SELAMAT TAHUN BARU CINA 2017

By | January 29, 2017

Setelah menghilangkan diri seperti selalunya.. Hahaha. Aku nak ucapkan selamat tahun baru cina bagi yang menyambutnya, selamat bercuti, jalan kena hati-hati lagi-lagi sekarang musim hujan dll. Aku pun baru balik dari melawat keluarga sebelah Mak. Sekejap je, tapi berbaloi. Sebab aku dapat jumpa keluarga yang aku sendiri pun tak ingat sangat pasal setahun sekali je jumpa. Itu pun tak semua.

Yang seronoknya diorang memang sambut diri ni macam tetamu terhormat, beri ucapan tahun baru dan setiap ahli keluarga memang dah dilatih untuk menyambut tetamu dan bersalam dari sekecil-kecil budak umur 2-3 tahun. Impressive! Jauh berbeza bila diingatkan masa aku masih kecil dahulu, bila ada je tetamu datang, bertempian lari macam kena kejar hantu, masuk bilik bersembunyi dengan ahli kongres lain iaitu adik-beradik aku. Malu-malu kucing katakan. Hahaha *ketawa guling-guling.

Dan seperti biasa aku lebih banyak diam bukan apa, aku tak tahu nak cakap pasal apa. Disebabkan masalah bahasa pun salah satunya. Kena ambil kelas bahasa Mandarin kot lepas ni. Jadi, mana-mana guru / cikgu yang berminat nak mengajar, bolehlah hubungi admin. Nanti ongkosnya masuk buku 555. Wakakaka ;D

Bila cerita pasal warna, pakaian pun diorang tak terlalu mengikut adat lama, seperti nak warna merah je, warna terang. Sekali aku tengok ada je yang pakai warna hitam. Dan aku pun, owh! ok! Pasal topi yang aku pakai pun hitam. Hahaha. Banyak lagi aku kena belajar adat cina nih.

Dari segi makan / minum pun diorang memang sedia maklum dan sentiasa ingatkan sama sendiri, dia ni tak boleh makan ni, minum ni. Diorang pula nampak lagi risau dari aku. Hahaha. Itu lagi salah satu masalah kat Malaysia ni, banyak sangat yang bersikap “too extreme” dalam hal agama, sampaikan orang bukan Islam pun susah hati nak jemput ahli keluarga, rakan dll yang beragama Islam untuk berkunjung ke rumah.

Islam itu mudah, tapi tak la aku bermaksud memperlekehkan. Kalau diorang nak minum di depan aku itu bukan satu masalah, bukan aku minum. Makan pun sama juga. Cuma yang selalu dipertikaikan ialah alas makan / minum sahaja. Tapi ulama berbeza pendapat, korang ambillah mana yang korang lebih yakin. Jangan bergaduh, dari gaduh lebih baik pergi makan mee kolok ke, laksa Sarawak ke. Kenyang juga perut. Tapi, korang belanja. Wakakaka.

Pendek kata, jangan terlalu melampau dalam hal agama sehinggakan orang berlainan agama beranggapan yang Islam itu susah. Belum masuk cerita tukar nama bagi yang muallaf, dll. Tapi cerita tu sampai situ je lah ek. Dan yang kita nantikan telahpun kunjung tiba iaitu ANGPOW.

angpow-tahunbarucina2017-adatkebiasaan

Serius aku cakap, bila terima angpow ni aku rasa pelik / tak biasa. Sebab aku memang dah terbiasa dengan adat melayu, bagi duit raya kat budak kecik. Tapi bila sendiri dapat, aku rasa pelik giler aaarrr. Tiba-tiba rasa owh, aku masih muda. Hahaha. Walaupun hakikatnya dah berumur 27 tahun ni.

 Anyway, aku harap korang gembira disamping keluarga tercinta dan itu saje.

P/s: Dah selesai baca nukilan aku, cuba baca yang ni. Lagi seronok:

ISLAM : ANTARA MELAYU DAN CINA

Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *