Cek dari churpchurp dah cair masuk akaun..

By | October 11, 2012

Rupanya sekejap je, 2 hari bekerja. Dah masuk ke dalam akaun cimb aku, keh3. Dan yang bagusnya gak, takde cas dikenakan! Orait! Tapi, balik cerita pasal hal kerja. Memandangkan senior aku yang sorang lagi ni tengah cuti, ni masuk hari ke-2, kerja agak berterabur sikit.

cek-dari-nuffnang-dah-masuk-dalam-akaun-cimb

Hahaha.. Sebab dia yang urus kebanyakkan transaksi. Dia tahu banyak perkara, dan bila dia tiada. Pergghh… Boleh tahan seksanya. Sekarang, bila aku ambil alih kaunter dia, baru aku rasakan sendiri macamana seksanya duduk kat tempat dia. Kena buat tu, ini.

Print tu, print nih. On tu, On nih.. Off tu, off ni.. Closing 2, closing nih.. Nasib je dalam dua hari ni tak ramai sangat orang, masih boleh tangkap & buat apa je yang aku mampu buat. Walaupun kena bebel… Hahaha.. Banyak benda aku masih blur2 lagi. Tak nak buat sebarang, kalau silap.. Susah lak nanti.

Dan percaya atau tak, bila aku duduk & ambil alih tempat senior aku sementara dia lagi tengah bercuti, aku rasa kagum lak dengan dia. Bertapa cepatnya kerja dia boleh buat, layan karenah aku yang banyak tanya nih, pelanggan lagi.. Nak mengurus tu, ini lagi.. Hahaha..

Memang sesuai lah pangkat dia sebagai penolong Ketua Pos, aku lak masih banyak benda nak belajar & perlu perbaiki diri. Tambahan lagi, entah macamana dia boleh bersabar dengan keyboard pc kaunter dia, keras macam apa tah. Hahaha.. Sengal jari-jemari aku menekannya. Fuhhh..

Apapun, jauh berbeza rasa kehidupan waktu tengah tanam anggur (menganggur) lepas habis belajar, dok depan laptop layan games je, sekarang bila dah kerja, balik je terus terlentang dalam bilik macam orang tiba2 pengsan. Hahaha. Letih betul, atau mungkin aku je yang kurang kasih sayang. Wahahaha. Kena banyak bersenam kot.. Kot la. ;p

Dah2, esok harap2 segala urusan berjalan lancar, hari jumaat. Mesti ramai orang nih, bersiap sedia untuk segala godaan, cobaan & cabaran.. Yeah! *sambil mata cengkung, tunggu masa nak tertutup dah.

Yang benar,

Admin

 

2 thoughts on “Cek dari churpchurp dah cair masuk akaun..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *