Apa itu pepijat? Punca, kesan & kaedah untuk menghapuskannya!

By | February 9, 2015

Korang tahu tak apa itu pepijat (Climex Lectularius) ? Atau nama lainnya pijat-pijat, dalam bahasa orang putih bedbug. Bukan doraemon ok. Ada sebab aku nak cerita pasal pepijat ni, nak berkongsi pengalaman sebab aku pernah kena serangan pepijat. Berpuluh ekor, beratus kot. Tak pasti pulak aku. Mak datuk. Sengsara giler waktu tu. Bak kata pepatah, makan tak kenyang tidur konfem tak lena, mata pun macam panda. Haiya!

Klik sini untuk membeli bed bug spray!

Mula-mula aku kena serangan pepijat ni, aku perasan badan aku rasa gatal-gatal. Ada banyak tanda bintik-bintik merah di badan aku. Ingatkan ada masalah kulit, salah makan ke tu. Biasalah kacukan. Terus terang aku bagitahu. Aku langsung tak perasan kewujudan pepijat kat bilik aku. Sebab ianya halus sangat. Dah la jalan pun laju giler macam orang tengah lumba F1. Suka bersembunyi bila kita mula bergerak-gerak. Nampak tak kebijaksanaan makhluk tuhan nih?

Punca sebenar kewujudan pepijat ni tak pasti, rasanya berkaitan dengan kebersihan tempat tinggal korang. Kadang-kala ianya disebabkan oleh keadaan bangunan tempat tinggal lama, terbawa dari tempat kerja,dll. Boleh dikatakan hampir setiap bulan aku akan ambil “sickleave” gara-gara makhluk tuhan ni. Sebabnya mudah, bila korang kena serangan pepijat ni, konfem perkara yang aku senaraikan berlaku kat korang:

  1. Badan gatal-gatal.
  2. Tertekan / Stres tak dapat tidur dengan lena.
  3. Sentiasa nak garu sana, garu sini.
  4. Kulit badan korang penuh dengan bintik merah, lama-lama membengkak.
  5. Badan panas, demam bila serangan pepijat semakin menjadi-jadi.

Yang kelakarnya pasal pepijat ni kalau korang bawa jumpa doktor, doktor pun tak pasti apa masalah yang sebenarnya korang hadapi. Doktor hanya akan beranggapan korang ada masalah kulit, salah makan dan seumpamanya. Macam kena kat aku. Hasilnya, berlambak ubat dan vitamin diberikan kepada aku. Makanya, bolehlah aku membuka farmasi lepas ni. Hehehe

Lupa pula aku nak cerita secara terperinci pasal pepijat ni. Binatang ni umpama kelawar, atau pontianak yang mana kejenyer hisap darah je. Bayangkan, pepijat ni biasanya akan hisap darah korang 5-6 kali sehari. Berlaku kerugian darah di situ. Masa tengah menghisap darah korang, binatang ni akan mengalirkan cecair yang mana membuatkan korang tak sedar / perasan darah korang sedang disedut dengan sedapnya hingga menjilat jari. Macam makan kfc.

apa-itu-pepijat-bedbug

Biasanya selepas beberapa minit atau jam baru korang akan mula rasa gatal-gatal dan cecair tu jugaklah yang menyebabkan terbentuknya bintik-bintik merah pada kulit korang. Bintik merah ni kalau dibiarkan, digaru ada kalanya boleh membengkak dan menjadi kudis. Seronok tak? Seronok kan? Rasa nak digoreng je hidup-hidup pepijat nih, tapi dah memang dijadikan Tuhan sifatnya bergitu. Who are we to put a blame on this creature? Perghh! Aku speaking london. Korang ader?

Sambung balik cerita, buat masa sekarang satu-satunya kaedah terbaik untuk menghapuskan serangan pepijat ialah dengan cara meminta bantuan dari pakar dan pastinya akan mengeluarkan kos yang besar (ni bagi yang betul-betul di tahap kritikal). Tapi, korang tak perlu risau. Masih ada cara lain yang lebih murah dan jimat untuk menyelesaikan masalah serangan pepijat ni.

Perkara pertama ialah kenalpasti terlebih dahulu adakah kesan gatal dan bintik merah disebabkan serangan pepijat? Caranya mudah, biasanya pepijat bersembunyi di tempat yang paling kerap mangsanya berada seperti dalam selimut, bantal, pakaian, beg, tilam, sofa dll. Kalau dah terbukti memang pepijat tu ada di situ, apa lagi. No prisoner, no mercy (spartan way). Bunuh je la terus. Takkan nak biakkan pulak? Hahaha

Tapi kalau nak bunuh tangkap dulu dan letak dalam botol ke. Sebab kalau korang bunuh terus dengan cara memicik di tempat korang jumpa binatang tu, bila ianya mati konfem berbau busuk yang mana tahap bau kentut korang lebih wangi daripada baunya dan untuk mengelakkan darah yang telah dihisap terpercik dan meninggalkan bekas. Percayalah, aku tak bergurau. Walaupun ada kelakarnya di situ.

Langkah kedua ialah hapuskan sarangnya. Bahagian ni ada susah sikit, sebab biasanya tempat ianya membiak konfem di celah-celah lubang tilam. Tak kan nak buang tilam tu kan? Kalau tilam harga ratus ringgit, berfikir juga 8 kali. Tapi jangan risau, korang tak perlu buang tilam tu. Cuma kaedah yang aku bakal kongsi ni agak sakit gak nak buat tetapi memang berhasil. Sebelum tu, nak ingatkan. Benda seperti pakaian, beg kalau tempat tu dijadikan sarangnya, rendam je dalam air panas yang menggelegak. Konfem masaklah pepijat-pepijat itu.

Biasa kes macam tilam yang mahal harganya ni, ada cara tersendiri sebenarnya. Pertama, hapuskan setiap pepijat yang korang jumpa kat tilam tu termasuk telurnya. Pepijat ni spesies bertelur, korang akan jumpa telurnya kecil halus putih macam kelemumur. Bak kata orang ganu kalau tak silap, molek. molek. Haa. Hahahaha.

Klik sini untuk dapatkan spray airwick lavender oil!

 Lepas tu, ketahuilah 90% serangga benci, tak suke tak suke dengan bau / minyak lavender oil. Jadi, apa korang buat pergi beli je air wick perisa lavender oil dan spray seluruh tilam korang. Dan jemurkannya. Bahagian spray nih korang ulang dua tiga kali dah cukup rasanya. Bahagian paling yang tak bestnya ialah, jangan gunakan tilam tu selama seminggu dua. Dah cakap, cara ni memang sengsara tapi berkesan.

P/s: Spray lavender oil berfungsi untuk menghalau pepijat, dapatkan spray racun pepijat untuk menghapus pepijat yang ada buat selamanya, harimau malaya..

Tujuan sebenarnya ialah untuk menyukarkan pepijat mendapatkan makanannya iaitu darah korang yang segar dan sedap tu haa. Bila ia gagal untuk mendapatkan bekalan, pepijat ni ada dua pilihan je samada berhijrah atau mati kebulur. Hehehe. Masa dalam proses ni, kalau ada korang yang terpaksa tidur di lantai dengan berbekalkan selimut sahaja, spray lavender oil di sekeliling tempat tidur korang. Konfem, pepijat takkan menziarahi korang. Jangan takut, jangan segan.

Jangan lupa untuk spray di bahagian celah-celah dinding, atau rekahan dan di mana sahaja bekas kawasan jajahan pepijat ni. Terlupa lak, ingat tak pepatah yang mengatakan harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, tapi agak-agak pepijat mati tinggal apa? Hehehe. Jawapannya, korang akan jumpa tinggalan kulit pepijat dan kesan tompokan hitam (darah beku).

Korang tahu tak?

  • Kulit durian belanda boleh digunakan untuk menghalau pepijat, pasal pepijat tak sukakan baunya.
  • Boleh juga gunakan ubat anti pepijat yang dijual di kedai tertentu.

P/s: Apapun, artikel ni aku tulis berdasarkan pengalaman aku sewaktu kena serangan pepijat ini. Terpulang pada korang nak ikut sebijik apa yang aku buat. Dan di bawah ini aku sertakan beberapa link artikel blog berkaitan masalah pepijat nih. Semoga membantu dan selamat berperang melawan pepijat. ;D

  1. http://missherlena.blogspot.com/2011/06/aku-diserang-drakula-kecil-aka-pepijat.html
  2. http://animhosnan.blogspot.com/2014/04/pepijat-cara-mengigit.html
  3. http://drimanfirmansyah.com/tag/bedbugs/

Yang benar,

Admin

87 thoughts on “Apa itu pepijat? Punca, kesan & kaedah untuk menghapuskannya!

  1. Najiha Mohamad

    weyh..aku pon kne bnde yg sama sejibik persis tepat da jitu sama ngn kau..okay aku cube wt cm kau..thnks gile beb

    Reply
    1. Marjna ibrahim

      Mcm mana nak hilangkan gatal kesan gigitan pijat di kulit kita

      Reply
  2. masniza

    Good info dik. Apa yg di share sama sejibik kena kat akak suami n anak2.
    Tu yg mlm2 ni cr info pasal pijat ni. Skrg terpaksa tido atas toto jer ni..

    Reply
      1. Gee

        Tq share maklumat skrg akak plk kna serang ngan pijat tido atas sleeping mat je geram btl

        Reply
  3. Cemah

    Jd gak kt sy and baby. Tp masalahnya tetiba merah xpenah nmpk pun makhluk alah ni dgn nata kasar. Sebenarnya, kta blh nmpk ke tak pepijat nih? Kesian baby merah2 ?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Cemah, mungkin masalah ruam kot bukan pepijat. Lagi satu, pepijat ni memang susah sikit nak tengok, tapi biasanya sembunyi di tempat tidur seperti celah2 bantal, tilam, pakaian.

      Reply
  4. Ummu_izzuddin

    Tilam sy jenis yg anti bed bugs. Kekadang ada gak gatal2 badan tp xkerap. Sy baru je pindah rumah sewa. Sy penah nmpak binatang kecik kt dinding bed head sy tp sy xpasti serangga apa….ker tu bed bugs???

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Ummu_izzuddin, rupa natang bed bug ni macam kutu kat atas kepala. Mungkin juga, boleh google gambar bed bug dan cuba tengok sama tak. Kalau sama, selamat berperang. 😀

      Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @ayu, rendam/jirus guna air panas je la cara paling cepat dan berkesan untuk hapuskan pepijat ni. Ada gak ubat untuk bunuh pepijat ni tapi lupa lak namanya. ;D

      Reply
    2. Iz

      guna ubat jenama CAN CAN Kotak bewarna kuning boleh dpt kat Hiro Supermarket saya pernah cuba berkesan

      Reply
  5. sensored

    Saya duduk hotel dormitory dah sebulan lebih. Pijat merata di ditilam dan bantal kemungkinan di pakaian. Dah tukar tilam baru masalah tak selesai…

    Reply
  6. Chaminnn

    rumah saya dah 3 butir tilam dah buang lepastu 2 buah sofa hahahahahaa lepas baca info ni rasa macam nk pergi kutip balik je

    Reply
  7. misz neena

    sy da kena serang pijat ni da agak lama dah…tilam dah buang…tp masih ada lg…mana yg pijat besar2 dah dibunuh dgn cara bakar smpai hangus….skrg bila cari tk da jmpa sekor pon…tk tau nk buat apa dah…ksian anak sy berbintik2 merah dan bintik hitam kesan kena gigit…agak nya anak2 pijat tu da menetas…makin hari makin banyak…sy nk cuba kaedah simbah air panas….tp admin tau tk jenama racun yg bekesan tuk hapus kn pijat ni?????

    Reply
  8. Aidil sanran

    same goes to me,sumpah stress..tidur tak puas pegi keje dah macam orang tak betul…

    Reply
  9. Deen

    Assalam..dah sebulan lebih kena..mmg tido x lena..kesian kat ank2..rasa nak buang jer tilam tu..tapi review balik comm yg kat atas tu mcm x berbaloi jer..dah mcm cara buat pakai ridset lah,serai wangi la..google gak cara nak hapuskan pepijat ni..dpt solution pakai spray brand bio-d bedbug & dusmite..cari gak..n then dpt balik keje terus operasi..ingat kan mlm tu bole la tido lena..lagi teruk dia mengamuk mlm tu lansung x bole nak tido..jawapannya buntu..

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Deen, wkslm. Rasanya mungkin dah tahap kronik / kritikal dah situasi Deen ni. Cara jimat & cepat, siram je dengan air panas keseluruhan tilam tu. Pastikan semuanya kena dan kalau boleh ulang dua tiga kali dalam hari yang sama. Pastikan panas mendidih la, kemudian jemurkan dan jangan gunakan seminggu dua. Boleh spray guna lavender oil gak.

      Kalau ganti tilam baru pun tak guna, diorang akan membiak kat sana pulak. Pakaian apa semua kena rendam dalam air panas gak, simpan di satu tempat yang berasingan. Boleh juga guna kaedah yang saya pernah tengok kat youtube, contoh katil, letak berjauhan sedikit dari dinding (jangan sandarkan), kemudian bahagian kaki katil letak atas botol yang dipotong dua / mangkuk yang berisi racun atau air, fungsinya untuk elak pepijat ni naik atas katil.

      Masa tidur tu kena pastikan juga takde selimut ke apa mencecah lantai masa tidur, khuatir digunakan oleh pepijat untuk mendaki dan menjalankan misinya menghisap darah. Sekian. Selamat mencuba.

      P/s: Yang ni kalau Deen rasa perlu, spray racun untuk pepijat –> Bed bug Sprays

      Reply
  10. Nano nano

    Pi la kedai hardware ACE tu. Ade penyembur racun utk pepijat tu. Lupa apa nama dia tali mcm bygon tu Pernah kene dulu. Sandarkan tilam tu kat dinding. Then sembur kat setiap bucu tilam celah lipatan tu. Habis jahanam mampus semua. Segala cadar sarung bantal bagai basuh. Jemur

    Reply
  11. Aishah Jahirah

    Adoi memang sengsara la dgn makhluk comel ni.. Abeh satu badan bintik2 merah penangan dia.. Tgh gigih berperang dgn mereka yg comel ni… Harap berjayalah.. Mcm susah je nk hapuskan… ?

    Reply
  12. Siti Hajar Ibrahim

    Lps blk dr raya baru ni jumpa makhluk ni dok raya sakan dlm blk akak.jenuh lancarkan perang.tp sampai la dok kalah lg.huuuhuu..sebur serai wangi pn x jd apa..spray yg lazada jual tu effective ke haa..tp nk try lavender spray dulu plk ?nk buang tilam x gamak la plk..vono tu..katil bby pn dia serang skali.xpe la kecik blh jirus air panas,tilam vono jirus air panas menangis la nk angkat jemur.mau patah pinggang.

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Siti Hajar Ibrahim, banyak yang bagi good review, boleh cuba untuk di-spray pada celah-celah dinding, katil dll. Haha, selamat berperang. 🙂

      Reply
  13. Nurill Syaubi

    Sakit hati ngn haiwan ni.. Dah lame berperang ngn die.. Satu bilik dah basuh.. Slimut toto bagai Bukan setakat rendam ngn air panas .. Siap streka lagi part yg kne ppijat tu.. Tilam dah buang dah pun.. Tp x mati2.. Bli tilam baru pun kne jgk.. Geram aihh.. Ade kemungkinan tak haiwan ni melekat kat blkng wallpaper? Stress sgt dah ni..

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Nurill Syaubi, kena banyak bersabar la. Ya, memang biasanya ada juga yang bersembunyi kat belakang wallpaper. Sebaiknya tanggalkan je wallpaper tu, beli/guna spray racun atau simbah dengan air panas je.

      Reply
  14. su

    Baru jer kena. Semalam tidur dkt rmh mak??. Xsangka tilam ada pepijat. Gatalnya mmg xleh tahan.

    Reply
  15. Zulhulaifah

    Cer ckp elok2 dgn pijat tu…wahai pijat yg budiman.kluarlh dari rumah aku ni..pergilh dari sini..cukuplh aku tumpgkn kau selama ni..dia pun makhluk Allah..insyaAllah dia dengar sbb ni pun pengalaman kakak aku

    Reply
  16. Farrah yesmin

    Dari pengalaman saya mmg pijat ni gatal & lepas gigit akan meninggalkan kesan hitam.
    Hodoh sangat parut kat tangan & badan.
    Saya menyarankan pads siapa yg mengalami masalah ini… Cuba Cari daun durian belanja letak je bersepah kat tepi dinding @ atas tilam dlm almari tu sampai kering pun xpe..@ boleh juga guna cologne spray yg murah2 tu contoh pucelle… Xsampai rm6 1botol.so spray merata tempat yg menjadi persinggahan pijat tu ye inshaallah… Akan habis semua keturunan die

    Reply
  17. hakim

    saya cadangkan langkah pertama spray dgn baygon hijau di setiap penjuru / lipatan jahitan tilam.. lepas tu guna vakum untuk sedut segala telur dan pepijat yang ada pada tilam.. insya’allah masalah tu x kan berulang.. cara yg saya buat stakat ni.

    Reply
  18. Nana malia

    Akak every year kena serang dgn menatang ni.. tido dok lena.. mata bukan mcm mata panda dah.. jd mata naga sakti sbb x cukup tido. Parut plak byk sbb garu tempat gatal tu sampai luka. Bulan 3 baru2 ni akak buang tilam akak. Ada hamba Allah amik tilam tu dan dengan bangganya bgtau xde gatal2 pun.. ni baru sebulan beli tilam lain. Takkan nak bagi kat org lain gak kot.. bru semlm mandi pakai sabun daun gelenggang. Sepatutnya bau busuk sbb menatang ni x suka bau busuk. Tp skang sabun daun gelenggang ni kilang wat wangi lak.. huhuu..
    Cadar dan baju kain akak basuh dgn sabun top yg ada anti dust mites. Td dah sembur baygon hijau tu kat celah2 dinding dan atas bed cover.. tilam x sembur lg dgn harapan menatang tu tak jejak kaki atas tilam lg.. bertabahlahh… malam ni nak vakum.. esk nak beli spray lavender.. hehee…
    Sebelum ni dah spray mcm2 jenis spray..
    tq utk semua tips wpun akak dah wat semer tu sebelum ni… wassalamm

    Reply
  19. Farah

    Sy tengah kene gatal2 sebab benda alah ni lah. Tak tahan sangat tu pasal google2 pasal ni. Bilik sendiri and bilik dekat U dah ok dah. Tp kene benda ni sebab naik bas ekspress masa nk balik kg. Camne nak basmi pepijat dlm bas ekspress, bas tu bukan kita punya. Kalau ikutkan hati nak bawak spray tu tiap kali naik bas, tp nnt over pulak?

    Reply
  20. Iez

    Salam. Same case. Siap jumpa doktor, hari pertama bgi pil alahan. Hari ketiga injection.. Hari kelima dok bgi steroid.. Last jumpa pakar ckp.. Bedbug.. Ternganga mulut. Balik rumah check memang betul… Pepijat nyer pasal.. Masalhnya kpala dok tingtong waktu kene steroid.. Hahaha

    Reply
  21. Sira

    Gunakan bunga taik ayam lagi cepat . Tapi buat air die sembur setiap sudut .. dan kalau bole bile spray tu pakai mask and jgn terkena mata ye . Takut buta . Racun ni . Dah kalau bole nak spray tu jgn ade org pun pat rumah . Tdo la pat hotel ke ape ke ..yg penting rumah kosong . Hari2 spray untuk masa 2 minggu . In shaa allah semua mati

    Reply
  22. Afiq

    First badan gatal2..aku ingat salah mkn ke ape..mmb gtau suruh check tilam..skali selak..makkaiii seramm wei..bsepah da mmbiak..selama ni aku tdo dgn dorg…nk google pn takut td nk pastikan ni btol2 pepijat..nak tdo mana ni???

    Reply
  23. Amie

    Sumpah geram giler nan natang ni.. da 2 hari sya kena, binatang ni plk kecik. Mg susah nk jumpa dia ni haa.. carik2 pun ta jumpa.. ni nga nak try beli spray lavender.. insya allah laa berkesan

    Reply
  24. Mas

    Rumah saya ada pepijat tapi flooring saya… laminated flooring.. mcm mana caranya pulak… saya dah habis beratus2 duit untuk menghilangkan pepijat.. nanti dah lama saya tak nampak saya ingat dah hilang tup tup dia muncul lagi.. saya dah tak tau nak,buat apa. Saya dah buang almari beli yg baru katil dah buang and beli yang baru. Tetap masih ada kalau tilam tu jgn ckp lah setiap 3 atau 6 bln mesti kena tukar. Boleh tak tolong saya beri step by step mcm mana hendak menghapuskan nya

    Reply
  25. kamaru zaman

    Haa cara sy mcm ni. Beli spray pewangi automatik. Contoh glade, airwick dll. Guna haruman yg mcm admin ckp tu. Ltk dlm bilik. Tutup semua tingkap n lubang. Tak mau bau wangi terlepas keluar. Set timing. On. Dh siap. Boleh tdo dgn aman. Pijat tak suka bau wangi dan tak akan keluar dari tmpt persembunyian Lama2 pijat tu mati kebulur. Dan bilik anda bebas pijat. Haa slmt mencuba.

    Reply
  26. hamba allah yang hensem sikit

    saya dan pepijat.. boleh spray pada tilam.. tp ade juga pepijat duk dalam kayu lapis bawah tilam.. biase saya aku spray kayu beserta tilam.. haaa.. spray pilihan hati.. bygone.. jemur tilam n kayu bawah matahari.. spray bygone 3 kali selang 5 minit.. biar sejam tgkla hasilnya.. selamat mencuba..

    Reply
  27. penyewa sedihhhhh

    Sy stress teramat ni.. 3 minggu pindah rumah,3 minggu ni jg la tdo atas toto di ruang tamu. Malam 1st tdo atas katil dlm bilik kami anak beranak diserang hendap oleh clan bangking ni.. Fuhhh.. Meremang bulu roma 1st time tgk bnda ni.. Gerammmmnya.. Mula2 ingatkan nyamuk.. Aishhh.. Xtahan gatal sy cek mak ko hijau!!! Berkeliaran atas tilam & sy trus buka baju anak sy ada 2 ekor d badan dia… Kesian anak2.. Ni kes penyewa lama yg pengotorrrr.. Eiii.. Geramnya.. Skrg husband sy demam & anak2 mata banyak taik.. Myb effect gigitan bangking.. Sy pula kulit sensetif hbis kulit berbekas.. Dah inform tuan rumah.. Tp tuan rumah buat dono & diapun xtau sbnrnya apa binatang tu.. Huhu.. Sypun sbnrnya baru ja bkenalan dgn mr.bangking ni.. So, skrg kami akan perangi habis-habisan clanz bangking ni. Klau xdpt hapuskan menatang ni sy sanggup pindah rumah lagi drpd tgal bersama clanz penghisap darah ni… Huhuhuhuhu

    Reply
  28. linda

    saya dh enam bulan menderita dek penangan binatang ni..habis badan dgn bintik merah endup dh jadi parut hitam..hodoh gler..tilam bantal smua dh buang tapi still ada lg..kt carpet pulak dia berumah tangga..aishh memang xda kesudahan dgn pepijat ni..segala mcm spray dh guna tapi binatang ni degil..satu fmly stress dgn binatang ni..kurang tido sb asyik nk menggaru je.sakit hati wehh

    Reply
  29. Mellynor

    Aku menderita kat sebulan masalah ni..mcm2 cuba…tak mau juga…mula2 kena habis,gatal…merah2..tangan pun dah berparut..kebetulan masa kena tengah ambil ubat hospital..ingatkan alahan ubat…
    Rupa2nya kena gigit oleh pepijat..tak pernah tahu benda ni…x pernah kena…bila kawan ckp..pepijat..
    Baru tahu..

    Mak ai menderita nya…mengaru x hbs2…
    Tiap2 malam spray,serai,wangi…menjadi la juga…
    Bila serau wangi dah hbs…dtg semula pepijat..adohai…

    Reply
  30. Arjuna

    pepijat memang jilake, abes kene kutuk tangan berkudis dah lah malam2 tido menggaru2 da mcm cipanzi ukulele auk auk

    Reply
  31. Aypool

    Saya dh seminggu kene gatal2.. Kwn serumah pon sama. Ingy gtl biasa2 je. Dah 3x g klinik hbs 2rat tp x ok gk. Teringt plak nk google bedbug ni.
    Sampai kaki dan melepoh2 kuar air. Kudis dh. Agak truk jugak la. Tido jgn kp la. panda nmpk mata ni pon dia takut… Sat lg nk p hendap btul ke bed bug yg ada kt umh ni. Haiissshhhh….

    Reply
  32. Neza Mastura nekmat

    Saya dah kena n tgh hadap ni… huhuhu press control dah Tanya harga.. sebelah jari gak… Esk saya cari lavender oil tu… sakit kpla… nak tido x leh Lps tu .. dkt 5 ekor dok sembunyi bawah bantal .. telinga leher tangan jadi mangsa…… lari tido kat hal ngn anak2

    Reply
  33. Kay

    Tgh lepak kt sofa ja ni…dekat sebulan kena attack ngn pijat ni…mlm ni bru nmpak kelibat…nk kena try semua petua yg ada ni….huhu….

    Reply
  34. Alin

    Pepijat ni melompat2 ke berjalan ye? Mohon kepastian… ?

    Reply
  35. Rokiah

    Aku nie baru tahu pijat telah menyerang hendap rumah aku .. aku cuma ingat di bilik sahaja sebab aku jarang tidur di bilik ( tingkat 2 ) . Tapi setelah aku dapàt tahu pijat juga telah mendiami bahagian sofa di mana aku suka lepak dan tidur . Maka bermula lah operasi menyerang dan membasmi si pijat ni .

    Pakaian lama yang aku letak di atas katil ( di sebabkan almari penuh ) pun turut menjadi mangsa si pijat . Pakaian aku dah cuci dengan air panas . Al-hamdulillah . Cuma di bahagian katil aku telah spray anti pijat . Dàh 2 hari aku melakukan operasi nampaknya pijat tak muncul2 lagi . Namun aku tahu berperang dengan pijat bukan semudah itu . Waktu siang aku biarkan cahaya matahari memàncar di bilik . Malam aku biarkan cahaya lampu menerangi setiap sudut bilik . Aku bersyukur si pijat belum menyerang lagi almari aku .

