Belajar blog – Apa itu blog?

By | May 16, 2012

Macam2 definisi blog yang aku baca baik di blog2, ebook dll. Pening kepala tu biasalah, kadang2 tu maklumat yang dikongsikan sama sahaja cuma dengan gaya penyampaian yang berbeza. Sebab itu kot aku mudah konfius.-.-”

Apa itu blog :

apa-itu-blog-belajarblog

  1. Singkatan dari perkataan Weblog.
  2. Dulu juga dikenali sebagai jurnal atau diari online yang lebih fokus kepada berkongsi pendapat peribadi, pengalaman & pengetahuan dalam sesuatu bidang. Tapi, sekarang orang lebih fokus kepada blogging sebagai suatu pekerjaan yang boleh mendatangkan pendapatan secara konsisten & atau sampingan.
  3. Blog sekarang mudah untuk dibuat & diurus sebab penyedia blog seperti wordpress, blogger.com telah dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang lebih kurang macam Microsoft Word. Jadi, memang senang la nak guna. Tak macam dulu, semuanya kena main kod2 html. Kalau aku boleh pengsan kot kalau bermain dengan html ni. Sampai sekarang tak lepas lagi belajar html ni. -.-“

Sejarah blog?

Menurut pembacaan aku, pada tahun 1990 blog mula digunapakai tetapi ianya seperti forum. Tahun 2001-2004, makin ramai yang menggunakan blog tetapi lebih kepada untuk tujuan politik tetapi lama kelamaan blog digunakan untuk menyampaikan maklumat & berita. Sekarang? Macam yang aku bagitau kat atas, blog dijadikan sebagai tempat untuk menjana pendapatan samada menjual produk, menjadi orang tengah (agen / ahli affiliate) dll.

Jenis blog?

Setahu aku ada 3 jenis blog yang lain selain berbentuk teks semata2 diwujudkan berdasarkan fungsi iaitu:

  1. Vlog (Video blog) – Blog yang berunsurkan video.
  2. Podcasting (Audio blog) – Blog yang berunsurkan rakaman bunyi seperti mp3,dll.
  3. Photoblog(Photograph) – Blog berunsurkan timbunan gambar.

Blog pun ada kategorinya tersendiri, antaranya:

  1. Blog peribadi (Personal blog) – Blog yang tiada fokus menceritakan tentang sesuatu perkara & kebanyakkannya lebih kepada pandangan, kisah peribadi penulis blog.
  2. Blog perniagaan (Business blog) – Blog ini fokus kepada mencari pelanggan untuk menjual barang atau perkhidmatan secara online.
  3. Blog Informasi (Content blog) – Blog yang lebih kepada menyampaikan informasi tertentu bertujuan untuk mendapatkan pendapatan melalui program affiliate seperti adsense, dll.

P/s: Nanti aku cerita lagi pasal apa itu blog secara lebih terperinci.

Yang malas menaip,

sah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *