Panduan Affiliate – Mind set sebagai usahawan internet / Pemasar online

By | April 25, 2012

Baru-baru nih, kecoh satu kampung heboh dengan seminar affiliate yang diadakan di Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai Johor. Seminar ini dianjurkan serta disampaikan oleh saudara Rahman Basri sendiri selaku pihak penganjur dan pengacara.

Ya, aku tau. Memang rugi tak pergi, tapi nak wat macamana, Bajet 2012 aku – (Rm0).  Tu ok lagi, seminar tu dibuat di Johor. Pergghh! Kalau ada pintu ke mana saja (versi doraemon), memang aku on je. Ekekeke. Dah, cukup2lah. Baik aku sambung topik pasal “mind set” ni.

*Kalau internet korang “superb”, tengok dahulu video ni.

Bagi yang tak dapat nak tengok, takpe aku akan terangkan tentang mind set yang disampaikan di dalam video tu. “Mind set” merujuk tetapan minda. Walau apapun pekerjaan korang, tetapan minda amat penting bagi mendapatkan hasil kualiti & kepuasan kerja yang maksimum tanpa mengira susah atau senang pekerjaan tersebut.

Sebagai seorang usahawan internet atau juga dikenali sebagai (pemasar internet/internet marketer), korang perlu pupuk “mind set” nih kalau nak hasil yang menggoda mengancam.

 

1. Matlamat utama untuk membantu orang lain selesaikan masalah yang diorang hadapi (Panduan Affiliate)

– Macam contoh yang saudara Rahman Basri sendiri kongsikan, mengenai 2 orang yang mempunyai masalah gendut kegemukan dan sedang mencari jalan penyelesaian untuk menguruskan badan. Maka, kita sebagai usahawan internet mestilah berfikir untuk menyelesaikan masalah diorang dengan cara menyarankan produk2 tertentu (beserta link affiliate) yang mana insyaallah boleh menyelesaikan masalah kegemukan yang dihadapi.

– Kenapa cara pemikiran sebegini penting? Andai kata, korang dah sibuk promosikan suatu produk kat orang yang bermasalah ni tapi diorang masih tak nak beli. Korang takkan rasa tertekan sebab matlamat utama bukannya untuk mendapatkan keuntungan/wang semata2. Berbeza kalau orang yang mempunyai tetapan minda utama untuk mendapatkan keuntungan. Letih2 menaip itu ini, bagi penerangan, siap bagi bonus lagi tapi akhirnya diorang tak nak beli. *Memang Frust  + bengang la*

– Cara pemikiran positif (+ve) ni yang akan membuatkan korang takkan mudah patah semangat & meneruskan usaha mempromosikan produk2 affiliate dan membentuk peribadi yang mulia iaitu suatu sikap suka menolong orang lain. Bahkan, sikap ini diperlukan agar kerja yang korang lakukan berkualiti & inilah salah satu faktor kejayaan usahawan terdahulu.

2. Dapatkan Mentor + Ilmu + Bertindak! (Panduan Affiliate)

– Mentor / Guru / orang yang boleh mengajar atau membimbing korang dalam sesuatu pekerjaan. Fungsi pembimbing ini tak lain tak bukan supaya setiap apa yang korang lakukan adalah berdasarkan kaedah yang betul, bukannya “Try & Error” yang mana mungkin menyebabkan korang kerugian masa, tenaga & wang. Tapi agak2 la, kalau nak belajar matematik misalnya, jangan cari guru yang ajar sains. Tak ke bengong tu?-.-”

– Ilmu pula korang kena la cari. Takde satu pekerjaan yang boleh dilakukan tanpa ada ilmu. Contoh, nak buat kek. Kalau korang tak tau caranya, korang rasa menjadi tak kek lapis tu? Agak2 la. Hehehe. Ilmu boleh dicari di mana2, tapi bagi usahawan internet, banyak pilihan seperti menghadiri seminar, beli panduan (ebook,video,mp3) atau baca blog2 berkaitan dengan ilmu yang ingin dikuasai.

– Bertindak! Hahaha. Bila nak cakap pasal bertindak ni, aku dengan bangganya tanpa segan silu mengatakan aku bukannya orang yang mudah bertindak (take action). Ni bukan aku sorang je yang alami, entah berapa puluh, ratu, ribu, juta orang lain yang hadapi masalah yang sama. Apapun, nak bertindak ni pastikan korang dah ada mentor + ilmu untuk memudahkan korang.

Masalah susah nak “take action” ni berpunca dari tiada keyakinan yang tinggi, atau tiada pendorong untuk korang nak mulakan langkah pertama. Lagi2 macam aku sendiri, selalu je orang sekeliling bagi komen, pandangan -ve je memanjang bila aku nak buat sesuatu perkara. Jadi, saranan aku, kalau korang nak bertindak tapi masih tak juga “take action”, ingat  ayat ni:

“Korang takkan sampai ke suatu destinasi (tempat yang ingin dituju/dicapai) kalau tak bergerak (memulakan langkah korang), jangan tunggu lagi. Gerak je, jika ada halangan, fikirkan pula cara atasinya & teruskan bergerak sehingga sampai ke destinasi” – saharol ;p

Aku bagi satu contoh mudah, andaikan korang nak masuk ke rumah. Korang dah tinggal beberapa langkah lagi untuk sampai betul2 di depan pintu rumah korang. Andaikata korang x bergerak, bila nak sampai? Hehe..

3. Fokus & Konsisten di dalam melakukan pemasaran (Panduan affiliate)

– Fokus merujuk anda hanya memberi tumpuan kepada 1 pekerjaan/tindakan sahaja sebagai contoh pemasaran produk A, dan konsisten merujuk suatu pekerjaan / tindakan yang dilakukan secara berterusan. Jangan promosi 1-2 hari, lepas tu senyap je. Takde khabar berita lepas tu.-.-”

 

P/s: Di dalam video di atas turut dikongsikan 1 “Formula 3P”. Lain kali kot baru aku terangkan kat korang. Harap2 apa yang aku taip berjam2 nih memberi manfaat kepada korang yang masih tertonggeng-tongeng terkial-kial nak menjana pendapatan dari program affiliate termasuk aku sekali.-.-”

Yang sengal menaip,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *