Kadang-kadang kita tak dapat nak mengelak dari terlupa “password” cpanel kita disebabkan banyak sangat password lain kita nak ingat seperti email, facebook, blog, autoresponder dan bertimbun lagi. Tak payah peningkan kepala. Senang je nak menukarnya, mula-mula login ke bahagian client area untuk webhosting korang. Dalam contoh nih, hosting yang aku gunakan ialah net.kl.
1. Login client area : http://billing.netkl.com/clientarea.php
2. Pergi ke bahagian My Services.
3. Pilih laman web yang ingin ditukar password cpanel dan klik butang seperti yang ditunjukkan di bawah.
4. Kemudian, scrool ke bawah sehingga ke bahagian Login Detail. Isikan bahagian new password dan confirm password. Selepas itu, barulah klik butang update.
P/s: Pastikan password korang sekurang-kurangnya password strength berada pada tahap strong untuk mengelak daripada gagal menukar password cpanel dan sudah pastinya untuk mengelak daripada di-hack oleh orang lain. Untuk memudahkan korang menukar password baru, buka notepad dan taip secara membabi-buta seperti dalam gambar di bawah. Ini membantu memudahkan korang untuk memasukkan password baru dan menyimpannya dengan cara mengklik save.
Apabila password cpanel berjaya ditukar, akan keluar notis seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah.
Dan korang dah boleh login cpanel. Mudahkan?
Yang benar,
Admin