Apa itu program TONE PLUS? (REVIEW)

By | April 3, 2016

apaitu-toneplus-review-kelebihandankekurangan

Apa ek? Adakah ianya sejenis biskut import? YA! Memang salah. Hahaha. Aku gurau je lah. Balik ke cerita sebenar… TONE PLUS ni merupakan program yang mula dilaksanakan pada oktober 2012, dianjurkan oleh TONE GROUP di bawah pengendalian syarikat Tone Plus Sdn Bhd.

Menurut statistik yang dikongsikan kepada aku, program ni cukup hebat kerana keahlian setakat November 2014 sahaja melebihi 50k orang dan pelan pemasaran & potensi pendapatan jauh lebih baik dari program TONE EXCEL.

Ada 4 kelebihan utama program TONE PLUS nih;

  1. BONUS CASH BACK 3% & 7%  – Setiap kali korang topup, akan dapat balik 3% dari jumlah topup tersebut ke dalam akaun keahlian korang. Contohnya, topup RM30 x 0.03 = RM0.90 (korang dapat). Bagi 7% pula bersyarat di mana ahli perlu auto topup melalui akaun keahlian.
  2. BONUS FAST TRACK – Harga simkad Tone plus sebenarnya RM98, apabila korang menjadi ahli boleh membeli dengan harga keahlian RM78. Jadi, jual semula pada RM98 – RM78 = RM20 terus jadi hak milik korang. Rasanya, ini senang nak fahamkan? ;D
  3. BONUS TOPUP 3%  – 13% (Dibayar pada 25 haribulan) – Kalau korang masih ingat kelebihan pada no. 1 yang aku baru terangkan kat atas, no.3 ni lagi seronok. Sebabnya, jika korang berjaya mendaftarkan pengguna baru 1-3 orang, setiap kali diorang topup, korang akan dapat 3% dari topup diorang ke akaun keahlian korang. Contoh; 3 ahli baru (Semua topup RM30 sebulan) : RM30 x 0.03% = RM0.90  x 3 = RM2.70 (keuntungan korang). Bila korang berjaya je daftar ahli yang ke-4, peratusan tadi naik kepada 13% (setiap orang). Seronok tak? Belum lagi kalau korang naik pangkat, nak cerita sistem reversed up lagi tapi tu aku cerita nanti. Yang ni bersyarat, korang kena topup sekurang-kurangnya RM30 setiap bulan untuk terima bonus. Tak perlu pening kepala, sebab memang kita akan topup gak sebab nak pakai. Hahaha
  4. BONUS TAHUNAN (5%-20%) – Bonus ni diberikan bergantung kepada jumlah penajaan (daftar ahli baru) dan dikumpul setiap bulan, hanya dibayar pada bulan januari tahun berikutnya. 1 ahli baru (5%), 2-4 ahli baru (10%), 5-9 ahli baru (15%) dan 10 atau lebih ahli baru (20%). Cara pengiraannya nanti aku cerita lain kali. Panjang sangat lak. ;D

Ok, setakat ni aku rasa korang dah nampak bertapa besar keuntungan yang boleh diperoleh melalui program TONEPLUS nih. Sekarang, aku nak cerita apa yang korang akan dapat bila jadi ahli (bayar RM98 seumur hidup).

  • Dapat simkad TONEPLUS (Yang ni memang wajiblah.Wakakaka)
  • Dapat RM30 (kredit)
  • Dapat percuma 1gb high-speed internet (untuk penggunaan sebulan), bernilai RM38.
  • Dapat 70 big points (untuk tukar kepada barangan, tiket kapal terbang dan wayang,dll)
  • Dah boleh mula promosikan kepada kawan2, ahli keluarga untuk menerima bonus.

Harga RM98 mahal? Ya, samalah apa yang aku rasakan sebelum ni. Sebab tu aku lambat sikit mendaftar jadi ahli. Silap aku tak faham sangat kelebihan yang aku bakal dapat, kalau korang perhatikan dan buat kiraan, korang cuma berbelanja RM30 untuk membolehkan korang mula berniaga selepas ditolak RM30 kredit & 1gb kuata high-speed internet RM38.

Nasihat aku, program TONEPLUS ni lebih bersifat jangka panjang, jadi jangan melihat nilai RM98 tu untuk jangka pendek. Konfiden aku bagitahu korang, mesti terus tolak nyer, Sebab tu yang berlaku kepada aku. Menyesal pun tak guna. Tapi takpe, aku dah bermula. Korang bila lagi?

KELEBIHAN LAIN DALAM PROGRAM TONEPLUS

a. Percuma perlindungan kemalangan diri (insuran TUNETALK bernilai RM100K) dengan syarat topup sekurang-kurangnya RM50 sebulan (samada topup terus atau terkumpul). Perlindungan bermula selepas 60 hari bagi ahli baru dan topup pada bulan 3 misalnya, perlindungan akan bermula pada bulan 4. Maksudnya, contoh bulan ni bulan april, korang topup RM50, jadi bulan depan MAY perlindungan akan bermula dari 1 haribulan – 31 haribulan tersebut.

b. Perniagaan toneplus ini boleh diwariskan dan boleh dipromosikan sebaik sahaja selesai pendaftaran.

c. Nombor telefon sedia ada boleh dikekalkan (port-in), tukar coverage sahaja.

d. Setiap kali topup, dapat percuma big points, kredit dan free high-speed internet bergantung kepada berapa jumlah topup dan kaedah topup.

e. Diskaun 30% untuk penginapan di rangkaian Tune Hotels.

KEKURANGAN PROGRAM TONEPLUS

Aku tak nak berat sebelah sangat cerita kelebihan je semata-mata untuk tujuan promosi, tapi aku nak cerita kekurangannya gak supaya jangan ada yang rasa “down” bila join disebabkan kekurangan nih.

  1. Sim kad TONEPLUS ni cuma pelan (fokus untuk perniagaan), menggunakan simkad tunetalk (jadi kalau nak topup, ambil topup tunetalk) dan rangkaian liputan (coverage line) menggunakan tunetalk dan celcom. Kalau line celcom kat tempat korang memang teruk haram jadah, join takde masalah tapi kena faham-fahamlah kesannya kepada jiwa dan raga korang nanti. ;D
  2. Untuk dapat bonus topup (3%-13) perlu topup sekurang-kurangnya RM30, bagi aku takde masalah. Sebab aku biasa belanjakan RM100-RM200 sebulan untuk topup. Khuatir korang je rasa terbeban. Tapi, dari pemerhatian aku kalau korang mula promosi secara berterusan simkad ni, untuk topup tu boleh diselesaikan dengan cara perkenalkan ahli baru RM20 x 1 orang. Tu belum masuk bonus cashback dan topup tadi.
  3. Perlindungan kemalangan diri bernilai RM100K juga bersyarat, korang kena topup sekurang-kurangnya RM50 sebulan (sekaligus atau terkumpul). Dan hanya aktif bagi ahli baru selepas 2 bulan. RM50 bagi sesetengah orang, jumlah yang sangat besar. Tapi penerangan no.2 tadi boleh membantu selesaikan, bahkan. Sebenarnya kalau korang pernah belajar tentang insuran (atau buat survey dari segi harga), untuk perlindungan RM100k, biasanya syarikat insuran caj korang RM20-30 sebulan, RM200-Rm300 setahun. Tapi, sebagai ahli kita dapat free. Macamana aku tahu fakta ni? Kerja sebagai kerani Pos Malaysia Berhad ni macam-macam kena belajar, insuran, saham, JPJ dll. Aku pun ada buat survey sendiri. Memang tu harganya. Jadi, kenapa bayar lebih bila ada pilihan untuk dapatkannya secara percuma? ;D
  4. Ada caj pay-per-use internet RM0.10 per MB, RM1.88 per 50mb (dari jam 12.00am – 11.59pm harian). Bahagian ni bikin sakit hati, tapi sejak aku mendaftar jadi ahli. Selalu cek baki kuata internet, memang tak kena la setakat ni. Tapi, kalau aku lihat dari sudut positif, ianya buatkan aku lebih peka dan berhati-hati. Lagipun, aku pun pengguna magic sim celcom, percuma internet dan internet burung hantu (perlu langgan mingguan atau bulanan). So far so good. Rasanya, korang pun takkan terkesan sangat dengan benda ni, handphone pun sekarang ni kebanyakkannya dual sim. Apa ada kisah? Tapi tu cuma pendapat aku. Korang lebih tahu mengenai bajet dan penggunaan internet korang. ;D

 

P/s: Kalau korang berminat nak mendaftar, boleh hubungi aku atau tinggalkan komen di bawah (serta sekali no.hp korang), nanti aku bagitahu caranya. Dan yang seronoknya, kalau korang mendaftar di bawah aku, boleh join sekaki dengan group Whatsapp kitorang (SABAHAN). Sentiasa ada kempen yang mana korang boleh menang hadiah, dll. Yang penting, bantuan kalau korang ada masalah, tak tahu cara nak promosi kepada orang lain, bantuan teknikal dll.. ;D

P.s.s: Maklumat akan ditambah dari masa ke semasa, samada dalam artikel baru atau bahagian komen.

Rujukan;

  1. http://www.tonegroup.net/toneplus/default.php

 

Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *