Maaf ye semua. Agak lewat sedikit untuk mengumumkan perkara ni. Bermula 11 November 2016 – 14 Disember 2016, lazada melancarkan jualan besar-besaran “online resolution” dengan tema “Brand for All”. Sempena kempen jualan besar-besaran ni juga, kempen box of joy diadakan bagi ahli affiliate yang berminat untuk membuat review mengenainya, dan aku telah terpilih untuk menyertainya. Anyway…
Aku terima box of joy dari lazada pada 12.11.2016 (sabtu), dan seperti mana namanya, ianya memang kotak yang penuh kegembiraan. Mana taknya, pada 13.11.2016 (ahad) merupakan hari jadi aku, kira terima hadiah hari jadi. Mana nak dapat lagi hadiah, dah tua macam ni? Haha ;D
Ramai blogger lain dah dapat lebih awal dari aku, tapi tak kisah yang penting dah selamat sampai. Macam-macam barang yang ada dalam kotak ni. Dari produk elektronik, barangan dapur, makanan/minuman, minyak rambut (wangi) dan pen serta beg, semuanya percuma. Tapi jangan risau, korang boleh juga dapatkan barangan yang sama di lazada. Tapi biasalah, kena bayar. Hahaha
Biar aku cerita satu demi satu produk yang aku terima. Kita mulakan dengan senaman robik bismillah.. ;D
1. LOGITECH X100 WIRELESS SPEAKER
- Dulu aku pernah terfikir nak beli sebenarnya, sebab seronok guna benda yang wireless ni. Senang nak bawa. Tak juga pandai nak membeli disebabkan tak tahu sejauh mana bagus dan fungsi wireless speaker yang ada, lagipun terlalu rambang mata dibuatnya. Banyak sangat pilihan. Tapi disebabkan aku dah memilikinya, aku cuma boleh kata memang terbaiklah! Dari 1-5 bintang, aku bagi 10 bintang. Sebab memang bagus sangat.
- Ianya senang dibawa (saiz yang kecil dan ringan), bateri (build-in) boleh tahan selama 5 jam, boleh dicaj menggunakan kabel usb yang sama seperti kabel usb hp/tablet. Bunyi bass-nya memang boleh tahan, dan sangat nyaring! Rasa macam dalam pawagam bila menggunakannya, tapi volume boleh diubah menggunakan butang yang ada atau pada hp/laptop korang. Sangat mudah digunakan. Turut disertakan kabel usb dan manual cara penggunaannya.
- Kalau korang berminat, bolehlah klik di sini…
2. SANDISK ULTRA DUAL DRIVE M.3.0
- Pendrive ni agak berbeza dengan pendrive biasa, yang mana korang boleh sambungkan pada laptop/pc atau terus ke hp/tablet korang. Dengan saiz 64gb, memang besar. Nak letak lagu? Movies? Anime? Ebook? Gambar skandal? Letaklah, aku tak larang. Hahaha
- Benda nilah memudahkan kerja lagi-lagi korang yang masih belajar, dan yang dah bekerja macam aku. Kerja aku ni kadang-kadang nak ambil gambar untuk 5’s dan bagi pelajar boleh buat assignment guna tablet/hp dan simpan dalam pendrive ni je. Senangkan? Tak payah nak bluetooth, sambung kabel usb kat pc/laptop. Mesra, cepat dan menjimatkan masa. Kalau nak buka bluetooth atau guna kabel usb, kadang-kadang hp/laptop hang atau kabel bermasalah. Dah la kebanyakan pc takde bluetooth. Jiwa kacau.. ;D
- Jika berminat, dapatkannya di sini..
3. OLA-BOLA BEG (MILO)
- Beg ni ada dua reka bentuk, dan aku cuma dapat salah satu sahaja. Korang boleh dapatkan secara percuma apabila membeli secara bundle pek milo. Ya percuma. Nak yang berbayar juga ke? ;D
- Klik sini untuk mendapatkannya: MILO PROMOTION BUNDLE
4. MAGGI ROYALE – THAI WHITE SEAFOOD TOM YAM
- Bagi yang suka makan mee tomyam macam aku, boleh cuba dulu. ;D
- Dapatkannya di sini: maggi thai white – seafood tom yam
5. MAMY POKO – GENTLE BABY WIPES
- Agak terkejut terima produk ni, pasal aku mana ada bayi. Haha. Tapi ia datang tepat pada masanya, kakak aku pun baru melahirkan anak kedua. Bolehlah suruh dia cuba. Korang pun boleh dapatkan produk ni dan lain-lain produk mamypoko di lazada. Beli masa promosi ni yang terbaik, sebab boleh dapatkan dengan harga lebih murah berbanding yang dijual di kedai.
- Dapatkannya di sini: MAMYPOKO GENTLE BABY WIPES
6. CELERAC NUTRIPUFF & FULL CREAM MILK
- Kedua-duanya juga produk nestle, boleh cuba juga. Mungkin anak-anak atau adik korang menyukainya. ;D
- Dapatkan di sini: a). Celerac nutripuff, b). Full Cream Milk
7. NESCAFE WHITE COFFEE (PERISA PANDAN)
- Ya, perisa pandan. Haha. Terkejut macam tak percaya ada juga kopi perisa pandan.
- Lihat sendiri di sini…
8. LOREAL MYTHIC OIL
- Korang nak minyak rambut yang wangi, cubalah produk L’oreal. Memang wangi. ;D
- Boleh lihat kat sini: Loreal mythic oil
P/s: Terima kasih kepada LAZADA AFFILIATE TEAM, dan kepada semua penyumbang produk yang ditunjukkan di atas iaitu LOGITECH, SANDISK, NESTLE, MAMYPOKO DAN LOREAL. Kesemua produk di atas boleh dibeli di laman web lazada, bagi pelanggan baru boleh dapatkan diskaun sebanyak RM25. Boleh rujuk banner di bawah.
Sekian, aku nak tidur. Selamat membeli-belah. ;D
Yang benar,
Admin