Kisah benar – 5 Situasi yang buat aku geram bila bercakap dengan orang!

By | May 14, 2012

 

Aku rasa, masing2 ada cerita tersendiri selama hidup di dunia yang entah apa2 ni. Banyak juga pengalaman bodoh, sedih, gembira tak terkata rasa nak ketawa sambil berguling2 terjadi tapi kali ni aku nak cerita pengalaman aku yang boleh tahan sardin sadisnya. Tak tahulah nak cakap apa lagi, korang bacalah sendiri…

Situasi 1 – Cerita ni terjadi di TCS College (-ve thinking)

Aku bila bercakap dengan perempuan, biasa aku tengok dulu siapa orang tu, kemudian tundukkan kepala atau pandang tempat lain bila bercakap. Maaf,  ni la adab bagi seorang lelaki bila bercakap dengan perempuan bukan Mahram yang diajarkan dalam Islam. Mungkin ada yang tak tahu.

Tapi, tak apalah. Ada masanya bila aku bercakap dengan kaum Hawa ni, aku akan bertentang mata supaya dia tahu aku memberi perhatian terhadap apa yang dia bebelkan, ni pula tujuannya untuk mengelak orang sakit hati, salah faham (Dia ingat kita tak pedulikan apa yang dikatakannya).

Pernah dah terjadi sebelum ni orang yang bertanya ingat aku ni tak pedulikan apa yang ditanyakan, terus merajuk ss = syok sendiri. Tapi, ada sekali tu, lain pulak jadinya.

Aku pun tak tahu macamana cara diorang ni berfikir. Waktu tu, kitorang keluar dari kelas, aku dan dua lagi kawan perempuan. Kitorang ni ada masalah yang sama iaitu “clash class” atau dalam bahasa mudahnya kelas yang berlainan diadakan tapi pada hari & waktu yang sama.

Contohnya, Kelas melukis jam 2 petang/isnin, Kelas musik pun jam 2petang/isnin. Dua2 kelas ni wajib dihadiri. Tapi, ye la. Aku bukannya macam Naruto ada teknik pembahagi bayang.

Grrr! Masa tu kepala aku dah cukup pening dah. Sebab tiap2 sem, memang masalah yang sama. Aku dah naik bosan urus pasal “clash class” ni.  Tengah kitorang borak2 ni, anggap je si A (kawan perempuan yang tengah bercakap dengan aku), tiba2 si B (salah seorang dari kawan perempuan yang keluar dari kelas tadi) ni menyampuk ,,Ehemm… dia kata.

Lepas tu siap bagi “isyarat guna tangan dia”.  Si A ni gelabah semacam bila si B ni membagi isyarat tangan tu, aku pula bingung2 tengok diorang dua. Apahal ni* kata aku dalam hati.

Dalam 10 saat macam tu kot, baru aku rasa aku dapat tangkap apa maksudnya! Argghh! Aku rasa, mengikut pemahaman aku sendiri si B tu sangka aku ni tengah tengok B***B si A. Tu yang dia bagi isyarat supaya si A menutup bahagian butang baju di lehernya. Warrgghh!.

Waktu tu, aku rasa nak marah ada, rasa bengang pun ada. Kemudian, aku tak ingat sangat apa jadi, kitorang blah ikut arah masing2.  Bila aku fikirkan, aku rasa aku tahu apa penyebab si B fikir macam tu.

Untuk pengetahuan korang, Aku lagi tinggi dari si A, Si A lak lagi tinggi dari Si B. Korang fikir la macamana cara orang yang lagi tinggi bila bercakap dengan orang yang lagi rendah dari dia dan sebaliknya. Aku yang lagi tinggi, tak la setinggi gunung Kinabalu tu memang la akan mendongak kebawah bila bertentang mata. *Bila mata dah bertentang mata~tiba2 teringat lagu yang dinyanyikan Mat Kilau. Arghh, apa yang aku merepek ni!!

Sambung cerita balik, si A ngan si B pula memang la kena mendongak ke atas bila nak bertentang mata dengan aku. Korang faham tak situasi ni? Pandangan orang rendah & tinggi tak sama. Lagi2 waktu tu posisi si B memang kira macam pengadil di tepi si A, memandang tepat ke muka aku. Dan aku rasa itu yang difikirkannya. Agak2 la weiii!! -.-“

P/s: Kisah ni terlalu kontroversi, jadi terpulang kepada korang nak fikir apa. Aku cuma cerita je. Kalau korang jenis -ve thinking nyer orang, lantak korang la. Pelik2 cara orang berfikir ni, lain kali aku pakai kaca mata hitam waktu bercakap dengan perempuan, baru selamat kot dari tanggapan yang pelik2 macam ni. Amacam? bagus tak idea aku? Hehe

Situasi 2 – Yang ni selalu terjadi baik kat rumah, sekolah, dll

Pernah juga ada yang bertanya soalan kat aku, itu ini..bla.bla.bla. Boleh tahanlah soalan dia tu, sampaikan aku satu pun tak faham. Jadi, aku suruh dia ulang balik soalan tu. Terus dia marah dan kata, ishh! Ko ni pekak ke? Buang masa je aku cakap dengan ko dari tadi* dia pun terus pergi macam tu je. Aku lak? Arrrgghhh! Orang tanya bagus2, dia marah kita lak? Sudahlah soalan sendiri yang berbelit, kita pulak yang dimarahnya bila tak faham. -.-“

Situasi 3 – Yang ni pun selalu terjadi

Dia tanya aku soalan, bla..bla..bla..bla.. Apa pendapat ko? Belum sempat aku nak jawab, dia pun kata.. Ah, macam ni je la.. bla.bla.bla.. Lepas tu pergi macam tu saja. Aku lak, -.-” binggung.. Apa punya orang la, dia tanya soalan dia sendiri jawab. Tak payah tanya la kalau macam tu.. Huhu

Situasi 4 –  Cakap separuh jalan

Pernah juga ada yang panggil aku nak tanya sesuatu. Dah tu aku tanya, kenapa? Dia pun mula bercerita .bla.bla.bla.bla.bla. Baru separuh jalan dia cerita, terus dia kata: Err, takpe la.. Lupakan saja * Sambil dengan selamba rock blah.. Yang aku ni lak? Apa ni? Buang masa je aku dengar cerita ko, lepas tu suruh aku lupakan je. Ko ingat ko sultan ke nak arah aku itu, ini? -.-“

Situasi 5 – Belum apa2 dah cakap takde apa2

Yang ni paling selalu terjadi, walaupun kadang2 aku sendiri pun buat gak. Tapi geram giler la bila orang buat kat aku. Dia panggil aku, dengan muka macam ada 1001 persoalan. Lepas tu bila aku dah menjawab, kenapa? Terus dia kata sambil blah: “Takde pape..” Oii!!! Kalau takde pape, kenapa ko panggil aku?Arggghh!! *Nasib aku tak boleh tukar jadi HULK, kalau tidak  naya ko!

Yang geram,

Admin

 

One thought on “Kisah benar – 5 Situasi yang buat aku geram bila bercakap dengan orang!

Leave a Reply to AZRUL AZMI Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *