BRIM 2014 – Permohonan secara online je lagi mudah!

By | January 17, 2014

br1m-3.0-2014-bantuan-rakyat-satumalaysia

Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau juga lebih dikenali sebagai BR1M dah kembali sejak 23 December 2013 yang lepas sehingga 31 Januari 2014. Bagi korang yang belum mengisi borang atau mengemaskini maklumat korang, bolehlah berbuat demikian dengan cara pergi ke link:

https://ebr1m.hasil.gov.my/

br1m-bantuanrakyat-1malaysia2014

Yang pastinya, bagi penerima Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) memang tak layak memohonnya. Bagi permohonan baru, maksudnya sebelum ni belum pernah mengisi borang permohonan br1m dan yang tidak layak pastikan korang mengklik pada butang permohonan baru manakala bagi yang dah pernah memohon dan menerimanya klik pada butang kemaskini permohonan BR1M 2.0 dan ikut langkah seterusnya.

Syarat – syarat kelayakan untuk BR1M 2014

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah Rm4k dan ke bawah.
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan Rm4k dan ke bawah.
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan Rm2k dan ke bawah.

Menariknya kali ini, BR1M akan disalurkan terus ke akaun bank masing-masing. Tak macam dulu, kena ambil baucer dan pergi bank. ;D

Hotline :  1-800-88-2716 (Dari jam 9 pagi – 5 petang / Isnin – Jumaat).

P/s: Selamat memohon. ;D

Yang benar,

Admin

4 thoughts on “BRIM 2014 – Permohonan secara online je lagi mudah!

  1. alimah binti puteh

    tanggungan 3orang anak dan ibu tunggal..baru saja memohon BRIM untuk tahun ini.tahun yang lepas tak pernah dapat

    Reply
    1. saharol Post author

      @alimah binti puteh, harap2 puan alimah dapatlah BR1M tahun ni. Saya sendiri untuk tahun ni pun dapat gak. ;D

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *