Next time…

By | July 9, 2013

ironic

Lama betul dah tak kemaskini blog. Maklumlah rajin. *sambil tangan letak ke bahu mata tengok atas* Kali ni cuma nak kongsi cerita. Cerita ni diberi nama next time… Aku rasa bukan aku sorang yang alami perkara macam ni, mungkin korang pun pernah kena. Bukan sekali dua, dah banyak kali kena. Antara salah satu sebab kenapa aku malas dah nak bercakap dengan sesetengah orang.

Kenapa? Bayangkan korang dalam situasi ni. Korang ada benda nak dibincangkan ataupun mungkin sekadar ingin berborak-borak dengannya dan bila korang bawa dia bercakap, dia dengan selamba buat endah tak endah kat korang dan selamba jawab, ok nanti lah cerita. Dan dia pun blah dan buat kerja dia. Dan korang masih lagi terbiar di situ tanpa mendapat sebarang respon.

tidakdihiraukan-dipinggirkan-being-ignored

Sekali dua mungkin ok la, faham jugak. Mungkin dia sibuk, tapi macamana kalau setiap kali korang cuba bercakap dengan orang yang sama dan it’s end up with the same answer? It’s feel like korang tak wujud di situ. Rasa geram, marah, rasa oren dan bermacam-macam perisa ada. Rasa kicap je takde, pasal kat bilik sewa aku takde kicap. Korang ader? Ape aku merepek ni…

Dan kebiasaannya apa yang aku buat, bila jumpa dengan orang yang macam ni. Aku buat dek, cakap je bila rasa perlu. Dah, kalau dia tanya.. Jawab je, next time je cerita.. Hehe. Adil lah kan? Mungkin aku lepas ni kena lebih banyak bercakap dengan katak, sekurang-kurangnya aku tau yang ia takkan membalas apa yang aku cakapkan. Tapi, kalau dia balas gak. Hmmm.. ternyata berlaku keajaiban di situ. Dan kalau korang nak tau itu lah prince katak. ;D

P/s: Keajaiban kadang-kadang berlaku.

Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *