Semua ni godaan semata-mata!

By | January 30, 2013

temptation-godaan-kerjakeranipos

Sejak dua tiga hari ni aku rasa tak sihat lak, rasa pening kepala, dan waktu aku tengah menaip ni pun rasa mual macam nak muntah. Cerita pasal muntah, teringat lak kata2 kawan aku, berapa bulan dah? *Lawak cam haram tak kena masa & tempat..

Tahu tak korang mulai Jumaat ni yang juga bersamaan 1 februari 2013 ni, pejabat pos akan beroperasi dari 8 pagi – 4.30 petang? Dan pada hari sabtu pula, sesetengah pejabat pos akan ditutup. Ada jugak yang bukak tapi setakat sampai 12.30 tengahari kalau tak silap, dibayar gaji kira kerja lebih masa *Overtime*. Jadi, ada extra masa lebih untuk berehat & extra gaji. $_$

Dan cuti tahun baru cina ni pun aku dah siap2 mintak cuti 5 hari, gara2 nak balik kampung. Bukan sebab nak sambut Tahun baru Cina, tapi nak balik lawat Taiko kat rumah. Bapak aku la & ahli keluarga lain. Tambahan lagi bapak aku dah nak pencen, nak kena pindah rumah lagi. Tapi, tak tau camana alkisahnya. Balik nanti terpaksa la buat mesyuarat tergempar.

Teringat lak kisah aku tengah bekerja baru2 nih, waktu tu ramai pelanggan, ada la sorang pelanggan ni yang malas nak ambil no.giliran, terus ke kaunter aku minta urusan dia dilaksanakan. Bila aku suruh ambil no,. giliran, siap maki  hamun lagi. perghhh. Dah la cantik perkataan yang digunakan untuk maki hamun, K_mak.. Pandai2 la korang tambah perkataan “a” selepas huruf K. Bagi aku, semua ini godaan semata2. Bukan senang kerja depan kaunter ni. Kalau tak sabar, memang perang mulut dah. Gara2 tu, terus “bad mood” aku dibuatnya.

Nasib aku ni baik orangnya… Diam je tak maki balik. Ape? Nak tunggu korang puji? Fuhh, beruban rambut aku sebab menunggu. Hahaha. Apapun, aku nasihatkan korang ambil la no.giliran bila nak buat sebarang transaksi di pejabat pos, jangan malas2, & jangan mengada2. Ada sebab kenapa kerani kaunter menyuruh korang ambil no.giliran. Kalau nak faham lebih lanjut pasal no.giliran nih, boleh baca kat sini: Queue management systems

P/s: Aku rasa macam nak minta “sick leave” je esok,  tengok la macamana.

Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *