Soalan yang memerlukan jawapan… [versi jiwang + lawak]

By | June 6, 2013

Jiwang-Giler1-lawaksiot-gambar

A. Sekali-sekala layan jiwang yang berkarat, bayangkan korang dalam satu situasi. Korang ialah si A, dan si dia ialah si B. Suatu hari, korang dua bertemu dan berkenalan antara satu sama lain lalu dua2 suka sama suka. Tetapi sememangnya ditakdirkan, korang berdua dipisahkan oleh jarak atas sebab2 tertentu.

Suatu hari, korang iaitu si A bertemu dengan si B lalu si B mengatakan rindunya dia dengan korang dan dia pun bagitau dia ada orang lain. Kononnya sebagai pengubat rindu dan atas sebab korang berjauhan.  Apa yang korang rasakan jika dalam situasi si A?

  1. Rasa diperbodohkan?
  2. Tiada perasaan. Lantak dia la. Ada aku kisah?
  3. Rasa sedih/kecewa?
  4. Rasa sedih/kecewa dan seperti diri ini tiada bermakna buat si B?
  5. Lain-lain .Sila nyatakan.

Kalau aku no.4 aku pilih. Ceh, jiwang siot. Hahaha

B. Bayangkan pula korang berada dalam satu situasi yang lain. Si A macam biasa la, korang la tu. Dan si B pula si dia. Korang berkenalan cukup lama, dan saling suka sama suka. Tak lama kemudian, si B menyatakan yang dia ingin memutuskan hubungan dengan korang atas sebab orang ke-3. Apa yang korang rasa?

  1. Tiada rasa apa2. Ok, mungkin rasa oren.
  2. Rasa kecewa bangat.
  3. Rasa marah yang amat.
  4. Rasa diperbodohkan, kecewa dll.
  5. Lain-lain.. Sila nyatakan.

Kalau aku pun no.4 .Hahaha. Suka hati aku la. ;D

C. Bayangkan korang dalam keadaan yang mengantuk tulis artikel macam nih? Apa yang korang rasa?

Kalau aku, rasa mengantuklah. Hahaha

P/s: Sekadar gurauan di malam hari. Esok nak kerja lagi. Rilek2 dulu. ;D

Yang benar,
Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *