Hari selasa yang lepas, 19.06.2012 aku menerima satu panggilan kecemasan dari pejabat pos Kuching. Ingatkan pihak kolej yang telefon atau kawan ke. Rupanya, panggilan untuk memberitahu diriku, ada temuduga bakal diadakan 26.06.2012 (selasa) di Pos Malaysia Berhad, Bintulu.
Menurut apa yang aku dengar, jawatan kosong kerani c2 di Bintulu gak. Wahahaha. Aku tak pernah pergi temuduga, ni kali pertama. Macam2 aku fikirkan dah sekarang, kalau kena tanya soalan bonus yang pelik2, apa aku nak jawab ek~ ;p
Pengalaman kali pertama ditemuduga, aku harap taklah teruk sangat. Sebab aku pernah dengar/baca pengalaman orang lain yang dikongsikan di blog/forum sewaktu diorang ditemuduga. Ada yang kena tanya soalan yang pelik2 macam 2×5 berapa? Wahahaha.. Kalau soalan tu kena tanya, rasanya takde masalah la nak jawab. Tapi, kalau isu semasa, itu, ini yang diluar bidang aku, habislah. 🙂
Sempat juga aku baca pengalaman cik tom pergi temuduga jawatan kerani, hehehe.. Tq2.. Artikel yang menarik untuk dibaca. Sempat juga aku minta adik aku tolong ambil gambar aku, haaa. Amacam? Ada rupa macam pengurus ke CEO ke pe ke? Hahaha.
Sebelum aku berangkat pergi, ingat ye! kata Adnan sempit,
Di mana ada jalan, di situ ada highway!
Bagi aku lak, di mana ada jalan, di situ kita jalan je~
Wahahaha.. Sekadar gurauan.. 🙂
Dah2, aku cau dulu.. Lain kali lagi sambung cerita.
Bintulu, I’m coming~
Yang benar,
Admin
good job bro, maniskan senyuman & sabar berbicara..semoga berjaya
wah lagi berapa jam je tinggal…nti kongsi sket ape yang di tanye..hehehe
awak share apa yg dorg tanya awk masa intrvw blh? saya mgu dpn intvw utk kerani pos tetap? tima kasih~~~~