Apa itu pepijat? Punca, kesan & kaedah untuk menghapuskannya!

By | February 9, 2015


apa-itu-pepijat-bedbug

Klik sini untuk membeli bed bug spray!

Korang tahu tak apa itu pepijat (Climex Lectularius) ? Atau nama lainnya pijat-pijat, dalam bahasa orang putih bedbug. Bukan doraemon ok. Ada sebab aku nak cerita pasal pepijat ni, nak berkongsi pengalaman sebab aku pernah kena serangan pepijat. Berpuluh ekor, beratus kot. Tak pasti pulak aku. Mak datuk. Sengsara giler waktu tu. Bak kata pepatah, makan tak kenyang tidur konfem tak lena, mata pun macam panda. Haiya!

Mula-mula aku kena serangan pepijat ni, aku perasan badan aku rasa gatal-gatal. Ada banyak tanda bintik-bintik merah di badan aku. Ingatkan ada masalah kulit, salah makan ke tu. Biasalah kacukan. Terus terang aku bagitahu. Aku langsung tak perasan kewujudan pepijat kat bilik aku. Sebab ianya halus sangat. Dah la jalan pun laju giler macam orang tengah lumba F1. Suka bersembunyi bila kita mula bergerak-gerak. Nampak tak kebijaksanaan makhluk tuhan nih?

Punca sebenar kewujudan pepijat ni tak pasti, rasanya berkaitan dengan kebersihan tempat tinggal korang. Kadang-kala ianya disebabkan oleh keadaan bangunan tempat tinggal lama, terbawa dari tempat kerja,dll. Boleh dikatakan hampir setiap bulan aku akan ambil “sickleave” gara-gara makhluk tuhan ni. Sebabnya mudah, bila korang kena serangan pepijat ni, konfem perkara yang aku senaraikan berlaku kat korang:

  1. Badan gatal-gatal.
  2. Tertekan / Stres tak dapat tidur dengan lena.
  3. Sentiasa nak garu sana, garu sini.
  4. Kulit badan korang penuh dengan bintik merah, lama-lama membengkak.
  5. Badan panas, demam bila serangan pepijat semakin menjadi-jadi.

Yang kelakarnya pasal pepijat ni kalau korang bawa jumpa doktor, doktor pun tak pasti apa masalah yang sebenarnya korang hadapi. Doktor hanya akan beranggapan korang ada masalah kulit, salah makan dan seumpamanya. Macam kena kat aku. Hasilnya, berlambak ubat dan vitamin diberikan kepada aku. Makanya, bolehlah aku membuka farmasi lepas ni. Hehehe

Lupa pula aku nak cerita secara terperinci pasal pepijat ni. Binatang ni umpama kelawar, atau pontianak yang mana kejenyer hisap darah je. Bayangkan, pepijat ni biasanya akan hisap darah korang 5-6 kali sehari. Berlaku kerugian darah di situ. Masa tengah menghisap darah korang, binatang ni akan mengalirkan cecair yang mana membuatkan korang tak sedar / perasan darah korang sedang disedut dengan sedapnya hingga menjilat jari. Macam makan kfc.

apa-itu-pepijat-bedbug

Biasanya selepas beberapa minit atau jam baru korang akan mula rasa gatal-gatal dan cecair tu jugaklah yang menyebabkan terbentuknya bintik-bintik merah pada kulit korang. Bintik merah ni kalau dibiarkan, digaru ada kalanya boleh membengkak dan menjadi kudis. Seronok tak? Seronok kan? Rasa nak digoreng je hidup-hidup pepijat nih, tapi dah memang dijadikan Tuhan sifatnya bergitu. Who are we to put a blame on this creature? Perghh! Aku speaking london. Korang ader?

Sambung balik cerita, buat masa sekarang satu-satunya kaedah terbaik untuk menghapuskan serangan pepijat ialah dengan cara meminta bantuan dari pakar dan pastinya akan mengeluarkan kos yang besar (ni bagi yang betul-betul di tahap kritikal). Tapi, korang tak perlu risau. Masih ada cara lain yang lebih murah dan jimat untuk menyelesaikan masalah serangan pepijat ni.

Perkara pertama ialah kenalpasti terlebih dahulu adakah kesan gatal dan bintik merah disebabkan serangan pepijat? Caranya mudah, biasanya pepijat bersembunyi di tempat yang paling kerap mangsanya berada seperti dalam selimut, bantal, pakaian, beg, tilam, sofa dll. Kalau dah terbukti memang pepijat tu ada di situ, apa lagi. No prisoner, no mercy (spartan way). Bunuh je la terus. Takkan nak biakkan pulak? Hahaha

Tapi kalau nak bunuh tangkap dulu dan letak dalam botol ke. Sebab kalau korang bunuh terus dengan cara memicik di tempat korang jumpa binatang tu, bila ianya mati konfem berbau busuk yang mana tahap bau kentut korang lebih wangi daripada baunya dan untuk mengelakkan darah yang telah dihisap terpercik dan meninggalkan bekas. Percayalah, aku tak bergurau. Walaupun ada kelakarnya di situ.

Langkah kedua ialah hapuskan sarangnya. Bahagian ni ada susah sikit, sebab biasanya tempat ianya membiak konfem di celah-celah lubang tilam. Tak kan nak buang tilam tu kan? Kalau tilam harga ratus ringgit, berfikir juga 8 kali. Tapi jangan risau, korang tak perlu buang tilam tu. Cuma kaedah yang aku bakal kongsi ni agak sakit gak nak buat tetapi memang berhasil. Sebelum tu, nak ingatkan. Benda seperti pakaian, beg kalau tempat tu dijadikan sarangnya, rendam je dalam air panas yang menggelegak. Konfem masaklah pepijat-pepijat itu.

Biasa kes macam tilam yang mahal harganya ni, ada cara tersendiri sebenarnya. Pertama, hapuskan setiap pepijat yang korang jumpa kat tilam tu termasuk telurnya. Pepijat ni spesies bertelur, korang akan jumpa telurnya kecil halus putih macam kelemumur. Bak kata orang ganu kalau tak silap, molek. molek. Haa. Hahahaha.

air-wick-lavender-oil-bedbugtips-pepijat

Klik sini untuk dapatkan spray racun pepijat!

 Lepas tu, ketahuilah 90% serangga benci, tak suke tak suke dengan bau / minyak lavender oil. Jadi, apa korang buat pergi beli je air wick perisa lavender oil dan spray seluruh tilam korang. Dan jemurkannya. Bahagian spray nih korang ulang dua tiga kali dah cukup rasanya. Bahagian paling yang tak bestnya ialah, jangan gunakan tilam tu selama seminggu dua. Dah cakap, cara ni memang sengsara tapi berkesan.

P/s: Spray lavender oil berfungsi untuk menghalau pepijat, dapatkan spray racun pepijat untuk menghapus pepijat yang ada buat selamanya, harimau malaya..

Tujuan sebenarnya ialah untuk menyukarkan pepijat mendapatkan makanannya iaitu darah korang yang segar dan sedap tu haa. Bila ia gagal untuk mendapatkan bekalan, pepijat ni ada dua pilihan je samada berhijrah atau mati kebulur. Hehehe. Masa dalam proses ni, kalau ada korang yang terpaksa tidur di lantai dengan berbekalkan selimut sahaja, spray lavender oil di sekeliling tempat tidur korang. Konfem, pepijat takkan menziarahi korang. Jangan takut, jangan segan.

Jangan lupa untuk spray di bahagian celah-celah dinding, atau rekahan dan di mana sahaja bekas kawasan jajahan pepijat ni. Terlupa lak, ingat tak pepatah yang mengatakan harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, tapi agak-agak pepijat mati tinggal apa? Hehehe. Jawapannya, korang akan jumpa tinggalan kulit pepijat dan kesan tompokan hitam (darah beku).

Korang tahu tak?

  • Kulit durian belanda boleh digunakan untuk menghalau pepijat, pasal pepijat tak sukakan baunya.
  • Boleh juga gunakan ubat anti pepijat yang dijual di kedai tertentu.

P/s: Apapun, artikel ni aku tulis berdasarkan pengalaman aku sewaktu kena serangan pepijat ini. Terpulang pada korang nak ikut sebijik apa yang aku buat. Dan di bawah ini aku sertakan beberapa link artikel blog berkaitan masalah pepijat nih. Semoga membantu dan selamat berperang melawan pepijat. ;D

  1. http://missherlena.blogspot.com/2011/06/aku-diserang-drakula-kecil-aka-pepijat.html
  2. http://animhosnan.blogspot.com/2014/04/pepijat-cara-mengigit.html
  3. http://drimanfirmansyah.com/tag/bedbugs/

Yang benar,

Admin

40 thoughts on “Apa itu pepijat? Punca, kesan & kaedah untuk menghapuskannya!

  1. Najiha Mohamad

    weyh..aku pon kne bnde yg sama sejibik persis tepat da jitu sama ngn kau..okay aku cube wt cm kau..thnks gile beb

    Reply
  2. masniza

    Good info dik. Apa yg di share sama sejibik kena kat akak suami n anak2.
    Tu yg mlm2 ni cr info pasal pijat ni. Skrg terpaksa tido atas toto jer ni..

    Reply
      1. Gee

        Tq share maklumat skrg akak plk kna serang ngan pijat tido atas sleeping mat je geram btl

        Reply
  3. Cemah

    Jd gak kt sy and baby. Tp masalahnya tetiba merah xpenah nmpk pun makhluk alah ni dgn nata kasar. Sebenarnya, kta blh nmpk ke tak pepijat nih? Kesian baby merah2 😭

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Cemah, mungkin masalah ruam kot bukan pepijat. Lagi satu, pepijat ni memang susah sikit nak tengok, tapi biasanya sembunyi di tempat tidur seperti celah2 bantal, tilam, pakaian.

      Reply
  4. Ummu_izzuddin

    Tilam sy jenis yg anti bed bugs. Kekadang ada gak gatal2 badan tp xkerap. Sy baru je pindah rumah sewa. Sy penah nmpak binatang kecik kt dinding bed head sy tp sy xpasti serangga apa….ker tu bed bugs???

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Ummu_izzuddin, rupa natang bed bug ni macam kutu kat atas kepala. Mungkin juga, boleh google gambar bed bug dan cuba tengok sama tak. Kalau sama, selamat berperang. 😀

      Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @ayu, rendam/jirus guna air panas je la cara paling cepat dan berkesan untuk hapuskan pepijat ni. Ada gak ubat untuk bunuh pepijat ni tapi lupa lak namanya. ;D

      Reply
  5. sensored

    Saya duduk hotel dormitory dah sebulan lebih. Pijat merata di ditilam dan bantal kemungkinan di pakaian. Dah tukar tilam baru masalah tak selesai…

    Reply
  6. Chaminnn

    rumah saya dah 3 butir tilam dah buang lepastu 2 buah sofa hahahahahaa lepas baca info ni rasa macam nk pergi kutip balik je

    Reply
  7. misz neena

    sy da kena serang pijat ni da agak lama dah…tilam dah buang…tp masih ada lg…mana yg pijat besar2 dah dibunuh dgn cara bakar smpai hangus….skrg bila cari tk da jmpa sekor pon…tk tau nk buat apa dah…ksian anak sy berbintik2 merah dan bintik hitam kesan kena gigit…agak nya anak2 pijat tu da menetas…makin hari makin banyak…sy nk cuba kaedah simbah air panas….tp admin tau tk jenama racun yg bekesan tuk hapus kn pijat ni?????

    Reply
  8. Aidil sanran

    same goes to me,sumpah stress..tidur tak puas pegi keje dah macam orang tak betul…

    Reply
  9. Deen

    Assalam..dah sebulan lebih kena..mmg tido x lena..kesian kat ank2..rasa nak buang jer tilam tu..tapi review balik comm yg kat atas tu mcm x berbaloi jer..dah mcm cara buat pakai ridset lah,serai wangi la..google gak cara nak hapuskan pepijat ni..dpt solution pakai spray brand bio-d bedbug & dusmite..cari gak..n then dpt balik keje terus operasi..ingat kan mlm tu bole la tido lena..lagi teruk dia mengamuk mlm tu lansung x bole nak tido..jawapannya buntu..

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Deen, wkslm. Rasanya mungkin dah tahap kronik / kritikal dah situasi Deen ni. Cara jimat & cepat, siram je dengan air panas keseluruhan tilam tu. Pastikan semuanya kena dan kalau boleh ulang dua tiga kali dalam hari yang sama. Pastikan panas mendidih la, kemudian jemurkan dan jangan gunakan seminggu dua. Boleh spray guna lavender oil gak.

      Kalau ganti tilam baru pun tak guna, diorang akan membiak kat sana pulak. Pakaian apa semua kena rendam dalam air panas gak, simpan di satu tempat yang berasingan. Boleh juga guna kaedah yang saya pernah tengok kat youtube, contoh katil, letak berjauhan sedikit dari dinding (jangan sandarkan), kemudian bahagian kaki katil letak atas botol yang dipotong dua / mangkuk yang berisi racun atau air, fungsinya untuk elak pepijat ni naik atas katil.

      Masa tidur tu kena pastikan juga takde selimut ke apa mencecah lantai masa tidur, khuatir digunakan oleh pepijat untuk mendaki dan menjalankan misinya menghisap darah. Sekian. Selamat mencuba.

      P/s: Yang ni kalau Deen rasa perlu, spray racun untuk pepijat –> Bed bug Sprays

      Reply
  10. Nano nano

    Pi la kedai hardware ACE tu. Ade penyembur racun utk pepijat tu. Lupa apa nama dia tali mcm bygon tu Pernah kene dulu. Sandarkan tilam tu kat dinding. Then sembur kat setiap bucu tilam celah lipatan tu. Habis jahanam mampus semua. Segala cadar sarung bantal bagai basuh. Jemur

    Reply
  11. Aishah Jahirah

    Adoi memang sengsara la dgn makhluk comel ni.. Abeh satu badan bintik2 merah penangan dia.. Tgh gigih berperang dgn mereka yg comel ni… Harap berjayalah.. Mcm susah je nk hapuskan… 😤

    Reply
  12. Siti Hajar Ibrahim

    Lps blk dr raya baru ni jumpa makhluk ni dok raya sakan dlm blk akak.jenuh lancarkan perang.tp sampai la dok kalah lg.huuuhuu..sebur serai wangi pn x jd apa..spray yg lazada jual tu effective ke haa..tp nk try lavender spray dulu plk 😧nk buang tilam x gamak la plk..vono tu..katil bby pn dia serang skali.xpe la kecik blh jirus air panas,tilam vono jirus air panas menangis la nk angkat jemur.mau patah pinggang.

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Siti Hajar Ibrahim, banyak yang bagi good review, boleh cuba untuk di-spray pada celah-celah dinding, katil dll. Haha, selamat berperang. 🙂

      Reply
  13. Nurill Syaubi

    Sakit hati ngn haiwan ni.. Dah lame berperang ngn die.. Satu bilik dah basuh.. Slimut toto bagai Bukan setakat rendam ngn air panas .. Siap streka lagi part yg kne ppijat tu.. Tilam dah buang dah pun.. Tp x mati2.. Bli tilam baru pun kne jgk.. Geram aihh.. Ade kemungkinan tak haiwan ni melekat kat blkng wallpaper? Stress sgt dah ni..

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Nurill Syaubi, kena banyak bersabar la. Ya, memang biasanya ada juga yang bersembunyi kat belakang wallpaper. Sebaiknya tanggalkan je wallpaper tu, beli/guna spray racun atau simbah dengan air panas je.

      Reply
  14. su

    Baru jer kena. Semalam tidur dkt rmh mak😭😭. Xsangka tilam ada pepijat. Gatalnya mmg xleh tahan.

    Reply
  15. Zulhulaifah

    Cer ckp elok2 dgn pijat tu…wahai pijat yg budiman.kluarlh dari rumah aku ni..pergilh dari sini..cukuplh aku tumpgkn kau selama ni..dia pun makhluk Allah..insyaAllah dia dengar sbb ni pun pengalaman kakak aku

    Reply
  16. Farrah yesmin

    Dari pengalaman saya mmg pijat ni gatal & lepas gigit akan meninggalkan kesan hitam.
    Hodoh sangat parut kat tangan & badan.
    Saya menyarankan pads siapa yg mengalami masalah ini… Cuba Cari daun durian belanja letak je bersepah kat tepi dinding @ atas tilam dlm almari tu sampai kering pun xpe..@ boleh juga guna cologne spray yg murah2 tu contoh pucelle… Xsampai rm6 1botol.so spray merata tempat yg menjadi persinggahan pijat tu ye inshaallah… Akan habis semua keturunan die

    Reply
  17. hakim

    saya cadangkan langkah pertama spray dgn baygon hijau di setiap penjuru / lipatan jahitan tilam.. lepas tu guna vakum untuk sedut segala telur dan pepijat yang ada pada tilam.. insya’allah masalah tu x kan berulang.. cara yg saya buat stakat ni.

    Reply
  18. Nana malia

    Akak every year kena serang dgn menatang ni.. tido dok lena.. mata bukan mcm mata panda dah.. jd mata naga sakti sbb x cukup tido. Parut plak byk sbb garu tempat gatal tu sampai luka. Bulan 3 baru2 ni akak buang tilam akak. Ada hamba Allah amik tilam tu dan dengan bangganya bgtau xde gatal2 pun.. ni baru sebulan beli tilam lain. Takkan nak bagi kat org lain gak kot.. bru semlm mandi pakai sabun daun gelenggang. Sepatutnya bau busuk sbb menatang ni x suka bau busuk. Tp skang sabun daun gelenggang ni kilang wat wangi lak.. huhuu..
    Cadar dan baju kain akak basuh dgn sabun top yg ada anti dust mites. Td dah sembur baygon hijau tu kat celah2 dinding dan atas bed cover.. tilam x sembur lg dgn harapan menatang tu tak jejak kaki atas tilam lg.. bertabahlahh… malam ni nak vakum.. esk nak beli spray lavender.. hehee…
    Sebelum ni dah spray mcm2 jenis spray..
    tq utk semua tips wpun akak dah wat semer tu sebelum ni… wassalamm

    Reply
  19. Farah

    Sy tengah kene gatal2 sebab benda alah ni lah. Tak tahan sangat tu pasal google2 pasal ni. Bilik sendiri and bilik dekat U dah ok dah. Tp kene benda ni sebab naik bas ekspress masa nk balik kg. Camne nak basmi pepijat dlm bas ekspress, bas tu bukan kita punya. Kalau ikutkan hati nak bawak spray tu tiap kali naik bas, tp nnt over pulak😫

    Reply
  20. Iez

    Salam. Same case. Siap jumpa doktor, hari pertama bgi pil alahan. Hari ketiga injection.. Hari kelima dok bgi steroid.. Last jumpa pakar ckp.. Bedbug.. Ternganga mulut. Balik rumah check memang betul… Pepijat nyer pasal.. Masalhnya kpala dok tingtong waktu kene steroid.. Hahaha

    Reply
  21. Sira

    Gunakan bunga taik ayam lagi cepat . Tapi buat air die sembur setiap sudut .. dan kalau bole bile spray tu pakai mask and jgn terkena mata ye . Takut buta . Racun ni . Dah kalau bole nak spray tu jgn ade org pun pat rumah . Tdo la pat hotel ke ape ke ..yg penting rumah kosong . Hari2 spray untuk masa 2 minggu . In shaa allah semua mati

    Reply
  22. Afiq

    First badan gatal2..aku ingat salah mkn ke ape..mmb gtau suruh check tilam..skali selak..makkaiii seramm wei..bsepah da mmbiak..selama ni aku tdo dgn dorg…nk google pn takut td nk pastikan ni btol2 pepijat..nak tdo mana ni😭😭😭

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *