macam biasa, tibai je. Maklumlah, nak rasai performance yang lebih luar biasa bila main game. Keh3.. Beli + tolong pasangkan sekali. Siap! Tak lama, a few minutes je. Fuhhhh!.. Aaaayyaaat…
Waktu nak balik, aku dongakkan kepala tengok ke langit, mendung je macam nak hujan. Aku pun tak tahu ni musim hujan ke apa, tapi kat kawasan kuching ni aku tengok hujan je memanjang sejak dua menjak nih. Ke, ada yang nyanyi sumbang mambang, tu yang nak hujan tu. Keh3.. Hahaha, Jangan percaya ini semua. Tahyul je. 😀
Pendek kata, harga barang pc semua makin turun je aku tengok. Mungkin juga disebabkan promosi sempena hari krismas, dan seumpamanya. Mungkin la. Apapun, aku pun tak tahu sangat bab2 harga2 nih. Kalau nak tahu, korang survey la sendiri. Hohoho.
Sekian.
Yang benar,
Admin