APA ITU NON CLAIM DISCOUNT (NCD) / NON CLAIM BONUS (NCB)?

By | October 8, 2018

Sedikit perkongsian mengenai apa itu ncd / ncb bagi yang ingin mempelajari insuran kenderaan. Artikel kali ini diambil dari www.fiqriezack.com – Penyedia perkhidmatan renew insuran & roadtax secara online (Online – Mudah – Cepat)

Assalamualaikum pelanggan yang dihormati. Hari ini pihak kami fiqriezack ingin berkongsi informasi mengenai APA ITU NCD / NCB ? Selalu dengar perkataan ini disebut bukan? Tapi tahukah anda maksud disebalik perkataan ini dan peranannya dalam menentukan harga premium insuran kenderaan anda?

NCD / NCB merujuk kepada perkara yang sama, iaitu kadar diskaun yang diberikan kepada pemilik kenderaan jika tiada sebarang tuntutan dibuat dalam tempoh 12 bulan (setahun). Kadarnya meningkat setiap tahun dan mempunyai kadar maksimum yang berbeza. Rujuk gambar rajah di bawah untuk pemahaman yang lebih lanjut.

apaitu-nonclaimdiscountbonus-ncdncb

gambar rujukan dari : ibandingdotcom

P/s: Private merujuk kepada kenderaan persendirian (motokar).

NCD / NCB akan berkurangan / hilang jika berlaku sebarang tuntutan dan sekiranya tahun seterusnya (dalam tempoh kiraan setahun) tiada pembaharuan insuran dilakukan, dan ianya boleh dipindahkan kepada kenderaan lain (biasanya kenderaan baru) namun mestilah mengikut jenis. Contohnya; NCD motosikal A hanya boleh dipindahkan ke motosikal lain (B), dan tidak boleh dipindahkan ke kereta / motokar (C) dan sebaliknya.

Sangat mudah untuk difahami bukan? 🙂

Link artikel ini diambil : http://www.fiqriezack.com/blog/apa-itu-non-claim-discount-ncd-non-claim-bonus-ncb/

Ada beberapa perkara lain yang anda juga perlu tahu;

NCD / NCB hanya boleh dipindahkan ke kenderaan lain yang dimiliki oleh orang yang sama. Ianya tidak boleh dipindahmilik kepada orang lain walaupun keluarga sendiri. Dan bukan itu sahaja, ncd / ncb kenderaan yang telah dijual dan tidak digunapakai boleh dituntut dalam bentuk tunai. Hanya pemilik asal boleh membuat tuntutan tersebut di syarikat insuran yang digunakan.

Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *