Siapa sangka?

By | April 29, 2013

Siapa sangka aku akan terjumpa dengan rakan online aka gamer yang sama-sama main game Ragnarok – Rebirthro private server.  Ya, kitorang dua memang sekepala, memang gamerz. Hahaha. Dok cerita2 masa main game, macam2 masalah dan cabaran. Ingat main game ni rilek2 je ke? Oh tidak! Sometimes *Tiba2 speaking. Ianya macam kat dunia realiti ni ha. Main game pun boleh stress. Haha

sifusah-ajins-rebirthro-ragnarok-berjumpa-rakan-segamer

*Sempat ambik pic. Haa, ingat model je tau nak posing? Hahaha

Duit gaji pun dah masuk, boleh dah selesaikan segala urusan seperti bayar bil streamyx, sewa, hutang mara, dll. Bila dah besaq macam ni, ada kerja sendiri baru rasa beban yang terpaksa ditanggung mak bapak suatu ketika dulu. Ambik ko. Rasakan tekanannya. ;D

Walaupun menghadapi tekanan mental akibat urusan peribadi, selepas beberapa hari aku berjaya mengurangkannya. Hehe. Bawa diri jalan sana-sini, beli itu ini. Ambil masa untuk tenangkan diri. And life feel good already. *Lagi haa speaking. Kalau aku cakap aku pernah terfikir nak belajar seni pertahankan diri korang percaya tak? hahaha. Kat tempat aku tinggal sekarang aku ada nampak gym ngan persatuan ke kelab taekwando. Nanti la aku nak pi tanya berapa caj diorang kenakan dari aku dok menjeruk je dalam bilik sewa. Hehe.

Dan sekarang topik yang popular dibincangkan kat facebook, berita, pejabat, dll. Apa lagi pasal undi-mengundi. Aku rasa tak dapat la aku nak balik mengundi. Ketelanjuran pulak dah daftar mengundi kat Limbang nun di sana. Tak kisah la siapa yang korang undi. Jangan buat gaduh dah la. Nasihat aku yang tak seberapa pro nih, tengoklah video matluthfi90 pasal memilih pemimpin untuk noobs.

Layan je la. Hahaha. Dah la, sekarang baik aku pi basuh pakaian yang bertimbun macam gunung everest tu ha. Sekian, lagi jumpa!

Yang benar,

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *