Technology College Sarawak – Dulunya dikenali sebagai Twintech college sarawak
Kat Technology College Sarawak (TCS) la tempat aku sambung belajar lepas habis spm. Dulu nama kolej tu Twintech College Sarawak, tapi terpaksa tukar nama atas sebab, aku sendiri pun dah lupa. Hahaha..
Kat kolej ni, yang untung orang yang baru nak masuk la. Sebab, dulu sadis je tengok kolej ni. Dah la kecik, pelajar ramai giler! Macam sardin je aku tengok. Hehe.. Sekarang, macam2 dah berubah. Dulu ada 2 blok je, pastu ditambah lagi sampai ada blok d. Empat blok kalau tak silap sekarang.
Sempat gak menggunakan blok d. Kira blog terbaik la banding dengan blok2 lain yang dijadikan sebagai kelas tempat belajar. Waktu mendaftar subjek awal sem paling seksa dulu, dah la terpaksa berbaris panjang. Yang paling kesian, orang yang datang awal jam 9 pagi pun baru boleh selesai mendaftar jam 1-3 petang.
Korang agak2 la yang datang lagi lewat, memang takde peluang la nak mendaftar. Terpaksa datang lagi keesokkan harinya. Tapi, cara diorang mendaftarkan pelajar sekarang ni memang dah diperbaiki. Kira jauh lebih senang berbanding dulu. Lebih selesa, lebih cepat, cuma kurang mesra kadang2 sebab.. Korang kena faham la, dah terpaksa bersabar melayan karenah pelajar. Bukan seorang dua, paling2 beratus. Xpasti lah jumlah pelajar di sana sekarang, dengar2 lebih seribu.
Ni antara gambar2 yang sempat aku ambil waktu belajar dulu. Nak ambil2 pun tunggu waktu tiada orang. Segan oo. Hahaha. Ada lagi gambar lain, tapi nanti2 la upload. Ni kebanyakkannya gambar bahagian kantin je. Tempat orang berak membeli & menjamu selera.
Banyak kenangan manis & pahit selama belajar di sana. Kepada yang masih belajar & baru masuk ke Technology College Sarawak, Study smart bukan study hard! Nanti stress baru tahu! ;p
Yang benar,
Admin