Sony Xperia Z3 Launch!

By | November 23, 2014

 

sony-xperia-z3-launch-photo-picture-image

 

gambar diculik dari sonymobile.com & ditukar ke bentuk gif…

Bagi yang masih tak tahu, sony Xperia Z3 merupakan model telefon keluaran baru sony. Rupa bentuknya seperti yang boleh korang perhatikan dalam gambar animasi di atas. Sangat menggoda iman aku yang melihatnya. Bukan je sebab reka bentuknya yang menarik, tetapi fungsi yang disertakan sekali membuatkan aku teringin memilikinya. Tapi, setakat ni cukuplah apa yang ada. Hehe. (Tapi sebenarnya sebab takde bajet, tu ayat sedapkan hati je. Bwahaha)

Antara kelebihannya berbanding model handphone lain ialah:

  1. Kalis air & habuk– Bagi yang nak ambil gambar dalam air, waktu hujan, atau membawanya dalam keadaan hujan (khas bagi abang & akak biker) dah tak perlu bimbang ianya rosak apabila terkena air! Kecuali air panas yang tengah mendidih.. Hehe
  2. Berat & Dimensi – 152 gram / 146 x 72 x 7.33 mm
  3. Saiz paparan skrin – 5.2 FULL HD (1920 x 1080 pixels)
  4. Versi – Google Android 4.4 (kitkat) / Snapdragon 2.5 GHz Qualcomm Quad-Core
  5. Kamera – 20.7 MP dengan fungsi auto focus (belakang). 2.2 MP (depan). Sangat sesuai bagi yang nak ambil gambar kenangan ataupun vlogging. Hehehe
  6. Memori dalaman – 16 @ 32 GB
  7. RAM – 3 GB

P/s: Pendek kata dari aku, keluaran kali ni memang terbaik dari ladang la. Jadi, apa lagi. Penat dah aku tulis pasal ni, bak la sini satu! ;D

Yang benar,

Admin

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *