Berita Har ini – Kenapa kangkung tetiba je popular?

By | January 20, 2014

Rasanya ramai yang dah tahu cerita pasal sayur kangkung ni kan? Bagi yang masih tak tahu, ianya menjadi bahan jenaka kebanyakkan rakyat Malaysia disebabkan oleh apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri kita yang mana menyatakan contoh apabila harga kangkung dahulunya naik tetapi sekarang ni dah turun, kenapa tak puji kerajaan? Dan kenapa asyik kerajaan dipersalahkan apabila harga barang naik?

mckangkung-lawak-kangkung-gambarlawak-lucu-sengal

Secara peribadinya aku faham apa yang beliau cuba disampaikannya. Maksudnya bila benda yang buruk terjadi, macam kenaikan harga minyak dll, kerajaan sentiasa dipersalahkan dan apabila harga barangan turun tidak pula kerajaan dipuji. Biasalah, dalam dunia politik di Malaysia kalau korang biasa tengok dalam surat khabar. Silap lawan atau orang lain sentiasa diperkatakan. Barangkali mereka lupa tujuan asal mereka. Tapi, benda ni pun biasa terjadi di dalam kehidupan kita.

Banyak faktor boleh menjadi penyebabnya. Tapi pasal kangkung ni jadi bahan jenaka, aku rasa ramai yang boleh faham, kangkung bukanlah contoh yang baik atau patut dijadikan contoh. Pasal, siapa peduli? Lagi-lagi pada masa sekarang di mana harga eletrik, minyak, ditambah lagi dengan pelaksanaan gst yang semakin meningkat naik. Ia bukan makanan asas atau makanan yang sepenting minyak misalnya. Walaupun minyak bukan makanan, tetapi harga minyak sangat mempengaruhi kehidupan manusia di zaman nih.

Pasal ianya boleh mempengaruhi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan lain seperti kos / caj pengangkutan, makanan / minuman dll. Tapi, kalau kangkung? Mana ada. =.=” Aku sendiri bukanlah peminat kangkung, dalam setahun pun mungkin makan dalam sekali dua je sebab lebih suka sayur lain seperti sawi. Sedap kot. Tapi, kangkung campur belacan memang sedap, tak dapat aku nak nafikan. Hehehe

Macam-macam versi video yang dibuat oleh sesetengah pihak pasal kangkung nih yang berbentuk sindiran. Siap dengan lagu versi kangkung lagi tu. Hmmm.. layan dulu sambil hilangkan tekanan kerja. ;D

P/s: Apa pendapat korang?

Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *