Tutorial renew roadtax di pejabat pos bermula 1 September 2016 (PROSEDUR BARU)

By | September 7, 2016

 

 

Bagi korang nak renew roadtax di pejabat pos, aku nak ingatkan terdapat sedikit perubahan prosedur. Bermula 1 september 2016 yang dah lepas, sijil pemilikan kenderaan (VOC) sudah mula diterima di pejabat pos untuk proses pembaharuan roadtax & insuran. Geran original (green card) masih diterima pakai bagi pemilik yang belum membuat pertukaran kepada VOC.

Beza Geran (green card) & VOC:

beza-kadpendaftarankenderaan-rcgreencard-sijil pemilikankenderaan-voc

*gambar diculik dari google*

Prosedur baru:

  1. Untuk pembaharuan cukai jalan (roadtax), korang tidak perlu lagi membawa geranย atau VOC. Yang penting, ingat no. plat kenderaan & no.IC pemilik kenderaan. Itu sahaja. Geran atau VOC boleh juga dibawa untuk memudahkan petugas kaunter memasukkan maklumat dalam sistem.
  2. Pemilik asal atau wakil yang datang untuk tujuanย pembaharuan cukai jalan perlulah membawa IC original (wajib). Kalau pemilik itu sendiri yang datang, perlulah membawa IC (kad pengenalan sendiri) dan begitu juga sebaliknya. IC pemilik asal tidak perlu dibawa jika wakil yang datang, sebaliknya wakil itu sendiri perlu mengemukakan IC-nya. (Jangan risau, walaupun cip IC tersebut rosak, tiada masalah).
  3. Tiada lagi cetakan pada bahagian belakang geran original lama (green card), begitu juga bagi yang menggunakan VOC.
  4. Resit akan dikeluarkan, jangan risau.
  5. Bagi yang ingin memperbaharui cukai jalan dan insuran sekali, wajib bawa geran atau VOC kerana maklumat kenderaan diperlukan seperti no.enjin, casis dll.

 

Peringatan: Pertukaran Kad pendaftaran Kenderaan – RC (green card) kepada sijil pemilikan kenderaan (VOC) hanya boleh dilakukan di JPJ.

P/s: Jika petugas kaunter memberitahu korang perlu rujuk JPJ, kenalah pergi kat sana gak. Dalam sistem block. Maksudnya, pembaharuan cukai jalan tidak dapat dilakukan di pejabat pos samada disebabkan ada saman, senaraihitam dll. Manakala, bagi kes *tiada rekod insuran yang sah*, bermaksud samada insuran belum dibuat atau insuran telah dibuat tetapi belum dikemaskini dalam sistem JPJ, boleh jadi sewaktu insuran diperbaharui petugas (syarikat insuran) tersebut melakukan kesilapan seperti salah sambung tarikh insuran. Perlu hubungi pihak insuran tersebut untuk bantuan dan pembetulan.

  • Kemaskini terakhir 24.11.2017

Yang benar,

Admin

222 thoughts on “Tutorial renew roadtax di pejabat pos bermula 1 September 2016 (PROSEDUR BARU)

      1. elly

        hai saharol..sy bru 1st time nak byr roadtx sndri..tak thu la mcm mne…sy beli kreta 2nd mlalui aeon credit..so skg sy ade geran fotodstat..boleh ke sy nak renew kat post office?or kena dapatkan jugak yg green card tu/ original geran?

        Reply
        1. azwan

          hello..insurance saya last on bulan 8/2016 .. kalau nak buat renew insurans sama roadtax di pjbat pos boleh??card insurans yg lama dah hilang boleh ke toe??

          Reply
          1. admin (saharol) Post author

            @azwan, Takde masalah nak renew roadtax dan insuran sekaligus. Polisi lama insuran tak wajib bawa, kalau ada lebih bagus. Bawa VOC atau green card sudah cukup. ;D

        2. Mr.Raja

          Admin. Sya nk tanya 2 hl ni?
          1. Mcmna cara nk hidupkan roadtax mtsikal yg lebih 5 thun x prnah dihidupkan?
          2. Sy bli krta 2nd bru nie(3 paty insuran),mcm mna x hidupkan roadtax utk thn dpn.
          Terima kasih

          Reply
          1. admin (saharol) Post author

            @Mr.Raja,

            1. Check di JPJ atau puspakom terlebih dahulu, kalau dah lulus. Renew insuran, tapi roadtax wajib buat di JPJ.
            2. Bawa je geran/voc ke pejabat pos untuk urusan renewal insuran dan roadtax. Boleh je takde masalah.
            Sama-sama.

        3. Jumardi

          Blh ja pakai fotostat.. xda geran pun xpa..asalkan kena tahu no plat dan no ic pemilik asal… But, Law nak renew insuran..wajib ada geran sbb info mcm no enjin dsb diperlukan oleh pihak ketiga mcm pejabat pos or ejen insuran..

          Reply
        4. Hizri

          Insurance masih hidup rotack sudah mati sebab tukar pemilik kenderaan . Boleh ke hidupkan rotex sahaja di pos laju ?

          Reply
          1. admin (saharol) Post author

            @Hizri, urusniaga renewal roadtax hanya boleh dilakukan di pejabat pos, bukan di poslaju. Bagi kes tahun pertama pertukaran hak milik yang mana insuran owner baru tidak selari mestilah diselesaikan terlebih dahulu di syarikat insuran tersebut, kemudian barulah roadtax boleh direnew.

  1. nem

    Assalam..maksudnya walaupun kita cuma simpan salinan geran sbb geran geran asal ada pada bank..masih boleh renew roadtax? Cuma bwk ic original, no ic owner n no.plat kereta?

    Reply
        1. admin (saharol) Post author

          @Shila, tak perlu. Cukup sekadar ic wakil/owner (siapa yang datang renew) dan bagi no.ic owner serta no.plat kenderaan. Sudah memadai. (untuk kes yang nak renew roadtax sahaja, insuran dah diperbaharui).

          Reply
          1. nurul

            saya nak tanya , saya beli kereta 2nd under elk . insuran still ada , roadtax je mati . macam mana yer paling senang , tolong

  2. Ae86

    Insurance motor expired 22/10/2015 same dgn roadtax..
    Boleh ke renew insurance dgn roadtax kat pejabat pos?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Ae86, takde masalah.. Dua2 boleh buat di pejabat pos. Cuma untuk roadtax, kena buat sebelum 22/10/2016. Kalau cun tarikh tu atau selepas, kalau kereta kena cek di puspakom dan motosikal lak terus bawa ke JPJ, roadtax pula kena buat kat JPJ gak.

      Reply
  3. Zulaikha

    Salam, admin. Maaf menganggu. Saya first time nak renew roadtax dan insurans kenderaan sendiri. Hee. Persoalannya ?

    1. Kereta nama mak, kalau kita wakilkan bg pihak mak boleh kan ? Just bawak IC kita ?
    2. Macam mana nak tahu roadtax dgn insurans tarikh yg sama ? Ada tulis ke ? Lps tuu mcm mana kita nak tahu kita 1st party or 3rd party ?
    3. Kalau ada saman AES, block tak waktu nak renew ? Huhu. Ke kena setelkan dulu saman AES ?
    4. Semua nie boleh buat kat pejabat pos kan?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Zulaikha, wkslm. Takpe, takde rasa terganggu pun. ๐Ÿ˜€

      1. Wakil, takde masalah. Ya, kena bawa IC wakil itu sendiri.
      2. Kalau dulu sebelum 1 september 2016 (perlaksanaan renewal roadtax tanpa geran), belakang green card ada dicetak tarikh renewal & expiry. Juga dicetak pada roadtax itu sendiri. Tarikh insuran & jenis insuran (samada 1st or 3rd pt) ada dicetak dalam polisi insuran. Kalau masih ada simpanlah. Kalau tak pasti, biasanya petugas kaunter akan hubungi pihak insuran atau rujuk dalam sistem untuk tahu expiry date dll. Kalau tak pasti nak ambil insuran 1st @ 3rd pt, mudah je. Kebanyakkan syarikat insuran menerima 1st untuk kenderaan berusia 0-15 tahun, dan selebihnya 3rd pt. 1st PT boleh tuntut atas kerosakan kenderaan sendiri, 3rd pt hanya lindung pihak ketiga. Kerosakan kenderaan sendiri ditanggung sepenuhnya oleh pemilik. Yang selebihnya tengok bajet. ;D
      3. Kalau nak tahu block atau tak, kena key-in dalam sistem dulu, kalau tak kena block boleh je renew, kalau kena gak.. Memang kena renew kat JPJ. Saman boleh juga dibayar di POS, cuma kadang-kala lambat dikemaskini dalam sistem. Lagi-lagi bagi saman baru 2-3 hari dikeluarkan. Dan ada kes walaupun saman telahpun dibayar, kena unblock renewal roadtax kat JPJ juga. Bawa resit pembayaran untuk rujukan.
      4. Ya, Malaysia boleh. ;D

      Reply
      1. Lyn

        Ala,qdmin saharol, saya tak faham la maksud 1st /3rd party tu. 1st time juga nak renew roadtax

        Reply
        1. admin (saharol) Post author

          @Lyn, wkslm. Insuran kenderaan ini terbahagi kepada dua iaitu 1st party & 3rd party.

          1st party – Lindung kenderaan sendiri dari kemalangan, kebakaran, kecurian dan melindungi pihak ketiga (orang / harta, kenderaan orang lain yang dilanggar).

          3rd party – Terbahagi kepada 2 iaitu 3rd party sahaja (cuma melindugi pihak ketiga, apa2 yang berlaku kepada kenderaan sendiri, sendiri tanggung), kedua 3rd party fire & theft (melindungi kenderaan sendiri dari kebakaran dan kecurian, kemalangan je tak lindung dan lindungi pihak ketiga).

          Sebaiknya, adalah digalakkan ambil 1st party untuk mengelakkan kerugian teruk jika berlaku kemalangan dll, biar bayar lebih sikit jangan rugi teruk nanti. 3rd party sesuai diambil jika umur kenderaan sudah berusia 15 tahun dan ke atas. ๐Ÿ™‚

          Reply
  4. Bo Clayton

    Salam admin. Tumpang tanye ye. Bape kali khatam dah post admin ni. Masih kurang pencerahan hahaha.
    Soalan nya.
    Boleh tak renew roadtax dan insurance ni skali jalan di pejabat pos ? Makan hari tak ?
    Dan masalah utamanya saye wakil je. Boleh settle ke ni ? Owner cuma bagi duit je.

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Bo Clayton, wkslm. Boleh je takde masalah. Takde makan hari mahupun nasi. Biasa ambil masa dalam 5-15 minit je, siap insuran dan roadtax (bergantung kepada kelajuan internet, sistem dan kecekapan petugas kaunter). Wakil boleh je datang, bawa ic sendiri beserta greencard / voc owner. Kalau ada polisi insuran lama (tak wajib) bawa je, untuk rujukan. Kalau kurang cerah gak, nanti pasang lampu beam.. ;D

      Reply
  5. ismaini ishak

    AsSalam saharol…roadtax moto anak akk expired 14/12/2015…hampir setahun…dia study di penang skrg…motorsikal ada dirumah akk (area kampung)..soalannya..kalau akk nk renew insuran & roadtax di pejabat pos hari ni atau esok…boleh ker..atau akk kena bawak utk inspection di jpj dulu..masalahnya takde rider yg blesen nk bawak motor tu ke jpj yg jauh..

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @ismaini ishak, wkslm. Boleh je akak renew di pejabat pos insuran & roadtax sekaligus asalkan buat sebelum 14 December 2016 ni. Tak perlu inspection di jpj, selagi belum cukup setahun tak renew.

      Reply
        1. Fazira bt arman

          assalam ,sye nk tnye roadtax motor sye nk mati 14/3 ni ..tpi motor tu ats mane adik sye .boleh tak sye pergi pejabat jpj renew ..atau pon kene bawak adik sye sekali

          Reply
  6. Yeap

    Tumpang tanya. Makna sekarang dah boleh tukar roadtax kat pejabat pos dan tak perlu bawa card pendaftaran kenderaan (RC) motokar orignal dari bank?
    Boleh kah bayar itu road tax kat pejabat pos dengan kad kredit?

    Sekian terima kasih

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Yeap, Memang boleh renew roadtax di pejabat pos tanpa bawa green card ori dengan syarat insuran sudah dibuat, ingat no.ic owner dan no.plat kenderaan sahaja. IC pun jangan lupa bawa. Buat masa sekarang, cuma terima tunai sahaja. Sama2. ;D

      Reply
  7. Meena

    Slm..nak tanya..sblm nie sy pernah nk renew rdtax motosikal kt pos…tp dorg tak terima sbb tak bwk geran ori..so sy tpksa ke aeon utk amek geran ori dulu br boleh renew…skrg dah tak perlu geran ori ke…mohon pencerahan boss…

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Meena, wkslm. Itu dulu punya cerita, mulai 1 september 2016 prosedur baru JPJ membenarkan renewal roadtax di pejabat pos tanpa geran (asalkan insuran dah buat). Yang penting, ingat no. plat kenderaan dan no.ic pemilik. Bawa ic sendiri.

      Reply
  8. Amin

    salam, roadtax motor dah hbis tempoh 1 DEC haritu, boleh ke nk renew kt pejabat pos?

    Reply
  9. Vivienne

    Hi may I know is there any extra charge for doing roadtax renewal at counter?

    Reply
  10. ira

    assalamualaikum admin…nak tanya..wajib ada sijil pemilikan kenderaan (VOC) ke untuk renew roadtax ke?
    sbb kereta atas nama ayah…ayah kt kg..
    saya tak faham dgn perlaksanaan renew roadtax y jpj buat baru2 ni..
    atau renew macam biasa just bawa geran dekat pejabat pos?
    mohon pencerahan admin
    tq

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @ira, wkslm. Kalau nak buat pertukaran geran lama ke VOC, memang kat JPJ je dapat buat, buat masa ni tak wajib tapi nak tak nak nanti kena tukar juga. Tak kisah dah tukar atau belum, kalau nak renew roadtax sahaja (maksudnya insuran dah renew) tak perlu bawa voc / geran lama pun tak apa. Asalkan ingat no.plat kenderaan & ic pemilik + bawa IC sendiri.

      Bagi kes yang nak renew insuran sekaligus je wajib bawa geran / voc (tak kisah original atau fotostat), tapi sebaiknya original sebab khuatir ada perubahan pada chasis dll (jika ada). Semua maklumat dalam geran / voc tu nanti perlu di-keyin dalam sistem oleh petugas kaunter).. Wakil boleh datang untuk tolong renew roadtax. Takde masalah. ๐Ÿ˜€

      Reply
      1. farahanim

        admin nak tanya axia 1.0 insurans dengan roadtax berapa ya ? baru pertama kali nak hidupkan

        Reply
  11. Jan

    Boleh x renew roadtax and insurance after 5pm di pejabat pos? Ke kena before 5pm? Operating hours pejabat pos buka sampai 6pm

    Reply
  12. Ain Musa

    admin, kalau saya nak renew roadtax untuk company punya kereta.. under company punya nama.. boleh ke buat dekat pejabat pos? puspakom dah siap.. just nak buat renew roadtax jee..

    Reply
  13. maria

    salam cik,
    nak tanya, sy punya roadtax and insurance motorbike smua expired on September ari tu. sy cuma ada copy geran. sy dah minta ori geran kat aeon tapi dia punya pekerja macam malas sangat nak uruskan. nak harapkan sy pergi KL memang xtau bila boleh nya sbb bz. branch paling dekat sunway je. tapi dia punya staff tu bagi macam2 alasan pula. so kalau sy guna copy geran renew semua tu boleh ke?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @maria, wkslm.

      Sepatutnya takde masalah. Boleh saja. Kalau perlukan bantuan renewal insuran dan roadtax secara atas talian (insuran ETIQA TAKAFUL), rakan saya boleh membantu. Cuma tinggalkan nama & no.hp. Biasanya yang diperlukan cuma polisi lama jika ada atau geran (ori atau fotostat). Boleh whatsapp je. Atau pergi sahaja mana-mana pejabat pos (kecuali pos mini) untuk urusan insuran dan roadtax.

      Reply
  14. ryzor8

    kalau nak renew insurans dan roadtax yang sudah 3 tahun mati camne? nama owner dalam geran bukan atas nama sy.. apa dokumen yang diperlukan.. kena bawa ic owner tu sekali atau yg copy shj?

    Reply
  15. anida

    Salam,

    Nak tanya, renew kat pejabat pos tu boleh buat hari sabtu ahad tak?
    or just boleh buat weekdays?

    tq

    Reply
  16. Mohd Faizal

    Salam admin, pertanyaan sy. Boleh ke renew insuran & roadtax moto di pejabat pos tanpa bwk geran yg baru. Sbb geran tinggal dikampung. Owner sy sendiri. Dan utk makluman moto tu baru shja dibeli tahun lepas dh sudah buat pertukaran hak milik. Harap dpt membantu..

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Mohd Faizal, wkslm. Sepatutnya takde masalah nak renew sekaligus, walaupun setakat guna geran fotostat. Asalkan insuran atas nama encik memang bukan kali pertama dibuat (setelah pertukaran hak milik dibuat), sebab untuk kali pertama sahaja wajib buat di ejen luar / syarikat insuran lain.

      Reply
  17. Siti

    Salam encik..saya baru 1st time nk renew insurans motor.ada geran copy sahaja.boleh ke renew roadtax n insurans sekaligus kat pej pos sahaja?baca kat ats ni dengan syarat dah renew insurans..maksudnya kena renew insurans dengan agen dulu ke macamana.xboleh buat sekaligus kt pos office ke ye?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Siti, wkslm. Boleh je takde masalah.

      Contoh:

      A. RENEW ROADTAX SAHAJA

      1. Tak bawa geran : Boleh renew roadtax secara terus (asalkan ingat no.plat kenderaan dan no.ic owner), dan pastikan insuran telah dibeli terlebih dahulu. *siapa yang datang nak buat renewal roadtax kena bawa ic sendiri.

      2. Bawa geran ori/fotostat, pastikan insuran telah dibeli terlebih dahulu. : *siapa yang datang nak buat renewal roadtax kena bawa ic sendiri.

      B. RENEW ROADTAX & INSURAN SEKALIGUS
      – Sebaiknya bawa geran original / VOC. Polisi insuran lama tak wajib, tapi kalau ada lebih baik untuk rujukan petugas kaunter.
      – Boleh gunakan geran fotostat juga, cuma tak digalakkan sangat khuatir tak dikemaskini dll.
      – Polisi insuran lama yang lengkap dengan maklumat kenderaan boleh juga digunakan untuk renew insuran dan roadtax, cuma jarang terima kes macam ni sebab khuatir berlaku kesilapan, maklumat kenderaan tak dikemaskini dll.

      P/s: Wajib renew insuran dengan ejen / syarikat insuran di luar sana untuk kes pemilik baru (tahun pertama sahaja). Tahun kedua, takde masalah. Kalau maksud cik siti, baru pertama kali renew sendiri tapi kenderaan memang dah lama atas nama sendiri misalnya, tu takde masalah.

      *Tak dikemaskini bermaksud, contoh geran di fotostat pada tahun 2014, tapi pada tahun 2015 ada buat pertukaran enjin kenderaan (cc) misalnya tapi disebabkan geran fotostat yang dibawa ialah pada tahun 2014 (bukan yang terbaru), khuatir permohonan dalam sistem ditolak (sebab maklumat dalam geran tidak sama dengan maklumat dalam sistem JPJ).

      P/s: Harap membantu.

      Reply
  18. Wali

    Salam admin. Kereta yg belum renew rotex n insurans yg dah lebih setahun ke seminggu baru kena pergi puspakom ?

    Reply
  19. Wan

    Nak tanya juga..kalau commercial vehicle kena renew roadtax kt jpj sahaja yer. Kena bwk geran kereta juga ker.

    Reply
  20. Aisha

    Salam saya nak tnye admin. Kalau insuran bank dah tolong belikan, cuma roadtax je saya belum beli lagi . So kne pegi pos office bawak ic n bagi plat kereta je ke ? Geran asal dekat bank

    Reply
  21. Dyann

    Geran kereta ada pada bank, salinan hilang, dan kad hijau? apa tu? n probably sudah hilang jugak , jadi mana saya boleh dapatkan yang baru?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Dyann, green card = geran kenderaan

      Boleh minta dengan bank untuk tujuan renew roadtax dan insuran. Paling kurang pun minta yang fotostat je pun dah cukup.

      Reply
  22. Shamira

    Hye saharol..i nk tnye now i kat sabah n my car ade di semnnjung..so boleh ke i reniew insuran n roadtax di post office..

    Reply
  23. akmar

    Assalamualaikum..
    Sahabat saya mahu bertanya..
    X lama lagi roadtax saya akan mati..
    Geran (rc) yg ori ada pada bank
    Saya hanya ada salinan sahaja.
    Boleh kah saya guna salinan tu pergi renew roadtax?
    Terimakasih

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @akmar, wkslm. Kalau sekadar nak renew roadtax, cukup ingat no.plat kenderaan & bawa ic sendiri. Tak perlu bawa geran. Kalau nak renew insuran sekaligus, geran fotostat pun boleh takde masalah selagi tiada sebarang perubahan pada maklumat dalam geran. Contoh, enjin ditukar, cc dah tak sama dll.

      Reply
  24. alibaba

    Hi,
    Boleh tolong nasihat tak apa saya patut buat untuk situasi tersebut:
    1. Ingin renew roadtax
    2. Pada masa sama, Geran kereta hilang
    3. Saya tak pasti siapa pemilik kenderaan (syarikat/awam)

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @alibaba, hi.

      Kena buat report polis kalau macam tu. Tapi macamana boleh tak tahu siapa owner? Kalau ingat no.plat, rasanya pihak JPJ takde masalah untuk kesan pemilik asal.

      Reply
  25. Fatin shariza

    Salam..sy nak tny..tarikh tmat roadtax sy 12/2/2017..klau pada tarikh tu sy renew roadtax sy boleh atau tidak ye? Sbb sy xtau sgt psl ni..and baru first time nk renew roadtax..xperasan pula tarikh da nak tamat..

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Fatin shariza, wkslm. Takde masalah. Roadtax memang boleh renew seawal 60 hari sebelum tarikh luput. Kalau perlukan bantuan renewal insuran, boleh hubungi admin.

      Reply
  26. Syue

    Salam .. sy nak tanye, kalau roadtax dah mati dlm sbln dua boleh renew kn? Sy first time nk renew sndiri nie,, ?

    Reply
  27. hanafi

    Assalam. Boleh tak hidup r/tax di pejabat pos tanpa owner yang pegi ( Wakil yg pegi). insuran dah di online kan dan bawa geran Photostat sahaja.

    Reply
  28. Fadhirul anuar

    Salam..sy nak tanya..sy baru beli kreta 2nd hand bln 1 hri tu mlalui kedai..dah slesai tukar nama..road tax owner lama tamat bln 11 2017..tuan kedai tu hnya renew insuran utk sy setahun smpai januari 2018..roadtax tak renew..dia cakap boleh pkai roadtax owner lama yng akn tamat bln 11 2017..bila roadtax tu tamat baru renew yng baru..boleh ke mcm tu? Atau sy kna renew roadtax baru jgk lps tukar nama?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Fadhirul anuar, wkslm. Kes beli kenderaan 2nd hand tapi roadtax owner lama belum expired ni selalu terjadi. Boleh je sebenarnya, cuma bila nak renew roadtax selepas tu, kena buat sambungan insuran terlebih dahulu, untuk mencukupkan sekurang-kurangnya 6 bulan. Lepas tempoh tu selesai, baru boleh renew 1 tahun sebab tempoh insuran dan roadtax telahpun selari.

      Reply
  29. Mohd Niza

    Salam. Saya ada 1 masalah. Roadtax hilang (rosak dan tak melekat dah) selalu jatuh. Baru perasan dah takde ?. Isunye kalau nk ganti baru..perlu ke jpj atau pejabat pos pon boleh? wajib geran ori ke? Terima kasih.

    Reply
  30. ariff

    then macam mana nak tahu jumlah kos bayaran utk roadtax & insurance kereta masa di pejabat pos? kena bawa duit secukupnya la ye? maaf sy frist time nak renew roadtax+insurance kereta di pejabat pos.

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @ariff, Boleh je minta petugas kaunter untuk cek harga insuran sahaja terlebih dahulu sebelum memperbaharuinya. Harga roadtax pula boleh rujuk belakang green card atau pada sticker roadtax tersebut. Salah satu cara lagi rujuk polisi lama sebab dari sana kita boleh buat anggaran harga insuran.

      Reply
  31. Nad

    Salam admin.nk tnya.
    Insurans still ada . Roadtax je dah mati. Nak renew , tak bawak insurans takpe ke? Insurans dkt kpg nun di sabah. Geran bank pgg lagi . Mcmana ye?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Nad, wksm. Bawa kad pengenalan sendiri, ingat no.plat kenderaan dan no.ic owner kenderaan tu dan bagitau petugas kaunter nak renew roadtax. Itu je yang perlu.

      Reply
  32. Fazira bt arman

    assalam sye nk tnye motor yg sye pakai tu ats nme adik sye ,boleh ke sye wakil kan renew roadtax motor kat pejabat jpj ..sbb tamat tempoh motot tu 14/3 ..ke kena bawak adik sye skali ??

    Reply
  33. sollehin

    salam, admin
    nak tanye kalo rotax motor hilang and owner tingal di luar negara, nak buat cmne yer? wakil boleh buatkn tak

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @sollehin, wklm. Sticker dia hilang ke geran yang hilang, ada beza tu. Kalau sticker je, nak reprint kena rujuk JPJ. Kalau geran hilang, kena buat laporan polis dan dapatkan yang baru di JPJ juga. Wakil, tak pasti pula dapat ke tidak.

      Reply
  34. Hamzah

    Assalammualaikum admin, nak tanya kalau nak renew roadtax dengan insurans sekaligus dkat post office kena bawah geran ori ke? Dan kalau nak tukar jenis insurans tu ke third party dkat post office boleh ke?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Hamzah, wkslm. Tak wajib bawa geran ori, geran fotostat pun boleh juga ataupun sekadar bawa polisi lama(tak berapa digalakkan). Boleh je ambil 3rd party kalau nak.

      Reply
  35. Nurul

    hai Salam Admin…saya nak tanya..roadtax n insurance kereta dah expired 16/3/2016 dah nak hampir setaun tak renew atas beberapa kekangan…then,what should i do?perlu ke saya ke jpj untuk cek puspakom?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Nurul, wkslm. Selagi belum genap setahun, tak perlu pergi puspakom. Boleh je renew roadtax dan insuran sekaligus di pejabat pos.

      Reply
  36. Fild

    Hai saya nak tanya , saya beli kereta 2hand then nak buat insurans and roadtax dekat pejabat pos boleh ke ? Macam mana yer ? Boleh beri penjelasan tak ?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Fild, hi. Kalau Fild baru je buat pertukaran nama hak milik, untuk tahun pertama kena buat insuran dengan ejen lain di luar sana. Roadtax takde masalah nak renew samada di pejabat pos atau jpj. Jika perlukan bantuan renew insuran, boleh hubungi admin.

      Reply
  37. dyana

    Assalamualaikum admin. Utk renewal roadtax + insurance motor skuter yamaha ego S dlm berapa ratus ye? semua boleh buat dkt pejabat pos shj kan? itu sahaja,terima kasih atas balasan.

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @dyana, wkslm. Sebab saya tak pasti berapa ncd dan maklumat lain2, sediakan bajet sekurang-kurangnya rm200. Sepatutnya dah cukup.

      Reply
  38. amanda

    hello nak tanya..ada org kata roadtax boleh renew utk setengah tahun dan jimat sikit bajet utk org yg kurang bajet..betul ker encik.

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @amanda, Ya. Boleh renew untuk 6 bulan atau 12 bulan sekaligus. Nak kata jimat, tak juga sebab caj cukai jalan tu sama je, cuma bayar lum sum atau bayar separuh. Bagi pelanggan yang kekurangan bajet, bolehlah renew 6 bulan terlebih dahulu.

      Reply
  39. black comei

    salam bro nak tanya,, kalo nak renew rodtex.. tp check ada samam aes. dan masih blom blacklist lagi.. boleh ke nak renew roadtax ??? mohon penjelasan.. heheh

    Reply
      1. Max Steve

        Salam. Ada tak cara untuk semak secara online samaada kena block dlm sistem ataupun tak?

        Reply
  40. nurul

    hoo gitu..okehh..kena bawak ic,geran potostet takpe kan..n insurans lama laa ehh..

    Reply
  41. Ajak

    Roadtax motor saya mati 3 march 2017, skrg ni sy xigt geran letak kat mana n xigt amek dgn insurans mana sebelum ni, boleh ke sy renew roadtax tanpa geran dan tak tau insurans ape yg sy pakai sebelum ni, kalu boleh macam mana ye caranya?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Ajak, Kalau nak buat kat pejabat pos, kena ada sekurang-kurangnya geran ori atau fotostat, paling kurang pun polisi insuran lama yang lengkap dengan maklumat kenderaan Ajak.

      Reply
    2. mannzz

      sata pon kes yang hampir sama, insuran motor mati 29 April 2017, tak ingat geran dan cover note letak mana, tapi saya ingat insuran mana yang saya ambil…jadi boleh ke sy renew insuran dan roadtax tanpa geran? atau perlukan juga
      bawa geran/salinan geran dan covr note insuran? mohon bantuan.

      Reply
  42. yuzaidie

    Assalamualaikum…
    Saya nak tny, renew insurans and roadtax hari Sabtu di pejabat pos boleh ke? Ataupun hny hr bekerja?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @yuzaidie, wkslm. Takde masalah renewal dilakukan pada hari sabtu. Selagi mana pejabat di negeri tersebut buka. ๐Ÿ˜›

      Reply
  43. zahirah

    geran dgn polisi insuran lama x bawak..kt kg..sy nk renew roadtax dan Insuran sekali..tpi roadtax amti 24/3/17..hari ni dh 30/3/17..dh lewat..ada maslah x kalau sy g pej pos renew cuma guna ic original jer..

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @zahirah, kena bawa sekurang-kurangnya geran ori atau fotostat. Kalau ic je tak dapat kecuali insuran memang dah renew.

      Reply
  44. ABDUL KHALID AHMAD

    Assalamualaikum tuan,
    Saya mempunyai kereta berusia 22 tahun (Wira 1.5). Bolehkah saya mendapatkan insuran comprehensif di pejabat pos?

    Reply
  45. nazri hasan

    Senang sikit kalau kaunter JPJ boleh proses insuran dan cukai jalan sekali.

    Reply
  46. Madiey

    Haiii nak tnya, klau roadtax motor saya dh bertahun2 x renew mcm mana? Boleh renew dkat pjbt pos? Ke mcm mana?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Madiey, hi. Kena bawa motor tu ke puspakom terlebih dahulu. Bila dah selesai, renew insuran tapi roadtax wajib buat di JPJ (untuk tahun ni sahaja). Kalau perlukan bantuan renew insuran, boleh hubungi admin.

      Reply
  47. Zainoreen Zeze

    Saya nak renew roadtax… insuran dah bayar..cuma cover note insuran yg baru lupa bawa..saya just bawa greenkad.. ic jer.. boleh tak?

    Reply
  48. dila

    assalam macam mana nak kena buat baru insuran sebab sblom ney trlibat dalam kes kemalangan jika saya yang salah dan pihak yg langgar klaim insuran di pihak saya.. bagaimna dgn ncd saya.. dan kesan trhdap pembayaran baru insuran bagaimana pula?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @dila, wkslm. Insuran bila dah hampir expiry boleh renew je macam biasa dengan roadtax (seawal 60 hari dari tempoh expiry). Biasanya NCD akan kembali kosong (0%). Kesannya harga insuran akan menjadi lebih mahal dari sebelumnya. Untuk anggaran harga, boleh rujuk polisi lama, harga premium yang dibayar ditambah dengan jumlah rm yang ditolak (ncd). Anggaran tu boleh digunakan untuk persiapan bajet. ;D

      Reply
  49. Aishah

    Hi. Saya nak tanya. Mcm mana nak buat pertukaran insurance ye?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Aishah, Hi. Pertukaran insuran macam mana maksud cik? Adakah insuran dah expiry dan nak renew baru? Kalau nak renew baru tu boleh je tukar ke insuran lain jika mahu. Bagitahu je petugas kaunter. Ada 15 syarikat insuran boleh dipilih di pejabat pos.

      Reply
  50. mansyah

    saharol,

    mohon pencerahan, roadtax motosikal saya dah expired 29 april 2017 lepas. Memang nk hidupkan insuran dengan roadtax sebelum tarikh expired, tetapi cover note ngan geran lama tidak jumpa. Mungkin tertinggal di kampung atau tersalah letak. Jadi macam mana proses untuk hidupkan insurans dengan roadtax motosikal berkenaan? Terima kasih.

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Mansyah, kalau nak renew insuran dan roadtax kena bawa salah salah satu samada geran atau polisi insuran lama (yang mempunyai maklumat lengkap mengenai motosikal tersebut). Kalau takde, memang tak dapat nak renew di pejabat pos.

      Reply
  51. wel

    hai admin..
    kereta saya ini sdh melebihi 15thn usianya ,boleh tak/masih layak lagi klau memperbaharui roadtax & insurans dgn 1st PT

    Reply
      1. fypy

        slm nk tanye kalau R/tax mati 21/6/2017 punye insuran mati 29/9/2017.ni nk buat Extension..Btul x sye mula tarikh 30/9/2017-20/12/2017..harp membantu..sye kurang sgat kalau bab extension.

        Reply
      2. fyfy

        salm nk tnye sikit sje ni Extension.macm ni kalau Rtax mati 21/6/2017 tapi insuran tamat 29/9/2017..so btul x saye mula tarikh 30/9/2017 hngga 20/12/2017..harap membantu

        Reply
  52. kee

    hi, sy nak tanya boleh ke nak buat insurans baru di pejabat pos sahaja?
    Sy baru beli motorsikal 2nd terus dari owner lama, roadtax motor dah mati lebih dari setahun. Urusan tukar nama dekat jpj sy dah settlekan, inspection motor dekat puspakom pon sy dah buat, tinggal nak beli insurans baharu je sebelum hidupkan roadtax tu dekat jpj.
    persoalannya sekarang, boleh ke sy beli insurans baharu tu di pejabat pos sahaja? dan insurans syarikat mana yg ada coverage untk 1st party bgi motor yg dah lebih 10tahun? (tahun buat motor 2005)

    Reply
  53. kee

    hi, sy nak tahu boleh ke nak buat insurans baharu dekat pejabat pos sahaja?
    sy baru beli motor 2nd terus dari owner lama, roadtax motor dah mati lebih dari setahun. Urusan tukar nama dekat jpj dah buat dah, inspection motor dekat puspakom pon dah settle jugak, tinggal nak beli insurans baru je sebelum hidupkan roadtax motor tu dekat jpj.
    persoalannya, boleh tak sy nak beli insurans baru tu dekat pejabat pos sahaja? dan syarikat insurans mana yg ada menyediakan 1st party insurans unutk motor yg dah lebih 10tahun? (motor sy tahun 2005)

    Reply
  54. kee

    hi, sy nak tahu boleh ke nak buat insurans baharu dekat pejabat pos sahaja?
    sy baru beli motor 2nd terus dari owner lama, roadtax motor dah mati lebih dari setahun. Urusan tukar nama dekat jpj dah buat dah, inspection motor dekat puspakom pon dah settle jugak, tinggal nak beli insurans baru je sebelum hidupkan roadtax motor tu dekat jpj.
    persoalannya, boleh tak sy beli insurans baru tu dekat pejabat pos sahaja? dan syarikat insurans mana yg ada menyediakan 1st party insurans unutk motor yg dah lebih 10tahun? (motor sy tahun 2005)

    Reply
  55. Muhd Himi

    Assalam. Sye nak trade in motor sye dengan motor baru. Boleh ke pakai roadtax n insuran lama untuk motor baru tu?

    Reply
  56. Adhin

    Nak tanya moto ade saman tiada lesen memandu,roadtex mati bln 10,boleh ke sambung roadtex sekali bayar saman

    Reply
  57. Azeeha

    Salam nk tanya…klau sy nk renew roadtax pertama kli,boleh ke trus renew kt mne2 tmpt insuran? Lps tu sy ty dkt tmpt sy beli moto,cina tu ckp 300 sbb amek 1st party.dh klau nk renew roadtax shj tnpa insuran bolehkn? Nama geran moto ats nama kakak sy.mmg sy kne bwk geran jgk ke?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Azeeha, wkslm. Biasanya kedai moto / bank dll akan caj RM10 untuk tolong proses roadtax sekaligus, boleh je renew sendiri kalau nak di pejabat pos berdekatan atau JPJ. Wajib buat insuran terlebih dahulu, baru dapat buat roadtax. Untuk proses insuran sekali, sebaiknya bawa geran tak kisahlah ori atau fotostat sebab perlu key-in dalam sistem maklumat dalam geran tersebut.

      P/s: Boleh hubungi admin untuk quotation harga jika mahu.

      Reply
  58. AZLINA

    Kalau roadtax motosikala yg expired lebih setahun perlu bawak puspakom ke? Masalah motor ni xboleh jalan jauh..cuma nak renew utk tukat nama..mohon pencerahan

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @AZLINA, motosikal kena bawa ke JPJ untuk cek enjin & chasis. Lepas renew insuran boleh renew terus roadtax / tukar hak milik di JPJ.

      Reply
  59. Maria

    Nk tnya, kalau VOC dan coverpage insurance hilang, apa yg patut dibuat ya? Baru renew bulan 6 aritu tpi anak bagi hilang pulak ?

    Reply
  60. naim

    nak tanya, tuan geran sudah meninggal, lbih 6 bulan dah. kalu nk renew roadtax saja boleh x?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @naim, kena renew insuran terlebih dahulu baru roadtax boleh direnew. Maksimum 3 tahun tempoh dibagi untuk waris buat pertukaran nama, bila cukup 3 tahun, roadtax dah tak boleh nak renew (blok dalam sistem).

      Reply
  61. Azraie

    Salam…insurans mati 20 jan 2018….rtax buat 6 bln je mati pada 20 july 2017. Cover note dah hilang. Boleh pergi terus ke pejabat pos atau macam mana?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Azraie, wkslm. Untuk renew roadtax 6 bulan lagi boleh terus ke pejabat pos. Cuma bagi no.plat kenderaan & no ic (bawa ic sendiri). Dah boleh renew.

      Reply
        1. admin (saharol) Post author

          @Faijaaa jaaa,

          1. Bawa diri & ic sendiri (tak kisah wakil atau memang owner kenderaan)
          2. Bagi no.plat dan no.ic owner kenderaan kepada petugas kaunter.

          Itu je. ;D

          Reply
  62. Sazabi

    Salam admin,

    Saya nak bertanya jika kereta saya dah capai umur 20 tahun bagaimana saya nk renew, adakah wajib kene pergi puspakom utk inspection, saya tiap2 tahun renew xpernah miss skang da masuk 18 tahun de lg 2 tahun skrang ni ngan insurans etiqa, tpi setau saya etiqa hanya cover bwh 20 tahun sahaja, de insurance lain yg cover atas 20 tahun ke, dan coverage selepas 20 tahun hanya boleh pakai 1 first party je kan, betulkan saya jika saya salah.

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Sazabi, wkslm. tak perlu pergi puspakom jika roadtax xsampai setahun tak renew.
      Cuma paling tinggi dapat cover untuk 1st pt memang maximum umur 20 tahun, selebihnya third party fire & theft.

      Paling digalakkan guna 1st party selagi dapat, maximum umur kenderaan 20 tahun, lepas tu terpaksa ambil tpft.
      Kemalangan je tak lindung, tapi kebakaran dan kecurian masih boleh “claim” jika berlaku. Etiqa ada menawarkan tpft.
      Jangan risau. ๐Ÿ™‚

      Reply
  63. Seha

    Assalamualaikum.

    Saya nak renew insurance motor. Tapi macamna ya.. First time nak renew. Boleh ke buat kat JPJ je terus sekali ngn roadtax? Ke kena buat insurance kat luar dulu? Anggaran brp rm ya? Motor Honda Wave Dash FI.

    Reply
  64. Daeng

    Salam admin, boleh ke renew roadtax je dulu? Selepas sebulan baru renew insuran. Ada ke kes mcm ni?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Daeng, wkslm. Takde kes macam tu. Sistem auto block renewal roadtax selagi insuran tak renew. Wajib insuran renew terlebih dahulu baru roadtax.

      Reply
  65. eman

    assalamualaikom admin. camna nk tahu motorsikal kena blacklist atau tak. motor sya dh setahun lebih tak renew roadtax. nk buat inspection tapi khuatir pulak nanti drive sejauh 240km baru smpai jpj tup2 jpj kata takleh renew sebab kena blok sistem (blacklist atau seumpamanya) tanpa kita sedar kita kena blacklist.
    ada tak portal jpj untuk kita semak status kita agar tak sesia datang jpj tapi balik hampa

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @eman, wkslm. Boleh cuba buat semakan saman JPJ & PDRM di pejabat pos. Tapi untuk kes lebih setahun tak renew memang kena bawa ke jpj terlebih dahulu untuk cek enjin & chasis, pastu renew insuran dan roadtax wajib direnew di jpj gak. Berkenaan portal untuk fungsi blacklist tak pasti lak.

      Reply
  66. mat som

    salam
    saya nak tanye…saya sambung bayar motor sepupu saya..tp dia under eon lg….cuma jd masalahnya….voc geran dia hilang…bolehkah saya yg mintak voc trsebut@memg owner kene mintak pada jpj…roadtax n insuran mati bulan 9 ni

    harap dpt membntu

    Reply
  67. khairul

    Assalam tuan saharol, nak bertanya. Sy pakai keta 2nd hand,loan di ELK. Masa beli,insuran&roadtax ELK yg buatkan. Skrg roadtax&insuran dah nak tamat. Kena renew dgn comp insurans yg sama atau mana2 yg kita nak? Ada dgr citer, ELK tak bagi kita buat insuran sendiri. Mohon penjelasan drpd tuan…?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @khairul, wkslm tuan. Itu bergantung kepada perjanjian tuan dengan ELK. Dalam surat perjanjian, ada tak dinyatakan wajib renew roadtax dan insuran dengan ELK selagi pinjaman belum selesai atau untuk tempoh tertentu? Kalau tiada, boleh je takde masalah. Kalau nak renew secara online (roadtax & insuran sekaligus), boleh je hubungi saya / admin.

      Reply
  68. Yana

    Assalamualaikum,
    Bulan depan saya nak kena renew insurans dan roadtax moto dgn kereta. Geran ori & polisi insurans tahun lepas masih ada. Boleh ke terus renew insurans & roadtax di JPJ? atau perlu ke agen insurans sahaja? sbb tahun lepas waktu nak renew insurans & roadtax di JPJ, pegawai kaunter suruh renew di agen insurans sbb saya tiada polisi insurans yang sblm ni. Penat beratur lama untuk tunggu nombor naik. Minta pandangan Encik Shahrol. Terima kasih.

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Yana, wkslm. Jika cik Yana mahu, bolehlah berurusan di pejabat pos untuk renewal insuran dan roadtax sekaligus. Biasa ambil masa dalam 5-15 minit sahaja. Cuma kalau renew kat JPJ, diorang takde buat insuran sekali. Kalau cik masih nak juga renew di jpj, pergi ke mana-mana ejen insuran terlebih dahulu untuk renew insuran, kemudian barulah ke JPJ. Kalau rasa tak nak beratur lama, boleh juga hubungi admin untuk renewal secara online sahaja (samada insuran sahaja atau dengan roadtax sekali). Jimat masa. ๐Ÿ™‚

      Reply
  69. azila

    Assalamualaikum..mcm sy msh ad ansurn dkt eon krdt dlm 6 bln lg..jd blh ke sy renew roadtax kt p.pos jgk…

    Reply
  70. Iss

    Salam..nk Tanya sy ada beli kereta 2nd tukar nama dah settle cuma insuran je blum bli..klau bli insuran d pejabat POS boleh x?klau x boleh Agen insuran mana yg sesuai untuk sy bli insuran baru..

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Iss, wkslm. Untuk tahun pertama memang kena buat kat ejen luar sebab di pejabat pos hanya boleh buat renewal sahaja. Boleh cuba ETIQA TAKAFUL jika mahu, boleh hubungi admin untuk sebut harga.

      Reply
  71. Aja

    Assalamualaikum. Saya cuma ada salinan geran kereta. Geran asal di bank. Boleh ke saya buat VOC. Ape yang perlu saya lakukan untuk buat VOC.

    Reply
  72. mohamad hafiz

    assalam sy nak tnye kalau nk renew roadtax motor boleh ke kalau baru mati dalm 2 tahun lebih?ke kme checking dekat puspakom jgk ke?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @mohamad hafiz, wkslm. Kalau motosikal wajib ke JPJ (check enjin dan chasis) dan renew di sana gak, kalau motokar wajib puspakom terlebih dahulu baru ke JPJ untuk renew roadtax.

      Reply
  73. AA666

    Salam encik, nak tanya. Motor saya belum habis bayar dan roadtax pertama kali mati 12/11/17 ni. Boleh ke nak renew roadtax dan insurance 3rd party di pejabat pos?

    Reply
  74. Haziq

    Salam. Geran kereta saya dah lama hilang. Kalau saya nak minta VOC, perlu ke bagitahu geran saya sudah hilang?
    Memandangkan sekarang geran sudah mula tidak dipakai.

    Reply
  75. Norhasra

    Asslamualaikum admin (saharol)
    Soalan saya.
    1) memang wajib renew roadtax dan insuran sekali ke? Bermaksud hanya nak hidupkan roadtax, tak nak renew insurans. Atau macam mana boleh batalkan insurans tak ? Kereta pun dah usia 30 tahun keatas.

    Bagi juga pencerahan utk kenderaan motor 2 tahun ke atas. Trima kasih

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Norhasra, wkslm.

      1. Insuran wajib terlebih dahulu sebelum roadtax boleh diperbaharui. Tak dapat renew roadtax tanpa ada insuran. Bagi kenderaan 30 tahun ke atas boleh cuba ambil tpft (third party fire and theft).

      Untuk kenderaan motor 2 tahun ke atas? Err.. Sebaiknya selagi dapat ambil 1st party insuran adalah yang terbaik, biar sakit sedikit masa bayar insuran, jangan dikemudian hari bila berlaku kemalangan dll. Masa tu lagi sakit nak keluar bajet sebab biasanya jauh lebih besar (ribu ringgit). Usahakan untuk dapatkan perlindungan tambahan seperti p.a., windscreen bagi motokar (lagi2 dikawasan yang banyak kes pecah kereta atau kenderaan baru) dll. Bukan untuk orang lain, untuk kebaikan diri sendiri juga. ๐Ÿ™‚

      Reply
  76. Raina

    Salam..tuan…maaf krn mgganggu…sy nk ty blh…ke..sy beli insuranc kereta sahaja di pejabat pos..roadtax itu dh tamat tempoh setahun dan sy dh pergi ke puspokom..boleh sy beli di pejabat pos..terima kasih..

    Reply
  77. Dila

    Salam En. Sy nak tanya, sy baru beli kereta second hand tahun ni. Insurans belum beli dan roadtax akan tamat 25 december 2017. Geran asal kereta ada dgn maybank dan sy x dpt copy geran tu. Macam mana ye sy nk renew roadtax? Sy kena beli insurans dulu ke? Lagi 1 copy geran tu sy kena minta dgn maybank or jpj?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Dila, wkslm. Kalau pertukaran nama hak milik dah dibuat, insuran untuk tahun pertama kena buat dengan ejen luar melainkan renew guna nama owner lama. Boleh minta salinan dari bank, fotostat atau gambar sudah cukup.

      Reply
  78. sun89

    assalam..saya baru beli kereta 2nd hand bln lepas..kereta tu road tax mati ujung tahun ni..saya xada lesen, boleh ke renew road tax dan insurans jika pemilik kereta x ada lesen memandu?

    Reply
  79. lin

    salam admin, nk bertanya situasi saya insurnce & r/tax dh expired pd 23/8..kereta dh berusia 13 tahun. ada masalah tk klo sya nk amik 3rd party & mcm mane sya nk tau byaran yg dikenakan (insurance & r/tx). mcm mane proses renew di pjbt pos, adakah saya boleh memilih sykt insurans @ telah ditentukan oleh pjbt pos. thanx in advance admin.

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @lin, wkslm. Boleh je ambil third party fire and theft untuk kereta. 3rd party sahaja tak diterima. Tetapi sebaik-baiknya dapatkan 1st party untuk perlindungan maksimum. Bawa je geran / voc samada ori atau fotostat, atau polisi insuran lama (lengkap maklumat kenderaan) sudah cukup. Boleh je pilih mana satu tetapi bergantung kepada insuran mana yang masih menerima permohonan tersebut. Kena tanya dengan petugas kaunter. ๐Ÿ™‚
      NO problem. Sama2

      Reply
  80. Newbie

    As Salam. Adakah pembaharuan cukai jalan di pejabat pos menerima pembayaraan credit card?

    Reply
  81. Naim

    Assalamualaikum..bro nak tanya nie kalau roadtax moto hilang wakil yg pergi buat blh ke atau nak kena owner asal

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Naim, wkslm. Kalau tak silap mesti owner pergi atau wakil jika ada surat wakil / pengesahan. Sila rujuk JPJ berhampiran untuk maklumat yang lebih tepat. ๐Ÿ™‚

      Reply
  82. Lan

    Salam, saya nak buat urusan tukar nama motorsikal.. roadtax dah mati dlm sebulan lebih. motor dengan roadtax ada kat kampung. Adakah sudah memadai jika saya hanya bawa geran asal + owner asal utk urusan tukar nama dan renew roadtax?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Lan, wkslm. Ya. Urusan perlulah dilakukan di JPJ sendiri, ada borang yang perlu diisi kedua-dua pihak (owner baru dan owner lama).

      Reply
  83. Mazita

    Assalam. Boleh tak saja nak tukar geran RC kepada VOC. Geran RC dah lama dan nampak buruk. JPJ ada kenakan bayaran ke? Terima kasih admin.

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Mazita, wkslm. Setahu saya pertukaran geran ke voc adalah percuma. Melainkan kes kehilangan geran / voc. Mohon rujuk jpj berdekatan untuk maklumat lanjut. Sama2. ๐Ÿ™‚

      Reply
  84. Fathi

    Assalamualaikum admin. Roadtax saya dah tamat tempoh 8 january haritu. So saya still boleh renew kat pjbat pos ke? N mcm mne nak tau insurans da tamat tempoh atau belum

    Reply
  85. fherra

    hello. nak tanya.. sy mau renew sy punya rodtex kereta .. tapi sy lupa insurans apa yg sy ambi dan cover note pun tiada . boleh kah sy renew di pejabat pos ?

    Reply
  86. muhamad fikri

    masa nak buat geran baru di jpj tu nak kena bawa dokumen apa2 ka? geran lama mcm mana pula?

    Reply
  87. Ajak

    Roadtax dh tamat tempoh tapi insurans tamat tempoh kemudian..dlm situasi mcm tu nk buat mcm mana?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Ajak, kena pergi ke syarikat insuran berkenaan dan atur semula tempoh perlindungan insuran supaya selari dengan roadtax. ๐Ÿ™‚

      Reply
  88. Haiqal

    Hai admin..nk tnya..bolh x renew insuran moto @ kereta 6 bulan..6 bulan..
    Adakah roadtax di buat 6 bulan juga?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Haiqal, hi. Tak boleh renew insuran 6 bulan sahaja kecuali bagi kes extension. Biasanya insuran renew setahun, roadtax boleh diperbaharui 6 bulan terlebih dahulu atau 12 bulan terus.

      Reply
  89. Ridwan

    Assalamualaikum. Boleh ke guna 3rd party insuran untuk motosikal yang baru pertama kali nak renew roadtax?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Ridwan, Wkslm. Biasanya tidak diterima. Bahkan bukanlah satu idea yang bijak menggunakan 3rt pt insuran untuk kenderaan yang masih baru. Ianya juga akan menimbulkan masalah kepada pemilik apabila berlaku kemalangan atau kecurian terhadap kenderaan tersebut yang mana tiada sebarang tuntutan boleh dilakukan.

      Reply
  90. Ekhwan

    Salm nak tny saya nak bwak ncd ke kereta baru boleh ke urusan ni di buat dipejabat pos

    Reply
  91. Razali

    Salam admin..boleh ke hidupkan roadtax motor tu kalau owner lost contact..kita just ada photostat ic dan geran sahaja..

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Razali, wkslm. Kalau roadtax belum genap 3 tahun expiry, boleh je. Takde masalah. Sementara program pemutihan JPJ berlangsung sehingga 30 JUNE 2018, bagi kes yang mana roadtax belum genap 3 tahun expiry boleh renew seperti biasa tanpa perlu melalui puspakom.

      insuran masih atas nama owner lama bila diperbaharui. Fotostat geran sudah mencukupi. ๐Ÿ™‚

      Reply
      1. ouli

        Bagaimana kalau kita beli motor model lama yang geran takde? Kondisi motor sudah repair cantik tanpa tukar enjin. Bagaimana nak dapatkan geran dan hidupkan roadtax? harus pergi JPJ atau PUSPAKOM?

        Reply
        1. admin (saharol) Post author

          @ouli, maaf. Kes macam ni diluar pengetahuan saya, mohon ouli merujuk dengan pihak JPJ sendiri untuk maklumat terperinci. ๐Ÿ™‚

          Reply
  92. Manje lee

    Assalamualaikum… admin. Saya nak tanya.. kalau saya dah renew roadtax dan buat insurans dekat pejabat pos sekali gus… lepastu petang tadi tercicir roadtax tu.. malam baru saya sedar roadtax tercicir.. boleh ke kalau saya pergi ke pejabat pos dan minta baru?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Manje lee, wkslm. Tak boleh, reprint roadtax semula hanya boleh dibuat di JPJ sahaja, ada caj tak pasti berapa. Hanya polisi insuran boleh di-print semula di pejabat pos, cuma perlu maklumkan tarikh insuran dibuat dan nama syarikat insuran, no plat kenderaan / nama owner. Harap membantu. ๐Ÿ™‚

      Reply
  93. Wawan

    Hello admin, saya ada beli motorsikal baru but dah mati roadtax dah 3 tahun. Boleke saya terus ke pejabat pos utk renew or perlu inspection kat jpj@puspakom ?

    Reply
  94. Sufian

    Assalamualaikum admin nak tanya ni saya nak renew roadtax dan insuran kat pejabat pos yang saya nak tau roadtax kereta tu boleh dapat hari tu jugak ke atau ambil masa beberapa hari sekian terima kasih

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Sufian, wkslm. Hari yang sama. Insuran & roadtax biasanya ambil masa 5-15 minit untuk disiapkan. Sangat cepat dan mudah! ๐Ÿ™‚

      Reply
  95. Aidi

    Bro,saya baru renew insurance motor tp tak sempat nk hidupkan roadtax hari yg sama..mcm mana ye? Boleh ke esok hari pergi jpj hidupkan roaodtax?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Aidi, Boleh je takde masalah. Asalkan jarak insuran tidak genap 14 hari dibiarkan tak direnew roadtax, kalau tak terpaksa buat extension untuk membolehkan roadtax direnew selama 12 bulan.

      Reply
  96. Dick

    Assalam……. Kalau guna gran dan my kad atau paspot tanpa mykad pemilik boleh?

    Reply
  97. Dick

    Assalam……kalau guna gran tanpa mykad pemilik boleh renew roadtax ?

    Reply
  98. Qaseh

    salam , kalau roadtax motor dah mati lebih 3 tahun dan nak renew balik . kita kena bawa ke jpj kan ? tapi kalau bawa ke jpj tu dengan roadtax tkde . tak kena saman ke ?

    Reply
  99. Hawa

    Hi admin .Saya nak tanya .Saya baru renew insurance and road tax..ni dah masuk 2 Kali Saya renew. tp Saya baru perasan yg setiap Kali renew ,syarikat insurance tu lain2.. contohnya tahun pertama syarikat insurance A (sbb Masa ni org kedai motor yg renewkan), tahun kedua syarikat insurance B( renew dkt pejabat pos).Saya x pernah ambik tahu pasal syarikat insurance Mana yg patut Saya ambil..selalu nya kalau Saya renew Saya suruh je org tu renew..asalkan renew..jadi sebenarnya boleh ke macamtu ataupun Kita mesti renew dgn syarikat insurance yg pertama and asal.?

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Hawa, hi. Sebenarnya tak kisah insuran syarikat mana yang digunakan. Yang pentingnya jenis insuran yang diambil samada 1st party atau 3rd party (sangat penting jika berlaku sesuatu yang tak diingini, masa nak buat tuntutan dapat atau tidak). Pos Msia Bhd, setakat ini bekerjasama (ejen) kepada 14 buah syarikat insuran. Boleh maklumkan syarikat insuran mana yang cik mahukan kepada petugas kaunter atau biasanya petugas kaunter akan memberi saranan (bergantung juga samada syarikat tersebut menerima permohonan tersebut atau tidak – setiap syarikat insuran mempunyai underwriting guideline yang berbeza).

      Sebaiknya, pilih lah syarikat insuran yang mudah dihubungi / dicari dan dekat dengan tempat tinggal cik. Untuk memudahkan diri sendiri jika berlaku sebarang tuntutan atau masalah di kemudian hari. Tidak lupa juga, pilihan bagi takaful adalah yang terbaik bagi yang beragama Islam untuk mengelak riba. Dan jangan lupa dapatkan perlindungan tambahan seperti perlindungan kemalangan diri, windscreen dan perlindungan dari bencana jika ada bajet lebih. Insyaallah semua itu akan membantu cik atau keluarga jika berlaku musibah sewaktu dalam kenderaan tersebut.
      Harap membantu. ๐Ÿ™‚

      Reply
  100. Aziey

    Salam… saya ada motosikal.. boleh x., kalau renew roadtax dulu .. insurance tu kemudian hari baru buat.. boleh x.. sbb ada yg kata boleh renew roadtax dulu. Untuk motosikal sahaja. Klau kereta kena buat insurance dulu baru boleh renew roadtax.. mohon penjelasan โ˜บ

    Reply
    1. admin (saharol) Post author

      @Aziey, wkslm. Insuran mesti diperbaharui terlebih dahulu sebelum roadtax boleh direnew, tanpa mengira kereta mahupun motosikal, prosedur tetap sama. ๐Ÿ™‚

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *