Pengalaman ambil sickleave untuk kali pertama

By | January 31, 2013

Pengalaman ambil sickleave..

Percaya atau tak korang kalau aku bagitau selama aku kerja, tak pernah aku ambil sickleave. Sakit perut teruk sampai cirit-birit pun aku pi turun kerja, entah berapa kali tah aku ulang-alik ke tandas. Sampai pelanggan pun tanya apasal. Apa punya kerja la. Hahaha. Aku ni tak minat sangat pi hospital atau klinik.

sickleave-ubat-ubatan-2013-ubat gastrik-peningkepala-buangangin

Dengan bau ubatnya, nak kena tunggu giliran lagi, rela lagi aku terbaring macam orang pengsan kat rumah. *Jangan tiru aksi ni pasal ianya melucukan. Nak dijadikan cerita mula2 aku pergi ke Klinik Ibu Kota, belakang bangunan tempat aku tinggal je. Ye la, pasal nak kena dapatkan ubat & surat sakit. Tu paling penting. Pertama kali pergi, rasa janggal sekali. Tapi sekali je la.

Masuk2 je, tunggu sekejap sampailah petugas yang jaga bahagian kaunter datang, aku pun tanyalah diorang pasal kad PM Care. Kalau untuk Pekerja Pejabat Pos, diorang terima tak. Dah tu siap tanya kad tu jenis Open Panel atau Close. Kalau Close, diorang tak terima. Tengok2, fuhh..Nasib baik, Open! ;p

Entah, aku pun tak tahu apa2 pasal open/close panel ni. Aku  rasa kalau tanya Sifu google.com mesti ada jawapannya. Ingatkan susah sangat prosedur diorang, rupanya senang je macam makang kacang.*walaupun kadang2 seksa jugak nak bukak kulit kacang. *Aduh, apa mende aku merepek ni. Dah siap tanya itu ini, dia suruh aku isi 1 borang. Konfius jugak masa

mula2 isi, pasal pertama kali isi. 1 ruang utk isi nama pekerja, kemudian satu lagi nama pesakit. Heran gak aku, apasal nak isi dua kali ni? Rupanya untuk ruang nama pesakit andai kata bawa orang lain seperti anak atau isteri. Dah siap isi borang, beri IC, tunjuk kad PM CARE, petugas tu pun terus key-in segala maklumat & print-out. Aku lak diberi no.giliran & disuruh menunggu sampai giliran aku.

Tak la lama, dalam 2 minit kot terus kena panggil. Kena suruh masuk dalam bilik & aku pun duduk macam budak baik *cehh*, tunggu dalam 2-3 minit doktor datang tanya apasal.  Demam ke? Aku pun cakap la yang aku ni sakit perut, semuanya bermula semalam selepas makan malam. Tetiba je aku rasa perut nih lain macam, rasa nak muntah pun ada. Rasa pening2 kepala pun ada.

Doktor tu pun siap tulis nama2 ubat yang patut, sempat gak aku pi mintak ubat sapu. Pasal sebelum ni, aku kena penyakit gatal2 & sampai sekarang dah kurang, cuma masih ada rasa gatal2. Aku pun tak pasti apa nama penyakit nih, yang penting bila digaru makin berjangkit & makin teruk. Pendek kata, habis je doktor tu menulis, dia suruh aku pi tunggu kat luar sehingga nama aku kena panggil, untuk ambil surat sakit & ubat2an.

Dalam 2-3 minit gak, nama aku pun dipanggil. Dan terus diberi “medical certificate” & ubat2an. Itu je. Siap. Hehehe.. Tapi, aku tak terus balik. Pasal nasib baik perut aku ni ok je bila bawak berjalan, semalam & awal pagi tadi bukan main lagi meragam. Bak kata orang, alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Aku tau pepatah ni takde kaitan langsung, tapi aku tetap nak “mention”.

Aku sambung pi Bank BSN pulak. Pergi jumpa sorang pekerja kat sana, tanya pasal Perbankan online. Aku sebelum ni siap ambil no.pin, cuba nak daftar, tapi gagal. Ending of story bagitau “Perbankan online anda masih belum aktif, sila hubungi ****** atau pergi ke Cawangan Bsn yang terdekat untuk mengaktifkannya”.

Fuh, sengal je. Last2 dia bagitau memang la tak dapat pasal nak kena isi borang lagi, sebab kalau tak isi mana diorang nak tahu siapa pemilik akaun sebenar. Aku pun angguk & ucap terima kasih, ambil borang dan keluar terus. Bila aku fikir balik, susah betul prosedur diorang nih. Berbanding waktu aku mula2 daftar cimbclick, jauh lebih senang. Ambil no.pin & daftar online. Selesai.

Ni nak kena pi kaunter lagi, isi borang lagi. Mungkin juga sebab diorang dah ubah prosedur kot  untuk elak penipuan atau lain bank lain prosedur. Tak kisah la, yang penting aku dah tau prosedur. Lain kali ada masa aku pi daftar je. Senang la nanti nak tengok2 duit gaji dah masuk ke belum. Hehehe

Selesai pergi Bsn, aku pergi ke Maybank pulak. Pasal nak bukak akaun. Tak sangka sekarang ni senang pulak, nak bukak akaun, cuma perlu sekurang2nya Rm10 je. Aku pi tunjukkan IC, isi borang. Siap kena ceramah lagi. Maksud aku diterangkan pasal pinjaman untuk simpanan asb. Aku ada terfikir pasal benda nih, dulu waktu aku ikut pergi ke Seminar Allianz, ada pihak dari CIMB datang bagitau pasal benda yang sama. Cuma aku tak faham sangat apa yang diorang katakan.

Sekarang baru aku faham. Tapi kena fikir dulu, tak nak buat keputusan sesuka-hati. Ye la, pinjam sebarang kang susah pulak. Kena fikir sedalam2nya. Pendek kata, dalam 20 minit macam tu urusan pembukaan akaun Maybank aku siap dengan kad atm pun turut diberi. Tinggal nak daftar Maybank2u je lagi. Aku je lupa ambil no.pin. Spoiler tul. Takpe, esok masih ada.. Tu je la aku nak cerita, sekarang. Beta nak tidur, ubat pun dah makan. Esok nak keje.

Sekian.

Yang benar,
Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *