Jawatan kosong Jun 2013- Kurier Tetap/Sambilan Poslaju Kuching Sarawak

By | June 24, 2013

poslajunationalcourier-jawatankosong-jun2013

Tadi sewaktu aku baru sampai di pejabat, aku terpandang sekeping kertas yang of course… Iklan jawatan kosong poslaju kuching yang sedang dipegang oleh senior aku. Dan yang tak bestnya, benda tu baru je dia dapat tapi bila aku tengok tarikh tutup permohonan ialah pada : 29 jun 2013

Aduyai! 4-5 hari dari sekarang. Tapi, disebabkan ada yang request kalau ada kekosongan macam ni jangan lupa informkan, jadi aku kongsikan je la kat sini. Aku harap korang cubalah nasib, kot2 dapat. Aku salin bulat-bulat je apa yang ditulis dalam iklan tersebut.  Aku rajin orangnya *apa aku merepek nih*

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan berikut:

Jawatan : KURIER – Tetap/Sambilan

Gred       : NP1

Penempatan : Supply Chain Solutions Kuching

Syarat-syarat / Kelayakan:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus SRP atau PMR (lulus bahasa Malaysia) dan
  3. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf setaraf dengannya.
  4. Sanggup bekerja mengikut shif.
  5. Mempunyai lesen memandu kelas B2 dan D& GDL (Lesen “P” percubaan tidak diterima)
  6. Sihat tubuh badan.
  7. Tidak mempunyai rekod jenayah.
  8. Umur antara 18-30 tahun pada tarikh tutup iklan.
  9. Keutamaan kepada calon yang mempunyai lesen memandu kelas E.

Cara – cara memohon:

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan melampirkan butir-butir lengkap peribadi termasuk salinan sijil – sijil persekolahan dan kelayakan serta sekeping gambar ukuran pasport (tidak dikembalikan) dan dihantar melalui perkhidmatan POSLAJU KURIER NASIONAL kepada:

Pengurus Cawangan
Supply Chain Solutions Kuching
Lot 619, Blok 16 KCLD
Jalan Song, 93250 Kuching.
E-mail : poslajukchg@poslaju.com.my

P/s: Hanya calon – calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tiada jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal. Pihak Communication & Distribution Solution tidak akan menanggung perbelanjaan untuk menghadiri temuduga ini.

Yang benar,

Admin

2 thoughts on “Jawatan kosong Jun 2013- Kurier Tetap/Sambilan Poslaju Kuching Sarawak

Leave a Reply to muhammad shakir bin abdullah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *