Isu viral tarikh tutup mendaftar sebagai pengundi pada 30 sept 2016 adalah tidak benar!

By | October 1, 2016

isu-viral-daftar-pengundi-tutuppada30september2016

Rasanya dalam beberapa minggu ni, facebook dan whatsapp aku penuh dengan isu tarikh tutup mendaftar sebagai pengundi ialah pada 30 september 2016. Aku rasa korang pun perasan bukan. Sampaikan di tempat kerja berduyun-duyun orang datang nak mendaftar sebagai pengundi. Bukan undi untuk Akademi Fantasia (AF) ok. ;D

Berita terkini dari pihak Suruhanjaya PilihanRaya (SPR) sendiri yang mana telah mengeluarkan kenyataan isi.. Eh silap, isu tersebut sekadar rekaan/andaian pihak tertentu sahaja. Bagi yang belum mendaftar, masih ada kesempatan jangan risau. Kenyataan tersebut korang boleh rujuk dalam laman web SPR sendiri.

Tapi nak dijadikan cerita, ada beberapa benda yang aku dapat pelajari daripada isu ni. Pertama dari segi pemasaran, ianya memang memberi impak yang cukup besar secara tidak langsung di mana pelanggan berduyun-duyun datang ke pejabat pos untuk mendaftar sebagai pengundi dan ianya sesuatu yang bagus untuk syarikat (dari segi keuntungan).

Kedua, menunjukkan bertapa kita rakyat Malaysia sedar akan kepentingan mengundi, di mana berduyun-duyun manusia turun untuk mendaftar sebagai pengundi apabila tersebarnya cerita dongeng macam ni.

Yang tak bagusnya, kita terlalu mudah percaya dan terima secara mengkhinzir buta apa yang disampaikan dalam media sosial seperti whatsapp, facebook, wechat dan sebagainya. Benda ni cukup bahaya sebabnya, ambil contoh Si A benci dengan Si B, lalu Si A menyebarkan keburukan atau cerita yang tidak benar mengenai Si B, dan kita dengan penuh yakin Malaysia boleh!! dan dengan perasaan bangganya turut berkongsi menyebarkan cerita tersebut. Kesian Si B, jadi mangsa keadaan disebabkan fitnah yang disebar oleh Si A dan kita sendiri.

Bila cerita sebenar mula tersebar, barulah tersipu-siput malu nak minta maaf bagai. Mungkin kita lupa, agama mengajar kita untuk menyiasat sesuatu perkara sebelum bertindak kerana dikhuatiri berita yang didengari hanya rekaan semata-mata. Macam cerita Harry Potter. ;D

Apapun, berhati-hatilah kawan, terlajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya. Kesimpulannya, berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang, fikir dulu sebelum buang. Hahaha. Ok, bye.

Rujukan,

  • http://www.spr.gov.my/media/Kenyataan%20Media/km_isuviral.pdf

 

Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *