Apa itu ulser mulut? (Punca, kesan dan kaedah rawatan terbaik)

By | January 4, 2014


Hari ni aku nak kongsi mengenai apa itu ulser mulut pasal aku kena lagi natang nih. Pedih betul, masa kerja nak cakap dengan kawan & pelanggan pun terpaksa menahan sakit.  Kawan aku pun dajal gak, dah tahu aku ada ulser mulut, lagi nak buat aku gelak. Gelak gak aku dibuatnya sambil terpaksa menahan pedih.  Nampak tak? Nampak tak? Kekejaman berlaku di situ. Anyway…

apa-itu-ulcer-mulut-punca-dan-cara-mengubati-menghilangkan

Berbalik kepada cerita asal, ulser mulut ialah sebarang jenis ulser yang terjadi di dalam rongga mulut. Salah satu ulser tersebut dikenali sebagai ulser afta iaitu luka yang berbentuk tompokan putih, kemerah-merahan, ada gak macam warna nanah kot. Selalunya terjadi berulang kali samada sebiji, dua atau lebih. Dan semestinya bukan sup bunjut adabi!. Semestinya menyakitkan. Hmmmm.  Tuhan lebih memahami..

Dan menurut pembacaan aku, kesakitan dari sakit ulser ni akan berkurangan selepas 3-4 hari tetapi mengambil masa 7-14 hari untuk sembuh sepenuhnya dan juga biasanya bila ia sudah sembuh, takde meninggalkan parut. Ia hilang begitu saja. Macam chipsmore. Kejap ada, kejap takde.

P/s: Ulser afta pun ada nama timangan iaitu mata ikan dan kudis mulut. Korang ader?

Antara punca penyebab berlakunya ulser mulut ni cukup banyak:

  1. Kecederaan akibat terkena / tergigit benda tajam.
  2. Kekurangan kasih sayang zat besi, asid folik dan vitamin B12.
  3. Mempunyai alahan.
  4. Jangkitan kulat, virus dan bakteria.
  5. Kesan daripada radioterapi dan kimioterapi.
  6. Suka berak tak basuh? Aik? Ok, yang ini tiada kaitan. =.=”
  7. Sebab-sebab lain yang tidak diketahui. Tapi biasanya orang akan kaitkan pasal kurang minum air suam. Lepas tu dok membebel, menyalahkan kita “tu la ko, kurang minum air suam”. Tak pun “sape suruh ko kurang minum air suam, kan dah kena. Apa la”.

Kesan buruk dari mendapat ulser mulut ni pun banyak:

  1. Kesakitan apabila nak bercakap, gelak, senyum, masa nak berus gigi, berkumur, makan dan minum. Rasa nak tumbuk orang je takpun rasa nak marah je semua orang walaupun takde dosa seketul pun kat korang.
  2. Hilang selera makan dan minum.
  3. Panas badan macam nak demam. Ni terjadi kat aku sekarang nih *sewaktu artikel ni ditaip*.
  4. Dehidrasi (badan korang akan kekurangan air, di mana rasa haus giler dan bila minum air pun rasa macam tak minum je). Benda nih pun terjadi kat aku.
  5. Sakit tekak (rasa macam luka je kat dalam tekak tu hah).
  6. Bila dah kena dehidrasi, bibir merekah dan luka macam kena hiris guna pisau.

Mungkin sebahagian daripada kesannya agak berbeza atau korang tak alami, bersyukurlah kalau tak kena banyak sangat kesan buruk. Jadi, macamana pulak nak hilangkan atau mengubati ulser mulut nih? Baik, ada macam-macam jutsu / jurus yang korang boleh gunakan. Pertama, garam. Yang ini petua orang-orang tua, samada letakkan sisa garam kat tompokan ulser ataupun berkumur dengan air garam. Kalau korang jenis yang tak tahan sakit, atau manja sangat. Ada cara yang lebih baik menggunakan garam nih.

Cara nih memang sedap + pedih. Walaupun pedih tapi sedap. Hehehe. Iaitu memakan jagung yang biasa orang jual kat pasar tu, tapi pastikan korang minta tambahan garam lebih ke dalam jagung tu. Teknik nih kawan aku yang ajar. Paling sesuai untuk memujuk budak kecil atau awek korang yang manja. Hahaha.

*Dari pengalaman aku, garam berfungsi membuatkan bahagian mulut yang terkena ulser tu kebas, kesannya rasa sakit hilang atau berkurangan*

apa-itu-ulser-mulut-cara-merawat-puncaulser

Kedua, sapu ubat. Ubat apa? Bukan ubat batuk cap ibu dan anak. Tapi ubat bernama bonjela. Sejenis gel kalau tak silap. Ada lagi cara lain, guna ubat gigi oral-B, minum air barli. Hehe. Entah, ni menurut pembacaan aku je. Dan yang paling best, makan aiskrim. Kejap lagi aku nak cuba. Mudah-mudahan kalau tak sembuh terus, kurangkan sakit pun jadi la. Ada sesiapa nak join? ;D

Pesanan terakhir aku, kalau tak nak dapat ulser mulut ni, pastikan korang jaga kebersihan mulut tu. Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali iaitu sewaktu bangun dari tidur awal pagi dan sebelum tidur waktu malam. Berkumur-kumur setiap kali lepas makan atau bila rasa malas nak berus gigi. Jangan minum banyak sangat minuman berkarbonat seperti cola sebab ianya berasid, boleh menyebabkan luka dalaman. Hehe.. Nasihat orang, tapi sendiri selalu minum.. Terbaik. ;D

P/S: Dan satu lagi tip yang paling terkini ialah hentikan / kurangkan buat sementara waktu apa-apa sahaja pekerjaan yang korang lakukan yang mana menyebabkan badan korang cepat terasa panas, berpeluh.. – 01 / 03 /2016

Dapatkan ubat untuk ulser mulut seperti bonjela dengan cara mengklik banner di atas..

Rujukan :

  1. http://www.myhealth.gov.my/index.php/pergigian/masalah-pergigian/ulser-mulut
  2. Korang cari je kat google, melambak. Betul. Percayalah cakap beta.

Yang benar,

Admin

110 thoughts on “Apa itu ulser mulut? (Punca, kesan dan kaedah rawatan terbaik)

  1. saharol Post author

    Terlupa lak, sebaiknya jumpa doktor untuk buat Medical Check up dan ambil ubat. Hari ni sickleave, ambil ubat. Harap2 la lepas ni cepat-cepat sembuh. ;D

    P/s: Dan doktor pun cakap benda yang sama bila ditanya apa penyebab ulser mulut ni, menurutnya badan panas sebab kurang minum air suam.. Dan galakkan aku minum / makan “yogurt” atau buah-buahan. Kena khutbah hari selasa sekejap. Hehehe

    Reply
    1. elieda

      mcm mana nak hilang kan ni kena kat bawah lidah sakit gila..dh ke gigi rsa sakit..

      Reply
    2. Kai

      First time kena ulser ni, tengok blog ni petua letak garam. Tak tahu pedih nya macam mana yg korang gambarkan. At last dengan semangat nya aku letak garam kelepuk!! Dan kini ku menyesal.. Pedih nya rabbi… T^T.. Semoga kita cepat sembuh daripada ulser syaiton nii..

      Reply
      1. Nurul

        Sy ni bnyk kli kene, sy sndri x tau tu nma ny ape?? n then wktu aq kene kawan awq gewlakk sakaii guila

        Reply
    3. Aku

      Gi klinik mntak ubat sapu nama ubat tu ORALMEDIC, lepas sapu 5saat trus hilang sakit,tryla

      Reply
    4. Hinata

      Bila bngun tdo ppi rasa mcm bengkak je. Mulut rasa tak boleh bukk langsung, bila bukk nak berus ggi perghhhhhhhhhhh

      Reply
  2. Syahirah Dzulkarnain

    Sya pon penghidap ulser mulut boleh kata setiap bulan kena ulser . Kalau dalam bulan tu mata ikan tak datang mesti tertanya tanya kenapa takde mata ikan. Tapi bagi saya , minum air masak masa terkena mata ikan tu sangat sakit rasa macam dibom mulutnya . Ambil masa 2 minggu baru hilang. Saya selalu makan makanan yang pedas untuk mempercepatkan mata ikan tu baik . Kadang kadang masa kena mata ikan tu gosok gigi masa bangun tidur dengan sebelum tidur je sebab sakitnya nak bukak mulut tu pehhhhh azabbb.

    Reply
  3. Anastacia

    Ma kasi sgt atas info2…sya pun sllu kena ..tpi time kena minum air suam byk (terasa air tu pnas) …

    Reply
  4. Suria sofhia

    Anak den pon Kene jgk.. Sian lak aih.. Bru umo 5thn.. Ad org ate Sapu majerin.. Tp dy takna pulak.. Nak mkn mnm sume payah.. So t try la bg mkn eskem.. Mnx2 smbuh lah.. Mekasih 4 de in4 🙂

    Reply
    1. saharol Post author

      @Suria sofhia, sama2. semoga anak Suria cepat sembuh. sebab pedih sesangat tu. >_<"

      Reply
  5. Syasya

    Sama ! bila kena ulser mesti haus tak tentu pasal . Dah la tengah final exam . setiap saat minum air , tak sempat rehat lagipun dah habis air , huhhhh ! haha , apepun thanks for the info . 🙂

    Reply
  6. hasliza

    dh gosok gigi pn masih kene…jgn slhkn x sbb x gosok gigi tau…hahaha…pe2 pn best jgk entri nih…sy duk tgh sakit ulser jgk nih….rasa kurang skit…sbb lawak sgt entri nih….nti bg petua lain2 lak yer…huhuhu

    Reply
  7. faina

    thanks utk petua.. sekarang ni tengah kena ulser kt at pipi.. Allah.. sakitnya masa nak makan jgn ckp laa.. paling tak leh lupa masa aku terbersin.. cuba korang try bersin tanpa buka mulut..

    Reply
    1. saharol Post author

      @faina, bersin tanpa buka mulut? Membayangkan je dah terseksa jiwa raga! Haha. ;D

      P/S: Tapi ayat “cuba korang try” tu memang tak boleh blah. Hehe

      Reply
  8. ajih

    Paling pedih skali bile kene dkat lidah , perhhhh, sakit hanya Allah yg tahu, ikut pengalaam ak, kene dkat lidah paling sakit tp cepat sembuh, berbanding kene dkat bibir or gusi,

    Reply
  9. Ifah ahmad

    Sy stuju sgt yg time nk ckap gelak..gosok gigi..rse mcm nk tmbuk org je..bia org tu xde dosa seketul…huhuhu….tp sy pn slh sorg psakit ulser…wlpn dh minum air suam terlebih stiap hri…btw tq for sharing

    Reply
  10. ummi

    Terbaik dari segi entry dan cara penyampaian..
    Ni pun tgh kena mata ikan la ni..tu yg google terjuma lak entry yg sempoi ni..

    Reply
  11. hanna

    tq utk perkongsian ini… skrg tgh menderita kena ulser kat bibir pipi dan paling sakit kt lidah! hahahaha adoii sakitnya bukan main.. skrg ni dah 4 hari letak bonjela x sembuh2 lagi.. lps ni nk try marjerin pulak.. hrp2 sembuh scpt mungkin. xtahan makanan mak masak sedapppp!!! TT.TT

    Reply
  12. are deck

    huhu.. melihat kepada komen sue pada 13/ 8/2014 tu.. tiba2 aku tau bukan hanya aku sorg penuntut tetap mata ikan ni(pestaim tau nama mata ikan ni).. Dan tq kepada admin.. Info sangat berguna kepada org yg tgh mengalami.. Dan saya pun setuju sangat dengan ifah ahmad,.. rasa macam nak tumbuk org even tu xda salah.. hahaha lawak pagi yg nyaman.. Rahsia paling best, admin berjaya membuatkanku kesakitan ketika terpaksa gelak ketika aku tengah kena ulser ni.. TQ T_T

    Reply
  13. nadia

    guna bonjela tu yang paling best and mujarab. Sebab bonjela tu akan buat ulser tu jadi kebas dan x sakit seolah olah macam x kena ulser pun sedangkan ulser tu masih lagi wujud 😀 saya selalu kena ulser tu sbb tergigit bibir bila bercakap. Sekali luka, mesti ia membesar jadi ulser ^^

    Reply
    1. syala

      haha same laa, mungkin gigi terbesar sngat emm atau pun kepoh mmm lebih kurang la an . aduh ya ampun tngh tahan sakit nii uiii

      Reply
  14. toffy

    Aku selalu bila kena ulser ni 1-2 tompok je. Tapi kali ni sampai 7-8 tompok.. Aduhai pedihnya amat sangat, rasanya sebab salah makan kot.

    Reply
  15. Fatin_adilla

    Mak sy dah 4 bulan kena ulser kat lidah . Kdg2 sakit tu mnjalar sampai ke telingan n kepala . Mcm2 da try . Tp tetap x jadi . :'( Ade sesape leh tolong ??

    Reply
  16. liztajul Dzahra

    Mmg sakit agknye bl dh kena ulser nie yer…sorry ler,sya mmg xtau mcm mn rs sakitnye terkena ulser nie..sbb,mmg x pernah kena..tp,ank sll kn..skrg nie pn dia tgh duk menanggung sakitnye ulser..byk plk tu..kt bibir,lelangit n kt tepi pipi..kesian,smlm dh g klinik..doc bg oral 8..tp,nk jg try petua2 nie…tq la..hrp2 cepat sembuh ler…kesian tgknye…. 🙂

    Reply
  17. Ashmanisham..

    Adoi!! Syok jugak bila tau ramai yg senasib..aku pun tengah menderita benda yg sama..bibir..lidah..lelangit pun ada..pedih. Bonjela dgn vit c dah cuba..tapi rasa lambat sangat sembuhnya..

    Reply
  18. nurul

    Petua dr sy sbb skrg tgh ulservaganza. Dah try garam… skrg tgh ala2 diet sbb xdpt nak tln makann. The best cure… sy betul2 gerenti boleh kurangkan sakit
    .. doa n yakin pd Allah yg hanya Allah dpt sembuhkan sakit kita.. tp usaha jgn lupe gak… in sha Allah. Anyways petua2 mmg terbaek…

    Reply
  19. elvin

    tu hari sya letak garam kat ulser di lidah…huuu!!!!!!! terkeluar bahasa bukan2

    Reply
  20. kak long

    Tahun ni aku kena 2 kali ,bln 1 ngan bln ni..tp yg mata ikan ni kalu duk kat celah yg kita nmpk bole la sapu ka @buat pa pun ,ni kat celah2 blkg yg ssh nak capai..sakit nya tuhan saja yg tau ,camna kita duk tggung.lg parah bila rahang atas ngan bwh x leh bkk ,lagi haru.rasa nak tndg pntu bilik tsndas pun ada..tua besar ni pun bole nangis ,toksah ckp budak yg kena.mlm x leh tido ..hish hish hish

    Reply
    1. aa

      Saya pon tengah ulser ni. bayangkan 2 pd bibir bawah, 1 kat celah gusi atas , 1 lagi pd langit kat atas… sakitnya berdenyut sampai ke kepala… mulalah ingat ke aku dh nk mati? adakah ni petanda akan ada penyakit yg lbh bsar? coz tiap2 bln kena. mak sy plak ckp sbb sy suka bercakap kna kurangkan.(mengarut jer tu) tp, ulser ni akan tumbuh bila nk dtg bulan azabnya… tiap2 bln ada ulser. waima kita dah jaga mulut betol2 pon. sy dh jumpa doktor pakar tp tetap xtau nk ckp punca apa.. dia kata hormon sy lah tu.. mmg sy begitu…..sbnrnya bkn xberus gigi punca ulser tp ulser punca x berus gigi dan punca gigi rosak. lps ni nk try mkn ubat pregnant(asid folix, vitamin b compleks dan ada 2 lg xingat). mn tau kot blh bunuh terus ulser.

      Reply
  21. fiera

    eskrem mmg ubat ulser tp perisa vanila je tau..tu je nak share 😉

    Reply
  22. shazmira

    Ulcer be like a chipsmore..uahhhhh,?its hurting me right now..dari banyak cakap terus diam seribu bahasa…asyik nak terajang je org yg buat lawak . . ?

    Reply
  23. maimunirah_89

    sakit ya allah weyyy smpi xleh nk tido nie haaa . nk telan air lior pon ckit pnye seksa . nk tido pon xlena aduh . dh kumur air garam pun stay sama . pipi dh bengkak sebelah dah nie . ulser timbul kt gigi bongsu paling belakanggg skali uishh series tak tahan . rse nk lempang2 jeh pipi nie .

    Reply
  24. Syamsul

    Sakit sgt bile kne ulser kt lidah aku ni, terima kasih bg petua ni.. Dh 3 hari menderite ni Sbb ulser..

    Reply
  25. fyco

    Ak pula firtstme kena ulser dkt dgn tonsil ak. Giler punye sakit dohh. Huhu.. rse cm dh bengkak dh ni leher ak. 🙁 ap2pun nice tips ko.

    Reply
  26. Fatin suhada from 2

    Tq,saya akn Cuba harap2 sembuh laaa hahahah
    Thank for help~:D

    Reply
  27. Bubumalus

    Sy pun.. tgh menderita… ingat kan saya je selalu kena ulcer nih…. rupa2nya ada kawan juga…. dah try macam3… kali ni try garam pernama berair mata…..

    Reply
  28. Kim

    Mulut aku yg berulser nie berusaha menahan gelak sebab baca bende nie…. Lawak bro

    Reply
  29. Hafizi kamal

    Aku pun boleh kata tiap2 bulan kene ulcer. Kalau skali kene tu tk kurang drpd 5 biji. Kadang2 lebih drpd 10 pun ade. Aku baru tau mkn udang tu punca aku kene ulcer.

    Reply
  30. Kykin

    Tu la skg tgh hadapi..lagi parah sebab perut sakit x boleh nak makan le pun..sabar je la..thanks for the sharing..letak garam ni..hahahaha..Ya Allah…saper yg pernah letak pasti faham..

    Reply
  31. ArYanie

    AQ skrg ni kena ulser kat hujung lidah..bad mood aje..sakit satu bdn,kepala,semua r…esok nak cari ubat kumur bactidol ,oralaid@bonjela gel…kasik hapus INI Ulster..AQ rasa kekurangan vitC ni…huhuu

    Reply
  32. fara

    Petua nak kurangkan rasa pedih masa letak garam :
    Sebelum letak garam, pastikan hang pa kumur kumur/ kunyah ais tube sampai mulut terasa kebas. Sblm kebas tu hilang barulah tenyeh ulser. proses diulang sampai keluar semua lapisan putih ulser ( blh nampak isi/daging kemerah merahan). Buat sblh pagi sekali, petang sekali…. insyaallah ulser akan cepat sembuh.

    Reply
  33. Ainlala

    Skrg aku kene kat pipi. Betul2 sebelah gigi. Kau rasa azab ke tk mase nk makan nk bercakap nk gosok gigi. Aku rase nk tumbuk dinding je tiap kali nk buat sume tu. Biase ad mata ikan kt bahagian belah dalam bibur jr aku gigit je bg hilang sakit. Ni kat pipi tepusing2 kepala aku nk try gigit tp tk bole huahua.

    Reply
  34. hayath

    sy pon tgh mata ikan kt bwh lidah .. telan saliva pon perit lg kan berckp n makn .. smpaikn pg td gigil badn kelaparan plus demam .. abes 4 mangkuk susu cornflake n smbung lg 3 pinggan nasi goreng .. mse tu rse heaven sbb xrse skit mse mkn x mcm sblom ni .. sampai parent ckp yg mkn tu saka .. hahaha .. btw .. thanks 4 ur information .. nk try ice cream vanilla nnt

    Reply
  35. Aini

    Saya pun rajin gak lha kena ulser ni sampai pening family nk buat apa utk sembuhkan. Azab dia mmg seksa ya amat. Biasanya saya kena sblh kiri mulut je so lama2 x terasa sakit sgt ulser/bengkak tu. Skrg tetibe kena kat pipi sblh kanan lak, mmg rasa azab. Saya slalunya ubatkan dgn biarkan je mknn kena kat tmpt ulser tu & ofkos sblm mkn saya sapu ubat bonjela. Sakit tp better sbb cara ni saya rasa dia dpt kebas/kebalkan dari rasa sakit.

    Reply
  36. Nur Amirah

    Sekarang tengah mengalaminyaa T.T pedih gile pagi tadi nak gosok gigi. Nak bercakap pun takde mood, haihh .

    Mintak izin share sikit kat blog heee 🙂

    Reply
  37. safiaanuar

    Mak aku ckp..dpat ulcer mlut ni sbb kurang mandi..What?!! Aku mandi ok..haha..tq 4 da info..

    Reply
  38. Yanie

    Ada orang kata(mak aq yg ckp) sebab ketahanan badan kurang
    Sbb aq sorang je dlm family yg rajin sgt kene ulcer ni
    Mgkn btol gak sbb aq sorang je dlm family yg allergic mcm2 n rajin masuk hospital?
    Pape pun smoga semua sembuh cepat

    Tips dari aq minum air kelapa
    Boleh kurangkan jangkitan kuman n tingkatkan sistem imun badan?

    Reply
  39. El Pistol

    Tengah menderita sakit ulseringustiang ni..dah 4 hari dahhh..3 bijik sekali menjelma..1 tepi lidah, lg 2 bawah lidah..sakit dia mak aii mcm nk gigit lidah sendiri..lg2 bila terkena gigi, bercakap or makan..air garam dah kumur, garam dah letak, bonjela dgn mouthwash pon dah masuk x jalan jgk..jumpa doktor dia bg gel dgn antibiotik kasi habiskan..hilang nikmat kelazatan makanan..jenuh posaa dah la aku ni jenis suka mengunyahh..huhuu cepatlah berambus dari lidahku wahai ulcer..

    Reply
  40. Shafiqah

    Eh bgus la tips ni,dh bohh gram dh. . Ulser pon dh smakin mngecut, dh 3 ari dh jdi mcm nii. . Harap cpat la sembuh?

    Reply
  41. Aidil(Sabah)

    Dok lepak dkat office smbil mnhan skit ulser mulut, trasa nak cri tips hlang kan ulser.. ending jumpa lak thread nie.. dri atas smpai bwah asyik glak baca komen smbil2 than skit.. T.T
    Ulser kna dpan bibir blah knan, allah je thu skit nya mcm mna..
    Ada petua kmpung ckap (Sabah)
    Guna daun tangan2 tpi tak psti plak lau dkat sna kna pnggil apa..
    Gtah putih dia tu ltak dkat ulser tu..
    Pdih dia skali je..
    Lpas tu kcut dah ulser..
    ?? skit oh ulser..
    Haishhh..

    Reply
  42. abg chik

    aku kene dari tahun 2009 sampai la ni 2016 nmpak x berapa lama,pedas tak bole makan,panas pun tak boleh makan,APTB.yg pelik bile cek kat pakar mulot siap amek iso dari pipi untk buat sample exam(sekola dulu xd exam la tu).doktor pun pening tak tau sakit apa,cume bagi jel sapu mmg sejuk la dan manis aummm..da sedap amek pipi aku,bg jel je???puittt..so smpi skang ni g sgt derita merana lg bab nak mkn,mesti stamdny ais buat kemam..??

    Reply
  43. sabariah fariz

    aduhai…tgh menahan sakit skrg???..tq tips bnyk membantu..esok nk cari air kelapa…n cuba tips kat atas ni…rosak plan hari cuti bile da sakit ulser kat tekak ni..rase bengkak je leher ni .nk demam pun yer…???

    Reply
  44. Ila Zuber

    Dah letak bonjela pastu ubat dr klinikk bagai tapi makin membesar pulakk. Aduhhhh. Sakit betul. Dh lebih seminggu jadi pendiam. Hahahhaha. Ni try ltk getah pokok angsana pulak. Tips org tua. Bismillahitawakkal jelah ?

    Reply
  45. Nur Alya Najihah

    Dh banyak kali kena dh lega ada blik knp la ada balik rasa benci ada laa.
    Lepas dh makan ais krim rasa lega rasanye blh la mkn pedas…
    Kalau ada blik tk dapat mkn pedas teringin nk mkn pedas.Lepas dh lega blh laa
    mkn pedas puas puas

    Reply
  46. akim

    Weh sumpah thanks weh bagi tips ni. sumpah aku tgh sakit teruk ni ? Esok aku try. Anyway thanks for the article dude

    Reply
  47. zulikhwan

    Aku tengah kena ulser kli kedua bulan 11 ni, ni dekt kerongkong, ssh mw telan air apatah lagi air liur, haha, hri tu awl bulan kena,xp dlm seminggu da baik, sy pkai tu spray Ulser untk kerongkong ada jual kat farmasi, xp dkt2 hujg buln kna blik, xp x teruk la sgt Mcm yg prtma sy kna, Sbb da stndby sgla ubt2 ulser ni spt bonjela dan spry ulser , yg First kena Mmg teruk, and then, ni kli prtma sy kna ulser plng teruk dlm hdp, sblm ni x prh kna pnykt ulser i mean jrang la dpt ni pnykt. akhir kata ( ulser tlg la pergi jauh dri sy) ?

    Reply
  48. Farah

    Thanks for the info. Skg tgh fikir mcm mana nak story kt mak mertua pulak. Dia rajin benor kne ulcer mulut ni. Dah check toothbrush dia ok ke tak…next nak convince dia utk ambil supplement B12 n folic pulak

    Reply
  49. Nuyu

    Boleh try air kelapa untuk sjukkan badan. Pastu amek vit c dan vit b bleh elakkan ulser ni. Saya amek Shaklee memang berkesan. Cuma kalau tergigit tu memang kena jugakla. Klau tak, susah nak kena. Dulu tiap bulan kena. Seksa tu Allah je yang tahu.??

    Reply
  50. Cik Qaseh

    Kremmmm mulut ak tahan ketawa baca komen korang dr atas sampai bawah sbb aku pon sedang mengalaminya sekarang. Hari2 makan bubur. Gigi sakit, gusi sakit, hati pon sakit sbb tak dapat makan. Paling hazab bila bangun pagi nk bukak mulut. Rasa macam kena gam bibir atas dgn bibir bawah. Dgn bibir jadi kering tahap kronik lagi, boleh kau bayangkan gandaan skit tu berapa banyak?

    Reply
    1. Pot

      Yang sedihnya sy..nk cium mulut isteri tak dapat.

      Dia buat x kisah.. Je..

      Kalau sy cakap dia marah plok.

      Reply
  51. Pot

    Isteri sy salu kena penyakit ulcer mulut berbau nk cium pun tak boleh aduiii..
    Dh bagi tau tapi dia buat tak tau.. Je..

    Kadang2 sy tidur jauh diri isteri. Tapi dia tak kisah pun..

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @pot, tak tahu nak kesian ke nak gelak. adui.. tak tahu pulak sampai macam tu sekali penangan ulser mulut. Apapun, cuba suruh dia makan benda yang boleh buat mulut wangi macam chewgum, tapi kena tahan la sakit masa kunyah tu.

      Reply
  52. Noormimiamyza

    Memang sakit nauzubillah.. Skrg ni tngh hdap ulcer ni, sblh kanan dkt pp plak tu..skitnya teramat sngt bila nak cakap, makan minum, dan paling xbest bila kwn buat lawak..seksanya xboleh nk gelak sesame… Memang sakit sngat smpai xleh nk tidur.. Harap2laa lepasni cpt sembuh dan xkn lgi dh ulcer ni.. Btw, terima kasih atas petua dan tips awak..

    Reply
  53. lola

    saya tiap2 bulan kene…dulu kalau kene buat releks je…tp ni tetibe timbul sampai 3 biji…campur dengan sakit gigi. saya syak adik saya pakai berus gigi, sbb pagi td bgn nk mandi pelik knp berus gigi dh basah tp penutup berus gigi x basah. tiap2 bulan mmg da kene so da lali sgt da rasa sakit ulser, tapi kali ni smpi 3 bijik + sakit gigi mmg bole bwk gaduh…lg2 dh tau punca mana dpt ulser…siap ko dik!!!!

    Reply
  54. jebon kel

    Tempat yg sakit,situlah nasik nak menyingah..bila gosok gigi..situ lah yg nk kena berusnyer..adoiiii….sakittttt oooooooo…..

    Reply
  55. Faizah

    Kena kat lelangit..langsung x bole mkn apa2…just minum air masak..ni bibir dh luka…gi farmasi mcm2 ubt.abis 50 hengget.tau gi doktor….semua petua dh cuba…jd demam pulak…bila nk sembur ni…

    Reply
  56. zhafran

    aku syak aku kena ulser pasal kurang kasih sayang ni sejak bini kena fokus pd study 🙁
    makan la apa pun tak sakit apa pun. sakit bila becakap ja tambah plak kerja kena banyak cakap, dok mikir cmne nk mintak mc 3-4 hari dr doktor. dh 5hari dh kena ni

    Reply
  57. Cik gadizz

    Uishh..saya pon nak dekat seminggu kena ni ..kena kat lidah pulak tu haii. Kawan mkn nasi ayam rempah..saya makan bubur je..mane tak sedihh ginii..saya dah try makan aiskrim..ni dah okay sikit..tak sakit macam sebelum ni..tapi mase solat tu rse terbelit lidah brsntuh dgn gigi geraham …siapa tau macamana keadaan ulser bila da nak pulih? Dye wrne putih ke wrne kemerahan??

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Cik gadizz, semua ni cubaan bak kata Tan Sri P.Ramlee. Hahaha. Ulser ni akan mengecut bila nak pulih, warna apa tak pasti pulak, kemerahan kot pasal masa ulcer membengkak memang warna putih.

      Reply
  58. Sharsa

    Ada 4 ni dlm mlut…ya rabbi…Allah je taw apa perasaan skrg…smpai mrekah bibir ni…

    Reply
  59. Azizi

    Kat bibir still ok. Kalo kat tekak ya allah nk tln air liur pon payah inikan nk mkn. Dhla ada iklan ayam goreng mcd tu bapak cravingnya?

    Reply
  60. yann zahrah

    cuba mkn ais ketul letak kt ulser tu.. insha Allah skit akn hilang, klw sakit dtg blik letak lg ais.. cpt2x la p cuba siapa yg kena tu..

    Reply
  61. buburlambuk

    saya hampir setiap bulan mendapat..yang sayaperasan, akalu mulut ini sebut bukan2, menjawab takde adab, confirm saya mendapat..dah mendapat, baru rasa insaf..huhu.
    meh try ni,

    – kumur2 dengan air garam sampai rasa kebas, tenyeh kaw2 kat ulcer tu.
    – kumur dengan listerine
    – banyakkan minum air kaw2 sampai spender ko lencun
    – makan makanan peda, memang azab tapi tanamkan dalam hati ‘haaa..rasakan ulcer..aku tenyeh ko dengan cili’
    – letak oral aid.. rasa kebas. membantu la untuk mana yang keje perlu bercakap tu

    Reply
  62. Aa

    Sekarang bulan puasa, kena dah 3hari mengigil demam malam pipi bengkak2 ulser kena kat pangkal gusi aduh berdeyut2,Kat lidah ada satu,Kat bibir dua.hari ni ponteng puasa makan panadol.baru lepas period seminggu takkan nk ponteng lg seminggu.aduh nasib

    Reply
  63. Tiqa

    Sekarang tengah kena ulcer jugak. Awal tiga hari tu igtkn nk niarkan je. Konon nnt akan baik sendiri. Rupanya tak T.T ni dah masuk hari ke tujuh. Hari kee. Pat baru start letak bonjela. Pastu kumur garam. Xhilang jugak. Last last letak setepek garam kt ulcer tu. Dhla beso gedabak ulcer nya. Kena dekat bibir dalam belah kiri besa dia ya ampun. Ngn tgah bibir pun besar. N baby ulcer kt kanan bibir. Allah jela tahu sakitnya. Ni dh seminggu harap2 cepat sembuh n xtumbuh lg. Rindu nk makan macam biasa T..T

    Reply
  64. zita

    Sekarang pon tengah kena ulcer jgk nie, 2 biji dlm mulut i.e. (1) kt ujung lidah depan nie, (1) lg kt tepi lidah kiri..yg depan lidah tu dah ok sikit..baru nk baik..dtg pulak belah tepi..makk aiii..kena kt sminggu..nak makan tu yg sedey..org lain sedap makan..kita nie sampai x de selera nak makan..tp paksa jgkla makan..bler ‘kena’ kat tang tu..mak aiiiii..mcm mengelinjang la kejap, ALLAH jek tau..huhu..jd majuk n mogok ..xmo makan..huhu..

    Penah la dulu2 letak garam..mmg ‘azabbbb’..tapi sekejap dah elok..penah letak ‘bonjela’..sbb dah kerap kena..’bonjela’ tu jd x lut..letak ‘oral aid’ ..rse kebas2..pas tu dalam beberapa hari dh ilang..tapi biler kena lagi..dh jadi x lut jgk ‘oral aid’ tu..skrg nie..x pakai apa2 pon..bia dia elok sendiri..tapi kena banyakkan minum air suam or air mineral..kadang2 geram jgak..sakit2 pon..bler makan tu..’tenyeh’ kan jgk la kat tmpt ulser tu..berair jgk la mata nie..huhuhu..uwaaaa…

    Reply
  65. salwa wani

    tengah kena skrng nim…slalu sngt kene..tiap2 bula dye datang….paling siksa bila kena kat lidah…ya rabbi sakit y amat…smpai tengkok sakit…melarat ke telinga….pgi2 nk buke mulut..ya rabbi …menitik je air mata nim…nk ckp dgn kwan2 pun x boleh…nk mkn x boleh…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *