LAZADA SURPRISE BOX (REVIEW)

By | March 20, 2017

lazada-aniversary5birthdaysurprisesales

Hi, aku tau.. Aku memang selalu menghilangkan diri. Bila blog dah lama terbengkalai baru sibuk nak munculkan diri. Hahaha. Anyway… Balik ke cerita asal, korang pernah dengar tentang LAZADA SURPRISE BOX? Tak pernah?, Pernah? Eh, ada aku kisah? Hahaha. *Gelak sambil guling-guling pastu pengsan. -Gurau je. ;D

Untuk pengetahuan korang, LAZADA SURPRISE BOX ni versi ke-2 bagi kempen BOX OF JOYS hujung tahun lepas 2016, yang mana affiliater / kaki promosi macam aku ni diberi peluang untuk bagi review produk yang diberikan secara percuma. Ya, percuma. Barang yang diterima pula ada sebahagiannya berbeza daripada orang lain. Apapun, aku ucapkan tahniah bagi yang terpilih. Yang tak dapat tu, sila cuba lagi.

Lupa pula nak bagitahu, LAZADA SURPRISE BOX kali ini ialah bersempena ulangtahun LAZADA ke-5, yang mana pada 22.03. 2017 (rabu) hingga 24.03.2017 (jumaat) ni akan ada jualan besar-besaran, jadi siap sedia untuk mengempiskan dompet korang. Hahaha. Inilah masanya nak dapatkan barang yang korang nak sangat-sangat tu dengan harga yang lebih murah.

lazada-surprise-box2017

Ok, cerita pasal kotak yang aku baru terima dari lazada. Aku terkejut giler masa terima kotak nih. Besar betul. aku ingatkan kecil macam sebelum ni. Ikut saiz kotak, aku pun muat duduk dalam tu. Hahaha. Berat 10kg, nasib muscle yang tak seberapa ni ada. Kalau nak harapkan lemak di badan, buat timbang kilo bolehlah. Senyum je orang tengok aku angkat kotak tu. ;D

Ni antara produk yang aku terima, baru je sampai hari ni 20.03.2017 :

lazada-surprisebox-2017-2

philip-rice-cooker-lazadasurprisebox2017

lazada-aniversary5birthday-surprisebox2017

1. MAGGI HOT MEALZ – PERISA KARI LAKSA AYAM

  • Aku dah cuba kejap tadi, memang sedap. Serbuk didalamnya ada campuran sayur dll ditambah dengan sup laksanya. Susah nak cakap, kena cuba sendiri baru tahu sedapnya macamana. ;D
  • Korang boleh tengok kat sini: Maggi Hot Mealz

2. NESTLE OMEGA PLUS – SUSU TEPUNG SEGERA DENGAN OAT

  • Yang ni pun sedap. Dah cuba juga, hahaha. Sedap tapi air tak boleh bagi banyak sangat, baunya pun wangi.
  • Boleh dapatkannya di sini: Nestle Omega Plus

3. NESTUM – BANANA CARAMEL

  • Bau dan rasanya memang rasa pisang asli, takkan rasa buah betik pulakkan? Hehe. Aku berani jamin juga sedap, sebab aku pun dah merasanya. 😀
  • Boleh dapatkannya di sini: Nestum – Banana Caramel

4. CHEERIOS OAT CRISP

  • Sedap giler. Hahaha. Kalau bab makanan ni semua kena cuba.  😀
  • Boleh dapatkannya di sini: Cheerios Oat Crisp

5. NOTEBOOK BOTTLE

  • Kiut je rupa botol air plastik ni. Rasa sayang pulak nak pakai. Hehehe
  • Boleh dapatkannya di sini: Notebook bottle

6. PHILIP 71567 PEAR TABLE LAMP

  • Lampu ni boleh tahan, terang satu bilik dibuatnya. Korang boleh tekan butang on / off berulang kali untuk menukar warna cahaya samada putih atau kuning. Selain tu, ianya berbeza jika dibanding guna lampu fluorescent kat rumah, yang ni tak terasa sangat haba dan terang. Rasa seronok bila gunakannya.
  • Boleh dapatkannya di sini: Philip Table Lamp

7.. PHILIPS RICE COOKER

  • Memang besar, nampak moden. Aku tak cuba lagi tapi rasa teruja tak tentu pasal. Hahaha.
  • Boleh dapatkannya di sini: Philips Rice Cooker

Yang terakhir sekali, thirt lazada sempena menyambut ulangtahun ke-5. Korang ader? ;D

lazada-tshirt-5birthday-surprisebox2017mac

Bagi korang yang bercadang nak shopping tu, bolehlah cuba shopping di lazada. Banyak pilihan, lebih murah dan hantar terus ke rumah. Tak perlu dah nak pergi ke kedai fikir nak cari parking lagi, isi minyak bla.bla.bla. Semuanya di hujung jari korang.

P/s: Sebelum mengundurkan diri, aku ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada LAZADA kerana sudi memberi peluang sekali lagi untuk membuat review seperti ini, dan tidak lupa kepada semua sponser iaitu NESTLE, PHILIPS dan pihak LAZADA sendiri kerana sudi menyumbangkan produk yang dinyatakan di atas. Kepada korang semua yang membaca…

Selamat Bershopping! ;D

 

Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *