Sudah kira2 guna kalkulator 7 bulan aku tak balik ke Limbang, datang je tengok2 penuh rumah dengan anak kucing, bapak kucing, emak kucing, nenek kucing pun ada. Kira keluarga aku ni layak diberikan anugerah pemelihara kucing berjaya. Tetapi sayang, setakat ni takde pulak anugerah seperti tu. -.-“
Sempat gak aku mengadakan sesi bergambar sekor demi sekor. Buat kenangan. Hohoho. Paling aku nak gelak la tengok kucing sekor ni, dah la badan besaq, punya luas rumah, tak la seluas padang tekukur boleh pulak tidur atas mesin basuh? Tu ok lagi, yang paling aku nak gelak nama kucing sekor demi sekor, ada yang namanya gegirl, honey, ukang, kopi, dan paling best; kuda? ;0
P/s: Aku pun tak tau nak cakap apa dah. Hahaha
Yang benar,
Admin