    Cuma bahagian sofa masih kelihatan kelibat pijat . Pijàt ni suka duduk di celah2 lipatàn , celah zip , senang cakap kat celah2 lah .

    Seingat aku pijat ni akan wujud di tempat lembap dan kotor tapi rumah aku tidak lah kotor . Itu yang buat aku pening . Tapi setelah jiran aku memberitahu bahawa rumahnya di diami oleh kelawar di atas bumbung baru aku sedar bumbung aku juga ada kelawar . Maka tak terperanjat kalau pijat ada di rumah ku .

    Aku tidak akan berputus asa untuk melawan pijat . Cuma nampaknya tahun ni tak beraya lah aku …

    Esok aku terpaksa buang katil dan sofa . Sebab aku tak mahu berkongsi tempat tinggal dengan si pijat . Aku terpaksa buang sofa dan katil sebab si pijat telah menyerang sebaris rumah teres di kawasan kami

    Reply
  36. LYN

    Wehh aku kene juga la.. Adoii sadis btol dkt sbln aku br perasan satu bdn penun n bintik2 kuang ajo giler.. Lg sadis bile aku dpt tau kene pijat dkt sbln dia hisap darah.. Tgh pikir nk gune aper T T hari2 sadar kol 3@4 pg g cari dia

    Reply
  37. Alin Zainal

    Baru 4bulan duduk rumah sewa ni, tapi baru tahu yg rumah ni ada pepijat, sebelum ni gatal2 ingt ke punca dr nyamuk. Skali dia munculkn diri, hadoiii pepijat rupanya, nak kata bilik ni kotor, rasa bersih dah, tp entah laa dr mana dia dtg, mcm2 cara dh buat tetap ade jugak, rasa nk pindah rumah je ?

    Reply
  38. Wahidah

    Pijat ni memang susah sgt2 nk nmpak..tapi bagaimana pun kena rajin cari2 dan bersih kan dengan cepat..alhamdulilah guna jer Bio D sleep tide beg bug kill ambik yg wangian lavender tu…blh cuba le bli dlm lazada..sy daa guna kesan nye bgus sgt2

    Reply
  39. Deena

    Hadoi la, kena dalam bas ekspress, sengsara sungguh. Ada cara Tak kalau nak naik bas sembur apa yea pada baju or tempat duduk?

    Reply
  40. Rania

    Saya pun kene serangan pijat ni. Baru empat ke Lima hari. Tapi saya akan ke luar negara esok dalam 2 minggu. Jadi, saya perlu ke buat apa apa atau hanya biar pijat ni mati kebuluran?

    Reply
  41. pak lah

    1- Hati-hati bila beli pakaian dekat BUNDLE di JB. Saya terbeli tali pinggang yang berbentuk jalin. Ada pijat dicelah-
    celah jalinan tali pinggang tersebut. Saya tak tahu. Saya pakai tali pinggang tersebut selama hampir 2 tahun. Ulang alik naik basi dari JB ke Utara bersama pijat. Pijat tak tahan suhu terlalu sejuk dan terlalu panas. Pijat juga bersama saya ketika kami melancong ke Sabah dan Sarawak. Selepas tuu…berjangkit dekat rumah di tilam dan sofa. Saya jemur dipanas mentari tetapi tak hilang. Suatu hari saya jemur tilam dan tiba tengah hari hujan lebat. Masih ada pijat ditilam tetapi sudah kurang. Saya gunakan SPRAY LAVENDER dan jemur setiap minggu. Saya gunakan penyembur racun. A;hamdulillah kini sudah kurang. Jangan biarkan anaknya membiak.

    Reply
  42. R?

    Saya pun kene benda yang sama. Sesiapa yang baru kene masalah ni boleh lah guna cara Saya. Tapi sakit juga lah cara ni.
    First, Setiap hari korang cakap baik-baik dengan pepijat tu. Contoh: ( Wahai pepijat yang budiman, kau keluar lah dari bilik aku, katil aku atau di mana-mana tempat persembunyian kau. Aku tak nak bunuh kau. Kau pun makhluk tuhan, aku pun makhluk tuhan. Jadi kau cari lah tempat perlindungan kat tempat lain. Cukuplah aku bagi kau tumpang kat rumah aku. )
    Lepas tu, jangan tidur atau duduk kat tempat yang Ada pepijat dalam seminggu dua camtu. ( memang sakit kan )
    Last sekali, lepas seminggu dua camtu, korang tengok kat tempat yang kene serangan pepijat contoh katil, korang tengok kat celah jahitan, ada lagi tak pepijat. Kalau ada, korang bunuh jelah. Macam saya, still ada, tapi dalam seekor dua camtu jelah.
    Senang kan cara ni. Tak bazir duit pun. Selamat mencuba?

    Reply
  43. lisaa

    geli siot… kadang2 perut membuncit lari sana sini dekat dinding bilik .damnn!!!

    Reply
  44. Tyra

    Dah dekat 6bulan juga kena serangan pepijat ni habis tilam dah dibakar tp masih ada sekarang merebak sampai ke ruang tamu.. Dalam bilik tu kekadabg nampak dia merayau² kalau nampak bolehla bunuh yg tak nampak tu makk aiii kemain dorang buat parti bila kita nak tido.. Skg tido dekat ruang tamu beralaskan karpet itupun kekadang ada pepejat ni.. How to do ? sembur spray bio D, serai wangi takde pun makin membiak ada lah..

    Reply
  45. Iela kraf II

    Kol 2.30 pagi search sal pijat ni.akk tgh sensara tgn kaki dah berkudis dah…suluh guna fon…nampak mende alah tu..haish…dah bunuh pon masih banyak….nanti akk cube lavender oil tu thanks

    Reply
  46. Ahamad nisfu

    Saya dah dua tahun melayan karenah sibinatang kecelakaan dari neraka ni….
    3kali tukar set bilik tidur
    Masih lagi terjaga di tengah mlm bila gatal2
    Ade org sebilik suke kutip brg kt tmpt sampah adakah faktor jgk kwn yg sle kutip brg yg dibuang tu membawa pejipat durhaka ini

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Ahamad nisfu, ye. Sebab kadangkala boleh jadi terbawa dari tempat lain, biasanya tempat kerja, hotel dll. Kalau baca dari komen orang lain, ada yang terbawa dari shopping mall. Seram gak.

      Reply
  47. Eda

    Sekarang pukul 2.52pagi, x boleh tido….bukan sebab mimpi ngeri tapi pijat, dah jemur tilam , bantal .pun menatang ni ada jugak. Stress betul.kaki berkudis hitam, terkeruk-keruk sampai luka. Balik kerje nanti nak try beli spray lavander tu dan cuci baju ke sarung bantal dengan air panas…dan malam esuk tak yah tido dalam bilik, kesian anak2

    Reply
  48. Amir

    Skrg pukul 3.59 pg .. tgh berperang .. Allahu esok nk keje ni .. yg pelik nye bini aku elok je bole tido 😂

    Reply
  49. siti

    Stresss… dah seminggu tido malam diganggu makhluk ni.. mula2 ingatkan nyamuk, tp dh spray2 tgh malam still gatal2 lagi. xpuas hati suluh touchlight. tgh malam tu jugak aq terpikir nak selak cadar. skali amek kau. pijat weyhhh…. adehh balik ni nak kemas2 berperang dgn pijat. yg pening ni mcm mane nak kemas baju. baju banyak wehh xkan semua nak kene cuci pakai air panas..

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Siti, kena upah orang gaji gamaknya… 🙂
      TU je caranya sis.. Cuci sedikit demi sedikit dan asingkan simpan di satu tempat lain yang mana tak mudah dinaiki / dicapai oleh pepijat.

      Reply
  50. Ainie

    Bila baca tetiba tringt kisah lame yg agak kelakar bile time tu kene serangan pepijat . Biasa laa tk prnh tahu pepijat nih sejenis ape, asal bngun tido je msti ade bintik2 merah lpz tu mengadu dgn mak ade jumpe banyak anak lipas kt bilik😂 ape lg mak tros masuk bilik skli jumpe bnyk pepijat kt celah2 bantal. Time tu rasa geli je tengok sbb trlampau bnyk and halus2😨.

    Reply
  51. hate Bed Bug

    4.14am x tido dok search psal pepijat… baru tahu simptom gatal kt kakinn leher tu dtg dr pepijat tp sekor pun xnampa lg ni… tggu esok start banteras pepijat… Thanks ats info 👍

    Reply
  52. Asnorina

    Guna baygon utk lipas..ada point spray…berkesan…kena selalu check n spary… bau agak busuk dan berminyak skit..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *