SENTIASA MACAM CHIPSMORE – KEJAP ADA KEJAP TAKDE..

By | November 4, 2017

Dah masuk bulan NOVEMBER 2017, cepat je rasa masa berlalu tapi aku masih gak macam CHIPSMORE, kejap ada kejap takde. Haha. Banyak benda yang berlaku dalam tahun ni sahaja, memang mencabar dan banyak beri tekanan (stress).

Bermula dari awal tahun banyak perubahan di tempat kerja baik dari sistem, skop kerja dll. Serabut, serabai. Tu je dapat aku katakan. Haha. Lagi-lagi apabila kerja semakin banyak nak dibuat, dipelajari dan perlu mengajar orang lain. Dengan auditnya yang tak henti-henti datang dan pergi. Seronok sangat “sambil cakap tu letak tangan di bahu, mata pandang atas”. πŸ™‚

Ditambah lagi dengan pemergian nenek aku secara tiba-tiba, aku ingatkan sempat nak beraya bersama. Innalillah. Semoga ditempatkan di kalangan orang beriman. Aku tahu setiap yang hidup pasti akan mati. Dan aku tahu aku akan menyusul juga nanti. Persoalannya bila dan bagaimana, mudahan sempat bertaubat Nasuha sebelum menemui-Nya.

Aku rasa korang pun faham situasi macam ni. Mungkin ada yang kena lagi teruk kot. Tetapi, seperti mana lalat terbang datang dan pergi *apa kejadahnya tiba-tiba sebut pasal lalat*,Β secara beransur-ansur rasa sedih itu hilang, tekanan kerja pun berkurangan disebabkan perubahan sistem dan mungkin sebab dah biasa. Dalam kesibukan kerja dan kesedihan yang melanda, sempat juga aku ambil sedikit masa untuk mengambil exam TAKAFUL (TBE) dan Unit Trust (Public Mutual), dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Aku ambil pun atas dasar minat hendak belajar dan bertujuan untuk “upgrade” diri sendiri, sebab aku sendiri rasa aku boleh buat. Kalau orang lain boleh, kenapa diri sendiri tak boleh? Kan? Kan? Kan? ikan? Hehe. Ditambah lagi sekarang ni skill “cross-selling” perlu diasah, atas keperluan kerja. Korang ader? πŸ™‚

Mesti korang ingat tu happy endingnya kan? Tapi tak. Ada je perkara lain berlaku. Rumah kitorang pula terbakar. Tapi syukur sempat diselamatkan. Sebahagian sahaja terbakar. Rumah yang lain-lain, 100% tak sempat nak diselamatkan. Takziah kepada mereka, dan alhamdullillah dalam kekalutan macam tu takdelah sampai meragut nyawa. Aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang membantu memadamkan kebakaran.

 

kebakaran-limbang-kampunseberangkedai30september2017-1 kebakaran-limbang-kampunseberangkedai30september2017-3kebakaran-limbang-kampunseberangkedai30september2017-2

Gambar selepas kebakaran.

*kempis dompet aku bila mengenangkannya*

 

Apapun, korang boleh tengok sendiri:

  1. https://web.facebook.com/SarawakAritok/videos/500145213677195/?permPage=1
  2. https://web.facebook.com/limbangfm.gov.my/posts/1641747485900456

Dalam keserabutan semua tu juga, muncul pula seseorang yang sangat special. Pertemuan yang tak disangka dan kira lawak jugak. Haha. Berlaku perubahan mendadak dari segi pengurusan masa yang ada. Kalau dulu balik je kerja, kroh kreh kroh kreh, bila muncul je dirinya, ibarat sinar matahari yang menyinari dunia, sanggup menahan mata yang seakan panda ni asalkan dapat luangkan sedikit masa. Ayat tu perrghh! Tuhan je tahu. Haha.

Tetapi, secepat masa berlalu, tanpa ada ribut mahupun taufan, ia pergi. Entahlah, aku pun tak faham. Tapi aku harap, ia akan sentiasa dalam keadaan baik, dan makseh oi (cara orang kuching, Sarawak ucap terima kasih dalam intonasi *overexcited*). Walaupun sekejap, tapi memang banyak membantu meredakan tekanan kerja dll. Agak sedih juga dengan ending macam ni, tapi life must goes on. Sabar je la korang yang baca ni. Kecelaruan bahasa. πŸ™‚

Itu jelah kot aku nak cerita. Yang baik jadikan teladan, yang tak baik tu buat kenangan. Kah3. πŸ˜€

Ok, bye.

 

Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *