Apa itu insuran kenderaan? (Bahagian 1)

By | March 10, 2016

apa-itu-insuran-kenderaan

Sebenarnya dah lama aku taip pasal insuran kenderaan ni, tapi setengah jalan. Tiba-tiba je hari niĀ ada mood nak sambung balik menaip apa yang patut. And here it is. Kepada kawan-kawan, akak2, adik2, cik adik manis yang tengah baca tu. šŸ™‚

Insuran bukanlah sesuatu yang baru, dan wajib kita pelajari sebab ianya akan digunakan sepanjang kehidupan kita dan memberi kesan yang sangat besar. Apapun, kita direct to the point je.. Tiba2 speaking.

Insuran ni dalam bahasa mudahnya “perlindungan” atau dalam erti kata lain memindahkan risiko kerugian kepada pihak lain (syarikat insuran) dengan cara membayar premium yang ditetapkan. Jika berlaku risiko tersebut (seperti dalam perjanjian), syarikat insuran yang akan tanggung/bayarkan.

Insuran kenderaan ini fungsi utamanya ialah untuk melindungi kenderaan (seperti yang tertakluk dalam perjanjian/perlindungan). Di Malaysia, diwajibkan pengambilan insuran kenderaan sekurang-kurangnya 3rdĀ party.

Banyak betul benda nak bayarkan? Ditambah lagi gst. Apa boleh buat. Takkan korang nak aku keluar statement yang pelik-pelik macam; “Kalau tak nak bayar insuran, pergi tinggal diĀ planet Marikh”. Hahaha.

Balik ke cerita asal, terdapat tiga jenis kategori insuran kenderaan, iaitu:

  1. Komprehensif (1st party)
  2. Pihak Ketiga (3rd party)
  3. Pihak ketiga – Kecurian & kebakaran (3rd party fire & theft)

Komprehensif ( 1st party ). Perlindungan kategori ni membolehkan korang membuat tuntutan jika berlaku kerosakan pada kenderaan korang disebabkan kemalangan, atau kehilangan (kecurian). Kalau salah sendiri pi langgar kereta orang, pun boleh tuntut atas kerosakan kenderaan korang. Juga ada fungsi seperti 3rd party.

Kebiasaannya, kenderaan berumur 15 tahun dan ke bawah diterima, bagi 15-20 tahun (kes rujukan – perlu pengesahan HQ) atau memang biasanya kena reject.

Pihak Ketiga (3rd Party). Perlindungan ini cuma berfungsi untuk membolehkan pihak ketiga membuat tuntutan ke atas korang jika berlaku kemalangan (itupun kalau salah korang). Cumanya, kerosakan yang berlaku pada kenderaan korang, kos sendiri tanggung la. ;D

Sesuai diambil untuk motosikal yang berumur 15 tahun ke atas. Selagi dapat ambil 1st party, ambillah. Untuk kesenangan korang gak bila terjadi risiko seperti kecurian atau kemalangan. Ada juga insuran yang menawarkan 3rd party untuk motokar, contohnya MMIP, tapi ada leceh sikit sebab biasanya minta salinan lesen memandu pemilik, salinan geran, dan salinan ic serta dokumen tambahan jika perlu. Murah memang murah, tapi tu la. Apa-apa jadi, lu fikirlah sendiri.

Pihak Ketiga – Kecurian & Kebakaran (3rd party fire & theft). Perlindungan jenis ni biasanya untuk kenderaan motokar sahaja, bagi pihak korang, tuntutan hanya boleh dibuat jika berlaku kebakaran atau kecurian kenderaan korang. Kalau kemalangan, sebarang kerosakan pada kenderaan sendiri, tanggung pun sendiri. Selebihnya, sama juga. Kalau salah korang melanggar kenderaan orang lain, orang tu (juga dikenali sebagai orang ketiga) boleh membuat tuntutan atas insuran kenderaan korang.

Aku harap bahasa aku mudah nak difahami. Macam berbelit je rupanya. Bwahahaha. Aku rasa korang dah boleh bezakan antara ketiga-tiga jenis insuran kenderaan tu. Tapi, itu baru permulaan. Ada beberapa perkara lain perluĀ korang pelajari. Tapi, tu nanti wa sambung cerita. ;D

 

Bersambung…. (rasa macam drama tv)

Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *