Belajar seo – Boleh buat duit dengan seo! Tak caya ke?

By | March 12, 2012

Belajar seo – Boleh buat duit dengan seo!Tak caya ke?

 

Aku dah terangkan serba sedikit tentang seo dalam artikel yang lepas. Tapi, sebelum korang boleh sambung belajar seo dari aku, korang mesti nak tahu serba sikit kelebihan orang yang mempelajari bab seo ni.

Bukan semua orang tahu bagaimana untuk mengoptimasikan blog mereka, maka disebabkan itu banyak syarikat2, individu, pakar seo yang memberi khidmat seokan blog/laman web. Biasa cas yang dikenakan boleh mencecah 4 angka.. Betul, tak tipu. Ada juga yang cas secara bulanan. Tetapi, itu bergantung pada perkhidmatan yang diberikan.

Korang pun boleh gak tawarkan perkhidmatan seokan blog. Ianya taklah susah sangat, dulu waktu aku mula2 belajar seo memang rasa leceh la juga. Banyak ebook yang aku baca berkaitan dengan seo ni, cara penyampaian kebanyakkannya berlainan antara satu sama lain. Ada sesetengah ebook tu terus ajar cara praktik tapi tak lak menerangkan kenapa perlu buat itu, ini.

Ada lak ebook yang asyik terang kehebatan teknik seo yang begini, begitu #$%%^. Tapi, tak pula diterangkan cara buat nya. Siap promosikan lagi ebook pasal seo.. -.-  Buang masa je download pastu baca. Bila ingat balik pasal ebook2 gini, geram pun ada. Hahaha

 

belajarseo-teknikseo-panduanseo-seokanblog-kaedahseo

 

Sambung balik cerita asal. Korang boleh juga berikan perkhidmatan mengkaji kata kunci/keyword tertentu mengikut kandungan blog/laman web yang ingin dihasilkan. Cas la Rm10-Rm30.  Kira ok la tu. Ada gak hasil. Lagi banyak kata kunci bagus yang korang bagi, boleh la cas mahal sikit.

Korang boleh juga buat ebook pasal belajar seo. Selain digunakan sebagai alternatif untuk mengumpul senarai email, boleh juga dijual ebook tersebut. Asalkan ebook yang korang tulis tu berkualiti. Korang tak perlu la jadi otai untuk menjual ebook sendiri, yang penting teknik yang korang ajarkan memang boleh diguna pakai dan berkesan. Mesti laku nyer!

Dan yang paling penting, bila korang dah pandai bab meng-seokan blog/laman web ni. Apa lagi, gunakan ia dengan sebaik mungkin dengan cara seokan blog anda sendiri dan jana pendapatan melaluinya. Macam yang aku buat. ;p

 

P/s: Itu saja buat kali ni, korang tunggu je la artikel yang akan datang pasal seo gak. Nak ajar korang cara buat kajian kata kunci pulak. Sehingga berjumpa lagi, next time on power ranger.

Artikel berkaitan belajar seo:

Apa itu seo?

Jenis dan fungsi seo?

 

-Admin-

One thought on “Belajar seo – Boleh buat duit dengan seo! Tak caya ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *