Tutorial renew roadtax / perbaharui cukai jalan di pejabat pos

By | August 26, 2012


RENEW ROADTAX / Perbaharui cukai jalan di pejabat pos

Apa itu cukai jalan? Ianya sejenis cukai yang dikenakan kepada pemilik kenderaan bermotor sebelum kenderaan tersebut dibenarkan untuk digunakan di jalan raya secara sah.

*Versi kemaskini 09.09.2016*

Kini pelanggan boleh memperbaharui cukai jalan tanpa perlu membawa geran @ VOC. sila rujuk :

PROSEDUR BARU RENEW ROADTAX DI PEJABAT POS

  1. Green card = Geran kenderaan motokar / motosikal
  2. Roadtax       = Cukai jalan
  3. Roadtax boleh diperbaharui / renew di negeri yang berlainan kecuali dinyatakan dalam sistem rujuk JPJ.
  4. Roadtax boleh diperbaharui di kaunter pos bergerak (POW) dan pejabat pos kecuali pos mini.

Nak renew roadtax kat pejabat pos  tapi tak tahu prosedur? Itulah sebabnya artikel ini dihasilkan. (Mulai 1 April 2015, sempena pelancaran GST, 6% GST turut dikenakan untuk setiap urusniaga renew roadtax, namun yang hanya diambil kira 6% tersebut ialah jumlah RM2.00 caj perkhidmatan).

Bermaksud, katakan roadtax kancil RM20.00 + RM2.00 caj perkhidmatan + 6% x RM2.00 = RM22.10 Jumlah yang perlu dibayar…

geran-cukai-jalan-roadtax-greencardgeran-cukai-jalan-renew-roadtax-di-pejabatpos

[gambar di atas merujuk green card yang dimaksudkan ]

 

Untuk memperbaharui roadtax korang di pejabat pos, ikuti langkah2 yang disediakan di bawah.

  1. Pastikan korang sudah memperbaharui terlebih dahulu insuran kenderaan / motosikal sebab memang mustahil untuk perbaharui roadtax sebelum insuran. Sila rujuk artikel tutorial perbaharui insuran kenderaan/motosikal di pejabat pos!
  2. Wajib membawa green card original yang berwarna merah jambu macam dalam gambar di atas apabila hendak memperbaharui roadtax kenderaan korang (Pada bahagian belakang geran tersebut akan diprint sebagai bukti korang telah memperbaharui roadtax secara sah di pejabat pos).
  3. Ambil no.giliran & tunggu dengan sabar sehingga no. korang dipanggil, kecuali pekerja di sana  menyuruh terus ke kaunter sahaja (biasanya bila mesin no.giliran rosak, no.giliran dah habis atau memang pejabat tersebut tak menggunakan sistem no.giliran).
  4. Kalau setakat nak perbaharui cukai jalan, tak perlu berikan/bawa sekali borang salinan insuran kenderaan korang kat kerani. Korang hanya akan membuatkan kerani tertanya2 samada korang nak perbaharui cukai jalan sahaja atau dengan insuran kenderaan sekali.
  5. Tempoh perbaharui cukai jalan ada dua sahaja, samada 6 bulan atau 12 bulan (setahun). Korang boleh terus memberitahu kerani tersebut tempoh yang korang inginkan atau tunggu kerani bertanyakan mengenainya.
  6. Sediakan jumlah bayaran yang secukupnya awal2 lagi supaya tak membuang masa korang & kerani tersebut. Jumlah bayaran korang boleh lihat/rujuk pada geran (Jangan terkeliru dengan jumlah bayaran untuk 6 bulan dengan 12 bulan dan perlu ditambah dengan RM2 “komisen”). Kalau tak pasti berapa jumlahnya, korang tunggu kerani tu nyatakan jumlahnya.
  7. Elakkan / Jangan kepilkan duit, atau apa2 kertas menggunakan stapler/ klip atau dilipat supaya kerani kaunter tak terkial2 nak mengasingkannya & mengelakkan duit/geran korang koyak, tak dapat nak diguna nanti.Kenapa nak kena asingkan? Sebab kat belakang geran tu nanti kerani kena print sebagai bukti korang dah perbaharui cukai jalan. Untuk rujukan JPJ.
  8. Kebiasaanya apabila korang bawa banyak geran untuk diperbaharui *khas bagi runner atau yang tolong kawan*, ini mungkin akan mengelirukan kerani kaunter tentang jumlah bayaran. Untuk memudahkan kerja kerani tersebut lagi-lagi yang  baru masuk bekerja, pastikan korang terlebih dahulu kira jumlahnya & tunggu sampai dia nyatakan jumlahnya.
  9. Pastikan piring cukai jalan (yang sudah diprint) dan diberikan kat korang betul & apa yang diprint juga betul (tempoh perbaharui), ada kes macam aku yang baru2 nak kerja, tersilap print piring cukai jalan kereta kat piring cukai motosikal. (Piring ni senang je nak kenalpasti/bezakan dari segi saiz dia). Pastikan juga apa yang diprint di belakang geran tersebut betul.
  10. Kalau ada baki duit dari jumlah bayaran, pastikan jumlahnya betul. Khuatir kerani tersebut tersilap beri jumlah sebenar samada terlebih atau terkurang. Kalau terkurang, korang janganlah maki dia. Sebab dia pun manusia, buat silap tu biasa la. Tapi cakap dengan dia baik2, dan tunjukkan bukti yang dia terkurang/lebih beri baki. Ucapkan terima kasih setelah urusan korang berjaya diselesaikan. Budi bahasa kan budaya kita? ;p

P/s: Harap2 tips kat atas tu dapat membantu mempercepatkan urusan renew roadtax korang di pejabat pos.

Perhatian!

Urusan renew roadtax perlu dilakukan di pejabat JPJ apabila;

  1. Kalau dah genap setahun atau lebih korang tak perbaharui cukai jalan (boleh rujuk bahagian belakang geran, tengok tarikh terakhir korang renew roadtax).  Jangan buang masa korang pergi ke pejabat pos, memang takkan dapat punya. Sebab memang tak dapat nak di key-in dalam sistem. Kerani kaunter pun akan cakap benda yang sama gak, suruh korang pergi ke pejabat JPJ.
  2. Rujuk gak bahagian belakang geran tu, kalau bahagian atas yang bernombor tu (petak rc namanya) dah penuh, dan bahagian bawah pun dah penuh [kecuali bahagian tengah belakang geran], terus pergi ke JPJ tukar geran baru. Sama gak bagi kes geran yang dah kabur, tak dapat nak dibaca apa yang tertulis kat geran tu, atau koyak ke, hilang ke.
  3. Kalau kerani kaunter pejabat pos beritahu korang yang kenderaan korang disenaraihitamkan atau rujuk JPJ, ada dua sebab je samada disebabkan korang dah genap setahun tak perbaharui cukai jalan atau ada saman yang korang belum bayar. Ada kes di mana walaupun saman dah dibayar, tetapi di dalam sistem JPJ belum dikemaskini. Kalau tidak silap, ianya mengambil masa 3 hari atau mungkin lebih. Sila rujuk pihak JPJ untuk maklumat yang lebih tepat.
  4. Kalau kenderaan korang jenis Rigid-decon hanya dapat diperbaharui di JPJ). Kat Pejabat Pos memang tak dapat sebab tiada dalam sistem.

Apa beza piring LKM Motosikal dengan LKM Motokar?

cukaijalan-piring-lkm-motosikal-renewroadtaxdipejabatpos

(Kat atas ni, Piring LKM Motosikal)

cukai-jalan-LKM-Memandu-renewroadtax-dipejabat-pos

(Yang ni pulak Piring LKM Motokar, sekarang dengan design baru dan resit dicetak secara berasingan)

borang-resit-urusanjpj-posjpj01-prosedurbaruurusanjpj

Resit Pos JPJ 01 – ni lak resit yang korang akan terima selepas urusan berjaya diselesaikan.

Koleksi soalan pelanggan

  • Boleh tak renew roadtax menggunakan salinan fotostat greencard? – Tidak boleh. Mesti bawa geran asli.
  • Berapa jumlah bayaran untuk perbaharui cukai jalan? – Jumlah bayaran bergantung kepada jenis kenderaan, keupayaan enjin dll. Kalau tak pasti jumlahnya, tunggu sehingga kerani kaunter nyatakan jumlahnya. Kalau korang nak jimat, elakkan guna kereta mahal macam Mercedes, aku pernah uruskan pasal cukai jalan pelanggan, kereta dia Mercedes, cukai jalan setahun je dah nak dekat RM4k! *Jumlah bayaran boleh dirujuk pada depan atau belakang geran*
  • Bila boleh mula renew roadtax & selewatnya bila? – Cukai jalan boleh diperbaharui 2 bulan /60 hari sebelum tarikh luput, dan selewatnya sehari sebelum genap setahun tak diperbaharui.
  • Boleh tak renew roadtax tanpa perbaharui insuran kenderaan terlebih dahulu? – Tak boleh. Sebab bila di key-in dalam sistem, akan keluar amaran “einsuran tidak sah/wujud”. Dan ianya akan tetap macam tu selagi insuran tak diperbaharui terlebih dahulu. Sistem akan secara automatik menghalang cukai jalan diperbaharui. Sama juga walaupun korang gi pejabat JPJ, diorang akan suruh perbaharui insuran kenderaan terlebih dahulu.
  • Boleh tak renew roadtax lebih dari tempoh setahun? – Tak boleh. Tempoh yang ada dalam sistem cuma 2, samada 6 bulan atau 12 bulan (setahun). Dan bagi setiap 6 bulan, insuran tidak boleh kurang dari 14 hari / 2minggu, kalau tak bagi tempoh 6 bulan tak dapat diperbaharui. Tempoh insuran perlu ditambah semula dengan cara pergi ke ejen luar. Memang dah di-setkan dalam sistem macam tu, tak dapat nak ubah. Jangan minta perbaharui cukai jalan lebih dari setahun kecuali korang nak kena gelak oleh kerani di sana. Hahaha
  • Kalau greencard ditahan oleh pihak bank sebab kenderaan masih “under loan”? Macamana? – Kalau kenderaan korang “under loan”, geran kereta korang ditahan oleh pihak bank & yang ada cuma salinan photostat, pergi ke bank & bagitahu diorang korang nak perbaharui cukai jalan, perlukan geran original. Takde yang original, tak boleh nak perbaharui cukai jalan, bagitahu je macam tu. Diorang pun sememangnya faham.
  • Boleh tak bayar renew roadtax dengan cek atau kad kredit? – Maaf. Buat masa sekarang, pejabat pos cuma menerima wang tunai sahaja untuk urusan JPJ, perbaharui cukai jalan dan perbaharui lesen memandu.
  1. Bagi kes seperti roadtax telah lebih setahun tidak diperbaharui, ada dua punca samada korang betul-betul dah lebih setahun tak renew roadtax atau sewaktu korang renew roadtax kali terakhir (rujuk belakang geran), maklumat korang renew roadtax gagal dihantar ke JPJ. Bermaksud kat sistem JPJ memang belum dikemaskini. Apa yang perlu ialah minta surat pengesahan dari pejabat pos tempat korang renew sebelum ni dan bawa surat itu ke JPJ untuk urusan kemaskini dan terus renew roadtax kat sana kalau dapat. Pastikan insuran telah diperbaharui terlebih dahulu.
  2. Bagi yang betul2 dah setahun tak renew, korang kena pergi ke puspakom terlebih dahulu untuk membuat pemeriksaan terhadap kenderaan korang samada selamat digunakan atau tak. Lepas tu renew insuran kenderaan/motosikal , baru pergi ke JPJ. Insyaallah semuanya selesai. Bagi motosikal je tak perlu ke puspakom, terus ke JPJ.

P/s: Segala info di atas berkaitan dengan cara renew roadtax / perbaharui cukai jalan tidaklah dijamin 100% tepat sebab aku ni bukannya bekerja di JPJ, ni setakat apa yang aku diajar je, tu pun kalau apa yang diajarkan kepada aku semuanya betul & apa yang aku tulis ni sebijik dengan apa yang diajar kepada aku, kalau silap mintak tolong korang perbetulkan lah ek. Nanti senang orang lain nak rujuk. Wokeh tu je.

P/s: Pengalaman paling lawak bila ada sorang pelanggan nak renew roadtax, dia tak kata renew tapi tersasul cakap nak topup roadtax. Kah3.. Kitorang sama2 gelak. Lulz. Bagi negeri yang mana pejabat posnya buka pada hari sabtu, korang boleh je renew roadtax di sana.

 

P.s.s : Walaupun sistem JPJ telah diupgrade, geran / green card masih perlu dibawa setiap kali ingin memperbaharui cukai jalan. Siapa la yang pedajai aku kata tak perlu lagi bawa green card… Kena tipu bulat2. LOL.

Yang benar,
Admin

300 thoughts on “Tutorial renew roadtax / perbaharui cukai jalan di pejabat pos

    1. Along

      Bolehkah kalau saya renew sekali road tax dengan insuran….kereta sarawak tapi saya renew kat johor…

      Reply
      1. admin (saharol) Post author

        @Along, boleh je takde masalah. Cuma masa nak renew insuran, pastikan petugas kaunter dimaklumkan di mana kenderaan itu berada/digunakan. Sebabnya, perlindungan insuran diasingkan antara Semenanjung atau Sabah/Sarawak. Harga insuran juga berbeza. Roadtax jika dibuat di Semenanjung, kadar cajnya itu Semenanjung punya, lebih mahal.

        Reply
        1. zarithsofia

          Hi sy nak double confirm, illegal ke jika m/v guna di peninsular, tp renew insurance by agent di sarawak? coz here 39k per yr. sarawak juz 7k.. Agent said bole if kene tahan xbyr summon juz topup the true bal .

          Reply
          1. admin (saharol) Post author

            @zarithsofia, hi. Sebenarnya tak kisah pun ejen tu berada di mana. Yang penting, masa renewal dibuat tempat perlindungan dipilih mengikut lokasi kenderaan tu digunakan. Samada Sabah/Sarawak atau Semenanjung M’sia. Kalau masa renewal, tempat perlindungan dipilih ialah Sarawak, tetapi kenderaan digunakan di Semenanjung, jika berlaku kemalangan atau kereta dicuri, biasanya memang tak dapat buat tuntutan langsung.

            Dari segi jumlah yang diinsurankan, tak digalakkan letak di bawah harga pasaran kenderaan tersebut, sebabnya kos selebihnya terpaksa ditanggung oleh pemilik kenderaan itu sendiri. Contoh harga pasaran kereta RM39,000. Tetapi masa renew insuran cuma letak 10,000 (bergantung kepada syarikat insuran, ada yang ambil ada yang tak benarkan). Bila berlaku kemalangan, kereta rosak teruk.. Kos yang lagi RM29,000 tu ditanggung sendiri oleh pemilik. Jadi fikirlah masak-masak bila nak beli insuran. Jangan fikir nak jimat masa tu je, fikir masa panjang dan akibatnya. Untuk selamat & tak perlu pening kepala jika berlaku perkara yang tak diingini, ambillah 1st pt & sum insured mengikut harga pasaran kenderaan.

            P/s: Harga insuran untuk Semenanjung memang lebih tinggi berbanding Sabah/Sarawak disebabkan kadar risiko / kemalangan lebih kerap berlaku.

            Semoga tips ini membantu. 😀

          1. admin (saharol) Post author

            @Faiz, tak semua tapi 14 buah syarikat insuran boleh didapati di pejabat pos. Ya, kurnia insuran, MAA (zurich) dan AXA boleh didapati di pejabat pos.

        2. Amat

          Bang, kalau nk renew roadtax sahaja boleh ka, insuran tktrmasuk..

          Reply
    2. Faizal

      Nk tnye..insuran van ak setahun,roadtax 6 bulan..ble mati,insuran ad lg 6 buln..klau ak trlewat renew roadtax tu utk sebulan,brpe cas klau ak nk renew roadtax ak yg dh mti sebulan ni ye?ad ap2 denda ke?

      Reply
      1. admin (saharol) Post author

        @Faizal, takde denda. Kena buat extension insuran terlebih dahulu sebab untuk setiap 6 bulan roadtax renewal, insuran tak boleh kurang dari 14 hari. Kalau kurang kena buat extension di cawangan insuran yang diambil baru dapat renew roadtax. Harga roadtax untuk 6 bulan ialah separuh daripada harga setahun roadtax.

        Reply
      2. Viknesvaran

        Roadtax motor saya dah mati 2 tahun lepas. Ini pertama kali i nak renew roadtax saya. Jadi berapakah kos dan caj yang akan saya perlu bayar. Motor saya 135cc.

        Reply
    3. syed

      saya nak tanya..kereta saya no.platenya sabah.tapi kereta berada di semenanjung.bolehkah saya renew roadtax+insurance di sabah??dan pos roadtax tu ke semenanjung????

      Reply
      1. admin (saharol) Post author

        @syed, wkslm. Insuran takde masalah dibuat di Sabah, Roadtax sebaiknya renew di semenanjung sebab JPJ sekarang mengenakan kawalan ketat ke atas pembaharuan roadtax kenderaan yang berada di Semenanjung namun direnew di Sabah / Sarawak bagi mengelak ketirisan hasil negara (di mana cukai jalan / roadtax lebih murah jika direnew di Sabah/Sarawak berbanding Semenanjung).
        Lagipun, cetakan pada cukai jalan ada menyatakan di mana roadtax diperbaharui dan ini mungkin menimbulkan masalah apabila ada sekatan JPJ. 🙂

        Reply
    1. saharol Post author

      @cayrul, tak boleh nak watpe. Aku pun tertanya2 macamana diorang boleh bagi nama tu.. Green card, tapi pink kaler.. Wahahaha. Jauh menyimpang. ;p

      Reply
      1. Nasz

        Salam. Kalau roadtax dah dua tahun tak hidup kan kalau nk hidupkan balik kena pergi puspakom ke?

        Reply
        1. saharol Post author

          @Nasz, wkslm. Motosikal je xperlu bawa gi puspakom sebab pihak jpj sendiri yang akan buat pemeriksaan. Yg lain slain tu kena la gi puspakom.

          Reply
        1. admin (saharol) Post author

          @fy, bagi motosikal kena bawak ke jpj terlebih dahulu untuk check enjin dan chasis, insuran kena beli dari ejen lain dan roadtax wajib / dapat renew di jpj sendiri. Bagi motokar pula kena pergi puspakom dan selebihnya sama saja prosesnya.

          Reply
  1. krol

    bro kalo beli kereta insuren dia renew setahun sdg kan rotex idup lagi….cm ne nak baru kan….tarikh 6bulan tu dah x same….

    Reply
    1. saharol Post author

      @krol, biasanya kitorang akan suruh pelanggan pergi balik ke syarikat insuran yang dia gunakan atau mana-mana ejen luar dan minta diorang ubahkan tarikh expiry insuran tu supaya sama dengan roadtax.

      P/s: Rasanya, untuk minta syarikat insuran ubah semula tarikh tu akan dikenakan caj, bergantung pada budi bicara pihak insuran.

      Reply
  2. yeng

    bro..kalau tempoh road tax ngan insuran kita x sama mcm mana? contohnya roadtax mati bulan 12 dan insuran mati bulan 4.. nak buat cmne tu? aku beli keta 2nd hand.. ada petua tak? tq

    Reply
    1. saharol Post author

      @yeng, cari ejen insuran luar dan minta diorang lakukan adjustment terhadap tarikh insuran supaya selari dengan tarikh expiry roadtax.

      Reply
      1. shanizam

        cukai jalan motor hilang..boleh ke buat kat pjbt pos..kene report ke..geran masih nama.owner lama blh ke saya yang buatkan yang baru..

        Reply
      2. Adam

        Smkum. Nk tnya. Klu roadtax motor da mati Dua bulan lbih. Ble renew msih kat. Pejabat pos ka?

        Reply
  3. sanieonline

    aku baru nk try renew insurance+rodtax sendiri sbb kwn2 kata kalu pakai ajen,diorang ade markup harga 10% untuk komisen diorang.bole x aku renew rodtax dengan geran fotostat kat JPJ…sbb geran asal aku kat PJ,malas plak nak g sana…ada pandangan yg lebih bernas x?

    Reply
    1. saharol Post author

      @sanieonline, memang takde cara lain. Kena gak bawa geran asal kalau nak renew roadtax walaupun pergi JPJ. Fotostatnyer, mana diorang terima. Kalau bab insurance, aku pun belum pro sangat. Tak pandai sangat nak explain. Tapi, kalau bab nak lebih senang, renew roadtax ngan insuran kat Pejabat pos la paling senang & cepat.

      Kalau bab harga insuran kenderaan, sekarang insurance kebanyakkannya termasuk Personal Accident (PA), jadi kena pandai tanyalah. Ada yang wajib ambil PA, ada yang tak. Tapi, aku paling sarankan ambil Allianz Insurance. Sebab, dari segi “Tuntutan” kalau berlaku kemalangan lebih mudah dapat. Itu menurut apa yang aku dengar la. Dan banyak lagi kelebihan lain.

      Dah tu, kalau nak insurance murah, third party la paling murah. Aku nak kena study lagi bab insurance nih. Kalau aku dah betul2 faham, nanti aku buat post pasal insurance lak. Buat masa sekarang, tak dapat den nak nolong. ;D

      Reply
  4. put

    salam..nk tnye..pembayaran road tax boleh dibuat during weekend ke kat pos office yg bukak weekend?

    thanks.

    Reply
    1. saharol Post author

      @put, rasanya boleh jika JPJ di negeri tersebut turut bekerja pada weekend. Contohnya, kalau kat Sarawak, memang boleh je renew roadtax pada hari sabtu, kecuali hari ahad sebab hari ahad, pejabat pos kat sini semua tutup. Tak tahu pulak kalau kat semenanjung.

      Reply
  5. ingin Tahu

    Salam Saharol,

    Sy ada moto 150cc roadtax mati 2 tahun. Sy baru siap restore balik moto tu.

    1) Dalam Gran Owner lama lagi, sy kena beli insurance dlu ke ? atau tukar nama dlu ? atau puspakom dlu?

    2) adakah en. runner jpj ? kalau nak complete semua, en. amik brapa? email sy pancasitara91@yahoo.com

    wasalam

    Reply
    1. saharol Post author

      @ingin tahu,

      Terus renew insuran kemudian terus ke JPJ (untuk motosikal sahaja, tidak memerlukan ianya dibawa ke puspakom sebab pihak JPJ sendiri akan melakukan pemeriksaan). Tapi, disebabkan roadtax tu dah mati 2 tahun, memang rujuk JPJ la. Tak tahu akan ada banyak prosedur atau tak di JPJ, so kalau nak selamat, khuatir kalau dah renew insuran hari ini, 19.12.12, tapi prosedur di JPJ makan masa 10 hari ke apa, sebaiknya rujuk JPJ terlebih dahulu barulah renew insuran. (Khuatir tak cukup insuran lak bila nak renew roadtax).
      Saya tak tahu berapa lama masa yang diambil oleh pihak JPJ untuk mengurus pertukaran nama dan segala yang berkaitan dengan roadtax tu, jadi bila dah settle semua. Share2 la kat sini.

      2. Buat masa ni saya memang jaga bahagian runner JPJ & pos shoppe (yang jual pos ekspress, kotak2 dll). Kalau encik memang di Kuching, boleh la datang singgah. Pasal nak complete semua, berapa jumlah bayaran yang diambil bergantung kepada berapa yang dicaj dalam sistem. Maaf, saya takde ambil kantau luar untuk tolong renew insuran nih. Datang je ke kaunter, dan urusan akan disiapkan secepat yang mungkin. ;D

      Reply
  6. siti Nadiatul

    Terima kasih byk2 psl info nie..sgt2 brguna tau utk org yg mcm sy ni,xtau sgt psl renew roadtax..this is my 1st time de kreta sndri n ble nk renew roadtax jer,mmg byk persoalan timbul smpai bp sndri gelakkan sy sbb sy tnyer bli roadtax jer xblh ker..hehe trima kasih..after read this,now I understand the procedure and the rules…

    Reply
    1. saharol Post author

      @siti Nadiatul, Hahaha. Takpe, dulu saya sendiri pun tak tau satu apa pun. Bila dah kerja sebagai kerani kaunter di pejabat pos ni, baru tahu. ;D

      Reply
  7. Mecka

    Terima kasih untuk maklumat.

    Jadi jika aku renew insuran hari ini tetapi renew road tax keesokan harinya, tidak ada masalahkan.

    Reply
    1. saharol Post author

      @Mecka, Memang tiada masalah. Tapi, sebaiknya kalau boleh buat dua2 sekali dalam masa yang sama di pejabat pos. Kebiasaannya, ianya tak mengambil masa yang terlalu lama, dalam 10-20 minit untuk menyiapkan insuran + roadtax sekaligus bergantung kepada kecekapan petugas kaunter dan kelajuan internet.

      Reply
  8. Amir

    Assalamualaikum. Satu usaha yang bagus untuk mendidik pengguna tentang kemudahan insurans yang terdapat di cawangan Pos. Kalaulah Pos HQ boleh membuat lebih promosi melalui media massa mengenai kemudahan ini, pasti lebih ramai pengguna akan datang ke cawangan Pos.

    Reply
  9. syaiful

    bro kalo sy x tahu insurans ape keta pakai sblum ni cmne ek?sbb keta bli schnd..bleh renew insurans d post ofis jgak ke x?

    Reply
    1. saharol Post author

      @syaiful, boleh je. Bagitahu kerani bertugas yang awak beli kereta second hand, takde polisi insuran lama. Dalam 10-20minit, kalau line takde masalah, insuran + roadtax siap.

      Reply
  10. pija

    Assalam Saharol.. roadtax kete sy da mati 2 bln lps then br skrg perasan.sblm ni renew kat eon bnk kota kemuning nih.sejak eon bnk tukr ke hong leong katanye da xde perkhidmatan renew insurans.mslhnye sblm ni sy pegi je bank x bw pape dokumen semenye bank uruskan.skrg ni xtau nk renew cmne..cover note yg lama pun xtau kemana.cmne nk renew erk??adoiiii

    Reply
    1. saharol Post author

      Wkslm. Bawa bertenang. Nak renew tak susah sangat, yang penting geran (roadtax) tu ada dalam tangan pija. Kalau masih bank yang pegang geran tu, pi mintak dulu dari diorang. Kemudian pasal polisi insuran lama yang dah takde, takpe. Masih boleh renew lagi kat pejabat pos. Bawa geran tersebut ke pejabat pos terdekat, dan beritahu kepada kerani yang bertugas yang awak nak renew insuran+roadtax sekali. Itu sahaja. Tapi, kalau geran pun takde. Jawabnya nak kena pergi JPJ la dulu mintak geran baru. Rasanya dikenakan caj, tak pasti pulak berapa, utk geran yang hilang.

      Reply
      1. fana zaini

        Salam…

        untk geran under loan kena pegi dkt bnk mana2 pun bleh org dkt bank kita wat loan tu je bleh amik?

        Reply
        1. saharol Post author

          @fana zaini, wkslm. Memandangkan geran tu satu je, jadi kena la pergi ke bank tempat loan dibuat. Rasanya, owner je boleh ambil sebab pihak bank takkan la nak bagi kat sape2 sesuka hati je yang nak geran tu? Ada kena isi borang ke apa tah tanda geran diambil. ;D

          Reply
  11. adilmusa

    salam bro, klau road tax rosak nak buat yg baru berapa jpj caj?? terima kasih harap bantu…

    Reply
    1. saharol Post author

      @adilmusa, wkslm. Kalau sticker roadtax yang rosak atau hilang, dgr2 customer sendiri bagitau(ikut pengalaman dia la) nak tukar baru kena bayar Rm20. Kalau geran tak pasti pulak. Tak jamin la. Pasal harga renew roadtax Semenanjung & Sarawak pun jauh berbeza *Di Semenanjung jauh lebih mahal, khuatir caj untuk tukar geran baru atau sticker baru pun lain. Apapun, usahakan bawa duit lebih. Nanti tak bawa cukup duit, kena ulang-alik pulak. Maaf la, tak dapat nak bantu sangat, pasal urusan JPJ di pejabat pos terhad, apa yang saya tahu pun setakat yang dibagitau oleh senior,dll.

      Reply
  12. ira

    Salam, nak tanya, boleh renew apa sahaja jenis insurance ke di pejabat pos/JPJ? Sebab insurance kereta saya ini melalui agent di cheras. macam jauh la pulak nk pergi sana.

    Reply
  13. kuDiL

    Saya nak tanya, coz minggu depan saya akan temuduga bagi kerani pos. Apa soalan2 yang pihak temuduga akan tanya? Contohnya je lah. Please…

    Reply
  14. Hasmizan bin Mustapha

    Saya punya polisi insurans yang dulu hilang tak tau mana letak. Jadi macamana nk renew insurans ni? Boleh tak nak dapat salinan polisi
    ni? Saya guna Etiqa Takaful Insurans.

    Reply
    1. saharol Post author

      @Hasmizan bin Mustapha, boleh je renew insuran tanpa membawa polisi insuran lama. Pastikan kalau nak renew insuran kenderaan di pejabat pos, bawa geran original. Itu sahaja. Duit pun jangan lupa pasal benda tu bukan percuma ;D

      Reply
  15. Syazwan Idris

    Saya nak tanye, klu road-tax motor hilang nak renew di mana? pjabat pos boleh ke?

    Reply
    1. saharol Post author

      @Syazwan Idris, kalau geran/green card hilang memang tak dapatlah nak renew di pejabat pos, begitu juga kes kalau piring LKM kenderaan/motosikal korang kalau hilang, kena pergi ke JPJ untuk minta yang baru. Memang kena caj la tapi tak pasti berapa.

      Reply
  16. azizul mohamad

    salam. terima kasih atas informasi yang dikongsi disini.

    Reply
  17. firdaus

    Assalamualaikum bro. nak tanya sikit. kalau nak renew roadtax kat pos opis hari sabtu boleh tak? saya kat area Taman Melawati

    Terima Kasih

    Reply
    1. saharol Post author

      @firdaus, itu depend dengan kat negeri mana diri anda berada. Tapi setakat ni kat Sarawak, boleh je renew roadtax ari sabtu. No problemo.

      Reply
      1. firdaus

        thanks bro. lagi satu soalan. nak renew kena time opis hour je ke?

        Reply
        1. saharol Post author

          @firdaus, aa. mestilah. Kalau pejabat pos dah tutup, macamana nak renew? ;D Sekarang, kat tempat saya kerja pun hari sabtu minggu pertama je tutup, sabtu minggu lain2 buka tapi dari jam 8 pagi – 12.30 tengahari.

          Reply
  18. ron

    sy nak tanya…tahun lalu sy dah renew insurance tp sy lewat ambil road tax..lewat 2 minggu mcm tu…time sy ambil road tax kat pos ofice…kerani bertugas cakap tak dapat bagi road tax 12 bulan hanya dapat bg 6 bulan….so macam mana nak selesaikan masalah ni???tak kan 6 bulan insurance burn mcm tu je??

    Reply
    1. saharol Post author

      @ron, pertama. Kena ingat, roadtax cuma boleh direnew setelah insuran direnew. Ok, tu yang pertama. Kedua, roadtax hanya boleh direnew samada 6 bulan atau 12 bulan. Untuk setiap 6 bulan, insuran tidak boleh kurang dari 14 hari. Bila kurang je 14 hari dan ke atas, jawabnya memang la tak dapat renew untuk 6 bulan tu.

      Macam kes @ron ni, 14 hari / 2 minggu lewat renew roadtax. Insuran dah direnew awal2. Itu yang menyebabkan terjadi perkara macam ni. Contoh renew insuran hari ni*insuran 1 tahun*, 27 mac 2013. Tarikh mati insuran 26 mac 2014. 2 minggu lepas tu / 14 hari baru renew roadtax, jadi insuran tadi dah bermula dari 27 mac, roadtax pula nak direnew 2minggu kemudian, jadi tarikh luput roadtax dah tak selari dengan insurans.

      Takde cara lain melainkan, terpaksa pergi ke syarikat insuran yang digunakan *contohnya, etiqa takaful*. Bagitahu diorang minta tolong adjust tarikh insuran supaya selari dengan roadtax. Caj untuk adjustment tu diorang je tau. Aku tak tau. Lain syarikat insuran, lain caj.

      Problem dia kat pejabat pos ini, insuran kenderaan / motosikal cuma boleh diperbaharui untuk 1 tahun. setakat melakukan adjustment untuk beberapa hari atau bulan memang tak dapat. Terpaksa pergi ke syarikat insuran berkenaan. Tu je cara untuk selesaikan problem macam ni.

      Pendek katanya pun, insuran 6 bulan tu tak burn, cuma kena tambah lagi 2 minggu tarikh insuran expiry. Supaya selari dengan roadtax. Harap yang ni membantu.

      P/s: Sebaiknya, nasihat saya kalau nak lebih mudah. Terus ke pejabat pos renew insuran kenderaan/motosikal & roadtax sekaligus supaya tak terjadi perkara macam ni yang sememangnya menyusahkan & buang masa, buang duit. Dan memang memeningkan kepala. Tapi, tu terpulang pada kehendak masing2. Sekadar pendapat. ;o

      Reply
  19. alan

    hi,bagaimana kalau nak tukar nama geran motorsikal pada owner baru sedangkan roadtax dah mati?renew insuran n roadtax dulu guna nama pemilik asal pastu tukar balik nama owner baru camtu ke

    Reply
    1. saharol Post author

      @alan, setahu saya kena la tukar terlebih dulu nama hak milik geran tersebut. Kat JPJ je dapat buat. Baru renew insuran dan roadtax. Sebab kalau renew insuran+roadtax guna nama owner lama, apa2 jadi pada motosikal tu nanti susah nak “claim”. Apapun, sila rujuk JPJ untuk maklumat yang lebih tepat.

      Reply
  20. ima

    salam bro,
    nak tanye ni….sy dah renew insurance, tp xleh renew roadtax coz ad saman…..klu sy dah byr saman,boleh x saya dapatkan roadtax pd tarikh yang sama dgn insurance sy?…..

    Reply
    1. saharol Post author

      Wkslm @ima, setahu saya pembayaran saman akan dikemaskini dalam sistem selepas 3 hari. Jadi, kalau hari ni renew insuran 6 april 2013 & bayar saman pada hari yang sama, 3 hari lepas tu iaitu 9 april 2013 baru boleh renew roadtax. Tapi ada kes di mana dah seminggu pun masih gak tak dikemasini dalam sistem. Itu kena rujuk balik dengan pihak JPJ la. Kitorang pun tak boleh nak buat apa. ;o

      Reply
  21. qasehainie

    bayar roadtax kat pejabat pos.nanti mesti die tnye nk first pty or third pty kan?? so makne nye pejabat pos leh byr insurans nye sekali la?? ke kene wat insurans tmpat lain?? maaf.. saya x faham la. ^_^

    Reply
    1. saharol Post author

      @qasehainie, memang boleh bayar insurans kenderaan / motosikal sekaligus dengan roadtax kat pejabat pos.

      Reply
  22. zuraaaaaaa

    saya baru balik pejabat pos.betapa frustnyaa saya sebab tak dapat renew roadtax sebab insuran cuma berbaki 5bulan je..boleh tak saya tunggu lima bulan je lagi baru saya renew roadtax dan insuran sekali gus,penat dah ke hulu hilir.

    Reply
    1. saharol Post author

      @zuraaaaaaa, boleh tu memang boleh tapi sayanglah burn macam tu je insurans 5 bulan kalau dibiarkan. Lagipun, cuma perlu pergi ke syarikat insuran yang berkenaan untuk cukupkan insuran sehingga 6 bulan atau setahun, dah tu boleh dah renew roadtax. Kalau tak renew kang waktu nak pakai kenderaan tu kena tahan lak dengan JPJ, saman la jawabnya.

      P/s: Biar penat sekarang, jangan penat bila kena bayar saman. Hehehe. Bukan murah. ;D

      Reply
  23. nor

    Salam..nak tanya,kalau saya nak renew insurans kereta tapi Bukan syarikat insurans yang sama,boleh ker? Kalau boleh apa yang saya kene bawak? Lama tak prosedurnya..saya nak renew roadtax sekali.kalau saya buat semua urusan hari sabtu boleh tak? Area subang jaya..terima kasih

    Reply
    1. saharol Post author

      @nor, wkslm. Boleh je tukar ke syarikat insuran lain. Kalau masih ada polisi insuran lama, bawa sekali. Kalau takde, bawa green card sahaja. Prosedur tak lama bergantung kecekapan kerani yang bertugas dan line internet. Biasa dalam 10-20 minit, insuran dan roadtax siap. Hari sabtu, boleh je. Asalkan tak offline.

      Reply
  24. kroll

    saya baru nak renew insurans and roadtax..motosikal 150cc..boleh bagitau cara2 nya?

    Reply
  25. rock and roll

    Salam, bro.. nak renew motor bot cam nerr ea..
    hihihii.. #jokes#

    Reply
  26. husna yusof

    salam, nak tanya,kalau saya ad saman moto, boleh x renew roadtax untuk 6 bulan? sbb insurance dh buat lama dh roadtax je x buat lg. sbb agent kata kne bayar saman dlu. rugi la insurance sy mcm ni

    Reply
  27. adri103

    salam, kwn nak tnya, Zurich insurance boleh byr kat pjbat post tak? thanks..

    Reply
  28. Iqbal Hakim

    Salam bro, Roadtax moto ak da mati bulan 5 lepas.. So, skunk ni ak kena:

    1) Renew insuran kt post opis
    2) Pegi jpj tok renew roadtax plak..

    Betui?

    Reply
    1. saharol Post author

      @Iqbal Hakim, wkslm. Kalau roadtax dah mati.* innalillah. Boleh je renew insuran dan roadtax sekaligus kat pejabat pos. Melainkan roadtax dah memang 1 tahun tak direnew (puspakom->renew insuran->baru gi JPJ) atau dalam sistem suruh rujuk jpj, baru rujuk jpj. Motosikal je tak perlu pergi bawa pergi puspakom, pihak JPJ sendiri akan melakukan check up.

      So, jawapan anda ialah tak betui kalau moto yang dimaksudkan ialah kereta,dll.. Wahahaa ;D

      Reply
    1. saharol Post author

      @lidya, wkslm. maksud lidya no siri geran/green card ke? ada je kat depan green card, atas sekali bahagian kanan. Ada tulis no. siri. Tu la dia.

      Reply
        1. saharol Post author

          @ildya, mungkin kot ianya merujuk no.cukai jalan. Sebab biasanya kitorang panggil no. tu sebagai no.siri piring LKM.

          Reply
  29. akmal azuan

    Salam bro,…sye pye insuran kereta lg 2 bln nk expired…tp road tax lg smgu nk expiref…bole x nk renew road tax dulu???..bli kereta 2nd…geran original kt bank…bole x mtk geran original kt bank lpas stahun???…

    Reply
    1. saharol Post author

      @akmal azuan, wkslm. hmmm.. dalam kes ni insuran kereta tu dah tak selari dengan tarikh expiry roadtax. Roadtax tak dapat nak direnew selagi insuran tu tak diselaraskan supaya menjadi 6 bulan atau 12 bulan. So, terus mintak pihak bank je selaraskan dulu insuran, baru dapat renew roadtax kat pejabat pos. Geran tu mintak je bila dah selesai hal insuran, kecuali kalau nak pihak bank tolong renewkan roadtax sekali. Diorang akan caj Rm10 extra dari harga roadtax, ni kes kalau tak nak renew sendiri roadtax.

      Reply
  30. farid

    Salam.nak tnye la,saman polis dah bayar tp dlm sistem masih xboleh idupkn rodtax….lame k nk tngu jpj kemas kini?

    Reply
    1. saharol Post author

      @farid, wkslm… rasanya paling cepat ambil masa tiga hari kalau tak silap.

      Reply
  31. khairul

    salam.. nak tanya sy ada moto rxz yg sudah roadtax exp tahun 2009 lagi tapi geran atas nama owner lain yang telah lama hilang (owner x dpt ditemui) sy cuma ada salinan geran sahaja

    macam mana untuk dapatkan geran baru dan atas nama saya moto tu?

    Reply
    1. saharol Post author

      @khairul, wkslm. Dalam kes macam ni dah diluar pengetahuan saya, kena rujuk JPJ. Takde idea la. ;D

      Reply
  32. ALIFF

    salam bro..kwn ad bli insuran nk idopkan roadtax moto…tp bila time nk idupkan roadtax moto alih2 kerani 2 ckp moto kwn ta de insuran..mengapakah pekara i2 terjadi..

    Reply
    1. saharol Post author

      @ALIFF, wkslm. Kes macam ni selalu berlaku bila pelanggan memperbaharui insuran dengan ejen insuran luar yang mana apabila selesai urusan, ejen tersebut mengatakan insuran kenderaan dah direnew tetapi kebanyakkan selalu tersangkut sebab tak dikemaskini dalam sistem JPJ. Apa yang perlu dibuat ialah hubungi ejen insuran di mana tempat insuran diperbaharui dan beritahu insuran tiada dalam sistem JPJ untuk tindakan lanjut ejen tersebut.

      Tetapi, memandangkan pada hari jumaat yang lepas (26/07/2013) sistem baru JPJ mula digunakan, pada minggu yang sama sehingga hari ini insuran kebanyakkannya menghadapi masalah, tidak dikemaskini dalam sistem JPJ walaupun diperbaharui di pejabat pos. Jadi, diharap bersabar je la. Tengah dok serabut kepala jugak ni.

      Mana taknya, dulu dalam 2-3 minit boleh siap satu roadtax. Sekarang, guna sistem baru JPJ yang belum stabil mengambil masa satu roadtax paling cepat pun 10 minit takpun ada yang sejam. Paling dasat terus offline.

      P/s: Memang frust la sebab terpaksa menengok muka masam mencuka pelanggan yang datang dan banyak jugak request pelanggan terpaksa ditolak disebabkan hal ni… Tak dapat den nak nolong kerana den bukanlah man of steel. *apa aku merepek ni* -.-“

      Reply
      1. saharol Post author

        Oh, hampir terlupa. Selain dari itu, antara sebab lain ialah maklumat insuran kenderaan korang iaitu tempoh tarikh insuran baru tak betul atau tersilap no. kenderaan.

        Contohnya, no. kenderaan ialah WER1029Q tetapi ejen / kerani bertugas yang memperbaharui insuran tu tersilap meletakkan no. kenderaan WER1029 sahaja. Q tertinggal lak. Jadi, pastikan maklumat pada polisi insuran baru semuanya betul dan minta no. telefon (bagi pelanggan yang memperbaharui insuran dengan ejen luar) untuk memudahkan ejen dihubungi jika berlaku perkara sebegini.

        Reply
  33. WAN

    Salam bro tumpang tanya.Road tax kereta dah mati 27/7 lepas, insuran baru renew 30/7, setahun. Kalau esok 5/8 baru nak gi renew roadtax kat pejabat pos ok tak,ada masalah tak? tq in advance.

    Reply
    1. saharol Post author

      @WAN, wkslm. Maaf, lambat reply. Baru balik dari kampung, kat kampung tak dak streamyx lak. Dapat on9 pun kejap je tumpang broadband orang, tak sempat nak reply. Kalau 5/8 nak renew takdak masalah, asalkan roadtax tak direnew 2 minggu selepas tarikh insuran bermula / direnew. Kalau tak, tak dapat nak renew setahun, terpaksa tambah tempoh insuran.

      Reply
  34. Hady

    Assalamualaikum bro, macam mana pulak kalau mcm saya ni, motor still under monthly payment kat bank lagi…ade member kate orang kedai motor tu yg akan buatkan payment utk roadtax dan insurans..sbb geran ada pada diorang…

    Reply
    1. saharol Post author

      @Hady, wkslm. ok, confirmkn dulu geran tu sapa yang pegang, tapi biasa orang cakap memang bank yang pegang. tapi tak kisahlah sapa yang pegang, Hady sebagai pemilik motosikal tu ada hak untuk minta geran tu untuk tujuan renew insuran dan roadtax. Sangat digalakkan renew sendiri untuk mengelakkan diri ditipu, dan sebagainya.

      P/s: Tapi, buat masa sekarang, sistem baru JPJ masih sangat lambat. Kalau nak renew insuran gak selalu problem belum masuk dalam sistem. Jadi, kalau masa nak renew nanti jangan hairan la kalau terpaksa tunggu lama.

      Reply
    1. saharol Post author

      @kal, kad yang dimaksudkan tu geran/green card ke? kalau yang tu atau sticker dia hilang, tu kena pergi JPJ la. Kat pejabat pos tak dapat nak buat.

      Reply
  35. Sol

    Bro tumpang tanya….
    saya nak jual motor saya…so sepatutnya kene settle dlu road tax and insuran atas nama pembeli baru dlu baru boleh tukar geran kan?
    so mcmne nak buat yea utk case mcm nie nk buatkan road tax and insuran atas nama pembeli baru? harap dapat membantu.
    thanks!

    Reply
    1. saharol Post author

      @Sol. Haa, tumpang la. Haha

      K, aku tak jamin la apa yang aku bagitau ni betul ke tak. Takut tersilap susah lak. Apapun, as far as I know *tetiba speaking*, kalau nak tukar nama hak milik, perlu settle insuran terlebih dahulu. Insuran atas nama pemilik baru untuk pertukaran hak milik kena buat kat ejen luar, dah settle nanti baru Sol dan owner baru motosikal tu gi JPJ untuk pertukaran nama hak milik. Geran kalau masih belum penuh, tak rosak dan seumpamanya masih guna yang lama, cuma kat bahagian belakang geran tu kat tengah2 diprint nama owner baru.

      Kalau tak silap, owner asal dan owner baru kena fotostat IC masing-masing sekeping (bawa IC original gak) untuk pengesahan. Ada borang korang kena isi. Tanya kat petugas kat sana, borang pe nak diisi. Polisi insuran lama dan geran original jangan lak lupa bawa sekali. dan Geran tu pun perlu difotostat sekeping.

      Selebihnya, petugas sana akan urus. Tapi, tak digalakkan buat pertukaran nama hak milik sekarang pasal sistem JPJ yang baru digunapakai sangat lambat, ia tak effect masa yang diambil untuk melakukan pertukaran nama hak milik pasal masa nak raya haritu diri sendiri pun ada gi JPJ atas urusan yang sama, sekejap je. Cuma mungkin merana menunggu giliran. Haha ;D

      P/s: Sila rujuk JPJ sebaiknya, dan kalau boleh dah selesai urusan pertukaran nama hak milik owner baru, share2 la info kat sini. Senang orang lain nak rujuk. Sekian.

      Reply
  36. razi

    Nak tanya.. dekat road tax tu ade tulis nombor banyak kan.. ape maksudnye yer?? Yg saya tu harga road tax jer.. nombor2 yg lain sy x tau.. boleh bagi tau tak??

    Reply
  37. nurul syuhada

    Assalamualaikum

    Saya tahun ni baru nak try buat sendiri renew roadtax di pejabat pos.Sebelum ni minta agen insurans buatkan renew roadtax dan insurans.

    Selepas baca penerangan di atas,saya cek green card.Last maklumat diprint adalah pada 2010.

    Macamne ek.Akan ada masalah tak saya nak renew dalam masa terdekat ni.Setiap tahun memang perbaharui cuma tu la saya tak perasan pasal green card tu camane boleh tak de maklumat tahun 2011-2012.

    Reply
    1. saharol Post author

      @nurul syuhada, wkslm. Biasanya, takde print kat belakang geran bila roadtax direnew menggunakan servis MYEG. Takkan ada masalah. Cuma kalau nak renew insuran sekali kat pejabat pos, pastikan bawa polisi insuran lama khuatir sistem tak dapat kesan NCD, petugas perlu keyin maklumat insuran lama jika benda ni terjadi. Tapi, kalau takde pun takpe. Bawa je green card. Nanti petugas kaunter akan sarankan Syarikat Insuran yang sesuai mengikut jenis polisi 1st pt atau 3rd pt, umur kenderaan tersebut dll.

      Pendek kata, takde masalah kecuali offline atau kena tunggu giliran. Hehehe. ;D

      Reply
  38. syafiq

    Bro.. aku dengar sekarang dah tak boleh renew roadtax kat post office lagi.. betul ke? roadtax nak mati lagi 2 hari ni huhuhu

    Reply
    1. saharol Post author

      @syafiq, boleh je renew roadtax, xda masalah. Cerita pasal takleh dah renew roadtax kat pjbt pos tu cerita yang dibesar-besarkan oleh orang je gara-gara penukaran sistem lama jpj ke sistem baru. Waktu tu nak dekat raya, sistem waktu tu memang xstabil la. sekarang dah ok. Dah pernah orang tanya pasal mende ni. ;D

      Reply
  39. Viveg

    nak tanya..road tax saya da tamat t..tempoh semingu lepas..baru perasan ari ni..ari ahad pulak..x leh na renew lak.. grean lak kat kedah..saya kat shah alam..dah minta orng kat uma tolong renew..tapi paling lewat saya boleh terima dlm ari rabu ni..kalu ada road block kena saman tak… bab x lebih sthun lagi

    Reply
    1. saharol Post author

      @Viveg, of course la kena saman. Cuma kadang-kadang tu ikut nasib la, kalau pihak yang menahan tu moodnya ok dan boleh bawak berbincang, selamat la kot. Tapi kebiasaannya memang kena la, lagipun bagi kebanyakan orang alasan macam ni dah lama orang gunakan, susah sikit nak diterima sebab roadtax + insuran boleh diperbaharui 2 bulan sebelum expiry. Gerenti diorang akan tanya kenapa tak renew awal?

      P/s: Tapi, nak wat camanakan, kadang-kadang pun boleh lupa. Hati-hati je la. Nak lebih selamat, gunakan kemudahan awam buat sementara waktu sehingga dah ada sticker/piring lkm kenderaan tu dah ada kat tangan. 😀

      Reply
      1. DIN

        Assalam..encik saharol…nak tnye…roadtax moto saya…tmt tmpoh 27/9/2013…insurans sy dh bli/renew..tp sya xsempat nk renew roadtax…maknenya esok roadtx sy dh mati…boleh ke saya renew kt pjbt pos.??..saya kene pergi PUSPAKOM atau xperlu..?

        Reply
        1. saharol Post author

          @DIN, wkslm. Encik DIN boleh terus je pergi ke pejabat pos untuk renew roadtax. Pergi puspakom hanya bila roadtax dah setahun tak direnew / dibiarkan expiry (kecuali motosikal, terus ke JPJ).

          Reply
          1. DIN

            Oooo..terima kasih…tp yg masalah offline tu..24 jam ke..?..sy duk kat shah alam…dah 2hari pejabat pos kate offline..

          2. saharol Post author

            @DIN, masalah offline ni di luar kawalan kerani kaunter. Kadang2 dua tiga jam dah ok, ada yang sepanjang hari. Pendek kata, tak dapat nak janji apa2. Sebaiknya, kalau terjadi perkara macam ni, terus ke JPJ atau minta no.telefon pejabat pos untuk bertanya kalau2 masalah offline dah selesai. Kalau Encik DIN sibuk atas urusan kerja, bolehlah minta kawan atau saudara mara untuk renewkan roadtax. Takde masalah.

  40. nagano

    tq bro atas perkongsian…ko telah menambah artikel berguna kat ruang internet…tq so much bro…aku hanya mampu belanja doa sajala…:)

    Reply
  41. john

    salam,
    saya ada sebijik motor.
    sudah 5 bulan tamat insuran dan roadtaxnya.
    so:

    a) kalo nk renew insuran, kene g syarikat tu ke, or pjabat pos je?
    b) kalo takmo renew, nk beli insurans baru leh ke kat pjbt pos?
    c) kalo mkn goreng pisang lam pjbt pos leh ke?

    Reply
    1. saharol Post author

      @john, wkslm.
      a). Boleh je terus ke pejabat pos untuk renew insuran + roadtax sekaligus.
      b). Boleh je beli insuran baru je kat pejabat pos tanpa renew roadtax.
      c). Makanlah, aiman tak kisah. Haha ;D

      Reply
  42. keyzman

    Salam bro nk tnye,kalo road tax rosak/hilang bleh buat blik x?
    Kalo bleh ktne?
    N than kalo kete dah 15thn insuran 3rd party bleh tkar ke 1st party x?

    Reply
    1. saharol Post author

      @keyzman, wkslm. Roadtax sticker kereta atau motosikal yang rosak/hilang boleh buat balik tapi kat JPJ la. Kat Pejabat pos tak dapat. Kebanyakan syarikat insuran tak terima 1st party utk kereta yang dah 15 tahun, tapi boleh je tukar, cuba ambik insuran etiqa atau multi purpose.

      Reply
    1. saharol Post author

      @justMi, wkslm. Itu terpulang pada kehendak masing2. Tak semua suka sangat pakai servis myeg sebab bagi sesetengah orang ianya leceh untuk taip maklumat kenderaan dll. Tutorial yang disediakan ni sekadar untuk berkongsi tips berurusan di pejabat pos,punca masalah dan cara menyelesaikannya lagi2 bagi yang baru pertama kali mempunyai kenderaan sendiri. 😉
      Lagi satu antara kelemahan myeg ialah bila nak claim insuran. Cuba buat search kat google. Ianya berkaitan tiada printing pada belakang geran.

      Reply
  43. shaiful

    Tahukah anda kenapa bayar lebih pada pihak insuran ?? ( itu semua Poyo)

    – Sebelum anda ingin renew insuran motokar ( Cek kat bank baki terkini tidak termasuk bunga )
    – Renew insuran baki dibank sahaja (tidak termasuk bunga)
    – Dapatkan info dimana-mana harga market kereta awak Terkini.

    * Kesimpulan kata sini saya nak terangkan pada semua rakyat malaysia*
    – Kita sering diarah oleh agent insuran untuk Sum Cover lebih tinggi dari baki di Bank agar berlaku kehilangan kenderaan . kita boleh tuntut nilai esat kereta kita tadi dengan jumlah yang tinggi dan bayar balik di bank ..kita masih ada duit poket @ duit deposit untuk beli kereta baru…??

    Contoh :

    Baki Bank : RM 20,000
    Bunga 2.5% : RM 10,000 ( 9 Tahun pinjaman )
    Total : RM 30,000

    Agent / Hq insuran :
    Sum cover : 35,000
    1 Tahun : 1,535.00
    Ncd : 25%
    Jumlah : RM 1151.35 (Perlu Bibayar)

    *** Jika kita lihat wow ,,,Jika hilang kereta pihak insuran akan cover RM 35,000.00 sedangkan baki dibank ada RM 30,000.00 so aq masih ada baki RM 5,000.00 …

    +++ Anda SALAH ++++
    Anda kena tipu aje oleh pihak insuran …

    +++ Jika Berlaku Kehilangan kereta+++
    1) Insuran akan bayar kepada anda ( 80-100% ) bukan sum cover 35,000.00
    2) Insuran akan bayar kepada anda ( 80-100%) value market kereta anda ..
    Contoh :
    Di Used Car model kereta anda : Viva basic (A) tahun 2012 RM 15,000.00
    +++ Jadinya insuran akan bayar pada anda ( 80-100% ) RM 15,000.00 so kita kena bayar baki dekat bank selebihnya+

    JAdi tak payah nak renew insuran lebih-lebih ikut market aje lah…..itu pasal bila hilang adjuster ambil masa 6 bulan untuk clearkan claim..sbb kita kena bayar 6 bulan kan bank swalaupun kereta tak ada….Ini cara dia orang bijak biz.

    Reply
  44. sam

    bleh x bg penerangan lebih detail setiap tulisan yg ada kat cukai jalan tu…dan kalo bleh bglah cth cukai jalan utk lori2 skali…tq

    Reply
  45. qhazrul

    R0adtex aku mati arini..kalau nak renew cukai jalan untuk 6bulan je dulu b0leh ke.?

    Reply
  46. zacky

    Salam bro nk tnya ye.
    Roadtax sy hbis 21.12.2013. Tp insurans sy smpai 4.6.2014. SO cmne ea? sy kne renew insurans ke utk renew roadtax? or terus boleh renew roadtax utk 6 bulan trus kt pjabat pos? xyah renew insurans ke? Thnks.

    Reply
    1. saharol Post author

      @zacky, wkslm. Kalau betul kiraan saya, rasanya insuran kenderaan zacky kurang 17 hari. Untuk renew roadtax 6 bulan tak boleh kurang dari 14 hari. Jadi kena extend insuran dulu la baru boleh renew roadtax.

      Reply
  47. momo

    salam bro, ank tnya. semua pjbt pos ada menyediakan prkhdtan renew roa tax, insurans ke?atau yg terpilih je. mcm tmpat aku dia luar bandar, kpjbt pos kecik je. tapi kalau internetada, ok smua boleh kan. atau ada link yg boleh aku rujuk senarai pbt pos yg tawarkan prkdmtan ini. tq bro

    Reply
    1. saharol Post author

      @momo Wkslm, semua pejabat pos dan pos bergerak boleh je renew insuran dan roadtax. Kecuali pejabat pos mini. Ur are welcome. 🙂

      Reply
  48. sha

    Salam, sy bru 1st time nk renew roadtax moto..sy bli moto 2nd hand & xtahu psal insuran 2..msa bli moto roadtax krani kt kdai moto 2 yg tlg buatkn..sy kna prgi kdai mto 2 blik ke cmne@_@ #sy mmg xtahu lgsung

    Reply
    1. saharol Post author

      @sha, wkslm. Tak perlu pergi ke kedai moto tu balik. Cuma kalau nak renew insuran & roadtax sekaligus, bagitau je kerani yang bertugas yang sha memang takde polisi lama. Boleh je renew insuran. Nanti tinggal pilih je la syarikat insuran yang dimahukan.

      Reply
  49. Shamil Adnan

    Salam bro…nak tanya
    1-Boleh renew roadtax kt pejabat pos ke?
    2-dorang akan check saman skali ke?
    3-Untuk Motorsikal sahaja

    Reply
    1. saharol Post author

      @Shamil Adnan, wkslm.

      1. Boleh je.
      2. Biasa kalau renew roadtax, takkan check saman sekali. Saman ni ada dua, satu saman polis, satu lagi JPJ. Kalau ada saman JPJ, sistem akan automatik akan mengeluarkan arahan agar rujuk JPJ. Kalau nak check saman polis boleh gak.
      3. Untuk kenderaan selain motosikal pun boleh. Takde masalah kecuali rigid decon.

      Reply
      1. angg

        assalam en.
        1. klau nk renew roadtax&insuran motorsikal , kena jlas dhulu ke saman ?

        Reply
        1. admin (saharol) Post author

          @angg, wkslm.

          Tak semestinya. Selagi mana dalam sistem tak block, boleh je renew roadtax dan insuran. Tetapi sebaiknya jelaskan terlenih dahulu saman yang ada, lagi-lagi masa tengah promosi diskaun 10% bagi saman pdrm sekarang ni. 🙂

          Reply
  50. ryn

    salam, nak tanya. sy beli keta 2nd hand. roadtax keta mati 4/1/2014. insurans pulak 8/10/2014. jd ada masalah x nak renew roadtax? pd fahaman sy, sy cuma boleh renew roadtax utk 6 bulan je dan bila nak renew roadtax 6 bulan kemudian pulak nanti (bulan 6 2014) saya kena idupkan insurans dulu walaupun insurans tu tamat bulan 10 nanti. betul x?

    Reply
    1. saharol Post author

      @ryn, wkslm. Ya, renew 6 bulan terlebih dahulu kemudian extend / sambung tarikh insuran dengan ejen luar supaya cukup 6 bulan. Baru dapat renew roadtax untuk 6 bulan seterusnya.

      Reply
  51. taufik

    salam,
    1)saya nak angkat motor 2nd pnyer..tp moto 2 ad saman..so ape yg prlu sy bt?owner moto 2 kne byr saman dulu ke?
    2)n then,step beli moto 2nd, kne tkr nme hak milik dulu ke atau kene renew roadtx n insuran dulu?sbb ary rabu ny da nk agkt moto..hrp mmbantu..thank..

    Reply
    1. saharol Post author

      @taufik, wkslm. Kes macam ni tak berapa pasti. Rasanya saman tu kena bayar dulu pasal biasanya kalau moto tu ada saman, masa nak renew roadtax nanti sistem akan automatik block. Sebaiknya renew insuran terlebih dahulu atas nama taufik (sebab tu syarat untuk membolehkan pertukaran nama hak milik dibuat) dan kemudian pergi ke JPJ untuk urusan pertukaran nama hak milik & pembayaran saman.

      P/s: Kena tanya orang yang kerja kat JPJ, diorang lebih tahu. Sebab dah diluar pengetahuan saya sendiri. ;D

      Reply
  52. taufik

    klu sy amik insuran 3rd party..motor sy 125cc..agak2 brpe ye kos?

    Reply
    1. saharol Post author

      @taufik, tak sure sangat berapa. Dekat Rm100 kot. Sebaiknya usahakan bawak lebih duit.

      Reply
  53. taufik

    lupa…boleh ke sy beli insuran dkt pjbt pos tnpa geran motor?just bwk diri n gtw nak beli insuran motor…bleh ke?sbb owner motor tu suruh sy beli insuran dulu

    Reply
    1. saharol Post author

      @taufik, Kalau kes nak buat pertukaran nama hak milik kenderaan kena bawa geran. Dan kena buat kat ejen luar je sebab kat pejabat pos tak dapat buat nama pemilik baru untuk polisi insuran moto tersebut.

      Reply
  54. takfaham

    selama nie aku renew roadtax kat pejabat pos bagi ic je…..tak pernah plak bagi green card….

    Reply
    1. saharol Post author

      @takfaham, selama aku keja pun tak pernah terima urusniaga renew roadtax tanpa geran. Pejabat pos mana yang terima ic je tu? Teringin gak aku nak tau. ;D

      Reply
  55. supian

    as salam shah rol.mahu bertanya ,saya renew insurans pada 9/12/2013 di pejabat pos dan terlebih masa untuk renew roadtax disebabkan ada masalah yang tak dapat dielakkan,. Pada 9/1/2014 saya baru renew roadtax tapi hanya valid 6 bulan sahaja.. Ini kerana telah terlebih masa 2 minggu yang diberikan …Apa perlu saya buat? Tambah insurans lagi 1 bulan ka? if saya tambah macam mana insurans yang saya beli untuk 1 tahun pada permulaan haritu. Mohon bantuan penjelasan sedikit.. Renew insurans itu hanya boleh dibuat agen luar , disebabkan Pejabat Pos hanya boleh buat untuk 1 tahun kan ?

    Reply
    1. saharol Post author

      @supian, wkslm. Ok, kalau kes macam ni cara nak selesaikannya mudah je. Pertama, kalau insuran dah renew tapi lewat pulak renew roadtax lebih dari 2 minggu memang tak dapat nak renew 1 tahun. Tetapi, renew 6 bulan je dapat. Jadi, renew dulu 6 bulan. Bila nak renew 6 bulan akan datang, cuma kena pergi tambah tarikh insuran supaya cukup untuk 6 bulan renew roadtax baru dapat renew.

      renew 6 bulan dahulu + 6 bulan kemudian = 12 bulan = 1 tahun. Macam ni faham tak? ;D

      P/s: Masalah ni terjadi sebab tarikh insuran tu dah bermula / berjalan tapi memandangkan roadtax tak direnew pada tarikh yang sama *lebih dari 2 minggu*, sebab tu tarikh insuran dah tak selari. Kena tambah hari/bulan yang dah berlalu supaya cukup semula untuk 6 bulan lagi. Harap penjelasan ni tak berbelit, kang sembelit susah pulak. Hehe

      P/s: Ya, kat pejabat pos insuran cuma boleh buat untuk 1 tahun sahaja.

      Reply
  56. ashihei

    salam , saya nak tanye.. sy bru beli kereta 2nd, rodtax da mati 18/12/13. nama pun xtkar lagi.. jadi skarang saya nak tau la kan, kalau sya beli insuran atas nama saya and hidupkan rodtax..
    1. tkar nama kmudian boleh ke ?
    2. ada due date x ntok tkar nama ?
    mohon pencerahan.. trima kasih..

    Reply
    1. saharol Post author

      @ashihei / winston,

      1. Tak boleh, sebab sistem akan mengeluarkan notis insuran tidak sah. Untuk pertukaran nama hak milik, insuran mesti dibeli dari ejen luar. Beli insuran terlebih dahulu dan terus pergi tukar nama hak milik di JPJ. baru boleh renew roadtax.
      2. Untuk tukar nama biasanya 7 hari kalau tak silap. Tak pasti, waktu saya sendiri tukar nama hak milik motosikal, waktu tu dah terlewat sebulan lebih kot. Rujuk JPJ untuk maklumat yang lebih tepat.

      Reply
  57. winston

    kwn ad soalan….
    1) jika da beli insuran melalui agen, boleh ke hidupkan cukai jalan di pejabat pos ?
    2) adakah lbih baik untok hidupkan cukai jalan sama dngan hari beli insuran ?

    Reply
    1. saharol Post author

      @winston,

      1. Boleh je. Tapi kalau waktu nak renew roadtax petugas/kerani bagitau insuran belum ada/tidak sah, ertinya insuran belum dikemaskini dalam database JPJ. Kena hubungi pihak ejen insuran tersebut untuk tindakan selanjutnya.
      2. Ya, lebih baik. Jangan ditangguhkan sebolehnya.

      Reply
  58. jemay

    Kalau pemilik mninggal kurang dari sthun.. bleh x renew kt pejabat pos…..

    Reply
    1. saharol Post author

      @jemay, biasanya dalam sistem akan keluarkan notis rujuk JPJ. Jadi, kena gi JPJ la. ;D

      Reply
  59. Faizal

    roadtax amber tamat bln 4… tapi roadtax hilang bln 1 aritu… skrg survival hrp2 roadblocks xderr… so skrg bln 2 dh nk renew roadtax kan.. ke nk wat gne???

    Reply
    1. saharol Post author

      @Faizal, kalau sticker atau geran hilang, memang kena pergi ke JPJ untuk buat yang baru.

      Reply
  60. ingin tahu

    Salam admin. Sekiranya dah lebih sebulan inspection motor kat pupakom baru nak renew roadtax insurans boleh lagi tak bro ke surat tu ada expire date lepas kita inspection tu?

    Reply
    1. saharol Post author

      @ingin tahu, wkslm. Rasanya ada expiry date sah untuk 3 bulan sahaja kat bahagian bawah surat tu menurut senior saya.Apapun, mohon rujuk JPJ sebab memang dah di luar pengetahuan saya. Dan lagi satu kalau baru lepas inspection, kena renew insuran dari ejen luar dan roadtax lak di JPJ sendiri.

      Reply
  61. Muhammad Fauzan

    Assalamualaikum. Saya nak bertanya, kalau geran hilang macam mana ye?

    Reply
    1. saharol Post author

      @Muhammad Fauzan, wkslm. Kalau geran hilang. Buat laporan polis terlebih dahulu dan kemudian dapatkan geran baru di JPJ.

      Reply
  62. euss accord

    Tq admin.. info yg amat berguna dan memudahkan.
    Saya memang tercari2 jawapan tentang roadtax 6 bulan perlu dihidupkan dalam masa sebelum 14 hari.
    Saya punya dah hampir sebulan tak perasan. Huhu

    Reply
  63. siti rahayu

    Assalamualikum ..

    Roadtax sy mati pada 18.3.2014 dn insuran sy mati pd 21.9.2014 .. sy ingat mahu membuat pembaharuan semula di pejabat pos tp yg mjadi masalahnya polisi insuran sy agen insuran yg pegang .. jd utk pertanyaan adakah sy dpt perbaharu cukai jln tanpa bawa polisi insuran.

    pihak agen mahu tolong perbaharui cukai jln dn mereka kenakan bayaran sebanyak RM170.00 (roadtax dn charge insuran) .. adakah berbaloi sy menyuruh mereka sahaja yg perbaharui atau sy buat sendiri.

    Reply
    1. saharol Post author

      @siti rahayu, wkslm. Cukai jalan boleh dibayar tanpa perlu membawa polisi insuran, memandangkan insuran mati pada 21.09.2014, siti rahayu bolehlah memperbaharui cukai jalan untuk 6 bulan terlebih dahulu. Sewaktu dalam masa 2 bulan cukai jalan hendak expiry, bolehlah memperbaharui insuran + cukai jalan untuk 1 tahun seterusnya samada di ejen luar ataupun di pejabat pos. Polisi insuran cuma perlu dibawa sewaktu ingin memperbaharui insuran.

      Biasanya apabila ejen luar yang menolong memperbaharui cukai jalan sekaligus, mereka akan mengenakan caj rm10.00. Berbaloi atau tidak, saya tak pasti sebab rm170 itu untuk roadtax dan charge insuran untuk tambahan lagi 6 bulan kan? Memandangkan harga insuran pun dah naik 15%, dan untuk tambahan / sambung tarikh insuran hanya boleh dibuat dengan ejen luar. Kat pejabat pos tak dapat, pasal harga tu berbaloi atau tak kena rujuk ejen luar yang lain gak la. ;o

      Reply
  64. siti rahayu

    Saya membeli kereta myvi 2nd dn roadtax sy mati pada 18.3.2014 manakala insuran sy mati pd 21.9.2014 .. sy ingat mahu membuat pembaharuan semula di pejabat pos tp yg mjadi masalahnya polisi insuran sy agen insuran yg pegang .. jd utk pertanyaan adakah sy dpt perbaharu cukai jln tanpa bawa polisi insuran.

    pihak agen mahu tolong perbaharui cukai jln dn mereka kenakan bayaran sebanyak RM170.00 (roadtax dn charge insuran) .. adakah berbaloi sy menyuruh mereka sahaja yg perbaharui atau sy buat sendiri.

    Reply
  65. bro tak

    Abg Saharol blh tlg bg senarai syarikat insuran yg blh di renew di pjbt pos, ajen insuran jauh sngt, lgpn dpt jimatkn masa & kos

    Reply
  66. SAFWAN

    salam bro,
    nak tny ni..moto saya roadtax n insurans da tmat tempoh,dah lebih dari setahun..so,maknanya kne g buat inspection dlu la kn sblum nak renew..masalahnya,nama pada geran still nama owner lama..dan owner lama tak dpt dikesan..boleh tak saya g wat inspection masa nak renew tu pkai nama owner lama kat geran?harap dpt bantu merungkaikn msalah sy ni…terima kasih

    Reply
    1. saharol Post author

      @SAFWAN, wkslm. Maaf la. Kes macam ni dah diluar pengetahuan saya sendiri. Mohon rujuk JPJ. ;O

      Reply
  67. zahra

    Assalamualaikum. ..sy nak tanya..sbb ni 1st time beli kereta so x tau psl insurance sume ni..ikut je agent jual kereta tu. Tau2 insurance tokio marine tp sy nak tukar kpd takaful. Cara dia mcm mana ya..? Tq..your help is very much appreciated

    Reply
    1. saharol Post author

      @zahra, W’laikumsalam. Dua cara je yang saya tahu, pertama pergi ke mana-mana ejen insuran seperti etiqa takaful minta diorang batalkan insuran lama dan buat insuran baru. Tapi kena bayar lagi la. Cuma persoalannya kalau dah renew roadtax tu tak taulah ada masalah ke tak nanti. Saya sendiri tak pasti.
      Cara kedua paling senang dan tak makan kos extra. Tunggu je dalam masa 2 bulan insuran & roadtax nak expiry, bolehlah pergi ke mana-mana pejabat pos renew menggunakan insuran baru iaitu etiqa takaful dan terus renew roadtax.

      Reply
  68. kavin ngang

    bro, minta tolong sikit. dua hari lepas, saya baru kena saman jpj kerana roadtax motocycle saya telah expired 2 bulan( bukan motor saya ). Habis, macam mana ini?
    1st, pergi post office renew insurans dahulu atau bayar saman dahulu ? kerana pegawai yang tulis saman kepada saya kena pergi court. Apa hal kena pergi court ????
    apa yang kena saya buat ? pergi renew insurans dulu lepas tu pergi renew roadtax dan terakhir pergi bayar saman ?
    minta tunjuk ajar sikit ~

    Reply
    1. saharol Post author

      @kavin ngang, biasanya saman yang masih baru lambat sikit dikemaskini dalam sistem. Paling cepat pun 3 hari, ada yang dah seminggu, dua minggu pun masih tak dikemaskini. Tapi takpe, boleh je cuba lakukan semakan di pejabat pos. Dan kalau memang dah dikemaskini di dalam sistem, bolehlah membuat pembayaran secara terus. Tak pasti pasal arahan pergi ke court nih. Sebab tu kena tanya sendiri dengan pihak JPJ. Boleh juga cuba terlebih dahulu renew insuran & roadtax di pejabat pos.

      Tapi kalau waktu nak renew roadtax, petugas kaunter menyatakan kena rujuk JPJ gak, kenalah jawabnya. Kalau tak, boleh je renew. Nasihat saya kalau gagal atau berjaya renew roadtax kat pejabat pos, selesaikan pulak saman kat JPJ asap (as soon as possible) untuk mengelak dari timbul masalah seperti blacklist dll.

      P/s: Pastikan masa nak buat semakan saman, suruh petugas kaunter lakukan semakan ke atas no. plat motosikal tersebut dengan ic (berasingan) memandangkan motosikal tu atas nama orang lain kan?

      Reply
  69. ALIFF

    salam.. saharol.. saya bru nk beli kereta 2nd.. owner nak balik insuran dia jadi saya kne buka insuran baru.. cm mana proses nk buat insuran baru.. boleh x buat kat pejabat pos?.. berapa agaknya kos utk buka insuran baru kereta 1.6 nk buat 3rd party.. dn insuran ape paling ok.. terima kasih

    Reply
    1. saharol Post author

      Wkslm, kebiasaannya untuk kenderaan baru dibeli lagi2 yang 2nd buat kat ejen luar kemudian renew roadtax di jpj. Tahun depan baru buat kat pejabat pos. Setahu saya, insuran lama kalau masih belum expiry terpaksa gak buat baru atas nama ALIFF sendiri, insuran lama akan automatik dihapus selepas tu. Baru boleh lakukan pertukaran nama hak milik kat jpj dan renew di sana. Kos dia tak pasti sebab ada berlaku kenaikan harga insuran sebanyak 15%, dan memandangkan kereta yang baru ditukar hak milik akan automatik ncd 0%, jadi harga memang mahal la.

      Saranan walaupun kereta tu 2nd hand, jangan ambil third pt kalau masih loan. Takut apa2 jadi, hangus macam tu je. Boleh cuba beli insuran etiqa takaful. Sama-sama. Semoga membantu.

      Reply
  70. Sha

    Saya nak tanya, insurans kereta saya berbaki 6 bulan daripada tempoh expired cukai jalan.

    Persoalannya, tidak kurang daripada tempoh 2 minggu apakah yang encik maksudkan seperti ayat di atas. Adakah jika roadtax saya expired 20 May, dan insurans saya expired 20 Nov, maka saya perlu perbaharui cukai jalan pada 6 May? Begitukah?

    Mohon pencerahan lampu spotlight daripada admin.

    TQ

    Reply
    1. saharol Post author

      @Sha, tak. Maksudnya macam ni. Katakan lah tarikh insuran & roadtax selari *cukup untuk renew roadtax 6 bulan atau setahun*. Ikut contoh Sha sendiri, roadtax expiry 20 may, jadi dalam jarak sebelum masuk hari ke-14 selepas expiry roadtax tu Sha mesti renew roadtax. Kalau tak, tak dapat renew untuk 6 bulan seterusnya. Mesti tambah insuran terlebih dahulu. Cukup cerah tak ? Guna lampu minyak tanah je nih. 😀

      Reply
      1. Sha

        Terima kasih Tuan Tanah atas pencerahan.

        Btw, pencerahan lampu minyak tanah anda sangat cerah hingga terpaksa pakai shades.

        Reply
  71. cici

    nk tnya,agak2 berapa harga kalau nak extend roadtax yang tamat tempoh lebih setahun?

    Reply
  72. cici

    nak tanya.kalau sy buka insuran motosikal dengan allianz pada 28/5/2014.tapi tertulis di covernote insuran start 10/6/2014.boleh tak nak renew roadtax sebelum 10/6/2014?

    Reply
    1. saharol Post author

      @cici, boleh je. Asalkan tarikh insuran tu selari dengan tarikh insuran sebelumnya dan tarikh roadtax expiry. Roadtax boleh direnew seawal 60 hari sebelum expiry.

      Reply
    1. saharol Post author

      @nor, dapat terus sticker roadtax ke? ya. Sama gak kalau buat kat pejabat pos.

      Reply
  73. Nur Aziemah Binti Abd Azis

    (Bagi yang betul2 dah setahun tak renew, korang kena pergi ke puspakom terlebih dahulu untuk membuat pemeriksaan terhadap kenderaan korang samada selamat digunakan atau tak. Lepas tu renew insuran kenderaan/motosikal , baru pergi ke JPJ. Insyaallah semuanya selesai. Bagi motosikal je tak perlu ke puspakom, terus ke JPJ).

    Saya merujuk kepada kenyataan en di atas…sy tinggal di Tanjung Malim, Perak..boleh ke saya bawak motor saya inspection di jpj Kalumpang..kemudian renew insurans dan roadtax di jpj Kuala Kubu Bharu.?

    Reply
    1. saharol Post author

      @Nur Aziemah Binti abd Azis, rasanya takde masalah asalkan pihak JPJ ada memberi surat pengesahan inspection. Tapi mohon rujuk dengan pihak JPJ sendiri sebab benda nih dah diluar pengetahuan saya. Khuatir pihak JPJ tak benarkan/luluskan dua kali kerja nih. ;O

      Reply
  74. zulfadhli

    bro saye nak renew roadtax motor . geran motor nie atas nama abg saye . so boleh ke saye renew ?

    Reply
    1. saharol Post author

      @zulfadhli, takde masalah. Wakil atau pihak ketiga boleh tolong renewkan roadtax milik orang lain. Asalkan bawa geran/green card. Dan juga duit pasal ianya bukan percuma. ;D

      Reply
  75. Syuhada

    Salam. Good info. Just nak tanya. Ada beza x renew roadtax kat post office atau by myeg? Sebab selalu sye mmg guna service myeg je. Quotation smue drg yg bgi, kte tggl byar je n esoknye org myeg akan htr roadtax tu by hand ke ofis or rumah kita.

    Reply
    1. saharol Post author

      @syuhada, W’laikumsalam. Takde perbezaan ketara sangat sebenarnya. Cuma dari segi pengetahuan tentang cukai jalan dan perbezaan harga insuran dll mungkin agak kurang difahami dan diketahui oleh pelanggan. Selain tu ialah bila nak claim insuran, perlu dapatkan printing kat belakang geran. Agak susah bagi orang yang duduk di kawasan pendalaman dan tiada pejabat myeg berdekatan. Melalui pembacaan dari blog dll hasil pengalaman blogger lain, untuk dapatkan printing tersebut memerlukan pemilik sendiri datang ke pejabat untuk pengesahan menggunakan cap jari kalau tak silap.

      Tapi tak tahulah kalau dah ada improvement. Kena rujuk dengan pihak MYEG sendiri. Jadi kalau Syuhada tertanya-tanya mana lagi bagus? Saya bagi contoh lain. Kita ambil contoh topup. Sama macam cukai jalan/insuran kena sentiasa bayar/beli. Katakan saya kat pejabat tiba-tiba nak calling takde kredit, saya boleh je beli topup kat pejabat. Kalau tengah jalan-jalan kat luar lak boleh beli kat kedai topup.
      Dan katakan lak tengah malam nak pakai topup. Tapi malas nak keluar rumah, ataupun takde pulak kedai macam 7eleven berdekatan, boleh je topup online. Pendek kata, gunakan mana-mana perkhidmatan sekalipun yang mana rasa lebih memudahkan diri dan selesa. Takde masalah dan takde paksaan disitu. 😀

      Reply
  76. deen

    salam bro..saya ada masalah nak renew rotex ni..
    -motor saya ada saman pdrm pada 6/4/2013
    -motor saya dah tamat rotex lebih setahun

    masalahnya boleh x nak p terus renew rotex kat pejabat pos?? sebab member cakap saman pdrm x pe..saman jpj je yang nanti sangkut kat sistem..
    n kalau kena p inspection…boleh ke just terus p inspection je tanpa perlu bayar saman pdrm ni..
    boleh x renew rotex ni tanpa bayar saman pdrm ni?
    boleh bagi step x untuk renew rotex saya dengan situasi saya sekarang ni…

    Reply
    1. saharol Post author

      @deen, wkslm. Ya, saman pdrm berbeza dengan saman JPJ. Tapi kalau deen nak boleh je bayar sekali saman pdrm kat pejabat pos. Motor yang dah tamat roadtax lebih setahun wajib renew kat JPJ sendiri pasal automatik sistem block kalau nak renew kat pejabat pos. Rasanya masih boleh elak dari bayar saman pdrm untuk renew roadtax. Tapi kalau kena suruh bayar gak, tu tak pastilah.

      Kalau motor yang dimaksudkan motosikal, inspection buat terus kat JPJ. Kalau selain tu, puspakom terlebih dahulu. Baru renew insuran sebelum dapat renew roadtax lak kat JPJ. Tapi saya galakkan jangan tangguhkan pembayaran saman pdrm tu kalau ada lagi-lagi kalau yang baru nyer pasal ada diskaun 50% dalam masa sebulan saman dikeluarkan.

      Reply
  77. Jai Kajang...

    Exora road tax utk setahun berapa ringgit yea..

    Reply
  78. junita

    Blurr haha..memang boleh renew kat mana2 pos opis ek? Road tax dah expiry 2 minggu, insuran pun

    Reply
  79. farhana

    Salam admin..sy bru first time nk hidup roadtax sndri…sy pki citra tahun 2006..agak2 boleh tak ambik third party..kete mpv memang insurans mahal ke noleh pilih

    Reply
    1. saharol Post author

      @farhana, wkslm. Boleh tu memang boleh. Cuma tak digalakkan atas sebab kenderaan baru umur 8 tahun dan lagi-lagi kalau masih dalam loan. Kebiasaannya pelanggan mengambil third pt bila dah habis loan, dan kenderaan berumur 15 tahun dan ke atas. Dari segi pelindungan pula, digalakkan dan lebih baik ambil 1st party. Menurut senior saya, harga pun tak jauh berbeza. Apa kata orang, macam alang-alang? ;D

      Reply
    1. saharol Post author

      @asyfhan, wkslm. Maaf, tapi memang tak dapat. Kat pejabat pos mini tiada urusniaga renew roadtax dan insuran. ;D

      Reply
  80. farah

    Nk tya skit…insurans n roadtax moto da renew ujg bln 6 ritu…ttbe bln ni bru perasan roadtax hilang…mcmna ye nk wt roadtax bru???kne wt report polis ke??

    Reply
    1. saharol Post author

      @farah, maksudnya piring tu ke (sticker) yang hilang? kalau yang tu hilang, kena gi jpj la untuk print-out baru. Kena caj tak pasti berapa. ;D

      Reply
  81. mus

    salam bro..nk tanye ni,geran mOto ad kt eaon bank masih ad hutang g..nk hidup kn insurans kt bank mana2 pun blh ke..atau bank eaon je yang boleh..?

    Reply
    1. saharol Post author

      @mus, wkslm. Setahu saya boleh je renew insuran kat mana-mana bank atau kat pejabat pos. Cuma geran tu je la kena ambil kat bank. Bagitahu je nak renew roadtax. Diorang akan bagi punya. ;D

      Reply
  82. raditya

    salam , saya nak tanye.. sy bru beli kereta 2nd, rodtax da mati 22/12/2011. so nak tanye cm mane nak perpanjang road tax tu ?

    Reply
  83. asrey

    saharol aq Ada sebuah motor Yamaha tzm150 cc keluaran 1997 ..Surat menyurat Ada tp roadtax dn insurans da mati hampir 10 tahun ..masih ada harapn ka untuk renew ..klw Ada tolong share Cara nya ..Dan berapa anggaran kos nya ..please tolong2x dulu org Susah

    Reply
  84. din

    salam tuan,kalo nk smbung awl insurans n rdtax ,tarikh xpired dia cane ek,cont tarikh xpired sblumnya ka or tarikh yg kite g rnew tu?rugi la kalo smbung awl ttikh x cont..

    Reply
    1. saharol Post author

      @din, wkslm. Roadtax & insuran boleh direnew seawal 60 hari sebelum expired. (Rujuk depan greencard, bahagian bawah). Ada dua contoh mudah untuk difahami:

      1. Kes tarikh expiry untuk insuran & roadtax tak selari
      – Ini biasanya disebabkan pertukaran nama hak milik berlaku sebelum expired roadtax & insuran pemilik lama. Contoh, tarikh expiry roadtax & insuran untuk kenderaan yang dibeli second-hand ialah pada 13/12/2014. Tapi tarikh pertukaran nama hak milik dilakukan pada 13/11/2014. Untuk melakukan pertukaran nama, insuran atas nama pemilik baru perlu dibeli terlebih dahulu & hanya boleh renew untuk 6 bulan sahaja. Ini disebabkan roadtax belum expiry tetapi insuran baru sudah bermula awal sebulan sebelum roadtax expiry. Ingat, seperti yang saya nyatakan di atas, untuk setiap 6 bulan, insuran tidak boleh kurang dari 14 hari. Cara untuk menyelesaikannya, satu sahaja. Selesai renew insuran, renew terus roadtax untuk 6 bulan. Untuk renew lagi 6 bulan kemudian pergi ke ejen insuran di luar untuk membuat tambahan tarikh perlindungan insuran. Seterusnya baru boleh renew kedua-duanya setahun.

      2. Tarikh expiry roadtax & insuran selari
      – Kalau dalam kes ni takde apa yang nak dibinggungkan. Katakan expiry date untuk kedua-duanya ialah 28/12/2014, tapi nak renew awal iaitu pada tarikh 26/12/2014. Maka, tarikh insuran & roadtax tahun seterusnya akan follow up tarikh expiry asal iaitu 28/12/2014. Tarikh baru untuk kedua-duanya ialah 29/12/2014 – 28/12/2015.

      P/s: Diharap penerangan ni membantu. ;D

      Reply
  85. faizreus

    Salam bro, nk tnya ckit….roadtex moto saya dah tamat od 30/12 baru ni….boleh tak saya nak renew kt pejabat pos?

    Reply
  86. rafi

    Saya nak renew roadtax estima (2.4) kat pejabat pos boleh ke?
    Insurans pun boleh guna pejabat pos ke?

    Reply
  87. jali

    ramai org tanya kenapa green card warna pink..cuba cari geran keta moto 70an 80an..memang warna hijau dan tebal..rasa aku saiz A4 tapi lipat 4

    Reply
  88. IBRAHIM MAJID

    Boleh tak gunakan insurance cover note untuk perbaharui cukai jalan?

    Reply
  89. ily

    Boleh ke kalo renew roadtax ikut tarikh lhir? Contoh 12hb hari ahad.(pos ofis tutup)..renew hari isnin esoknya 13 hb..boleh request ke 12hb punya tarikh? hehe

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @ily, takleh la. Hehe. Kecuali, ambil contoh, expiry hari ni 08/10/2015 (insuran & roadtax). esoknya cun pulak tarikh lahir, kena renew esoknya gak la kalau nak sama. atau katakan dah expiry 5/10/2015 (insuran & roadtax). hari jadi 13/10/2015.

      Datang ke pejabat pos pada 6/10/2015, boleh renew insuran je dahulu bermula pada tarikh 13/10/2015.(cakap kat petugas supaya buatkan tarikh insuran bermula pada tarikh tersebut). Tapi, tak dapat renew roadtax terus la, kena tunggu 13 haribulan baru dapat renew. Selesai. Harap membantu.

      Reply
      1. admin (saharol) Post author

        P/s: Tapi, kalau kenderaan tu dipakai hari2, kena hati-hati sebab kena tunggu beberapa hari tanpa ada roadtax. Silap2 kena saman. Rm300 bye2. Perlindungan insuran pun takde. Haha.;D

        Reply
  90. iskandar bujang sum

    salam. saya ada motor LC 135. nak tanya adakah insuran all rider kena wajib diambil ataupun kita bolih ambik single rider. Sebab motor itu orang lain tak pakai, mohon pencerahan.

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @iskandar bujang sum, wkslm. Maaf lambat reply. Untuk singer rider biasanya boleh je ambil untuk 1st party. Tapi tu bergantung kepada syarikat insuran. Sebaiknya waktu nak renew, bagitau petugas agak pilih single rider. Kalau 3rd party pula, biasanya all rider tu wajib.

      Reply
  91. alison

    kalau motor hilang, ada saman, road tax&insuran mati dah setahun nak wat camne? report je atau bayar saman, renew insuran&road tax. geran ada moto jarang guna. guna pon pergi kedai kopi je.

    Reply
  92. Bob

    hi,nak tanya kalau geran motor dah penuh.owner mesti pergi JPJ buat geran baru? klau wakil owner buatkan boleh?

    Reply
  93. azwan

    Salam bro, Sy ad beberapa soalan… Mohon jawab ye…

    1. bru 1st time nk renew roadtax moto..sy bli moto 2nd hand & xtahu psal insurans tu.. Msa bli moto roadtax pekerja kt kdai moto tu yg uruskan.. Sy kna prgi kdai mto tu blik ke cmne?

    2. Kalau sy nk beli insurans lain brp bayarannya ye?

    3. Apa beza 1st pt dgn 3rd pt ye?

    4. Insurans body motosikal ni dikira meliputi keseluruhan motosikal ke? Atau sy kena beli insurans yg lain pulak?
    Tolong jawab… Tq in advance

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @azwan, wkslm. Maaf sebab lambat reply.

      1. Untuk urusan renew roadtax, boleh renew sendiri. Geran kena ambil kat kedai tu la. Tapi kalau malas nak renew roadtax sendiri, boleh je biarkan diorang uruskan. Biasanya ada caj dikenakan.

      2. Boleh je beli insuran lain, jumlah bayaran bergantung jenis insuran yang diambil (1st party atau 3rd party), jumlah diinsurankan dan ada perlindungan tambahan (kemalangan diri) sekali ke tak, ncd. Harga memang berbeza, jadi susah nak cakap berapa. Sedia je la dalam rm150-rm250 kalau 1st party.

      3. 1st party boleh digunakan untuk buat tuntutan jika berlaku kecurian atau kerosakan pada motosikal akibat kemalangan walaupun disebabkan salah sendiri, tetapi 3rd party jika berlaku kemalangan atau kecurian, semua tanggung sendiri. Tetapi pihak ketiga yang dilanggar, boleh membuat tuntutan ke atas insuran motosikal azwan.

      4. Insuran kenderaan memang tujuannya untuk melindungi kenderaan tu je cuma dengan syarat ambil 1st party, 3rd party cuma lindung pihak ketiga. Dan untuk perlindungan tambahan (kemalangan diri) sangat digalakkan ambil sekali sebab walaupun 1st party, penunggang dan penumpang tidak dilindungi.

      Reply
  94. Shafiq

    Salam bro..nak tanye sikit..kalau roadtax dgn insurance dah expired dlm 2 minggu boleh tak renew dkt pos office?

    Reply
  95. afar

    Kalau nak renew cukai jalan sahaja tanpa insuran bole ke bawa green card yg photostate atau tak yah bawa pun tak apa

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @afar, tak boleh. Mesti bawa greencard original dan insuran mesti terlebih dahulu dibuat. Kalau tak, dalam sistem jpj akan block.

      Reply
  96. Khairul

    Tumpang tanya..kalau green card utk kereta hak milik syarikat yg hilang..sama jgk ke prosedur dgn kereta milik individual.

    Tq.

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Khairul, rasanya sama sahaja, cuma dari segi dokumen diperlukan mungkin ada berbeza sedikit (tambahan) seperti surat kuasa / wakil, pendaftaran syarikat dll. Mohon rujuk JPJ untuk prosedur selengkapnya.

      Reply
  97. AIZAM

    salam..sy nak tny sikit sy baru setahun amik kerete second kat kedai Honda civic 1.7..ejen kete dah buat insurans mase tuka name tu harga die rm1300.00 jadi bln 7 ni roadtax sy mati dah sy nak tny manakah elok teruskan je renew raodtax first party tu ke or tukar ke trid party..bukan ape 1300 tu mahal sgt la..kalu blh nak murah sikit..

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @AIZAM, wkslm. Maaf lambat balas. Pendapat saya, kekalkan saja 1st party sebab kalau ambil 3rd party tak boleh buat tuntutan jika berlaku kemalangan. Biar sakit sekarang, jangan sakit di masa depan. Lagi tinggi kosnya nak baiki nanti.

      Kalau rasa mahal, boleh cuba renew di pejabat pos. Saya cadangkan ambil insuran Allianz 1st party + Road Warrior (Perlindungan kemalangan diri untuk pemandu dan penumpang + free towing 450km pergi/balik).

      Kalau nak murah sikit, boleh cuba minta kurangkan jumlah yang di-insurankan, cuma tak digalak sangat terlalu rendah, sebaiknya ikut harga pasaran. Setiap tahun 10% harga kereta susut. Boleh buat anggaran la dengan cara begitu. Cun juga sekarang ni ada kempen, kalau bernasib baik boleh menang rebat RM1000.

      Tu sekadar pendapat la, lagipun boleh renew terus roadtax sekali. Tak perlu peningkan kepala. ;D

      Reply
  98. RAUF

    Salam, kalau nak renew insurans dkt pos ada pilihan nak first party ke third party?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @RAUF, wkslm. Ya, memang ada tetapi biasanya kenderaan 15 tahun ke atas kebanyakan syarikat insuran tak terima untuk 1st party.

      Reply
  99. alias

    Hi sy nak tanya
    1. bru 1st time nk renew roadtax kereta viva. sy bli kereta 2nd hand & tak tahu psal insurans tu.
    2. Kalau sy nk beli insurans lain brp bayarannya ye?
    3.Ejen dia ambilkan insuran 1st party. sy mcm nak tukar ke third party.

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @alias,

      1. Kat pejabat pos ada banyak pilihan insuran, tapi buat masa sekarang yang boleh saya sarankan ialah Allianz atau Zurich, sebab ada perlindungan tambahan – Towing percuma.
      2. Harga insuran tak dapat nak bagitahu berapa, banyak faktor mempengaruhi seperti ncd, loading, sum insured dll. Boleh rujuk petugas kaunter untuk maklumat lanjut.
      3. 3rd party ni saya tak galakkan sangat kecuali usia kereta 15 tahun ke atas, sebab kalau ambil 3rd party, kerosakan kenderaan alias kalau disebabkan kemalangan adalah ditanggung sepenuhnya alias sendiri. Biarlah sakit sekarang, jangan sakit kemudian hari. Lagi banyak duit kena keluar nanti. Tapi kalau nak juga, boleh cuba ambil 3rd party fire & theft, sekurang2-nya kecurian dan kebakaran masih dilindung. ;D

      Reply
  100. encikencik

    hi boss.nk tnye kalo roadtax mati lpastu moto plak hilang…mcm mane ye?xde jalan dh ke????

    Reply
  101. amin

    Assalam
    Nk tnya
    sy ada beli motor baru. Salinan asal polisi motor lama sy dh bg kedai.dan kedai telah hilangkan. bila sy dpt polisi mtr baru.ncd dia x tolak atas alasan polisi xjumpa. mn sy nk dptkn salinan polisi insuran ya.sy pon xigt syarikat mn. kita boleh semak kat mn2 ke.
    Tolong bantu kwn2. Urgent
    pls wsap 0193590309.TQ

    Reply
  102. mr.dome

    salam..saya nak tanya..selepas satu hari roadtax tamat tempoh dah x boleh bayar roadtax ke? semalam sy pergi JPJ petaling jaya sbb insurans dah byr tp roatax plak x boleh bayar.roadtax saya mati 20/09/2016..saya renew balik insurans juga pada 20/9/2016..masalahnya sekarang bila saya pergi ke JPJ, kerani JPJ cakap keta saya kena anta utk inspction kt puspakom sbb dah lpas dr tarikh. setahu saya kalau dah cukup stahun kita x renew dr tarikh roadtax tu mati baru la kena anta puspakom..tolong ye..

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @mr.dome, wkslm. Adakah kenderaan encik jenis perdagangan? Sebab kalau tak silap saya prosedurnya agak berbeza berbanding kenderaan persendirian.

      Reply
  103. nem

    Assalam..nak tanya..sy nk renew roadtax kat pejabat pos..kereta umur setahun..tapi cuma ada salinan geran saje..husband bagitahu boleh je bawa yg salinan utk renew roadtax..nnt detail akan di print atas salinan geran tu..betul ke? Nk pergi bank minta geran original tp kereta atas nama husband..mohon pencerahan 🙂

    Reply
  104. Zulhilmi

    Salam bro . . .saya punya kes mcm nie . . Sy ada beli moto 125cc honda . .waris yg menjual ckp owner asal yg namanya ada dlm geran sudah mati . . Nak jdi cita . . Nama moto x tukar ke nama sy lgi disebabkan waris byk sgt songeh . .sy pon x fhm knp . . Sekarang nie roadtax akan mati cun2 10/1/2017 sekali ngan insurans dia . . So mcm mna sy nak renew roadtax moto nie ? Adaka bole renew dri pos office ? Atau kena tukar nma sy dulu bru bole renew roadtax. . .tlg sy bro . . Jenuh pikiaq dah nie . .moto wat p keja ari2 . .kang roadblock naya lah sy bro . .mohon penjelasan

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Zulhilmi, wkslm. Untuk kemudahan Zulhilmi sendiri jika berlaku kemalangan dan sewaktu renewal, sebaiknya dapatkan kerjasama waris untuk selesaikan urusan pertukaran nama secepat mungkin. Maksimum tempoh 3 tahun diberikan untuk waris buat pertukaran nama hak milik si mati(bermula tarikh pemilik asal meninggal dunia), dan dalam tempoh 3 tahun tersebut, roadtax hanya boleh direnew setiap 6 bulan. Memang leceh, tapi terpaksa. Selepas tempoh 3 tahun, renewal diblock dalam sistem. Tak boleh renew dah.

      P/s: Nasihat saya, kalau beli motosikal dari orang lain, pastikan pertukaran nama hak milik dilakukan secara terus untuk elak berlaku lagi perkara yang sama. Kalau ada black & white (surat perjanjian pembelian motosikal tu), boleh cuba bawa dan tanyakan di kaunter JPJ terdekat, samada pertukaran nama hak milik boleh dilakukan tanpa owner asal / waris datang sekali. Maaf, tak dapat bantu sangat. Diluar pengetahuan saya. Mohon rujuk JPJ terdekat.

      Reply
  105. Muhamadbshafizan hamidon

    As salam nak tanya..insuran sy buat setahun tp roadtax hanya 6 bulan jadi roadtax sy sudah mati 6 bulan pertama tu terlewat lima hari je, takpe ke pergi pejabat pos nak renew balik smbung 6 bulan tumm

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Muhamadshafizan hamidon, wkslm. Sepatutnya takde masalah nak renew, asalkan jangan dibiarkan expiry sehingga dua minggu. Kalau tak terpaksa pergi ke syarikat insuran tersebut untuk buat extension insuran.

      Reply
  106. Aelyn

    Assalamualaikum. Nak tnya kalau bahagian atas petak rc dah penuh,kalau pergi JPJ. Kena bawa geran original dengan owner geran sekali ke?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Aelyn, wkslm. Maaf, kurang pasti samada boleh diwakilkan atau owner kena pergi sendiri. Geran original biasanya kena bawa sekali.

      Reply
  107. zaim

    assalam admin..sy punya kes mcm ni..roadtax dah mati 28/01/2017.. tp tak dpt renew sbb ada saman.. dlm masa yg sama.. boleh x sy guna kenderaan esok utk pjlanan jauh sebab ada kes emergency..mohon pcerahan

    Reply
  108. YAYA

    SALAM. SY NAK TANYA. KERETA SY KEMALANGAN AND DAH HANTAR PUN KE BENGKEL. SY DAH BAGI KESEMUA DOKUMEN YG DIPERLUKAN. TAPI ORG BENGKEL INFORM PADA SY, DIA NAK GERAN KERETA YG UPDATE. MAKSUD GERAN KERETA YG UPDATE TU MACAM MANA YA? DAN BOLEH KE SY UPDATE DI PEJABAT POS?

    Reply
  109. YAYA

    SALAM. SY NAK TANYA. KERETA SY KEMALANGAN AND DAH HANTAR PUN KE BENGKEL. SY DAH BAGI KESEMUA DOKUMEN YG DIPERLUKAN. TAPI ORG BENGKEL INFORM PADA SY, DIA NAK GERAN KERETA YG UPDATE. MAKSUD GERAN KERETA YG UPDATE TU MACAM MANA YA? DAN BOLEH KE SY UPDATE DI PEJABAT POS?

    Reply
  110. nur hidayah

    salam admin.
    sy nak tanya apa yg dimaksudkan geran kereta yg update? bengkel tempat sy repair kereta minta geram ereta yg update. maksudnya? boleh ke sy update di pejabat pos?

    Reply
  111. amir

    assalammualaikum,nak bertanya,boleh ke tidak untuk sya renew insurans dan roadtax kereta selama 6 bulan dahulu….bru perasan nak kene buat baru

    Reply
  112. Azhar

    Kalau keta plat sarawak ..tp keta tu ada kat semenanjung ..then nk idup kan rotek insurance sabah boleh x…

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Azhar, masa nak beli insuran kena bagitau kenderaan berada di mana, sebab perlindungan insuran dibahagi kepada dua bahagian iaitu Semenanjung atau Sabah & Sarawak. Harga insuran juga jauh berbeza. Ikutkan peraturan, renewal roadtax sepatutnya mengikut tempat di mana kenderaan itu berada.

      Reply
  113. azrin

    nak tanya harga untuk hidupkan insuran & roadtax brape sbb nie first time saya nk hidupkan roadtax.

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      azrin, maaf. Saya perlukan maklumat kenderaan untuk cek harga insuran dan roadtax. Boleh hubungi admin bila2 masa.

      Reply
  114. MOHAMAD LUQMANUL HAKIM BIN ALIAS

    salam , sy nak renew roadtax tapi geran atas nama arwah ayah saya. boleh tak sy renew je tanpa perlu tukar nama pemilik sebab urgent nak pakai dlm masa terdekat? roadtax dh mati pada tahun 2014

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @MOHAMAD LUQMANUL HAKIM BIN ALIAS, wkslm. kalau pemilik dah meninggal dunia, maksimum tempoh diberikan cuma 3 tahun. Lepas 3 tahun, wajib buat pertukaran nama. Sebarang renewal memang dah tak boleh dilakukan selepas 3 tahun.

      Reply
  115. shahrul

    salam bro,
    nak tnye klau insuran sy dah renew agak lewat cuma tarikh renew belum lebih satu thun.
    pastu road tax je yang xrenew lg dan dah lebih dari 1 tahun.
    tolong sy bro,btul2 prlukan bntuan ni.

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @shahrul, wkslm. Bagi kes dah lebih setahun tak renew roadtax, motosikal kena bawa ke JPJ untuk cek enjin & chasis, kalau kereta kena cek di puspakom. Roadtax wajib buat di JPJ. Insuran boleh je renew di pejabat pos.

      Reply
      1. aisyah humaira

        motosikal saya last tempoh roadtax 17.12.2015..macam mana saya nk renew?pergi jpj atau pusbakum??tolong2

        Reply
  116. aisyah humaira

    motosikal saya last tempoh roadtax 17.12.2015..macam mana saya nk renew?pergi jpj atau pusbakum??tolong2

    Reply
  117. FFF

    Saya beli kete second dari bidder yg amik kete lelong dari bank dia hnta bagi saya salinan geran sahaja sblom tggu 14hari utk dptkan geran asal dari bank so kereta tu still under owner lama yg tak bayar tu boleh ke saya renew roadtax dulu under nama saya lps 14hari dpt geran baru tukar nama

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @FFF, Tak boleh sebab nama pemilik masih atas nama pemilik lama. Kena buat pertukaran nama hak milik terlebih dahulu di jpj dan buat insuran dengan ejen luar atas nama pemilik baru.

      Reply
  118. hisham

    salam bro……td bro cakap kalau roadtax blh diperbaharui 2 bulan awal atau 60 hari,,,,,kalau insuran pulak mcm mana? kalau saya nak perbaharui 3 bulan awal boleh ker?

    Reply
  119. royhan

    salam bro.. nak tanya .. motor member roadtax dah mati 1 tahun 3bulan.. saya nak beli dan tukar nama.. roadtax boleh renew tanpa checking kat puspakom.. sebab artikel mengatakan selama 3 bulan.. dari bulan mac ker jun 2018.. skrg nih boleh buat ker..

    Reply
  120. Shamsul Baharin Bin Ismail

    Saya renew road tax di pejabat pos medan tuanku pada 20/7/2020 utk 6 bulan…
    Dan sepatutnya Road tax akan mati pada 19/01/2021…
    Tapi Setelah sampai rumah baru terlihat Road tax yg sy terima mati pada 03/11/2020… Tak cukup untuk 6 bulan
    Macamana sy nak selesai kan hal ini…
    Pergi ke pejabat pos itu semula… Atau
    Boleh pergi ke pejabat pos cawangan Lan… Atau
    Sy kena ke Jpj…
    Terima kasih tuan admin…

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Shamsul Baharin Bin Ismail, sewaktu pkp renewal roadtax telah diberikan pengecualian dan renewal yang dibuat dalam tempoh tersebut akan dibuat secara backdated “maksudnya akan ikut dari tarikh asal insuran dibuat”. Tapi ada juga sebahagian kes tarikh langsung tak selari. Mudah saja, 2 bulan / 60 hari sebelum expired roadtax yang terkini dah boleh atur semula dengan cara membuat extension di branch insuran itu sendiri, dan renew roadtax untuk 6 bulan lagi untuk cukupkan kiraan 1 tahun.

      Selepas itu barulah insuran & roadtax dapat direnew untuk tempoh setahun semula. Harap dapat membantu dan maaf agak lambat membalas komen. 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *