Awal2 pagi lagi dah pergi makan di kfc. Hahaha. Layan je, cadang nak pergi kedai mamak yang bersebelahan dengan kfc, tapi tengok2.. Perggghh! Penuh & sarat dengan orang. Takde tempat duduk lagi dah.. Apa lagi, aku dengan kawan aku buat keputusan pergi kfc je la. Malas dah nak fikir panjang lebar sangat.
Lagipun, dia pun nak cepat. Nak pergi kerja, aku lak.. Takde nak buat apa, kecuali waktu nak balik pergi bank-in cek dari churpchurp yang kali ke-3 aku terima, menggunakan cheque machine. Mula2 binggung mencari mana satu mesin untuk bank-in cek ni, sebab takde label langsung.
Terpaksa tanya, security guard (kalau aku tak silap la orang tu security guard), rupanya mesin untuk bayar bil pun untuk bank-in cek. Oh, tidak! Tiba2 aku terasa noob! Keh3. Kali terakhir aku guna mesin ni, waktu aku terima cek dari nuffnang atau churchurp gak, tapi tu beberapa tahun yang lepas. Jadi, aku dah terlupa pulak.
Tak susah sangat guna mesin cek ni, lagi mudah berbanding pergi ke kaunter, kena ambil no.giliran, tunggu giliran.. Bercakap lagi..bla3.. Yang penting, sebelum korang bank-in cek menggunakan mesin tu, pastikan nama, no.akaun & no.telefon korang sudah ditulis pada bahagian belakang cek tu.
Kebiasaannya, ia akan ambil masa 3-4 hari untuk masuk ke akaun korang. Dan akan ada caj kot. Tak tahu lak berapa. Kalau tak silap aku la. Kalau silap, apa boleh buat. Wahahahahaa.. Dan jangan lupa untuk simpan resit urusniaga sebagai rujukan korang. Cara guna mesin tu pun mudah je, tekan je pada skrin, pilih deposit cheque, lepas tu masukkan no.akaun korang, kemudian masukkan cek, jumlah cek, dan tekan je ok & sewaktu dengannya. Siap!
Sekarang aku bercadang nak cuci segala pakaian yang dah menimbun & kemas bilik yang memang berterabur ni. Hahaha.. Malam ni, nak menapau di Singapore Chicken Rice (SCR) lak. Wahahaha.. Semalam dah menapau di Sugarbun. Saja, tukar selera makan. Jangan asyik sama je, nanti muak pulak.
Yang benar,
Admin